INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SJKC]
KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : CHONG YANG HONG
ANGKA GILIRAN : 2021022310140
NO. KAD PENGENALAN : 030805130070
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-6
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
KANDUNGAN Muka surat
1
Perkara 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu tradisional 3
3.0 Fungsi sastera Melayu 5
4.0 Akal budi pemikiran pantun tradisional Melayu 6
5.0 Penutup
Rujukan
1
1.0 Pengenalan
Terdapat pelbagai jenis karya sastera Melayu dalam dunia ini. Masyarakat
haruslah memahami kesusasteraan Melayu dengan lebih mendalam dan
berusaha mempertahankan kesusasteraan Melayu.
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu tradisional
Kesusasteraan Melayu tradisional ialah pelbagai bentuk atau jenis karya
sastera yang dihasilkan oleh masyarakat awal. Menurut Muhd Norizam Jamian
dan Shaiful Bahri Md Radzi (2015), kesusasteraan Melayu ialah hasil karya yang
memberikan pengajaran yang membolehkan manusia menjadi beradab.
Kesusasteraan Melayu tradisional dihasilkan melalui kreativiti seseorang.
Kesusasteraan Melayu ialah masyarakat Melayu mencipta seni menyampaikan
maklumat melalui bahasa. Kesusasteraan Melayu amat menekankan estetika dan
keindahan. Kesusasteraan Melayu tradisional ialah karya yang indah kerana su
dalam perkataan kesusasteraan bermaksud indah (Abdul Halim Ali, 2011).
Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud
memberikan pengajaran (Abdul Halim Ali, 2014). Oleh itu, susastera bermaksud
memberikan pengajaran dengan kaedah yang indah.
Prosa tradisional termasuk mitos, legenda dan cerita rakyat. Bentuk prosa
tradisional dibahagikan kepada naratif iaitu disampaikan secara lisan dan tulisan
dan bukan naratif iaitu karya yang menekankan fakta seperti sastera undang-
undang. Ciri-ciri prosa tradisional ialah disampaikan secara lisan atau tulisan,
bersifat kreatif dan estetik serta pelbagai jenis gaya bahasa digunakan.
Jenis prosa moden termasuk novel, cerpen dan drama. Prosa moden
dibahagikan kepada bentuk fiksi iaitu karya yang dicipta berdasarkan imaginatif
dan bukan fiksi iaitu karya yang mementingkan fakta. Ciri-ciri prosa moden ialah
bersifat bebas kerana tidak mengehadkan tema dan ayat, dapat menyampaikan
maklumat tersirat dan bersifat kreatif.
Jenis puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam dan seloka. Bentuk puisi
tradisional dibahagikan kepada terikat iaitu mempunyai syarat seperti pantun dan
2
bebas iaitu tanpa syarat seperti seloka. Ciri-ciri puisi tradisional ialah penggunaan
bahasa yang gramatis, mempunyai intonasi dan iramanya, mempunyai bentuk
tertentu. Baris, rima dan patah perkataan disusun mengikut ikatan, bersifat lisan,
mempunyai bahasa kiasan dan kreatif.
Puisi moden ialah sajak. Puisi moden berbentuk bebas dan terikat. Ciri-ciri
puisi moden adalah mempunyai bentuk tertentu, dapat menimbulkan perasaan
pembaca, pelbagai jenis gaya bahasa digunakan dan setiap perkataan
mempunyai makna.
3.0 Fungsi sastera Melayu
Sastera Melayu berfungsi sebagai hiburan. Menurut Norazimah Zakaria
(2014), penulis sastera Melayu dapat menghasilkan karya yang menghiburkan hati
pembaca. Pembaca boleh mendapat keseronokan melalui bahasa gramatis yang
digunakan dalam karya sastera. Semasa membaca karya sastera, pembaca akan
berasa tenang kerana karya sastera dapat mempengaruhi perasaan. Pembaca
akan berasa berpuas hati kerana isi kandungan yang ringan. Sastera yang
mempunyai bahasa yang mudah difahami membolehkan pembaca berasa santai
semasa membaca. Semasa membaca sastera Melayu yang menceritakan
pengalaman kehidupan, pembaca akan berasa damai. Contohnya, cerita kanak-
kanak seperti cerita kura-kura dan arnab dapat menghiburkan hati pembaca
kerana penggunaan bahasa yang mudah dan pengakhiran cerita yang gembira.
