The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athanasiusathan, 2022-06-06 10:22:52

STEFANIE (1)_2

STEFANIE (1)_2

TUGASATNUBGEARSANSA4S: EK-AFONLMIOASALAH
KOD KURSUS:
MPU23042
NAMA KURSUS:

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
PENSYARAH:

PUAN FADZILAH BINTI ABD RAHMAN
TAJUK: BTUADJUIKB:AKHEATASGAIHBAUNDAGAYJAETKITA

1

AHLI KUMPULAN :

KUGAASINI A/P MURUGAN
16DAT21F1043

GAJAN A/L MOHANADASS
16DAT21F1079

STEFANIE A/P SANDANASAMY
16DAT21F1057

ERNEST NICHOLAS A/L 2
MICHAEL

16DPR21F1999

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN

FAKTOR- FAKTOR KETAGIHAN GAJET

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GAJET

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI

RUJUKAN
KESIMPULAN
PANDANGAN AHLI KUMPULAN

3

PENGENALAN
Perkembangan teknologi khususnya gajet semakin meningkat dalam penggunaan
masyarakat tidak kira umur, bangsa atau jantina. Menurut Beauty et al (2015), fungsi gajet
ialah untuk menyediakan media sosial agar mudah diakses oleh penggunanya.

Contoh gajet ialah telefon pintar, tablet, komputer dan pelbagai lagi. Berdasarkan

Samsudin A. Rahim (1998), perkembangan industri media dirasai di pertengahan

tahun 1990-an apabila kerajaan menukar dasar kepada perkhidmatan penyiaran, dan

dengan pindaan undang-undang penyiaran ini membolehkan kemunculan siaran televisyen

satelit. Begitu juga pada pertengahan 1990-an, berlaku perubahan dalam dasar kerajaan

yang telah memberikan lesen untuk operasi perkhidmatan penyiaran kepada beberapa

stesen televisyen dan radio swasta untuk menggalakkan lagi perkembangan media massa
di Malaysia.

Justeru, media merupakan penyumbang utama kepada gaya hidup belia dan kanak-kanak
masa kini. Kozuki et al. (2002) mengkaji penggunaan permainan komputer dalambelajar dan
mengajar. Kajiannya menonjolkan perbandingan keupayaankomputer pada masa dahulu dan
sekarang. Pada masa lalu tahap penguasaan komputerrendah, maka pergerakan imej dan
animasi dalam pengajaran tidak bolehdilaksanakan dengan jayanya manakala pada masa ini
dengan kelajuan komputer serta banyak kemudahan tambahan lagi seperti multimedia telah
memudahkan penggunaan computer dalam pengajaran. Ini disokong oleh kajian Zaharah
Osman (2016) yang menyatakan: bahawa kanak-kanak yang menonton program "Didi dan
Rakan" melalui penggunaan gajet akan menjadi lebih bersemangat dan membina daya ingatan
mereka dengan lebih kuat.

Walaupun penciptaan gajet memberi impak positif, gajet tetap memberi impaknegatif kepada
pengguna. Alat akan membuatkan pengguna ketagih.Menurut Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) juga, teknologi kini menjadi satu perkarayang murah dan mudah didapati
menyebabkan perubahan budaya diMalaysia (KKM, 2017). Internet khususnya telah menjadi
sesuatu yang mudah diakses danpenggunaannya semakin meluas di mana-mana.
Penggunaan gajet mempunyai kesannegatif kepada penggunanya seperti menimbulkan rasa
malas. Biasanya permainan

