The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dkhadeejah82, 2021-10-12 02:10:52

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK HAJI SALLEH MASRI KALI KE-!3 & 14

BUKU PROGRAM MAPIBG SK HAJI SALLEH MASRI 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI KE 13 &14

Dirasmikan Oleh
Yang Berhormat Senator
Dato’Wira Othman bin Hj Aziz

Ahli Dewan Negara

16 OKTOBER 2021 3 PETANG 2021 GMEET.COM
1

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti insan terdidik

Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
“Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi

individu bagi aspirasi Negara”

2

KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 2
VISI DAN MISI SEKOLAH 3
KANDUNGAN 4
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN 5
SENARAI JK KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 & 14
ORGANISASI AJK PIBG SESI 2019/2021 6-17
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-12 18
USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 &14 19-21
SENARAI PROGRAM DAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2020/2021 22
PENGHARGAAN

3

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG

TARIKH : 16 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 3.00 PETANG
PLATFORM : GOOGLEMEET

 2.45 petang : Pendaftaran waris (Googleform)

 3.00 petang : Majlis bermula
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan En. Abd. Razak bin Osman
(Pemangku Yang Dipertua PIBG SK Haji Salleh Masri)
- Ucapan Pn. Nor Zalina binti Baharuddin
(Guru Besar & Penasihat PIBG SK Haji Salleh Masri)
- Ucapan Perasmian Oleh :
Yang Berhormat Senator Dato’ Wira Othman Bin Hj Aziz

(Ahli Dewan Negara)

- Tayangan Video penghargaan
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 & 14
- Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12
- Pembentangan Penyata Kewangan 31 Disember 2019 &

31 Disember 2020
- Pembentangan Usul
- Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021
- Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2023
- Tayangan Slaid JK PIBG 2021/2023
- Ucapan YDP PIBG 2021/2021
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan
- Majlis selesai

4

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG

TARIKH : 16 OKTOBER 2021 (SABTU)

MASA : 3.00 PETANG

PLATFORM : GOOGLEMEET JK BUKU PROGRAM

JURU ACARA/PENGERUSI MAJLIS  Pn. Khadeeja binti Muhamad (K)
 Pn. Nur Asyikin binti Samsudin  Pn. Intan Faizah binti Yahya
 Pn. Hayati binti Hamdi
PENGERUSI SEMENTARA
JK POSTER DIGITAL
 En. Muhammad Zaid bin Jaafar
 Pn. Siti Rahmah binti Mohd Tahir (K)
BACAAN DOA  Pn. Ramlah binti Aziz
 En. Muhammad Syuhaimi bin Salim
 En. Jamal Huri bin Bakar  Pn. Norul Liza binti Mohd Ramlan
JK TEKNIKAL
JK VIDEO PENGHARGAAN
 Pn. Salmizawati binti Mohd Salim (K)
 En. Safiril Halil Bin Saad  Pn. Shamiza binti Abdul Samad (K)
 En. Hasmuny bin Hashim  Siti Raudhah binti Rashidi
 En. Mohd Asyraf bin Atdeha  Pn. Mahani binti Shuib
 En. Mohamad Bukharee bin Omar  En. Mohamad Razlan bin Razak
 En. Mohamad Nor bin Mak Nanyan
JK JAMUAN
PENCATAT MINIT
 Pn. Khairul Syariah binti Ali (K)
 Pn. Sharifah binti Ahmad  Pn. Solehah binti Mat Johar (K)
 Pn. Nor Salina binti Md Saad  Pn. Che Fazidah binti Che Fadzin
 Pn. Hafiza binti Hamzah
JK PENDAFTARAN  Pn. Siti Fatimah binti Mahmud

 Pn. Siti Eshah binti Mohd Tahir (K) JK USUL
 Pn. Nor Azila binti Muhamad
 Pn. Nor Salawiah binti Shuaib  Pemangku Yang Dipertua PIBG (K)
 Pn. Norasyikin binti Ismail Naib Yang Dipertua PIBG
 Barisan Pentadbir
JK SIJIL DAN CENDERAHATI  Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar

 Pn. Azlinda binti Ismail (K) JK SURAT MENYURAT/JEMPUTAN
 Pn. Nurul Fauzany binti Mohd Basaruddin
 Pn. Faridah binti Murad  Pn.Nurhaslina binti Mohd Kamar (K)
 En. Mohammad Salmi bin Ahmad  En. Rozaidi bin Saad
 En. Mohamad Farukhi bin Ahmad  Pn. Zarina binti Abdul Rahman

