KELAB MEMANAH
PERJUMPAAN KE 5
PERALATAN ASAS MEMANAH
PERALATAN ASAS MEMANAH
BUSAR PANJANG (LOW BOW) BUSAR JAWA (JAVA BOW) BUSAR MONGOL (MONGOL
BOW)
PENERANGAN MENGENAI BOW
• Long bow merupakan busar yang paling asas.
• Long bow Inggeris adalah seperti yang dipaparkan di sebelah.
• Bentuknya tidak berubah semenjak 9,000 - 6,000 SM. I
• anya dibentuk dari sebatang kayu dan pemegangnya selalunya di
perbuat dari sekeping kulit yang diikat di sekeliling busar.
• Satu lekukan di potong di sebelah kiri atau kanan busar bertujuan
untuk meletakkan anak panah (arrow rest).
• Pejera (sight) tidak digunakan.
• Panahan di lakukan dengan cara membidik hujung anak panah
semasa tarikan penuh.
• Titik bidikan akan berbeza bergantung kepada jarak sasaran.
RECURVE BOW
• Busar Asas Recurve (sesuai untuk kategori 15 tahun
dan kebawah) Busar Recurve mempunyai panjang
yang berbeza iaitu 1220mm(48 inci) sehingga 1780mm
(70 inci).
• Kebanyakan busar yang digunakan dalam
pertandingan Target Archery biasanya adalah 1675mm
(66inci).
• Sebagai panduan asas untuk memilih panjang busar
yang sesuai , individu yang mempunyai jarak tarikan
penuh yang kurang dari 710mm(28 inci) boleh
menggunakan busar antara 1575mm1675mm (62 - 66
inci) sementara individu yang mempunyai tarikan
penuh melebihi 710mm (28 inci) boleh menggunakan
busar antara 1575mm-1780mm (66-70 inci).
PENERANGAN MENGENAI RECURVE BOW
• Kekuatan busar biasanya tertulis di belakang lengan bawah busar.
• Kekuatan busar berdasarkan kepada panjang limb.
• Kekuatan sesebuah busar ditulis dalam paun (lbs).
• Contohnya busar yang mempunyai kekuatan 28 lbs dan panjang 28 inci ditulis seperti
berikut: #20 @ 28. Ini bermaksud tenaga yang diperlukan bagi tarikan penuh (28 inci)
ialah 20 lbs (9 kg).
• Pemanah baru patut menggunakan busar yang mempunyai kekuatan 15-20 lbs (kanak-
kanak) dan 20-25 lbs bagi orang dewasa.
• Kebanyakan busar asas diperbuat daripada kayu berlapis. Pemegang dan lengan
dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs.
• Busar yang di kenali sebagai "Take-Down Recurve" mempunyai poket di atas dan di
bawah pemegang bertujuan untuk melekatkan limb busar.
• Jenis ini boleh di pisahkan supaya senang untuk dibawa ke mana-mana.
• Lengan yang dipisahkan boleh diganti dengan lengan yang sesuai untuk pemanah
ADVANCED RECURVE BOW
PENERANGAN MENGENAI ADVANCED RECURVE BOW
• Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15 tahun ke atas)
• Contoh busar recurve seperti ditunjukkan di sebelah.
• Pemegangnya diperbuat dengan aluminium yang di mesin untuk
mengurangkan berat dan mengekalkan keseimbangan geometri.
• Limbs adalah selari dengan tepat.
• Pemegangnya juga mempunyai poket untuk memasukkan limbs.
• Ia juga mempunyai poket untuk pressure button dan clicker.
• Tempat pemegang boleh ditanggalkan dan boleh diganti mengikut
kesesuaian.
ANAK PANAH
• Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite.
• Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat.
• Setiap anak panah ditanda dengan nombor, contohnya 2013 yang bermaksud anak panah
tersebut mempunyai ukur lilit 20/64th inci(7.94mm) dan ketebalan dindingnya adalah
13/1000th inci(0.33mm) semasa pertandingan.
• Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh digunakan
dalam pertandingan.
• Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang
pemanah.
• Kesesuaian anak panah untuk setiap pemanah boleh ditentukan dengan merujuk kepada
carta pemilihan anak panah „Easton‟.
NOCK
• Nocks diperbuat daripada plastik
keras dan digam di hujung belakang
anak panah.
• Barisan atas adalah nocks untuk
anak panah aluminium.
• Nocks mempunyai 6 saiz yang
berbeza untuk disesuaikan dengan
ukur lilit anak panah.
• Nocks yang mempunyai insert adalah
untuk anak panah karbon atau
karbon-aluminium.
FLETCHERS (SAYAP)
• Fletchers diperbuat daripada plastik lembut dalam
pelbagai bentuk dan saiz.
• Fletchers bulu ayam juga boleh digunakan tetapi tidak
begitu tahan berbanding dengan fletchers plastik.
• Kebiasaannya terdapat tiga fletchers dilekatkan pada
bahagian berhampiran dengan nocks.
• Ia biasanya dilekatkan pada sesuatu sudut supaya
anak panah itu berputar dengan sempurna, lebih stabil
dan lurus semasa terbang.
• Kedudukan fletchers mestilah sesuai dengan jenis
„arrow rest‟ yang digunakan.
ARROW POINTS (MATA ANAK PANAH)
• Diagram di sebelah adalah mata anak panah yang
digunakan dalam pertandingan (target archery).
• Tiga anak panah di barisan atas digunakan untuk
anak panah aluminium.
• Mata anak panah yang bertanda 7% akan
memberikan 7% keseimbangan di bahagian hadapan
dan seterusnya.
• Mata anak panah yang lain adalah untuk anak panah
karbon.
