HAL EHWAL MURID : KEPIMPINAN DISIPLIN MURID AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH (ABS) PENTAFSIRAN KOMPETENSI: MEMIMPIN PERUBAHAN NAMA : SAMSUL AKMAR BIN ABDULLAH KAD PENGENALAN : 730117065321 KUMPULAN : SRGH2
TUGASAN 1 : SSDM pada peringkat awal dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Namun kini, nama baharu sistem ini dijenamakan sebagai Sistem Sahsiah Diri Murid dan dikenali sebagai SSDM Versi 2. Secara ringkasnya ada penambahbaikan yang telah dilakukan kepada sistem ini. SSDM yang sebelum ini hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Segala fungsi SSDM Versi 2 telah ditambahbaik dari masa ke semasa. Diantara penambahbaikan yang dilakukan ialah pihak sekolah sudah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid berbanding dengan fungsi asal iaitu dengan hanya boleh mencatat rekod salah laku bagi murid sahaja. Dengan adanya catatan amalan terpuji dari murid-murid ini akan dapat memberi keseimbangan dan menggalakkan lagi amalan baik murid-murid serta pemarkahan dalam sistem ini menjadi lebih telus dan harmoni. Bagi memantapkan pelaksanaan SSDM Versi 2 berdasarkan dua surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bil. KPMSP.600-14/1/59 Jld.2(14) bertarikh 10 Mei 2016 dan surat bil. KPM.600-17/1/21 Jld.3(17) bertarikh 02 Januari 2020, peranan pengetua atau guru besar (PGB) adalah : 1. PGB adalah merupakan individu utama yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap pengurusan disiplin dan juga merupakan pengerusi dalam jawatankuasa disiplin sekolah. 2. PGB akan memastikan setiap ahli jawatankuasa berfungsi dan melaksanakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan dalam memastikan perlaksanaan SSDM berjalan dengan baik. 3. PGB perlu memastikan semua guru dibawahnya mengetahui , memahami dan mahir dalam menggunakan SSDM Versi 2 dalam merekod amalan baik dan salah laku murid yang berlaku dengan betul, tepat dan bertanggungjawab. 4. PGB juga perlu memastikan penataran kepada guru dan murid tentang perlaksanaan dan kepentingan SSDM Versi 2 ini dalam perekodan amalan baik difahami oleh semua warga sekolah. 5. Dalam perlaksanaan SSDM Versi 2, PGB perlu mendaftar masuk ke dengan menggunakan Nama Pengguna dan juga Kata Laluan yang disediakan.
6. 2. PGB juga mempunyai akses untuk menukar kata laluan dan juga menyemak kata laluan guru di dalam SSDM. 7. PGB juga mempunyai akses untuk menukar peranan guru yang terdapat di dalam SSDM di sekolahnya. 8. PGB juga berperanan sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan oleh guru atau meminda tindakan dan hukuman yang dikenakan kepada murid. 9. PGB juga boleh memantau laporan yang diberikan dan mengambil langkah melaksanakan intervensi atau program peningkatan sahsiah kepada murid yang terlibat.
TUGASAN 2 1. Menyediakan dan mengedarkan soalselidik menggunakan medium Google Form Instrumen SKPM Kualiti @ Sekolah (SK@S) Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan perlaksanaan Pengurusan Disiplin Murid : 2. Mengumpul data dan maklumat berdasarkan Google Form yang diedarkan dan dijawab oleh guru-guru terlibat.
3. Menganalisa data dapatan daripada Instrumen Pengurusan Disiplin Murid dengan melengkapkan ke dalam Borang Analisa di bawah: Lampiran 2 BORANG ANALISIS ASPEK 3.3.2 PENGURUSAN DISIPLIN MURID Mengurus disiplin murid dengan: Bil. Respoden Menanda Skor Jumlah 4 3 2 1 0 Respoden a. menyebarluaskan peraturan sekolah 11 5 0 0 0 16 b. menguatkuasakan peraturan sekolah 12 4 0 0 0 16 c. menganalisis data disiplin 7 7 0 2 0 16 d. merancang program pendidikan disiplin. 5 9 2 0 0 16 e. melaksanakan program pendidikan disiplin 6 9 0 1 0 16 Jumlah responden mesti sama dengan jumlah borang yang dikumpulkan. Program intervensi untuk guru dirancang berdasarkan bil responden yang memilih skor rendah daripda 3 hingga 0. Anda boleh menggunakan Analisa Jurang untuk mendapatkan maklumat tentang aspek yang perlu intervensi.