JK TEKS UCAPAN PERASMIAN JK JURUFOTO & DOKUMENTASI

 Pn. Wan Salmah binti Wan Saidin (K)  Pn. Zuraini binti Shafii (K)
Pn. Salina binti Hamid  Pn. Nur Qhomariah binti Razali
En. Johari bin Din  Pn. Nor Hafiza binti Abd Aziz
Pn. Rosmawarni binti Roslan  Pn. Azliza binti Ariffin
 En. Mohd Najib bin Said
 En. Mohd Wahiduddin bin Sepian

5

ORGANISASI PIBG
SESI 2019/2021

PENASIHAT
PN.NOR ZALINA BINTI BAHARUDDIN

PEMANGKU YANG DIPERTUA PIBG
EN.ABD RAZAK BIN OSMAN

NAIB YANG DIPERTUA PIBG
PN.SITI ZALEHA BINTI ROSLAN

SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA
PN. NURHASLINA BINTI MOHD KAMAR EN.MOHAMAD RAZLAN BIN RAZAK

BENDAHARI
PN.KHADEEJAH MOHAMAD

AJK

WARIS GURU

ROSMAWARNI BINTI ROSLAN NORASYIKIN BINTI ISMAIL
NOR HAFIZA BINTI ABDUL AZIZ NUR ASYIKIN BINTI SAMSUDIN

AZLIZA BINTI ARIFFIN HAFIZA BINTI HAMZAH
MOHD NOR BIN MAK NANYAN ZURAINI BINTI SHAFII
MOHAMAD FARUKHI BIN AHMAD SHARIFAH BINTI AHMAD
AZLINDA BINTI ISMAIL
WAHIDUDDIN BIN SEPIAN
AMIRUD DIN BIN OTHMAN
MOHD SAFIRIL HALIL BIN SAAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA 6
PN. FARIDAH BINTI MURAD
PN. NORUL LIZA BINTI MOHD RAMLAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI

TARIKH : 18 Mac 2019
HARI : Isnin
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Dewan Al Masri, SK Haji Salleh Masri

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Razlan bin Abdul Razak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ustaz Wahiduddin
bin Sepian.

1. UCAPAN YDP PIBG, EN. MOHD NASER BIN HASSAN

1.1 Ucapan alu-aluan dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Mohd
Naser bin Hassan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tetamu
kehormat, Ustaz Firdaus bin Jaafar, wakil khas Yang Berhormat Dato’ Dr. Ismail
bin Salleh (Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan
Negeri) dan juga para waris dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Salleh Masri
Kali Ke-12.

1.2 En. Mohd Naser bin Hassan selaku Yang Dipertua PIBG merakamkan ucapan
terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2017/2019 yang telah menjalankan
tugas dengan baik.

1.3 Beliau menyeru ibu bapa agar memberi sumbangan kepada sekolah jika mempunyai
sebarang kepakaran atau kemahiran.

1.4 En. Mohd Naser bin Hassan berharapagar barisan AJK PIBG sesi 2019/2021 yang
akan dilantik nanti akan dapat meneruskan usaha membantu pihak sekolah dalam
memberikan pendidikan sempurna kepada murid-murid.

1.5 Sebelum menamatkan ucapan aluan, Yang Dipertua PIBG sekali lagi mengambil
kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu kehormat serta
ibu bapa dan penjaga yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12. Beliau
berharap mesyuarat akan dilaksana dengan lancar dan mencapai objektif mesyuarat.

7

2. UCAPAN PENASIHAT PIBG, PN. NOR ZALINA BINTI BAHARUDDIN
(GURU
BESAR SK HAJI SALLEH MASRI)

2.1 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin selaku Guru Besar SK Haji Salleh Masri
merangkap Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran perasmi
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 iaitu Ustaz Firdaus bin Jaafar, tetamu-tetamu
jemputan, guru-guru, kakitangan sokongan serta ibu bapa.

2.2 Beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat hari tersebut
ialah ibu bapa cemerlang kerana komited untuk hadir ke sekolah.

2.3 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin memaklumkan bahawa mengikut surat pekeliling,
Mesyuarat Agung PIBG merupakan aktiviti sekolah yang perlu dilaksana sebelum
tarikh 31 Mac setiap tahun.

2.4 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin menyentuh beberapa perkara penting iaitu PIBG
berperanan mewujudkan permuafakatan ibu bapa dengan pihak sekolah selain
meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

2.5 Beliau juga memaklumkan kepada hadirin hadirat berkaitan program di peringkat
kementerian antaranya adalah :

2.5.1 Kementerian memperkenalkan Matapelajaran Sivik di sekolah
2.5.2 Mempopularkan kembali “Teachers Hero” dalam membantu menyelesaikan

masalah murid.
2.5.3 Telefon pintar digunakan untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.
2.5.4 Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan boleh bersekolah namun perlu mengikut

prosedur yang digaris oleh pihak kementerian.
2.5.5 Mewujudkan ruang rehat guru dan meringankan beban tugas guru dengan

mengurangkan kerja-kerja pengkeranian.
2.5.6 Sistem pendidikan lebih mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).
2.5.7 Menyediakan peruntukkan kepada sekolah-sekolah yang daif
2.5.8 Mewujudkan sudut pidato di sekolah
2.5.9 Tidak ada kompromi dalam perbelanjaan berkaitan pendidikan agar tidak berlaku

ketirisan.