komputer akan mengabaikan dan menyebabkan penggunaan masa yang lama untuk setiap
satu pengguna (KKM, 2017).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Berita Harian telah membuktikannya Alat tanpa
wayar seperti tablet dan telefon bimbit adalah agen risiko yang disebabkan oleh kanser oleh
sinaran yang dihasilkan (Berita Harian, 2015). Sinaran yang dihasilkan mampu melumpuhkan
sistem imun kanak-kanak jika mereka terdedah kepada sinaran tersebut tinggi atau dengan
kata lain pendedahan terlalu lama sejak bayi lagi. Menurutnya, gajet menyebabkan pengguna
yang suka bermain peranti permainan video yang dipegang menyebabkan masalah tulang
belakang. Malaysia sedang melalui era perubahan di mana
'Makcik ganti Ibu dan Ayah' sedang dalam proses membesarkan anak. Fenomena ini bukan
sahaja memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia, tetapi juga komuniti di luar negara, di
mana 'Gajet menggantikan Makcik/Ibu Bapa'. Ramai yang berkata bahawa adalah lebih baik
jika ibu bapa mempunyai Ipad, kerana ia akan memudahkan ibu bapa membuat kerja rumah
dan teknologi ini memudahkan ibu bapa mengawal tingkah laku anak ketika berada di rumah
orang lain.

5

FAKTOR- FAKTOR MENYEBABKAN KETAGIHAN GAJET
KESIBUKAN IBU BAPA
Antara sebab yang mempengaruhi penggunaan gajet adalah jumlah kesibukan
ibu bapa. Pada zaman ini, kebanyakan ibu bapa bekerja seharian dan hanya pulang ke
rumah pada waktu malam. Pada masa yang sama, mereka sering terlibat dalam
menguruskan hubungan keluarga, seperti keperluan asas anggota keluarga, hal
peribadi dan urusan rumah tangga dan ini tidak mudah bagi mereka untuk melakukan
kerja mereka sambil menjaga anak mereka. Hasilnya, mereka akan menggunakan gajet
sebagai alat utama mereka untuk menghiburkan anak mereka ketika mereka
menguruskan hal-hal mereka. Sebagai contoh, ibu bapa tertentu dengan sengaja akan
memberikan alat untuk anak-anak bermain sehingga mereka dapat menyelesaikan
beberapa tugas sementara fikiran anak-anak tertumpu pada alat dan perkara ini secara
tidak langsung menjadikan kanak-kanak ketagih dengan alat. Akhirnya, dapat dilihat
bahawa kesibukan ibu bapa menyumbang kepada lonjakan isu penggunaan gajet
berlaku.

TEKANAN SOSIAL
Selain itu, tekanan sosial juga menyebabkan masalah penggunaan gajet berlaku.
Remaja adalah kategori orang yang paling mudah dijangkiti dan sering mempunyai
minat yang tinggi dan hal ini sangat mengganggukan jika mereka terdedah kepada
keganasan gajet, seperti buli siber, melihat laman web pornografi, dan sebagainya.
Namun, ini dapat diselesaikan sekiranya ibu bapa memerhatikan aktiviti seharian anak-
anak mereka. Ibu bapa juga diharapkan untuk meluangkan lebih masa dengan anak
mereka. Selain itu, kebanyakkan individu terutamanya remaja membazir duit mereka
sekadar ingin memiliki sesebuah gajet kerana tidak ingin diiktiraf sebagai ketinggalan
zaman. Maka, jelaslah bahawa rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi
isu penggunaan gajet semakin berleluasa.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Punca ketagihan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja adalah pengaruh rakan
sebaya. Golongan remaja cenderung untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan
sebaya untuk mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Namun begitu terdapat segelintir
daripada mereka yang mudah terpengaruh dengan melakukan perkara yang sia-sia. Golongan
remaja juga gemar menggunakan media sosial kerana selebriti dan artis daripada seluruh
dunia menggunakan platform ini sebagai cara untuk mendekati peminat mereka. Oleh yang
demikian, remaja perlu sedar bahawa mereka dalam peringkat umur yang penting dalam
kehidupan untuk menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.



KEBAIKAN GAJET
Alat hiburan
Gajet masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan kerana dilengkapi dengan fungsi untuk
mendengar muzik, video, dan juga boleh mengambil gambar. Kemudahan yang diperolehi
telah menarik minat semua golongan untuk memiliki gajet. Hiburan ini secara tidak langsung

membantu kita menghilangkan tekanan akibat penat bekerja.

Alat Perhubungan
Gajet juga merupan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia. Oleh sebab adanya
perkembangan teknologi maklumat, kini jurang hubungan antara penduduk luar bandar
dan bandar dapat dikurangkan. Ini juga membantu kita untuk menjimatkan masa.

