The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN KEPADA SUKAN MEMANAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azyrajikin, 2021-06-15 22:16:15

SUKAN PERMAINAN MEMANAH

PENGENALAN KEPADA SUKAN MEMANAH

KELAB MEMANAH

SMK KIDURONG
2021

PENGENALAN KEPADA SUKAN MEMANAH

• Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang
memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan,
khususnya lengan dan bahu.

• Kemahiran dalam memanah ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
melepaskan anak panah pada sasaran dalam jangka masa tertentu
dengan ketepatan. Ertan. H et. All (2003)

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
SUKAN MEMANAH

• Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama
sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak
20,000 tahun yang lalu. Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti
memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di
Sepanyol.Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum Masehi.

• Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan
makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah
digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir
tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu
dan tembaga.Orang-orang tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat
daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar
1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika
dibandingkan pada zaman mesir kuno. Orang-orang tartar juga dikenali sebagai
pahlawan yang terulung pada zaman itu.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
SUKAN MEMANAH

• Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman Kerajaan Rom dan
Kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11.Penggunaan panah sebagai senjata mula
berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.

• Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar
abad ke-16 apabila Raja Hendry viii mengarahkan Sir Christopher Morris
menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang
pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan
pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

• Di Benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun
1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
SUKAN MEMANAH

• Mu1pod9einlpi0ermdetm4aarptnnaadigdnkni-iandpSuhiaagnndiamndgnatkautnaLalsnagheohuuddpiniineimsrg1stda9ugaas7aknun2adknTtikdnahaihgoenMaulinnmFdu.eanp1ldS9iaiucekm2hrk0a.kaatneidcoraiamnrnBaaeeImslngtutiaikdeunaarmannkha.toaSiddloeiiamlmneasppaalaistksuuDktpeakpahaedTunraainrtktAuaietrLhmua’una,bnrscayul1aik9(na0dFgnaI0TltamAemdte)iampPamcaamarneirsanae,hgntsggatuuiehkdnbuaaaannkli
• FmkyaeITenjomAghamadnnietaaunhnbj-audkghieakjdosaeahnlnaupnrmauadnheanmtgdaieuhkmntuiinraaan.f1a9sFhe3Ig1TpaAeblraeirnrjteugukkgjouaatdandadniuuptnnearritatauabkdnaagmnlgagemusmansgdpujaoaknwpaunadlbuamkrnaeidnamadnauanmnnathejuun.kggagmasleeabnkakggaaanni jbsuuardkkaaannn
• tusmSMDeiunniueaktgmMlmuaagnykaipa.snlaiamSamayeheks(ainNoacdilnAausihpuinA,e-kgrdSMakteinahik)lna.omDbdrlaiaaienpkhmpgkaekataMr-nanibnnaapaglhakekdyanaasitgtdialbaspibleae(akarrMhutionalSdngyaSihkaMpnabsatg)aur.waPkbMaaaaphdnkSeaSalkmMaletjamael.oDrhmeluedawannaananglaaka1hmi9nPli9ea6rnsdasueadabklgtaaauuanhnraayatndainidpMiibekrapeaetwjkemaoramaihanhnnaagnadkkhakaeanpaltoKlailytneamabyadnnaeaigpnmMsegulareslnakaubjaaaliainnhhss

MEMANASKAN BADAN DAN
REGANGAN DALAM SUKAN MEMANAH

• Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari faktor: struktur tulang, otot,
tendon dan ligamen.

• Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan.
• Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan:
LATIHAN REGANGAN
• Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini

akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan
kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas kerana ia akan
menjadikan anda pening. Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan
memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

MEMANASKAN BADAN DAN
REGANGAN DALAM SUKAN MEMANAH

1. Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan
tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan
ke atas dan tahan selama 10 saat tangan keluar. Luruskan tangan anda .

2. Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah lengan.Bengkokkan satu tangan
melepasi kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu
dari bawah ke atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan
keadaan belakang anda dalam keadaan tegak semasa latihan ini.

3. Melonggarkan bahu dan otot belakang.Kuncikan jari kedua-dua tangan
bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan
perlahan-lahan selama 10 saat.

• Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi tulang
belakang.

MEMANASKAN BADAN DAN
REGANGAN DALAM SUKAN MEMANAH

4. Melonggarkan otot belakang dan bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua-
dua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan.
Biarkan bahu pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara
mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan selama 10 saat.

5. Melonggarkan otot bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya,
angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu.
Tarik tangan separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6
kali.

6. Melonggarkan otot dada dan bahu.Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung
ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas
bahu kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan
selama 10 saatdanulangsebanyak 6 kali.

MEMANASKAN BADAN DAN
REGANGAN DALAM SUKAN MEMANAH

8. Melonggarkan otot memanah.Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya
untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali panah. Tahan
selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang
sebelah lagi.

KEBAIKAN SUKAN MEMANAH

1. Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”. Maka jika pemanah

emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung,
sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
2. Membina kekuatan bahagian atas badan – memegang busur dan menarik anak
panah memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul
pada bahagian atas badan.
3. Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari – memegang busur, memasang,
mengangkat dan melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang
mengukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

KEBAIKAN SUKAN MEMANAH

4. Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata – memanah adalah untuk
melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam
pembangunan kemahiran koordinasi tangan-mata

5. Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan – pemanah tahu bagaimana
untuk membebaskan minda mereka dari gangguan dan memberi tumpuan
kepada sasaran. Ia menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda.
Memanah juga merupakan amalan mengawal minda dan meningkatkan
kesabaran.

6. Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat
utama pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu
memberikan tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang
tentang apa yang orang lain lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi
lebih keseronokan serta keyakinan diri meningkat.

KEBAIKAN SUKAN MEMANAH

7. Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Semasa
pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa
melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain.
Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif
berjalan sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot
dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan
sejumlah besar masa berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali ke
garisan permulaan.

8. Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi
keperluan, kepuasan dan minat.

9. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan
saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan
ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis
dan lain-lain masalah pengaliran darah.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version