Sastera Melayu juga berfungsi sebagai pendidikan. Pembaca akan
mendapatkan pengajaran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Pembaca
dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti rasional, cinta akan negara,
amanah dan rajin. Sastera Melayu juga berperanan memberikan nasihat dan
pesanan kepada pembaca. Pembaca boleh menyedari sesuatu dan
menambahbaikannya dalam kehidupan. Melalui pembacaan, pembaca tidak akan
mengamalkan sikap yang mendatangkan keburukan. Sastera Melayu boleh
membantu pembaca menguasai kemahiran berfikir kerana sastera Melayu dapat
meningkatkan kefahaman pemikiran pembaca (Shamsudin Othman et al., 2015).
Contohnya, cerita angsa yang bertelur emas memberikan pengajaran kepada
pembaca supaya tidak mengamalkan sikap tamak dalam kehidupan. Masyarakat
3
akan diasuh dengan pelbagai pengajaran dan menjadi insan yang bermoral dalam
kehidupan.
Sastera Melayu juga berfungsi sebagai dakwah. Sastera Melayu
mengandungi unsur dakwah seperti nilai intrinsik dan ekstrinsik. Menurut Noor
Sarah Abu Kassim (2018), dakwah membolehkan masyarakat mengamalkan
ajaran Allah supaya berasa bahagia di dunia dan akhirat. Kesusasteraan Melayu
mengeluarkan pendapat tentang dakwah dan menyarankan masyarakat supaya
mengamalkan sikap baik dalam kehidupan. Melalui pembacaan, masyarakat akan
menguasai pengetahuan dan hukum tentang Islam. Akhlak masyarakat akan
menjadi mulia dan silaturahim dapat diwujudkan. Karya yang berfungsi sebagai
dakwah yang dibaca oleh masyarakat di pelbagai negara membolehkan lebih
banyak orang mengetahui tentang hukum Islam. Hal ini juga dapat
mempertahankan kedudukan Islam dalam masyarakat.
Sastera Melayu juga berfungsi sebagai kritikan sosial. Sastera Melayu
berfungsi untuk menyampaikan mesej dalam bentuk kritikan kepada pembaca
(Norhafidah Ibrahim et al., 2018). Karya sastera berperanan menilai, membuat
perbandingan terhadap sesuatu perkara. Karya sastera juga mengkritik dan
menyindir sesuatu kejadian, perlakuan atau sikap yang diamalkan dalam
masyarakat. Karya sastera yang mempunyai kritikan sosial dianggap sebagai
rujukan peraturan masyarakat oleh pembaca kerana karya sastera memberikan
pengajaran kepada masyarakat. Karya sastera juga memberikan teguran kepada
masyarakat supaya masyarakat tidak mengamalkan sikap yang mendatangkan
kerugian. Contohnya, cerita Pak Kaduk mengkritik golongan atasan yang
menggunakan kuasa untuk kepentingan diri.
4.0 Akal budi pemikiran pantun tradisional Melayu
Pada baris pertama dan kedua dalam rangkap pertama pantun, penulis
menggunakan air dan nasi diletakkan dalam sesuatu alat yang sesuai sebagai
pembayang. Baris ketiga dan keempat pantun bermaksud seseorang individu yang
berilmu pengetahuan tinggi atau berkedudukan tinggi dalam masyarakat semakin
merendah diri. Rendah diri bermaksud kejayaan sendiri tidak ditunjukkan kepada
4
orang lain secara sengaja (Asmawati Desa & Fatimah Yusooff, 2014). Walaupun
mereka berjaya dalam kehidupan, mereka tidak memandang rendah orang lain.
Mereka menghormati orang lain dan tidak bersikap sombong. Berdasarkan pantun,
padi yang berisi bermaksud individu yang berilmu pengetahuan manakala makin
menunduk bermaksud merendah diri. Pengajaran dalam pantun ini ialah kita
haruslah mengamalkan sikap rendah diri walaupun kita berjaya dalam kehidupan.
Sikap sombong akan mendatangkan kerugian terhadap seseorang.