4. Data SSDM Versi 2 : 5. Bidang Keberhasilan : 1 2 3 4 5 6 BIDANG KEBERHASILAN DATA DIKUMPUL BIDANG FOKUS TOV/BASLINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF HAL EHWAL MURID Analisa Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid Data SSDM Versi 2 Kehadiran Murid 0% guru melaporkan kes salah laku murid 15 orang guru merekod amalan baik murid di dalam SSDM Versi 2 Meningkatkan peratus guru membuat pelaporan kes disiplin di dalam SSDM Versi 2 dari 0% kepada 60%. Peningkatan bilangan guru merekodkan MOH KE SEKOLAH i. Pelancaran Program Moh Ke Sekolah. ii. Perjumpaan Cakna CBA7156 SK TANJUNG BATU, TEMERLOH
amalan baik murid di dalam SSDM Versi 2 daripada 15 kepada 30 orang guru. Ponteng Bersama Penjaga iii. Ziarah Cakna Mesra iv. Datang Jangan Tak Datang v. Anugerah Kehadiran Kelas Terbaik vi. Anugerah Kehadiran Murid Terbaik. 7 8 9 10 11 12 13 PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN SUMBER KAEDAH PEMANTAUAN DAPATAN EVIDEN PENILAIAN & TINDAK SUSUL KOS SEBENAR PK HEM Guru Disiplin Guru Bimbingan Kaunseling 1 bulan Talian Internet PPD Temerloh Pegawai HEM PPD Temerloh Pegawai Polis (PPS Sekolah) ID dan PW SSDM guru. Semakan pengisian data salah laku dan amalan terbaik oleh guru dalam SSDM Versi 2. Jumlah pengisian data dalam SSDM Versi 2 oleh guru. Borang maklum balas dan post mortem selepas program dijalankan. RM300
TUGASAN 3 LAPORAN PROGRAM INTERVENSI “MOH KE SEKOLAH” Nama Program : MOH KE SEKOLAH Tarikh Pelaksanaan : 5 Jun- 30 Julai 2023 Sasaran Peserta : Semua murid dan guru SK Tanjung Batu Kaedah Pelaksanaan: 1.Fasa Perancangan : 1.1 Perbincangan,pengumpulan data serta menganalisis data. Berdasarkan dapatan dalam Borang Analisis Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid yang telah dijawab oleh responden dan Analisis Jurang yang dilakukan, Aspek merancang program pendidikan disiplin merupakan aspek yang perlu dilaksanakan program intervensi. Satu Program Intervensi “Moh Ke Sekolah” telah dirancang dan dilaksanakan. Program yang dirancang ini adalah bertujuan mengatasi masalah kehadiran didapati berlaku daripada analisis SSDM Versi 2 oleh Unit Disiplin dengan Unit Bimbingan Kaunseling Program ini bertujuan untuk memberi galakan kepada murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengatasi masalah murid yang dikategorikan sebagai “Ponteng Tegar”. 2.Fasa Pelaksanaan: Terdapat beberapa program sokongan yang dirancang dan dilaksanakan dibawah Program Moh Ke Sekolah ini : 2.1. Pelancaran Program Moh Ke Sekolah Tarikh : 12 Jun 2023 (Isnin) Masa : 7.40 pagi Tempat : Dataran Gemilang Jemputan Perasmi : En. Saufie bin Abdul Manaf (PPD Temerloh)
Dilakukan pada masa perhimpunan dengan menjemput maskot untuk menyambut kehadiran murid ke sekolah pada hari pelancaran program. Kehadiran maskot ini bertujuan untuk menterujakan murid untuk hadir ke sekolah. Pelancaran ini dijangka akan berjaya meningkatkan kehadiran murid kepada 98% pada hari tersebut. 2.2. Perjumpaan Cakna Ponteng Bersama Penjaga. Tarikh : 14 Jun 2023 (Rabu) Masa : 10.30 pagi Tempat : Bilik Perhimpunan Gerakan Jemputan : Encik Badli Rasli ( Pengawai Unit HEM PPD Temerloh) Sesi berjumpa dengan penjaga secara rasmi dengan membentangkan masalah dan juga perbincangan untuk mencari solusi penyelesaian murid yang dikategorikan ponteng tegar. 2.3. Ziarah Cakna Mesra Tarikh : 17 Jun 2023 ( Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Kediaman murid Jemputan : Sarjan Azmi bin Risudin ( PPS Sekolah) Pentadbir bersama guru Unit Bimbingan dan Kauseling serta Guru Disiplin bersama menziarahi keluarga dan murid yang dikategori Ponteng Tegar untuk membantu mereka kembali minat hadir ke sekolah. 2.4. Datang Jangan Tak Datang Tarikh : 5 – 30 Jun 2023 ( Setiap Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Kaunseling Tanggungjawab : Pn. Noraini binti Abu Samah (Guru Bimbingan Sekolah)