8

2.6 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin juga menyentuh mengenai pemansuhan peperiksaan
untuk murid Tahap 1 namun diganti dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Antara
sebab-sebab pemansuhan peperiksaan Tahap 1 adalah :

2.6.1 Menerapkan nilai murni di kalangan murid.
2.6.2 Membina sikap dan karakter agar murid mempelajari kemahiran dalam kehidupan.
2.6.3 Melatih kemahiran 4M (Membaca, menulis, mengira dan manusiawi)
2.6.4 Guru boleh membuat pemantauan dan berbincang dengan ibu bapa mengenai

masalah murid-murid.
2.6.5 Guru dianggap sebagai pembimbing untuk menghasilkan murid yang berkualiti.

2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah menerima surat pekeliling dari
Kementerian yang menyatakan bahawa bermula Tahun 2019, waris murid pra sekolah juga
menjadi ahli PIBG.

2.8 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin menyatakan senarai aktiviti yang telah dijalankan oleh
pihak PIBG adalah seperti berikut :

2.8.1 Gotong-royong memasak bubur asyura
2.8.2 Bacaan Yasin mingguan dan perdana
2.8.3 Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2018
2.8.4 Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah 2019
2.8.5 Pelancaran Program Ziarah Cakna
2.8.6 Program Jom Ke Sekolah
2.8.7 Program Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDa)
2.8.8 Projek menceriakan kawasan sekolah
2.8.9 Menambah baik laluan kenderaan dan sumbangan palang keselamatan di hadapan

pagar sekolah
2.8.10 Sumbangan kepada program sekolah seperti sambutan hari lahir, kursus motivasi dan

lain-lain
2.8.11 Membantu pihak sekolah menyelesaikan isu yang berlaku di sekolah seperti masalah

Air
2.9 Menurut Pn. Nor Zalina binti Baharuddin, masih terdapat beberapa isu di sekolah yang

masih memerlukan kerjasama dan keprihatinan pihak sekolah dan PIBG. Antara isu
tersebut adalah

9

seperti masalah pemendapan tanah dan rancangan memasang palang besi di tingkat 4
bangunan sekolah.
2.10 Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak PIBG dalam menyelesaikan

Isu seperti masalah air dan baik pulih siling serta tandas yang telah 90% siap.
2.11 Di akhir ucapan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada pihak yang telah memberi sumbangan hadiah bagi acara cabutan nombor
bertuah di akhir mesyuarat nanti.

3. UCAPAN PERASMIAN OLEH USTAZ FIRDAUS BIN JAAFAR, WAKIL KHAS
EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MERANGKAP PENGERUSI
JAWATANKUASA KESIHATAN, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, AGAMA DAN
SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI (GLC)

3.1 Ustaz Firdaus bin Jaafar mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG dan juga pihak
sekolah yang menjemput beliau ke majlis tersebut.

3.2 Beliau memulakan kata-kata aluan dengan menyampaikan salam Yang Berhormat Dato’
Dr.Ismail bin Salleh kepada semua warga sekolah dan waris yang hadir pada hari itu. Beliau
memaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri
mesyuarat penting.

3.3 Ustaz Firdaus bin Jaafar menjelaskan bahawa ibu bapa perlu hadir ke sekolah bersama-
sama membantu memberi idea untuk kemajuan anak-anak.

3.4 Ibu bapa juga perlu mengenal dan menjalin hubungan baik dengan guru-guru anak masing-
masing. Ibu bapa juga perlu menjaga anak-anak kerana mereka adalah amanah daripada
Allah.

3.5 Ustaz Firdaus bin Jaafar juga menasihati ibu bapa agar mengembalikan sifat ‘Rahmah’ iaitu
kasih sayang antara ibu bapa, anak-anak dan komuniti untuk membantu kejayaan anak-
anak.

3.6 Ibu bapa juga perlu sentiasa memuhasabah diri dalam mendidik anak-anak dan jangan
hanya memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru.

3.7 Seterusnya, Ustaz Firdaus bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Haji
Salleh Masri Kali Ke-12.

10

4. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA BARISAN AJK PIBG
SESI 2017/2019

4.1 Pengerusi majlis menjemput Yang Dipertua PIBG untuk mengiringi Ustaz Firdaus bin
Jaafar untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada barisan AJK PIBG SK Haji Salleh
Masri sesi 2017/2019.

