MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK
DI TAMAN CERIA 2,
KANGAR, PERLIS.
NAMA : MUHAMMAD AQIL HARRAZ BIN
MOHD. HAFIZ
NO IC
TINGKATAN : 080930101821
NAMA GURU : 1 IHSAN
TARIKH HANTAR : ARHAMNI BINTI ROBIAN
: 30/09/2021
BIL. PERKARA M/S
1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif Kajian 5
6. Kawasan Kajian 6
7. Kaedah Kajian 7
8. Dapatan Kajian
8
1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian yang
dipilih 9,10
11
2.Menjelaskan 3 pembuangan sisa domestik
3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara 12
bijaksana 13
9. Rumusan 14
10. Lampiran
11. Rujukan
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Arhamni selaku guru pembimbing
sepanjang proses menjalankan kerja lapangan
pertama saya. Selain itu,terima kasih saya
ucapkan kepada rakan – rakan saya terutamanya
Hasnan dan Fauwaz atas bantuan mereka.Tidak
dilupakan juga kedua ibu bapa saya Puan Affiza
dan Encik Hafiz atas sokongan dan bantuan
mereka.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan Georgrafi.
Tajuk kerja lapangan saya ialah kajian tentang sisa
domestik di Taman Ceria 2. Saya telah memilih
Taman Ceria 2 sebagai kawasan kajian saya kerana
PKP yang tidak mengizinkan untuk saya pergi lebih
jauh. Saya mengambil masa selama 7 hari untuk
melengkapkan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti dan menyatakan jenis dan contoh
sisa domestik di Taman Ceria 2, Kangar, Perlis.
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik
Taman Ceria 2.
3. Menghuraikan 3 langkah mrngurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara bijaksana di
Taman Ceria 2.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Ceria 2. Ia terletak
di daerah Kangar, negeri Perlis. Jarak kawasan ini ke
Bandar Diraja Arau sejauh 9.9 km. perjalanan ke
Bandar Diraja mengambil masa 18 minit. Kawasan ini
merupakan kawasan berpenduduk padat. Antara
pandang darat fizikal yang terdapat disini termasuk
pokok,sungai dan rumput. Manakala untuk pandang
darat budaya pula terdapat jalan
raya,jambatan,petempatan dan sekolah.
PETA LAKAR KAWASAN TAMAN CERIA
2,KANGAR,PERLIS
KAEDAH KAJIAN
Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada hari
sabtu 6 September jam 3 30 petang. Saya menerokai dan memerhati
kawasan sekitar untuk mengumpulkan maklumat.
Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang
sisa domestik. Selain itu saya juga merujuk buku teks georgrafi
tingkatan satu untuk mendapatkan maklumat tentang kesan
pembuangan sisa domestik dan langkah mengurangkan kesan
pembuangan.
HASIL KAJIAN
1.Jenis – jenis sisa domestik di kawasan Taman Ceria 2, Kangar,
Perlis.
Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai
atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan
sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan
organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan
bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar. Menurut
pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di Kawasan Taman Ceria 2 terdiri
daripada bahan organik seperti sisa makanan,majalah lama dan daun-daun kering
manakala sisa bukan organik pula terdapat seperti plastik,kaca lama dan besi
buruk. Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada sisa pepejal seperti
makanan,plastik dan perabot lama dan sisa cecair seperti minyak masak.
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
Taman Ceria 2
a. Pencemaran
Menurut buku teks Georgrafi tingkatan 1, kesan pembuangan sisa domestik yang
dialami oleh penduduk di sini ialah pecemaran.jenis pencemaran yang dialami
termasuk pencemaran air,udara dan bunyi. Sumber air tercemar berlaku apabila
pembuangan sisa domestik di dalam sungai,parit dan sebagainya menyebabkan air
menjadi kotor. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat pembakaran sampah secara
terbuka dan pencemaran bunyi pula berlaku daripada bunyi-bunyi kenderaan dan
pembinaan.
b. Wabak penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dan tidak terurus dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit bawaan haiwan-haiwan kotor seperti tikus,lipas dan lalat.
c. Banjir Kilat
Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sapah ke dalam longkang,
parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersumbat. Apabila hjan lebat, jumlah
air akan meningkat dan menyebabkan banjir kilat.
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan
kesan pembuangan sisa secara bijaksanana di
Taman Ceria 2
i. Kempen
Kempen dapat memberi kesedaran terhadap penduduk tentang bertapa dasyatnya
akibat jika pembuangan sisa domestik ini tidak diambil berat dan diurus dengan
sebaiknya.
ii. Pendidikan
Pendidikan dari rumah dan sekolah dapat memupuk kesedaran awal dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja.
iii. Amalan 3R
Iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) dengan ini
kita dapat mengelakkan pembaziran.
Contoh: Mendermakan baju-baju lama yang masih elok kepada yang memerlukan,
mengurangkan penggunaan plastik dan mencipta kerusi dari kayu terpakai.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah
mengetahui sisa domestik dijumpai di Kawasan Taman
Ceria 2 ialah minyak masak,plastik,sisa makanan dan
kertas. Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang
berlaku termasuk pencemaran dan wabak penyakit.
Langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang bijaksana
ialah menyediakan tong sampah dan yang melanggar
aturan akan didenda. Dengan itu saya berharap kesan
pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawasan
Taman Ceria 2…
LAMPIRAN
RUJUKAN
1. Buku teks
Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad, 2017,
Georgrafi Tingkatan 1, Cheras Kuala Lumpur
2. Internet
Wikipedia – sisa domestik