6

Maklumat Mudah Diperoleh
Kemudahan Internet kini boleh dinikmati oleh setiap orang. Jadi dengan adanya capaian
Internet ini, maklumat akan menjadi lebih mudah untuk diperolehi dengan menggunakan gajet
sebagai medium perantaraan. Segala maklumat boleh dicapai hanya dengan hujung jari
sekelip mata tanpa batasan waktu. Ini menjimatkan duit kerana kita kita tidak perlu membeli
setiap buku untuk mencari maklumat yang kita perlu.

Menjana Pendapatan
Kita boleh lihat betapa ramainya masyarakat yang mendapat kebaikan daripada menjalankan
perniagaan di Facebook, Twitter, Tik Tok dan Youtube. Media sosial digunakan secara meluas
pada zaman ini. Secara tidak langsung orang ramai akan tahu tentang sesuatu produk atau
barangan yang diviralkan dan membelikanya. Ia dapat menjana pendapatan penjual apabila
mengguakan gajet sebagai satu medium kepada perniagaan.

7

KEBURUKAN KETAGIHAN GAJET
MENINGKATKAN SIKAP MALAS
Walaupun gadget amat penting pada zaman sekarang untuk memudahkan kerja tetapi jika
Penggunaan gajet yang tidak dikawal boleh membawa kepada banyak kesan negatif.
Antaranya adalah mewujudkan sikap malas. Kebiasaanya permainan komputer akan
mengasyikkan dan mengambil masa yang lama seseorang pengguna. Ini boleh meningkatkan
sikap malas dan mengakibatkan remaja hanya menumpukan kepada permainan mahupun
gajet masing-masing. Remaja juga boleh menjadi ketagih dan banyak masa yang produktif
seperti mengulang kaji pelajaran diabaikan begitu sahaja dan ia akan mengurangkan rasa
keinginan melibatkan diri dengan aktiviti luar rumah. Remaja yang didalam kategori ini,
merasakan permainan online lebih menyeronokkan berbanding permainan realiti seperti bola
sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Tidak mampu menempatkan diri bersosial di
medan sukan bersama rakan-rakan sebaya.

8

BERLAKU KEKURANGAN MASA

Dari sudut yang berlainan pula, masalah kesihatan akan mula menyerang pelajar yang
menggunakan gajet dalam penggunaan seharian. Mereka akan mula menghadapi masalah
kekurangan waktu rehat. Kebanyakan masa digunakan untuk melayari internet bagi
mendapatkan maklumat. Ada kalanya mereka tidur lewat malam untuk menyelesaikan kerja-
kerja memuat turun maklumat daripada internet. Keadaan ini menyebabkan mereka keletihan
lalu hilang fokus dalam tumpuan pembelajaran di sekolah. Masalah ini akan memberi kesan
pada penglihatan lalu menyebabkan mereka menghadapi masalah rabun jauh. Jika berlarutan
masalah rabun ini akan terjadi lalu pelajar dikehendaki memakai cermin mata. Bukan itu
sahaja, pengguna taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk
melakukan aktiviti di luar. Sebagai contohnya bersenam dan beriadah.

9

KEKURANGAN FOKUS

Komunikasi dan Tumpuan juga merupakan salah satu kesan yang buruk. Penyelidik dalam
neurobiologi menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin dapat
melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang
berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan ketidakupayaan menumpukan dan menapis
maklumat, serta meningkatkan tekanan perasaan. Antara risiko lain yang turut meningkat
adalah kesusahan sesetengah remaja memahami nuansa komunikasi dan emosi dalam
interaksi sebenar. Disebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar,
mereka lebih menggemari komunikasi dengan respon laju dan pantas. Satu kajian melaporkan
bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih
daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka

10

MENJANAKAN MASALAH SOSIAL

Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan
sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak
baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan. Selain itu, internet
juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial
terutamanya jenayah. Rangkaian internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk
melakukan jenayah. menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dalam gejala ponteng
sekolah. Bukan itu sahaja, penipuan mudah berlaku dan kebanyakan pengguna mudah tertipu
dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet dan sesetengah pengguna ditipu melalui
pembelian barangan secara talian yang tanpa jaminan melaui media social dengan ini
pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian
beribu-ribu ringgit dan mereka dikenali sebagai “Scammer”.

MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

Ketagihan permainan komputer ini sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja akan
menghabiskan masa yang banyak di komputer dan juga bersosial secara maya dengan gajet
masing-masing. Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka
ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan demi melepaskan
ketagihan. Lama kelamaan ini akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap
permainan online tidak dapat elakkan. Masa berharga hanya dibiarkan berlalu demi ketagihan
gajet. Ini adalah impak yang amat tidak baik kepada remaja. Malam hari dihabiskan dengan
melayari internet dan ini akan memburukkan lagi keadaan bahkan boleh menyebabkan
remaja mengalami masalah kesihatan. Contoh masalah kesihatan akan dialami ialah, masalah
penlihatan, Insomnia, kemurungan, perkembangan fizikal terbantut dan juga berlaku ganguan
mental

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI KETAGIHAN GAJET

Peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam anak mereka ialah ibu
bapa mestilah mengajar anak mereka cara betul menggunakan telefon pintar. Hal ini kerana
anak-anak dapat dielakkan daripada menyalahgunakan telefon pintar yang dimiliki oleh
mereka. Ibu bapa boleh memberikan pengetahuan kepada anak-anak tentang kes
penyalahgunaan telefon pintar dan memastikan anak-anak mempunyai ilmu penggunaan
telefon pintar yang betul. Sumber daripada akhbar Berita Harian melaporkan 55% remaja
mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali , termasuk memberikan
gambar dan gambaran fizikal diri mereka. Oleh itu, anak tidak akan menjadi golongan
nomofobia, iaitu fenomena yang menyebabkan seseorang terasa fobia tanpa telefon pintar.
Sebaliknya, anak-anak mampu memanfaatkan telefon pintar untuk mencari maklumat yang
penting dan berguna. Tambahan pula, anak-anak dapat membaca bahan-bahan yang
berkualiti yang tidak menjejaskan pelajaran mereka.

Di samping itu, ibu bapa mestilah mendedahkan anak mereka kepada isu penyalahgunaan
telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak remaja akan hilang kawalan
terhadap telefon pintar dan mula ketagihan penggunaan telefon pintar. 29% remaja hari ini
menjadi mangsa dihubungi dan dihendap oleh individu yang tidak dikenali oleh mereka. Lebih
-lebih lagi, 29% remaja memuat naik maklumat yang salah dan palsu, gambar yang
memalukan dan menyebarkan lawak tidak baik mengenai seseorang dalam media sosial.
Misal kata, ibu bapa harus membincangkan penyalahgunaan telefon pintar dengan anak-
anak. Menurut Akhbar Berita Harian, laporan menunjukkan bahawa 24% ibu bapa memeriksa
kandungan telefon pintar anak mereka. Akibatnya, anak-anak mereka tidak akan
mengabaikan pelajaran walaupun memiliki telefon pintar sebaliknya mereka akan
memanfaatkan telefon pintar untuk menyimpan nota dan maklumat peperiksaan. Anak-anak
juga hanya menggunakan telefon pintar sekiranya selesai menjalankan tugas harian. Oleh itu,
remaja begitu tidak akan membazirkan masa kerana bagi mereka masa itu emas. Tuntasnya,
anak mestilah didedahkan oleh ibu bapa tentang penyalahgunaan telefon pintar agar dapat
mengawal anak-anak daripada menyalahgunakan telefon bimbit.