4.2 Kemudian, Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz bin Jaafar,
Perasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Salleh Masri Kali Ke-12.

AGENDA MESYUARAT
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI, EN.MOHD NASER BIN HASSAN, YANG

DIPERTUA PIBG SK HAJI SALLEH MASRI

1.1 En. Mohd Naser bin Hassan mengucapkan terima kasih atas kehadiran hadirin hadirat yang
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Salleh Masri Kali Ke-12.

1.2 Beliau berharap agar mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna hingga ke
akhir majlis.

AGENDA 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG SK HAJI SALLEH MASRI KALI KE-11

2.3 Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 dan meminta minit disemak dan disahkan.

2.4 Minit Mesyuarat tersebut telah dicadang untuk disahkan oleh :
Cadangan : Pn. Zaleha binti Ab Manan
Sokongan : Pn. Siti Zaleha binti Roslan

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG PADA TAHUN 2018

3.1 Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Naser bin Hassan membentangkan laporan tahunan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2018 untuk makluman hadirin dan hadirat.

11

AGENDA 4 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

4.1 Pn. Khadeejah binti Mohamad selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018 untuk disemak dan disahkan.
Cadangan : Pn. Azliza binti Ariffin
Sokongan : Pn. Siti Salwa binti Roslan

AGENDA 5 : PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2017/2019

5.1 Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Naser bin Hassan membubarkan Jawatankuasa PIBG SK
Haji Salleh Masri sesi 2017/2019.

5.2 En. Muhammad Zaid bin Jaafar dilantik sebagai Pengerusi sementara Mesyuarat Agung
PIBG SK Haji Salleh Masri Kali Ke-12.

AGENDA 6 : PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2021

6.1 Pengerusi sementara, En. Muhammad Zaid bin Jaafar membuka peluang kepada hadirin
hadirat untuk mencalonkan individu bagi menjawat jawatan PIBG seperti berikut :

6.1.1 Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Naser bin Hassan
Cadangan : Pn. Suzaina binti Mat Isa
Sokongan : Pn. Nur Baya binti Aziz

6.1.2 Naib Yang Dipertua PIBG : En. Abdul Razak bin Osman
Cadangan : Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar
Sokongan : Pn. Siti Zaleha binti Roslan

6.1.3 Pemeriksa kira-kira : Pn. Norul Liza binti Mohd Ramlan
Cadangan : Pn. Munira binti Mustafa
Sokongan : Sebulat suara

6.1.4 AJK Waris : Pn. Azliza binti Ariffin
Cadangan : Pn. Siti Zaleha binti Roslan
Sokongan : Sebulat suara

6.1.5 AJK Waris : Pn. Nor Hafiza binti Abdul Aziz
Cadangan : Pn. Siti Raudah binti Rashidi
Sokongan : Sebulat suara

12

6.1.6 AJK Waris : En. Mohamad Nor bin Mak Nanyan
Cadangan : Pn. Nurul Fauzany binti Basarudin
Sokongan : Sebulat suara

6.1.7 AJK Waris : En. Mohd Farukhi bin Ahmad
Cadangan : Pn. Nur Qhomariah binti Razali
Sokongan : Sebulat suara

6.1.8 AJK Waris : Pn. Rosmawarni binti Roslan
Cadangan : Siti Salwa binti Roslan
Sokongan : Sebulat suara

6.1.9 AJK Waris : Pn. Siti Zaleha binti Roslan
Cadangan : Pn. Azliza binti Roslan
Sokongan : Sebulat suara

6.2 Selepas selesai pelantikan AJK PIBG dikalangan waris, En. Muhammad Zaid bin Jaafar
selaku Pengerusi sementara mengumumkan senarai lengkap AJK PIBG guru adalah
seperti berikut :
6.2.1 Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar (Setiausaha)
6.2.2 En. Mohamad Razlan bin Razak (Naib Setiausaha)
6.2.3 Pn. Khadeejah binti Mohamad (Bendahari)
6.2.4 Pn. Faridah binti Murad (Pemeriksa Kira-kira)
6.2.5 Pn. Nor Asyikin binti Ismail (Ketua Guru KAFA)
6.2.6 En. Mohd Wahiduddin bin Sepian
6.2.7 En. Mohd Safiril Halil bin Saad
6.2.8 Pn. Hafiza binti Hamzah
6.2.9 Nur Asyikin binti Samsudin
6.2.10 Pn. Zuraini binti Shafii
6.2.11 Fathiah binti Mohamad Nawawi
6.2.12 Pn. Sharifah binti Ahmad
6.2.13 En. Amirud Din bin Othman

13

AGENDA 7 : PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
Pengerusi menyatakan bahawa terdapat 5 usul/cadangan yang dipilih untuk dibahas di
dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ini, termasuklah usul yang dibawa oleh pihak sekolah.
Usul/cadangan tersebut adalah seperti berikut :

1. Nama Waris : En. Mohd Safiril Halil bin Saad
Waris kepada : Nia Erissa Safiyya binti Mohd Safiril Halil
Usul/cadangan :
- Berikan anugerah dan penghargaan kepada murid yang mewakili sekolah ke peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.