Dalam baris pertama rangkap kedua, penulis menggunakan tingkap yang
berada di sekeliling kita sebagai pembayang. Dalam baris kedua, pembayang ialah
sampan yang berada di pulau membolehkan pembaca membayangkan
pemandangan indah. Baris ketiga bermaksud seseorang dianggap mulia kerana
budi pekertinya manakala baris keempat bermaksud martabat bangsa dinilai
berdasarkan bahasa. Seseorang yang berakhlak mulia dalam kehidupan akan
disenangi dan dipandang tinggi oleh orang lain. Akhlak mulia seseorang perlu
dipupuk melalui pendidikan (Muhammad Royani, 2015). Mereka juga akan
dihormati oleh orang di sekeliling dan imej dapat ditingkatkan. Pertuturan yang
bersopan digunakan membuktikan martabat bangsa dan mewujudkan silaturahim.
Pengajaran yang diperoleh daripada rangkap kedua ialah kita haruslah berbudi
pekerti dan berkelakuan baik dalam kehidupan supaya dapat dipandang tinggi oleh
orang lain. Kita juga haruslah bertutur dengan sopan supaya martabat bangsa
dapat dipertahankan.
Baris pertama dan baris kedua dalam rangkap ketiga yang merupakan
pembayang menceritakan tentang kegiatan manusia iaitu memburu haiwan. Baris
ketiga bermaksud ilmu pengetahuan dikuasai dengan tidak lengkap manakala
baris keempat bermaksud tidak akan mendatangkan manfaat. Pemerolehan
pengetahuan yang tidak sempurna dikatakan sia-siar sahaja. Menurut Azmil
Hashim dan Jahidih Saili (2015), pengetahuan yang tinggi dapat memberikan
pencapaian kepada seseorang pada masa depan. Hal ini demikian kerana kita
tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan yang tidak lengkap untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan kerana kita belum memahami sesuatu
konsep dengan mendalam. Pengajaran yang dapat diperoleh dalam rangkap
5
ketiga ialah kita haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
memperoleh ilmu pengetahuan yang sempurna untuk mendatangkan kebaikan.
5.0 Penutup
Kesusasteraan Melayu amat penting terhadap masyarakat kerana
memberikan manfaat kepada masyarakat. Kesusasteraan Melayu perlu
dipertahankan supaya karya sastera tidak akan pupus dalam dunia ini.
(1094 patah perkataan)
6
Rujukan
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu Tradisional.
Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu. 2, 99-117.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794.
Abdul Halim Ali. (2014). Konsep estetika bersepadu: Satu kaedah baharu kaedah kritik
estetika dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Peradaban Melayu. 9, 84-104.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1989/1450.
Asmawati Desa & Fatimah Yusooff. (2014). Sumber dan kefahaman konsep 1
Malaysia dalam kalangan remaja: Satu kajian tinjauan. Jurnal Psikologi
Malaysia. 28(1), 3-11. https://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/139/93.
Azmil Hashim & Jahidih Saili. (2015). Hubungan antara tahap kemahiran Al-Quran
guru dan pencapaian tajwad Al-Quran pelajar KKQ di wilayah persekutuan
Kuala Lumpur. Tinta Artikulasi Membina Ummah. 1(1), 144-151.
https://bit.ly/3MX0aoB.
Muhammad Royani. (2015). Membangun kepribadian dengan nilai-nilai pendidikan
matematika. Jurnal Pendidikan Matematika. 1(1), 23-32.
https://mathdidactic.stkipbjm.ac.id/index.php/math/article/view/91/82.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu
tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal
Komunikasi. 31(2), 183-194. https://bit.ly/3MQIaw0.
Noor Sarah Abu Kassim. (2018). Puisi endoi sebagai instrumen dakwah untuk
pembangunan insan. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN). 6,
241-276. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/46/19.
Norazimah Zakaria. (2014). Peranan pengarang tradisi dalam melahirkan masyarakat
pemikir. Procedia- Social Behavioral Sciences. Elsevier Ltd. 134, 259-269.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.247.
7
Norhafidah Ibrahim, Norliza Ghazali & NorAsyikin Ibrahim. (2018). Kritikan sosial
dalam lirik lagu dikir Barat. Journal Of Islamic, Social, Economics and
Development. 3(9), 15-24. http://www.jised.com/PDF/JISED-2018-09-03-
02.pdf.
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran akal budi dan
sosiabudaya Melayu dalam pendidikan kesusasteraan Melayu. International
Journal of Education and Training (InjET). 1(2), 1-10.
http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Bu
di%20dan%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusa
steraan%20Melayu.pdf.