PERKEMBANGAN PERSONAL,
SOSIAL DAN EMOSI.
PGA 101
DISEDIAKAN OLEH:
INTAN NAJWA BINTI AZMI (161092)
NUR ZULAIKHA BINTI ZAIDI (162337)
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. SYUKUR KEPADA
ALLAH SWT KERANA KAMI TELAH BERJAYA MENGHASILKAN SATU E-
BOOK BERTEMAKAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN YANG BERTAJUK
PERKEMBANGAN PERSONAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK DI
BAWAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG 2022/2023.
KAMI INGIN MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
YANG TERLIBAT DALAM PENGHASILAN E-BOOK INI TERUTAMANYA
PENSYARAH KAMI IAITU PROF. MADYA DR.SHAHABUDDIN HASHIM
YANG TELAH BANYAK MEMBERI BIMBINGAN.
TIDAK LUPA JUGA UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN-
RAKAN YANG JUGA BANYAK MEMBANTU DAN MEMBERI SOKONGAN
KEPADA KAMI SEPANJANG MENYIAPKAN TUGASAN INI.
KAMI BERHARAP SEMUA KANDUNGAN YANG BERADA DALAM E-
BOOK INI DAPAT MEMBERI BANYAK MANFAAT KEPADA
MASYARAKAT TERUTAMANYA KEPADA SEMUA PENGGUNA SASARAN
SAMA ADA IBU BAPA, GURU DAN KANAK-KANAK.
ISI KANDUNGAN:
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
PENGENALAN & OBJEKTIF
DEFINISI PERSONAL
FAKTOR-FAKTOR PERSONALITI
KESAN PERKEMBANGAN PERSONALITI
DEFINISI SOSIAL
FAKTOR-FAKTOR SOSIAL
TINGKAH LAKU SOSIAL
DEFINISI EMOSI
FAKTOR PERKEMBANGAN EMOSI
MASALAH-MASALAH EMOSI
PENGENALAN
TOPIK INI MEMBERIKAN PENDEDAHAN
BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN
KANAK KANAK IAITU DARI SEGI
PERKEMBANGAN PERSONAL,SOSIAL
DAN EMOSI MEREKA .
OBJEKTIF
1. Dapat mengenalpasti personal, sosial dan
emosi
2. Dapat menyenaraikan faktor personaliti dan
kesan perkembangan personaliti.
3. Dapat menyenaraikan faktor sosial dan jenis
tingkah laku sosial serta bentuk emosi.
4.Dapat menghuraikan faktor perkembangan
emosi dan masalah emosi.
DEFINISI PERSONAL
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERSONALITI
FAKTOR EMOSI FAKTOR
FIZIKAL
BENTUK TUBUH
BADAN
FAKTOR FAKTOR GENETIK/
PERSEKITARAN BAKA
FAKTOR EMOSI
Akan menyebabkan keadaan tidak
seimbang dari segi fizikal dan akan
menjejaskan tingkah laku individu
tersebut . Emosi mempengaruhi
cara-cara penyesuaian dirinya .
BENTUK TUBUH BADAN
Bentuk tubuh badan mempengaruhi
personaliti secara langsung dan tidak
langsung .
Secara langsung : bentuk tubuh badan
menentukan perkara yang dapat dibuat dan
tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak.
Secara tidak langsung pula , bentuk tubuh
badan akan mempengaruhi personaliti
dengan cara menentukan perasaan
seseorang tentang tubuh badannya.
FAKTOR FIZIKAL
Keadaan fizikal seseorang
akan membawa perubahan
tingkah laku yang mungkin
tidak kekal atau kekal, iaitu
sedikit atau banyak
FAKTOR PERSEKITARAN
Persekitaran penting
melibatkan keluarga,rakan
sebaya dan masyarakat sekitar.
Contoh :suasana rumah tangga
yang tenteram mendorong ahli
ahli dalam keluarga tersebut
berinteraksi dengan lebih
konstruktif
FAKTOR GENETIK/ BAKA
Menghasilkan pembawaan atau
potensi untuk perkembangan
dan bukan mempengaruhi
pergerakan badan dan tingkah
laku secara langsung.
KESAN-KESAN
PERKEMBANGAN
PERSONALITI
Membentuk individu berkeyakinan tinggi - menjadi
lebih berkeyakinan dalam melakukan apa jua perkara.
Contoh : Apabila berhadapan dengan khayalak yang
ramai.
Mampu membina identiti diri yang tetap - identiti
mereka dipengaruhi oleh diri mereka sendiri dan orang
lain atau hanya situasi tertentu yang mampu
mengubah identiti individu tersebut .
Mampu mengubah karakteristik individu - karakter
individu akan berubah jika mereka memiliki atau
mengalami perkembangan personaliti yang baik
DEFINISI SOSIAL
Sosial merupakan pergaulan
di antara seseorang individu
yang terdekat atau yang
berada di sekelilingnya.
Sosial juga dapat dikaitkan
dengan sifat empati yang
membawa kepada sikap
tolong menolong,
berkomunikasi dan
sebagainya.
Secara umumnya, sosial merujuk
kepada proses yang melibatkan
kanak kanak berinteraksi dengan
orang lain yang boleh diterima oleh
masyarakat melalui proses
identifikasi,aktiviti bermain dan
persahabatan.