Seterusnya, ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak.
Hal ini berpunca daripada ibu bapa dapat mendisiplinkan anak-anak sebelum mereka terlibat
dalam gejala sosial. Ibu bapa boleh mengehadkan jadual anak hanya menggunakan telefon
pintar apabila mereka memerlukan fungsinya. Hal inilah dapat memastikan anak-anak tidak
bergaul dengan mana-mana individu di luar sana. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
penggunaan telefon pintar yang terlalu lama akan menjejaskan kesihatan remaja. Sebagai
contohnya, mata remaja akan menjadi kering, penat dan mengalami kesakitan di batu dan di
leher. Oleh hal yang demikian, anak tidak akan mengalami masalah kesihatan mata jika
dipantau oleh ibu bapa. Dengan usaha yang diambil ini anak-anak dapat mengimbangi masa
antara pelajaran dengan aktiviti bersosial. Anak juga akan menjadi lebih rapat dengan ibu
bapa daripada rapat dengan telefon. Anak-anak mestilah dipantau oleh ibu bapa dalam
penggunaan telefon pintar supaya mereka tidak akan bermanja-manja dan bermain-main
dengan telefon pintar sehingga melupakan pelajaran.

Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan anak mereka telefon pintar sekiranya anak matang.
Hal ini dikatakan demikian kerana banyak ibu bapa membelikan telefon pintar kepada anak
mereka sewaktu usia anak belum matang lagi. Anak-anak akan mendapat gantian kasih
sayang ibu bapa yang membeli telefon pintar yang mahal. Anak pula menyalahgunakan telefon
pintar untuk menunjuk-nunjuk kepada kawan. Anak yang umur baru setahun jagung, darah
baru setampuk pinang perlu dijaga kerana mereka masih sangat muda dan belum
berpengalaman. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada
kawan dan pakar dalam hal ini. Dalam temu ramah dengan The Mirror, Bill Gates mengatakan
bahawa remaja berusia 14 tahun baru sesuai memiliki telefon pintar sendiri. Impaknya, anak
remaja itu dapat berfikir dengan matang dan membuat keputusan yang baik. Mereka tidak
akan membazirkan masa bersembang kosong dengan aplikasi media sosial dan
memanfaatkan telefon pintar secara optimum dalam pelajaran dan kehidupan. Anak remaja
ini dapat membuat perbezaan yang mana kaca, yang mana permata. Sudah terang lagi
bersuluh, telefon pintar mampu dibeli oleh ibu bapa jika anak cukup matang untuk
menggunakannya agar kawasan dapat dilakukan terhadap anak-anak daripada terjerumus
dalam ketagihan telefon pintar sehingga pelajaran terabai.

ANGGARAN PENGUNAAN TELEFON BIMBIT SELURUH DUNIA

GAJET YANG KERAP DIGUNAKAN

RUJUKAN

1. https://mypositiveparenting.org/ms/2015/04/19/pengasuhan-dan-gajet-
kebaikan-dan-keburukan/

2. https://cikgufarha.com/penggunaan-gajet/

3. https://wiser.my/gajet-sebenarnya-mampu-memberi-kesan-positif-
kepada-pengguna

4. https://eseistpm.blogspot.com/2016/08/penggunaan-gajet-faedah-dan-
keburukan_20.html?m=1

5. https://www.researchgate.net/profile/Siti-
Marziah/publication/325313081_The_Effect_of_Gadget_Usage_Towards
_The_Development_of_Cognitive_And_Social_Among_Preschooler/link
s/5b051c16a6fdccf9e4f8b9d1/The-Effect-of-Gadget-Usage-Towards-
The-Development-of-Cognitive-And-Social-Among-Preschooler.pdf

6. https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberi seribu satu
manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, namun sebagai pengguna kita perlu
bijak menggunakan gajet atau alatan yang dicipta di dunia yang serba canggih ini dengan cara
yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, ini boleh merosakkan masa depan. dan
fikiran remaja itu sendiri. Media sosial adalah salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam semesta. Sehinggakan pada masa ini sesiapa
yang tidak mempunyai akaun laman sosial dianggap ketinggalan zaman. Hal ini telah banyak
mempengaruhi masyarakat sekeliling dan telah mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan
memberikan kesan positif dan negatif. Namun, ia bergantung kepada cara pengguna
memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu
memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat juga perlu mempunyai
disiplin dan daya tahan dalam mengubah gaya hidup dengan menggunakan laman sosial ini
untuk kegunaan yang baik serta melakukan aktiviti yang lebih berfaedah untuk meningkatkan
kecekapan. Dengan ini, media sosial pada asasnya bertujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama manusia di seluruh dunia. Namun, etika yang sepatutnya diamalkan tidak diamalkan
secara jujur oleh pengguna media sosial sehingga mendatangkan celaan terhadap kepentingan
media sosial itu sendiri. hanyut dalam keasyikan kerana masa adalah emas.