• Terdapat perbezaan berat mata anak panah, oleh itu
keseimbangan anak panah dapat dikawal.
• Ini adalah sangat penting kerana sekiranya terdapat
sedikit perbezaan dalam berat anak panah, ianya
boleh mengubah penerbangan (flight) anak panah
tersebut.
FINGER TABS (PELINDUNG JARI)
• Pelindung jari digunakan untuk
melindungi jari pemanah dari
sebarang kecederaan dan juga
memberikan permukaan yang licin
untuk tali panah mengelungsur.
• Kebanyakan pelindung jari
diperbuat daripada kulit ataupun
bahan lain.
• Saiz pelindung jari tidak
sepatutnya melebihi jari pemanah.
ARM GUARDS (PELINDUNG LENGAN)
• Pelindung lengan diperbuat daripada kulit
yang dikuatkan atau plastik yang dipakai
di sebelah dalam lengan yang memegang
busar (bow arm).
• Ianya di pakai untuk mengelakkan
kecederaan lengan pemanah.
QUIVERS (KANTUNG ANAK PANAH)
• Kantung anak panah digantung
di pinggang. Ianya digunakan
untuk membawa anak panah.
CHEST GUARD (PELINDUNG DADA)
• Pelindung dada digunakan untuk
mengelakkan kecederaan dada terutamanya
bagi pemanah wanita.
• Tekanan berpanjangan dari tali panah boleh
menyebabkan timbulnya satu kebengkakkan
pada tisu lemah yang sukar untuk dibezakan
dengan tisu kanser.
• Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan
baju besar daripada mengganggu tali panah.
• Pelindung dada diperbuat daripada nylon
ataupun plastik.
PRESSURE BUTTON (PLUNGER BOTTON)
• Plunger button digunakan dengan
dua tujuan iaitu :
(a) Untuk melaras kedudukan
melintang semasa anak panah berada
di atas arrow rest supaya panahan lebih
tepat.
(b) Untuk menyerap lencongan semasa
pelepasan anak panah. Pelarasan
plunger button akan menjadikan
penerbangan anak panah lebih lurus
apabila busar telah diselaraskan.
CLICKER
• Clicker merupakan sekeping logam nipis berspring
yang dilekatkan di pemegang busar.
• Anak panah diletakkan di antara clicker dan pemegang
busar supaya apabila anak panah ditarik dengan
tarikan penuh ( full draw), ianya akan memetik
pemegang busar dan menghasilkan bunyi.
• Semasa inilah pemanah akan melepaskan anak panah.
• Clicker juga boleh digunakan sebagai pengesan
panjang tarikan.
• Sebelum pemanah boleh menggunakan clicker, tarikan
penuhnya hendaklah konsisten.
• Untuk memasang clicker, ia sepatutnya dilekatkan
pada kedudukan di mana separuh mata anak panah
berada di bawah clicker semasa tarikan penuh (full
draw).
SIGHTS (PEJERA)
• Sight digunakan bagi kedua-dua jenis busar
Recurve dan Compound.
• Ianya diletakkan di tepi pemegang busar.
• Lengan penyambung melintang
membolehkan sight dilaraskan ke dalam atau
ke luar dari busar.
• Lengan membujur biasanya disertakan
dengan sukatan bacaan bagi memudahkan
pelarasan ketinggian.
FINGER SLING (PENGIKAT JARI)
• Pengikat jari diperbuat daripada seutas
tali kasut ataupun sebarang tali yang
kedua-dua hujungnya diikat bersama.
Ianya diikat pada jari telunjuk dan ibu jari
STABILISERS (PENGIMBANG)
• Pengimbang ditambah kepada busar dengan tujuan memberi
lebih kestabilan semasa membidik ( aiming) dan melambatkan
sebarang pergerakan tindakbalas selepas anak panah
dilepaskan.
• Kebanyakan pengimbang merupakan batang aluminium kosong.
• Pangkal yang lebih besar dilekatkan pada pemegang busar dan
hujung yang lebih kecil mempunyai pemberat yang boleh
ditambah dan diubahsuai dari masa ke semasa.
• Tujuan lain ialah supaya busar akan menjadi lebih selesa untuk
dipegang semasa tarikan dan pembidikan.
• Batang pengimbang yang lebih pendek di bahagian belakang
bertujuan memberikan keseimbangan di sebelah kiri dan kanan.
• Selain itu ia juga digunakan untuk menyerap gegaran semasa
pelepasan anak panah.
KISSER BUTTON
• 'Kisser Button' ialah sebuah piring plastik yang kecil
(10 mm diameter) yang dilekatkan pada tali busar.
• Kedudukannya pada tali tersebut ialah apabila
tarikan penuh dilakukan, ianya akan menyentuh bibir
pemanah.
• Ia juga boleh diletakkan bagi menyentuh hidung
pemanah juga, bergantung kepada pemanah.
• Tujuan kisser button adalah sebagai tanda tambahan
untuk membantu pemanah.
NOCKING POINT LOCATORS (PENANDA TITIK NOCKING)
• Gambar di sebelah adalah penanda titik nocking
yang diperbuat dari aloi.
• Ia mempunyai lapisan dalaman yang diperbuat
daripada plastik untuk memberikan cengkaman
dan melindungi tali busar.
• Ianya diletakkan pada tali busar dan diketatkan
dengan menggunakan playar.
• Kebiasaanya dua nocking point digunakan.
• Nocking point ini tidak sesuai untuk Recurve bow.
TERIMA KASIH!
ATAS PERKONGSIAN HARI INI
SEMOGA KITA BERJUMPA DI LAIN WAKTU
PERJUMPAAN KELAB MEMANAH YANG
SETERUSNYA NANTI