FAKTOR-FAKTOR SOSIAL
FAKTOR KELUARGA
KONSEP KENDIRI
KEMATANGAN ANAK
KEMAHIRAN SOSIAL
FAKTOR KELUARGA
Keluarga merupakan lingkungan
pertama yang beri pengaruh
terhadap perkembangan sosial
anak-anak. contohnya, apabila
sesebuah keluarga tersebut
mengucapkan kata-kata yang baik,
maka kanak-kanak dalam keluarga
tersebut juga akan ikut tindakan
ahli keluarga mereka.
KONSEP KENDIRI
Kanak-kanak belajar untuk
mengenali diri mereka dengan
menggali tentang kelebihan dan
kekurangan yang mereka miliki.
kanak-kanak ini mencari identiti
mereka bagi membolehkan mereka
mudah untuk berinteraksi dengan
orang di sekitarnya.
KEMATANGAN ANAK
Kematangan anak sangat
penting kerana perkembangan
sosial mereka datang daripada
tingkah laku. tingkah laku yang
matang mencerminkan
perkembangan sosial yang baik
KEMAHIRAN SOSIAL
Kemahiran sosial sangat penting
supaya pergaulan dan setiap patah
perkataan yang dikeluarkan
memberi satu manfaat kepada diri
sendiri dan orang lain. contohnya,
kanak-kanak itu menyuarakan
pendapat dan idea di hadapan
orang lain.
TINGKAH LAKU SOSIAL
MENIRU
Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh orang lain
terutamanya dalam membuat perkara yang mereka
suka. Contohnya,mereka akan meniru tingkah laku
orang disekelilingnya sama ada baik atau buruk
BERTANDING
Dalam aktiviti pertandingan,kanak-kanak
lebih terdedah kepada perkembangan sosial
.Mereka akan sedaya upaya untuk menang
dalam pertandingan yang disertainya
BERKAWAN
Apabila berkawan, kanak-kanak dapat
mempelajari interaksi sosial yang mempunyai
pelbagai jenis ragam,kaum dan budaya kerana
bercampur dengan ramai kawan .
BEKERJASAMA
Apabila kanak-kanak bekerja dalam kumpulan,
mereka akan saling bantu membantu ke arah
pencapaian matlamat bersama.Mereka akan saling
berkongsi idea dalam sesuatu perkara
BERSIMPATI
Kanak-kanak yang diberi pendedahan kepada suasana
luar akan menunjukkan perasaan simpati apabila
melihat orang lain dalam kesusahan. Maka,mereka akan
memberi pertolongan kepada orang tersebut tanpa
ragu-ragu
PENGIKTIRAFAN SOSIAL
Pengiktirafan sosial seorang kanak-kanak dapat
menarik perhatian rakan sebaya yang lain supaya
memberi penghormatan kepadanya.
Menurut Crow & Crow (1962)
mengartikan emosi sebagai suatu
keadaan yang bergelora pada diri
individu yang berfungsi sebagai inner
adjustment (penyesuaian dari dalam)
terhadap lingkungan untuk mencapai
kesejahteraan dan keselamatan hidup.
DEFINISI EMOSI
Emosi adalah suatu reaksi
tubuh menghadapi situasi
tertentu
Emosi Menurut William Kames
Menurut William Kames (dalam
Wegde, 1995), emosi adalah
kecenderungan untuk memiliki
perasaan yang khas bila kita
berhadapan dengan objek
tertentu dalam lingkungannya.
FAKTOR PERKEMBANGAN EMOSI
KELUARGA
PENGARUH
RAKAN
SEBAYA
GURU DAN
PERSEKITARAN
SEKOLAH
1)KELUARGA
-Pemakanan yang diambil dan asuhan yang
terbaik di rumah
-Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang
sepenuhnya dan memberikan layanan yang
terbaik kpd anak anak mereka
2) PENGARUH RAKAN SEBAYA
-Pergaulan yang ceria dpt diwujudkan dlm
kalangan kanak –kanak agar perkembangan
emosi menyumbang ke arah yang lebih positif
3)GURU DAN PERSEKITARAN SEKOLAH
-Guru yang penyayang dan persekitaran sekolah
yang kondusif penting kpd kanak-kanak kerana
mereka banyak menghabiskan masa di sekolah
berbanding di rumah
-Contoh : suasana sekolah yang tenang dan guru
yang penyayang
MASALAH EMOSI
1) STRES
-Berlaku disebabkan tekanan pada mental dan
fizikal yang terlampau
-Tanda-tanda individu tersebut stres seperti
cepat marah,mudah lupa dan sukar membuat
keputusan yang rasional
2) KEMURUNGAN
-Gangguan perasaan menyebabkan seseorang
berasa sedih berpanjangan,keletihan,tiada
tenaga ,cepat marah dan hilang minat terhadap
aktiviti harian.
-Boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira
umur
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap individu seharusnya
memelihara hubungan yang erat antara
satu sama lain. Hal ini demikian kerana
perhubungan ini dapat mempengaruhi
perkembangan personal, sosial dan emosi
kanak-kanak. Punca utama kanak-kanak
menjadi murung adalah disebabkan oleh
perpecahan institusi kekeluargaan. Selain
itu, mereka juga perlu bijak dalam memilih
rakan-rakan yang baik kerana rakan juga
boleh mempengaruhi perkembangan
personal dan sosial seseorang.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.