The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Tentang Seorang Tokoh Yang Berasal Dari Johor Dan Sejarahnya Sepanjang Hidup Sebelum Dan Selepas Mencapai Kejayaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Daniel Abdullah, 2021-04-25 22:51:29

Tokoh Pemimpin Johor

Buku Skrap Tentang Seorang Tokoh Yang Berasal Dari Johor Dan Sejarahnya Sepanjang Hidup Sebelum Dan Selepas Mencapai Kejayaan

KANDUNGAN

1) Pendahuluan...............................................1
2) Biodata........................................................2
3) Pendidikan..............................................3-4
4) Kerjaya…................................................5-6
4) Sumbangan.............................................7-9
5) Nilai Kepimpinan................................10-11
6) Kesimpulan...............................................12

7) Rujukan....................................................13

8) Lampiran..................................................14

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

i

PENDAHULUAN

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di
dalam suatu pertubuhan. Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar
dan kompleks. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan
sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan
aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua
perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang
Tokoh Pemimpin Johor yang tidak lagi asing
daripada jiwa rakyat Malaysia. Beliau merupakan
seorang tokoh pemimpin yang telah banyak
berjasa kepada bangsa dan negara. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di
peringkat Persekutuan dan kini menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Perdana
Menteri Malaysia ke-8. Setinggi perhargaan kepada Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana

Menteri Malaysia di atas keprihatinan serta
tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir
34 juta rakyat Malaysia.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

1

BIODATA

Nama : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri : Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak : 1) Najwa Mahiaddin, 2) Farhan Yassin Mahiaddin,

3) Fakhri Yassin Mahiaddin, 4) Nabilah Mahiaddin
Tarikh kelahiran : 15 Mei 1947

JAWATAN DALAM BIDANG POLITK
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir,
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden
Pakatan Harapan dari 2016 sehingga 2020 dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
dari 2009 sehingga 2015, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden
UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN) dari 2009 hingga 2016.

Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri
selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya. Beliau memegang jawatan
pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

2

PENDIDIDKAN

SEKOLAH RENDAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani
JKR 999, Jalan Arab,
84000 Muar, Johor

Sekolah Kebangsaan Ismail (1)
JKR 1009, Jalan Tunku Bendahara,
84000 Muar, Johor

SEKOLAH MENENGAH
Sekolah Tinggi Muar
Jalan Meriam,
84000 Muar, Johor

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

3

PENDIDIDKAN

PENGAJIAN
TINGGI

Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya
memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).
Semasa di alam pembelajaran di
peringkat rendah hingga ke universiti,
beliau tidak terkelompok dalam
kumpulan pintar atau genius. Beliau
adalah seorang siswa biasa tetapi amat
tekun dan kuat berusaha.
Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu
dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan
mengenai bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas tetapi beliau
tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang
pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan.
Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan
tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

4

KERJAYA

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah seorang ahli
politik Malaysia dan Perdana Menteri
Malaysia ke-8. Beliau dilantik pada 29
Februari 2020 dan bersumpah pada 1 Mac
2020 selepas peletakan jawatan yang tidak
dijangka oleh Mahathir Mohamad pada 24
Februari 2020.
Tan Sri Muhyiddin pernah dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia ke-10 semasa menganggotai
Jemaah Menteri pada 2013.
Sebelumnya, sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau menyandang beberapa jawatan
termasuk sebagai; Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

5

KERJAYA

PRESIDEN PARTI PPBM

Pada bulan Ogos 2016, Muhyiddin mendaftarkan parti politik

baru, yang dipanggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM

atau BERSATU untuk pendek) bersama bekas Perdana

Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Muhyiddin menjadi

presiden parti manakala Mahathir dan anaknya Mukhriz

masing-masing menjadi pengerusi dan timbalan presiden.
Parti baru difokuskan pada bumiputera - Melayu dan Orang Asli - dalam erti kata bahawa

keanggotaan penuh hanya terbuka kepada bumiputera. Bangsa lain boleh menyertai parti itu,

tetapi tidak dapat mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti.

KERJAYA Sektor Awam
AWAL
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan

Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)

Sektor Korporat (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung

dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik

kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978,

Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai

Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah

Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd. TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

6

SUMBANGAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang tokoh politik tanah air yang dihormati dan
disegani. Sejak dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 1984, laluan
politiknya dalam UMNO Johor semakin meningkat daripada menjadi Ahli Majlis Eksekutif
negeri, hinggalah menjadi Ketua UMNO Johor seterusnya Menteri Besar Johor dari 1986
hingga 1995.

Beliau juga pernah memegang
portfolio penting di peringkat
Persekutuan iaitu sebagai Menteri
Belia dan Sukan (1995–1999),
Menteri Perdagangan
Tempatan dan Hal Ehwal (1999–2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(2004–2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008–2009).

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

7

SUMBANGAN

Semasa menggalas jawatan sebagai Menteri Belia
dan Sukan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal
pada tahun 1985 dan telah diperbaharui
menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara pada
tahun 1997. Beliau juga menggerakkan
program Rakan Muda yang diasaskan oleh
'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman,
dan mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 500,000 orang belia mendaftar diri
dalam enam bulan pertama program tersebut diperkenalkan.