Keterangan :
- En. Mohd Safiril Halil bin Saad mencadangkan jumlah sumbangan adalah seperti

berikut:

Peringkat Daerah : RM 50.00
Peringkat Negeri : RM 100.00
Peringkat Kebangsaan : RM 150.00
- Cadangan En. Mohd Safiril Halil bin Saad disokong oleh En. Nor Helmi bin Abdul
Hamid.

2. Nama Waris : Pn. Norita binti Zainol
Waris Kepada : Muhammad Amsyar bin Jaafar (1 Excellent)
Usul/cadangan :
- Pihak sekolah perlu mengubah kelas KAFA dari tingkat empat ke tingkat satu kerana
membahayakan keselamatan murid-murid kelas KAFA.
Keterangan :
- Pn. Norita binti Zainol memaklumkan kelas KAFA di tingkat empat membahayakan
keselamatan murid-murid dan menyebabkan murid letih untuk turun dan naik ke kelas
KAFA.

14

- Pn. Nor Zalina binti Baharuddin selaku Guru Besar SK Haji Salleh Masri
memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG masih dalam proses memohon
sumbangan bagi menampung kos memasang pagar di tembok tingkat empat berkenaan.

- Pihak sekolah juga telah menawarkan kelas di tingkat satu untuk digunaan oleh murid-
murid kelas KAFA. Namun begitu, tawaran tersebut terpaksa ditolak oleh guru-guru
KAFA kerana bilangan murid dalam kelas KAFA lebih ramai berbanding murid kelas
pagi dan memerlukan meja dan kerusi yang lebih banyak.

- Guru-guru KAFA telah bersetuju untuk mengekalkan kelas KAFA di tingkat empat
dan akan lebih mengawasi murid-murid agar tidak berlaku kejadian yang tidak diigini.

- Murid-murid kelas KAFA akan turun berkumpul di surau sekolah secara berperingkat
supaya mereka tidak berebut semasa menuruni tangga pada waktu pulang.

3. Nama Waris : Pn. Norul Liza binti Ramlan
Waris Kepada : Muhammad Aqil Arman bin Mohd Yusni (6 Genius)

- Memberi peluang kepada ibu bapa/waris untuk berniaga pada hari sukan sekolah dan
mengenakan sewaan tapak kepada peniaga untuk menambah dana sekolah.

- Hari Sukan diadakan pada hari cuti supaya lebih ramai waris dapat hadir dan
memeriahkan Hari Sukan berkenaan.

Keterangan :

- Pn. Nor Zalina binti Baharuddin selaku Guru Besar SK Haji Salleh Masri
memaklumkan bahawa Hari Sukan sekolah pada tahun ini dilaksanakan secara
dalaman. Ibu bapa/waris boleh membuat jualan pada hari kantin dan duit sewaan
disalur kepada dana PIBG.

- Menurut Pn. Nor Zalina lagi, Hari Sukan tidak boleh dilaksana pada hari cuti kerana
guru-guru juga merupakan pekerja yang perlu bercuti pada hujung minggu.

4. Nama Waris : Pn. Miss Ratchana Tehpuyu
Waris Kepada : Nur Rahwani binti Ramlee (1 Genius)

Usul/cadangan :
- Tidak mengambil langkah keselamatan semasa waris menghantar anak pada waktu

pagi menggunakan motor dan kereta.
Keterangan :

15

- Pn. Miss Ratchana Tehpuyu tidak hadir namun diwakili oleh suami beliau iaitu En.
Ramlee. Beliau menyatakan bahawa berlaku kesesakan di hadapan pagar utama ketika
murid hadir dan pulang sekolah.

- Pn. Nor Zalina binti Baharuddin memaklumkan kepada hadirin hadirat bahawa
masalah kesesakan lalu lintas telah cuba diatasi oleh pihak sekolah dan PIBG.

- AJK PIBG, En. Mohamad Nor bin Mak Nanyan telah berbesar hati memberi
sumbangan gelung air konkrit dan kon untuk melancarkan laluan keluar masuk
kenderaan di hadapan pagar sekolah. Namun begitu, masih ada juga waris yang
meletakkan motor di laluan kereta keluar masuk dan menyebabkan laluan menjadi
sesak.