PANDANGAN AHLI KUMPULAN

Pada pendapat saya, ibu bapa harus menghadiri kursus keibubapaan dan peranannya dari
masa ke masa. Ibu bapa juga mestilah memahami dan mengetahui kelemahan serta kekuatan
anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu prihatin dan cakna dalam hal yang berkaitan dengan
telefon pintar yang boleh menjejaskan pelajaran anak mereka. Ibu bapa moden haruslah ingat
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangan sekali-kali membiarkan anak-
anak remaja menyalahgunakan telefon pintar. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
supaya anak remaja tidak akan mengabaikan pelajaran dan tugasan yang diamanahkan dan
anak remaja akan membahagikan masa antara pelajaran dengan kehidupan. Anak remaja
juga akan menggunakan telefon pintar dengan bijaksana dan penuh manfaat. Remaja ialah
harapan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja kini akan
menjadi bakal pemimpin yang bijak memanfaatkan telefon pintar dalam kehidupan. Peranan
yang penting mesti dimainkan oleh ibu bapa agar anak-anak tidak menyalahgunakan telefon
pintar hingga mengabaikan tugasan dan prestasi mereka.( STEFANIE)

Pada pendapat saya, kita perlulah mengawal pengunaan gajet dan ledakan teknologi yang
maju seharusnya selaras dengan segi undang-undang supaya etika dan Tata susila terhadap
penggunaannya dapat dikawal dan tidak mendatangkan mudarat kepada semua
sesungguhnya. Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta
dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul untuk mendapatkan kebaikannya .
Golongan remaja merupakan nusa bangsa yang bakal pemimpin masa hadapan negara ke
arah yang lebih baikperanti elektronik merupakan salah satu gaya hidup baharu yang perlu
diterima oleh ibu bapa. Mereka hendaklah memastikan anak-anak tidak menyalagunakan
kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa. Mereka hendaklah bijak menyelesaikan masalah
ini. . Setiap pihak perlu berganding bahu sebagai aur dengan tebing demi mencari mekanisme
terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. (kugaasini A/P Murugan)

Pada pandangan saya, walaupun banyak kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan
gajet dalam di kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan buruk, tetapi ramai ibu bapa
bersetuju bahawa penggunaan gajet tidak dapat dielakkan kerana sesi pengajaran dan
pembelajaran mesti dijalankan secara dalam talian, terutamanya semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan berkuat kuasa berikutan Pandemik Covid-19. Oleh itu, ibu bapa perlu
perlu memastikan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak perlu dikawal dengan baik. Ini

bagi mengelakkan kesan negatif terhadap kesihatan, psikologi, kerohanian dan tingkah laku
masa depan kanak-kanak datang. (Ernest)

Pada pandangan saya, gajet adalah satu anugerah yang sangat berharga kepada kita, kita
mestilah bangga dengan kemajuannya dan menggunakan anugerah ini dengan sebaiknya.
Jadi kita boleh membuat kesimpulan tentang penggunaan gajet dalam kehidupan seharian
adalah penting jika kita menggunakan ia dengan betul malah ia boleh memberikan lebih
banyak kebaikan untuk manusia pada masa hadapan, namun jika digunakan dengan
sebaliknya ia menyebabkan kita menjadi manusia yang mundur. Selain itu, Kanak-kanak
haruslah dididik mengenai tanggungjawab mereka terhadap penggunaan gajet. Disiplin diri
sangat penting dan perlu disemai pada kanak-kanak seawal mungkin. Ibu bapa perlu
menetapkan peraturan dan sentiasa memantau penggunaannya bagi memastikan peraturan
dipatuhi. Jangan jadikan anak mereka sebagai mangsa kepada perkembangan teknologi
terkini.(GAJAN)


Click to View FlipBook Version