Beliau yang peka dengan
perkembangan sukan telah
menggerakkan operasi pembersihan rasuah
dalam dunia sukan bola sepak tanah air
ketika menerajui Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia.
Ketegasan beliau membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bola
sepak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dikenakan
tindakan. Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998
sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

8

SUMBANGAN

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malysia (KPDN &
HEP), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mewujudkan lebih
banyak perniagaan baharu sehingga peningkatan jumlah
perniagaan melebihi 36%. Beliau juga memperkenalkan
Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada
musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan
bekalan keperluan sentiasa mencukupipada harga berpatutan
berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjenamakan pertanian
sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan
mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’. Wawasan
beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang
sebelah mata, sebaliknya berjaya mengubah minda dan
persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah.
Beliau juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen
Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri
ertanian negara. Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaiktaraf menjadi Taman Botani
Negara Shah Alam semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

9

NILAI KEPIMPINAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang
pemimpin yang berketerampilan dan disegani ramai.
Terdapat pelbagai nilai yang boleh diambil daripada
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan dijadikan sebagai iktibar dan pedoman oleh
generasi muda pada masa ini atau pada masa akan
datang.
Antara nilai yang boleh diambil daripada corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah
nilai patriotisme. Tan Sri Muhyiddin Yassin sering dikenali sebagai seorang tokoh pemimpin
yang patriotik serta memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Beliau pernah berkata,
seluruh rakyat Malaysia perlu memperluaskan penghayatan maksud patriotisme. Patriotisme
adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia bukan sekadar luahan
perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap warganegara. Patriotisme juga
bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan,
kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Sekiranya
rakyat Malaysia memiliki nilai dan semangat
patriotism dalam diri mereka, nescaya
Keamanan, keharmonian dan kemerdekaan
Negara dapat dikekalkan.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

10

NILAI KEPIMPINAN

Seterusnya, nilai kerjasama juga dapat diambil daripada corak kepimpinan Tan Sri
Muhyiddin Yassin. Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa bekerjasama dengan para pemimpin
yang lain dalam usaha menyelesaikan 1001 masalah yang dihadapi oleh negara Malaysia.
Sebagai contoh, dalam memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara kita pada hari ini,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin lain seperti Tan

Sri Dato’ Dr. Noor Hisham bin Abdullah dan Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaakob. Melalui kerjasama ini, negara
kita masih mampu bertahan menghadapi gelombang
pandemik Covid-19 yang menyerang dan membawa
kemudaratan kepada seluruh dunia. Sebagai rakyat
Maalaysia, kita wajarlah mencontohi semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para
pemimpin negara dalam usaha untuk memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan
walaupun rakyat Malaysia hidup berbilang kaum dan agama.
Selain itu, nilai kebijaksanaan juga boleh diambil dan
d i c o n t o h i d a r i p a d a Ta n S r i M u h y i d d i n Ya s s i n .
Kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat dilihat
melalui sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau semasa
menggalas pelbagai jawatan dan memegang portfolio
penting di peringkat Persekutuan. Nilai kebijaksanaan amat
dititikberatkan dalam kepimpinan. Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin
yang memilih kecerdasan dengan baik.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

11

KESIMPULAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang pemimpin yang berketerampilan dan disegani
ramai. Terdapat pelbagai nilai yang boleh diambil daripadanya untuk dijadikan sebagai iktibar
dan pedoman oleh generasi muda pada masa ini atau pada masa akan datang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sering dikenali
sebagai seorang tokoh pemimpin yang
patriotik serta memiliki semangat cinta akan
negara yang tinggi.
Beliau menggalas pelbagai jawatan dan memegang portfolio penting di peringkat Persekutuan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa bekerjasama dengan para pemimpin yang lain dalam usaha
menyelesaikan 1001 masalah yang dihadapi oleh negara Malaysia. Sebagai contoh, dalam
memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara kita pada hari ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai nilai yang
mampu dicontohi daripada Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Sebagai warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan negara,
kita wajarlah sentiasa mempunyai nilai patriotisme
yang tinggi di samping bijak dan bekerjasama
dalam menerajui pemerintahan negara

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

12

RUJUKAN

1) https://www.astroawani.com/berita-politik/perjalanan-politik-muhyiddin-yassin-232156
2) https://www.sinarharian.com.my/article/99031/KHAS/Pendapat/Patriotisme-bukan-

sekadar-semangat
3) https://utusanborneo.com.my/2020/06/09/100-hari-muhyiddin- buktikan-kemampuan
4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin?wprov=sfti1
5) https://www.pubiperak.com/kenali-latar-belakang-muhyiddin-yassin-perdana-menteri-

malaysia/
6) https://parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3667
7) https://gempak.com/berita-terkini/kenali-latar-belakang-muhyiddin-yassin-32963

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

13

LAMPIRAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Bersama Keluarga

Sekolah Tinggi Muar

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

14

DISEDIAKAN OLEH

Nama :
MUHAMMAD DANIEL BIN ABDULLAH

No. K/P :
040925-14-0467

Tingkatan :
5 BESTARI

Sekolah :
SEKOLAH TINGGI MUAR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

15


Click to View FlipBook Version
Previous Book
2.ปฏิทินการฝึกประสบการณ์นิเทศ
Next Book
3.แผนการนิเทศการศึกษา