- Pihak sekolah juga telah mengarahkan pengawal keselamatan sekolah untuk menjaga
keadaan lalu lintas semasa waktu puncak iaitu awal pagi dan waktu tengahari.

5. Usul/cadangan sekolah :
- Mendapatkan sumbangan RM 10.00 bagi setiap murid bagi menampung kos keceriaan
kelas.
Keterangan :

- Guru Besar SK Haji Salleh Masri, Pn. Nor Zalina binti Baharuddin memaklumkan
bahawa guru-guru terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung kos
menceriakan kelas masing-masing. Beliau memohon agar jumlah sumbangan PIBG
sedia ada ditambah sebanyak RM 10.00.

- Pn. Farah Zatul binti Alwi menyokong cadangan tambahan RM 10.00, namun Pn.
Zaiton binti Ahmad mencadangkan jumlah sumbangan tersebut dikurangkan kepada
RM 5.00 kerana sumbangan tersebut adalah mengikut jumlah murid. Cadangan beliau
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

8.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Siti Nooriza binti Abdullah menjelaskan
bahawa seramai 90% murid sekolah ini menerima bantuan KWAMP. Waris perlu
mengisi borang maklumat dengan lengkap untuk tujuan audit di peringkat sekolah.

8.2 Bantuan zakat pula diterima dalam bentuk wang, pakaian dan beg sekolah sebanyak
tiga kali setahun. Murid-murid yang menerima bantuan KWAMP tidak semestinya

16

akan menerima bantuan zakat.
8.3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa sumbangan RM 10.00 untuk

pembiayaan program kecemerlangan digunakan untuk menampung kos pembelian
kertas A4, mencetak bahan dan latihan murid serta membeli buku aktiviti murid yang
diguna semasa kelas tambahan.
8.4 Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Basyira binti Ali Ahmad menyarankan agar ibu
bapa dan waris menggunakan wang bantuan persekolahan yang diterima untuk
membeli pakaian uniform lengkap bagi aktiviti kokurikulum anak-anak.
8.5 Murid-murid dan guru-guru perlu memakai uniform lengkap mengikut unit uniform
masing-masing pada setiap hari Rabu.
8.6 Aktiviti 1 Murid 1 Sukan (1M1S) pula ditukar kepada hari Khamis pada jam 7.45 pagi
hingga 8.45 pagi kerana cuaca panas yang sedang melanda negara. Majlis bacaan Yasin
pula akan bermula pada jam 7.30 pagi, maka ibu bapa dan waris perlu menghantar anak
lebih awal ke sekolah pada hari Khamis.
8.7 Majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan cabutan nombor bertuah.

Mesyuarat tamat pada jam 6.30 petang.
Mesyuarat ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Minit dicatat oleh :

Pn. Nur Asyikin binti Samsudin
Pn. Salina binti Hamid
Pn. Hayati binti Hamdi
Pn. Che Fazidah binti Che Fadzin

Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh :

(NURHASLINA BINTI MOHD KAMAR) Yang Dipertua PIBG
Setiausaha SK Haji Salleh Masri
SK Haji Salleh Masri

17

USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-13 & 14

Nama Waris Pn. Sharida Binti Azizan
Nama Muhammad Farish Fitri bin Faizal (3 Genius)
Anak/Jagaan
Usul/Cadangan 1. Memohon guru membuat ulangkaji setiap
mata pelajaran apabila sekolah kembali dibuka.

2. Mencadangkan pihak sekolah membuat kelas
tambahan untuk subjek yang sukar kepada
murid-murid.

Nama Waris En. Mohd Juzaimi bin Jamaludin
Nama Muhammad Ihsan bin Mohd Juzaimi (2 Excellent)
Anak/Jagaan
Usul/Cadangan 1. Setiap kelas PdPR diadakan secara GMeet atau
Telegram Chat sekurang-kurangnya sekali
seminggu supaya murid lebih bersemangat
untuk menyertai PdPR.