Sesi bimbingan dan kauseling secara berkala kepada murid yang ponteng tegar dalam memberi motivasi serta mendalami masalah yang menyebabkan ketidakhadiran mereka. 2.5. Anugerah Kehadiran Kelas Terbaik : Tarikh : Setiap Awal Bulan (Isnin) Masa : 7.40 pagi Tempat : Dataran Perhimpunan Gemilang Tanggungjawab : Encik Mohd Noor bin Ali ( PK HEM ) Anugerah ini akan diberikan setiap bulan kepada kelas yang mempunyai kehadiran yang terbaik. Anugerah ini akan meningkatkan motivasi murid bersaing untuk hadir ke sekolah. Sasaran semua kelas mencapai 95% kehadiran. 6. Anugerah Kehadiran Murid Terbaik: Tarikh : Setiap Awal Bulan (Isnin) Masa : 7.40 pagi Tempat : Dataran Perhimpunan Gemilang Tanggungjawab : Encik Mohd Noor bin Ali ( PK HEM ) Merupakan motivasi yang diberikan kepada semua murid yang mencapai kehadiran penuh setiap sesi persekolahan. 1.2 Dapatan Data : Berdasarkan dapatan data SSDM Versi 2 yang telah dianalisis, kehadiran murid sepanjang 5 bulan didapati tidak mencapai 90%. Sebanyak 10% daripada murid ini direkodkan melakukan kesalahan ponteng. Borang Analisis Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid juga mendapati seramai 11 orang daripada 16 respoden berada dalam skor 0-3. Berpandukan data-data ini, Program Moh Ke Sekolah dirancang dan dilaksanakan sebagai satu cara untuk mengatasi masalah tersebut.
Program Moh Ke Sekolah ini didapati telah mendapat sokongan daripada semua warga sekolah dan juga Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling telah merancang dan melaksanakan program ini dengan sokongan pihak 3. Fasa Pemantauan 3.1 Pemantauan menggunakan Carta Gantt dan OPPM Pemantauan perlaksanaan program ini perlu dilakukan dengan menggunakan Carta Gantt dan juga APDM serta SSDM Versi 2 dalam melihat kejayaan program yang dirancang serta impaknya. Melalui Carta Gantt, pentadbir dapat melihat perjalanan program berjalan seperti dirancang. Ini adalah untuk memastikan perjalanan program lancar dan mengikut jadual untuk memberi impak yang positif. Analisis data APDM dan SSDM Versi 2 juga perlu dilakukan untuk mengesan impak daripada perlaksanaan program ini. 3.2 Senarai Kehadiran : Borang maklum balas dan penilaian kendiri peserta bengkel disediakan untuk mengetahui respon guru dan murid terhadap isi kandungan dan cara fasilitator mengendalikan bengkel serta tahap kefahaman dan penguasaan guru dan murid terhadap kemahiran yang telah diberikan. 3.4 Semakan Pengisian Data Disiplin Murid Serta Amalan Baik Murid Di dalam SSDM Oleh Semua Guru Dan Kehadiran Dalam APDM : 1. Dilaksanakan selepas kempen tamat dan disemak untuk membanding beza hasil sebelum dan selepas program dilaksanakan 4. Fasa Tindakan 4.1 Analisis Data 1. Data dari SSDM disemak dan dianalisis dan didapati ada peningkatan dari 0% pengisian kepada 60% pengisian salah laku murid oleh guru-guru SK Tanjung Batu