2. Semakan tugasan murid dibuat oleh semua
guru subjek supaya murid tahu yang mana
jawapan mereka betul atau sebaliknya.

18

PROGRAM DAN AKTIVITI MELIBATKAN AJK PIBG SESI
2019/2021

BIL TARIKH PROGRAM/AKTIVITI
1. 1.1.20220 HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
2. 2.1.2020 MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2020
3. 9.1.2020 MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN
4. 12.1.2020 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PSS DAN PRS
5. 16.1.2020 MESYUARAT JAWATANKUASA RENTAS DESA
6. 18.1.2020 KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020
7. 28.1.2020 MAJLIS PERPISAHAN DAN SEND OFF PN. SITI NOORIZA BINTI ABDULLAH
8. HARI INTERAKSI WARIS TAHUN 6
ZIARAH CAKNA BIL.1/2020
30.1.2020 MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
PELANCARAN PROGRAM AMALAN BAIK GURU PENYAYANG,RTS & MENTOR MENTEE
9. 4.2.2020 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-6 SESI 2019/2021
10. 9.2.2020 KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-14
11. 10.2.2020 -KEMBARA SUPER POWER UNITE
12. 19.2.2020 -ZIARAH CAKNAN BIL.2/2021
13. TAKLIMAT PENGENALAN TS25 KEPADA SEMUA GURU OLEH GURU BESAR
DIALOG PRESTASI BIL 1/2020
20.2.2020 PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2020
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN JATI DIRI TAHUN 2020
14. 1.3.2020 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-7 SESI 2019/2021
15. 2.3.2020 UJIAN SEGAK
16. 3.3.2020 PROGRAM JOM KENALI POTENSI DIRI – USAHASAMA IPG KAMPUS DARUL AMAN
17. 5 – 7.3.2020 TAKLIMAT PELAKSANAAN SOP
18. 8.3.2020 GURU KEMBALI MEMULAKAN SEMULA TUGAS SECARA RASMI
19. 9 - 11.3.2020 PEMBUKAAN SEMULA PRA SEKOLAH
20. 11 - 12.3.2020 PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5 DAN 6 (TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH)
21. 22.6.2020 MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRA SEKOLAH TAHUN 2021
22. 24.6.2020 PERJUMPAAN WARIS TAHUN 1 HINGGA 4 (TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH)
23. 1.7.2020 PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA 4
24. 14.7.2020 PENYERAHAN BANTUAN KWAMP DAN EKASIH
25. 20.7.2020 PERASMIAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK TAHUN 2020
26. 21.7.2020 EDARAN SENARAI SEMAK (UJIAN POST) KEPERLUAN MURID POPEM
27. 22.7.2020 -GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA
28. 11- 12.8.2020 -CERAMAH MAAL HIJRAH
29. 17.8.2020 TAKLIMAT JOB DESCRIPTION (JD) GURU DAN KAKITANGAN OLEH PK PENTADBIRAN
30. 26.8.2020 PENUTUPAN SEKOLAH PKPD (PENTADBIRAN) KOTA SETAR,KEDAH
31. MESYUARAT GURU KALI KE-2/2020
- MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ZAKAT KALI KE-3 TAHUN 2020
9.9.2020

32. 10.9.2020
11-26.9.2021

33. 7.10.2020
34. 12.10.2020

19

35. 15.10.2020 -ZIARAH CAKNA BIL. 4/2020
BACAAN YASIN SERENTAK SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH KOTA SETAR
37. 2.11.2020
38. 5.11.2020 PROGRAM AMALAN BAIK SSDM – PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG BULAN OKTOBER
39. PENYAMPAIAN HADIAH BULAN PATRIOTIK 2020
PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS
8.11.2020 DAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM
9.11.2020 PENUTUPAN OPERASI SEKOLAH DAN PELAKSANAAN HOME BASED LEARNING
40. 1.12.2020 BIMBINGAN PASUKAN PENJAMINAN KUALITI PBD OLEH SIC+ PPD KOTA SETAR
41. 4.2.2021 DROP BOX STATION – TEMPAT KHAS PENYERAHAN MODUL PDPR

43. GOTONG-ROYONG SEBELUM PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH MELIBATKAN GURU DAN
25.2.2021 PIBG
HARI PERTAMA PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID TAHUN 1,2, PPKI DAN
44. PRASEKOLAH
1.3.2021 - KUNJUNG BANTU PEMANGKU YANG DIPERTUA PIBG SEMPENA PENGOPERASIAN
SEMULA SEKOLAH BAGI SESI 2021
45. -PEMANTAUAN PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH OLEH PPS DAN BARISAN PEGAWAI
DARI PPD KOTA SETAR
2.3.2021
- LAWATAN KUNJUNG BANTU PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH OLEH PEGAWAI SIP+
46. PPD KOTA SETAR
4.3.2021 - PLC : PERBINCANGAN KALI PERTAMA PEMANTAPAN PENGURUSAN DATANG READER
TAHUN 2021
47. - HARI PERTAMA MURID TAHUN 3,4 5 DAN 6 KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI
PEMBELAJARAN 2021
8.3.2021 -PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP SEKOLAH OLEH PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
(PPS)
48. - AMALAN GURU PENYAYANG : JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH (MAC)
9.3.2021 KUNJUNG BANTU OLEH SIP PATNER/RAKAN SEKOLAH PPD KOTA SETAR DAN
PEMANGKU YANG DIPERTUA PIBG
49. 15.3.2021 ZIARAH CAKNA BIL.1/2021
50. 17.3.2021 PROGRAM SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2021
51. - PELAKSANAAN INVENTORI KECERDASAN PELABAGAI (IKEP) 2021
- ZIARAH CAKNA BIL. 2 & 3/2021
18.3.2021 MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-8 SESI 2019/2021
52. 22.3.2021 - MAJLIS PERASMIAN PROGRAM-PROGRAM ANJURAN UNIT HEM DAN BNK SEPANJANG
53. TAHUN 2021
-PENYAMPAIAN HADIAH AMALAN BAIK SSDM BULAN MAC
25.3.2021 -PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA ISRAK MIKRAJ 2021
PENGAGIHAN MINUMAN SUSU KOTAK MILO KALI PERTAMA 2021
54. 5.4.2021 PENGAGIHAN MINUMAN SUSU KOTAK MILO KALI KEDUA 2021
55. 6.4.2021
20

56. 7.4.2021 TAKLIMAT GURU DAN PENILAIAN BERSEPADU PBPPP TAHUN 2021
57. 11.4.2021 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PSS DAN PRS 2021
58. 15.4.2021 POGRAM IHYA RAMADHAN
59. 22.4.2021 PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
60. 25.4.2021 PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
61. -AMALAN GURU PENYAYANG : PENYAMPAIAN HADIAH JOM DATANG SEKOLAH (APRIL)
-PENYAMPAIAN HADIAH AMALAN BAIK SSDM (APRIL)
26.4.2021 -PERBINCANGAN PROJEK RENTAS KURIKULUM TS25 BERSAMA SIC+
PENYERAHAN SUMBANGAN PERANTI KEPADA MURID YANG MEMERLUKAN
62. 27.5.2021 MAJLIS BACAAN YASIN GURU,STAF,AJK PIBG DAN MURID
63. 31.5.2021 TAKLIMAT PELAKSANAAN PDPR 3.0 SECARA ATAS TALIAN
64. 12.6.2021 MAJLIS BACAAN YASIN GURU,STAF,AJK PIBG DAN MURID SECARA GOOGLEMEET
65. 17.6.2021 MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-9 SECARA MAYA
66. 19.6.2021 TAKLIMAT PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PDPR 3.0 SECARA MAYA
67. 22.6.2021 MAJLIS PERSARAAN PEMBANTU OPERASI SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN
68. 30.6.2021 MAJLIS BACAAN YASIN BERSAMA GURU,STAF,AJK PIBG DAN MURID SECARA
69. GOOGLEMEET
ZIARAH CAKNA BIL.4/2021
1.7.2021 TAKLIMAT SECARA MAYA SISTEM PELAPORAN SPDPR KEPADA SEMUA GURU
PROGRAM SEMARAK PDPR SK HAJI SALLEH MASRI
70. 2.7.2021 MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022
71. 8.7.2021 -ZIARAH CAKNA BIL. 5/2021
72. 11.7.2021 -MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAMP DAN EKASIH 2021
73. 13.7.2021 TAKLIMAT JADUAL WAKTU VERSI 5.0 DAN HAL-HAL LAIN
74. TAKLIMAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021
TAKLIMAT PEMANTAPAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
14.7.2021 PROGRAM SEMARAK PDPR KOKURIKULUM
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SECARA MAYA ANJURAN PIBG SKHSM
75. 29.7.2021 - PROGRAM SEMARAK PATRIOTISME KOKURIKULUM SKHSM TAHUN 2021
76. 4.8.2021 - PELANCARAN KUTIPAN TABUNG COVID 19 UNTUK MEMBANTU MURID TERLIBAT
77. 9.8.2021
78. 11.8.2021 COVID 19
79. 14.8.2021 TAKLIMAT PENATARAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2.0
80. TAKLIMAT SKPMG2 KEPADA SEMUA GURU SECARA MAYA TAHUN 2021
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL BERSAMA MASJID TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
20.8.2021 PENYERAHAN SUMBANGAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA MURID TERLIBAT DENGAN
COVID 19
81. 1.9.2021 MAJLIS BACAAN YASIN BERSAMA MASJID TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
82. 12.9.2021 ZIARAH CAKNA BIL. 6/2021
83. 16.9.2021
84.

20.9.2021

85. 23.9.2021
86. 28.9.2021

21

SEKALUNG BUDI

Pemangku Yang Dipertua dan ahli-ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Haji Salleh Masri merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada ibu bapa, waris, penjaga, guru
dan kakitangan SK Haji Salleh Masri yang
telah memberikan sepenuh komitmen dalam
menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan

PIBG Kali Ke-13 dan 14.

Diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada
masa akan datang.

22


Click to View FlipBook Version