2. Peningkatan dari 15 orang guru kepada 30 orang guru mengisi amalan baik di dalam SSDM juga berlaku dan didapati data jumlah pengisian amalan baik murid meningkat dari 532 kepada 1500. 4.2 Mesyuarat Post Mortem 1. Mesyuarat post mortem diadakan dan hasil daripada mesyuarat tersebut didapati semua guru memahami kaedah pengisian data salah laku murid dan juga amalan baik yang dilakukan oleh semua murid 2. Baki 40% guru yang tidak merekod salah laku murid kerana dalam tempoh program dijalankan tiada kesalahan disiplin murid yang dijumpai guru tersebut sepanjang program dilaksanakan. 3. Impak dari program tersebut juga, Analisa Data Disiplin dapat dilaksanakan, bilangan guru yang mengisi data kes salah laku dan juga amalan baik murid semakin bertambah dan masalah disiplin dan salah laku murid dapat diselesaikan. Pelan Kontegensi Untuk mengatasi sebarang risiko yang berkemungkinan menghalang dari program ini dapat mencapai objektif, beberapa pelan kontigensi telah dirancang. Antaranya : 1. Menghubungi pegawai HEM di PPD sekiranya beliau tidak dapat hadir adakah pengganti beliau. Beliau memberitahu ada 2 orang lagi pegawai HEM yang akan membantu sekiranya beliau tidak dapat mengendalikan bengkel itu nanti 2. Pelaksanaan bengkel secara atas talian dengan kaedah menonton Video Youtube berkaitan pengisian data di dalam SSDM. 3. Lawatan Penanda Aras ke sekolah contoh yang berhampiran. Cadangan Sekolah:
i. SK Sungai Gau ii. SK Paya Pulai 4. Semua guru dibekalkan dengan Buku Catatan Disiplin dan Amalan Baik Murid untuk catatan awal sebelum data tersebut di kunci masuk ke dalam SSDM (Sekiranya talian ataupun sistem terjejas sewaktu guru mengisi data di dalam SSDM) Berdasarkan data yang diperolehi daripada APDM dan SSDM Versi 2 ini, kejayaan Program Moh Ke Sekolah ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan peratus kehadiran dan juga laporan murid ponteng dalam SSDM versi 2 menunjukkan pengurangan yang ketara. Pelan intervensi juga boleh dirancang sekiranya masih ada lagi murid-murid yang kehadirannya tidak memuaskan. Pelan Intervensi ini perlu berfokuskan kepada murid tersebut. Impak Program Perlaksanaan Program Moh Ke Sekolah ini perlu dijadikan keutamaan dalam meningkatkan peratus kehadiran dan juga mengatasi masalah ponteng di kalangan murid-murid. Sebagai pentadbir, keputusan yang dibuat berdasarkan analisis data SSDM Versi 2 dan juga Borang Analisis Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid dapat membantu dalam membuat keputusan yang tepat dalam mengatasi masalah ini. Impak positif daripada program ini sudah pasti akan membawa perubahan kepada semua guru dan juga murid di sekolah. Diantara impaknya ialah : 1.Guru a. Bilangan guru yang sentiasa mengisi data kesalahan disiplin dan amalan baik murid meningkat kepada 95%. b. Kemahiran guru dengan kaedah pengisian data kesalahan murid dan amalan baik di dalam SSDM Versi 2 bertambah. c. Analisa data dapat dilakukan dan kesalahan disiplin murid dapat diambil tindakan segera. 2. Murid a. Peningkatan jumlah murid yang bermotivasi mempamerkan sikap dan amalan baik untuk direkodkan didalam SSDM Versi 2.
b. Semakin berkurang bilangan kes disiplin dan salah laku murid dengan pencegahan dapat dilakukankan dengan lebih berfokus dan tepat. c. Motivasi murid meningkat dan keterujaan mereka untuk menjadi model dan idola amalan baik kepada murid-murid lain