The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syed Muhammad Isyraf, 2024-05-11 23:57:05

ROKOK DAN VAPE

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM

BAHAYA ROKOK DAN VAPE E- MAJALAH OBJEKTIF 1.Membimbing seseorang dan faham akan bahaya kesan rokok dan vape 2.Menyatakankesan kesihatan rokok elektronik, termasuk risiko pendedahan kepada bahan kimia berbahaya dan potensi untuk mempengaruhi sistem pernafasan, telah menjadi topik yang viral di media sosial. Video atau kajian ilmiah yang dikongsi secara meluas mungkin mengaitkan isu ini dengan kaedah figh, khususnya dalam menilai bahaya dan kemudaratan .3.Menjelaskan peningkatan yang ketara dalam penggunaan rokok elektronik di kalangan remaja dan dewasa muda, yang sering dikongsikan melalui gambar, video, atau ulasan di platform media social 4.Menerangkan pengiklanan dan promosi vape atau rokok elektronik secara meluas di media sosial telah menimbulkan kebimbangan tentang pengaruhnya terhadap masyarakat, terutamanya remaja. Kaedah figh boleh digunakan untuk menganalisis cara-cara di mana pemasaran ini mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku 5.menghentikan tabiat merokok secara teratur dan terancang.


PENGENALAN Definisi elektronik menurut KKM adalah peranti elektronikyang mengandungi nikotin. Manakala, peranti dengan fungsi sama namun tidak mengandungi nikotin dipanggil vape. Selain itu rokok elektronik terbaru juga dikenalisebagai ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’ dan pod. Rokok elektronik tidak mengunakan tembakau sebagaisumber penghasilan asap tetapi mengunakan cecairkimia yang berperisa dan kebanyakkannya mengandungi nikotin. Ia hadir dalam prokokelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza.


Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette – KKM Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.


Peningkatan Populariti: Rokok elektronik atau vape semakin popular di kalangan remaja dan dewasa muda melalui penyebaran yang meluas di media sosial. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk iklan yang dihantar melalui platform media sosial, kumpulan-kumpulan pengguna yang bertukar-tukar pengalaman, dan pengaruh daripada tokoh media sosialyang berpengaruh. Penerangan ini dapat dikaitkan dengan kaedah figh tentang pengaruh media dan penggunaan perkara yang menyenangkan tetapi mungkin merosakkan. HADIS NABI ال ضرر وال ضرار Ertinya: Tiada kemudaratan (dalam syariat Islam) dan tidak boleh memudaratkan (tanpa hak).Hadis ini juga menunjukkan pengharaman melakukan kemudaratan secara umum sehingga nas hadis ini dijadikan salah satu kaedah feqah.


Pengaruh Influencer: Influencer media sosialseringkali mempromosikan rokok elektronikatau vape kepada pengikut-pengikut mereka melalui gambar, video, dan ulasan. Mereka mungkin menyatakan kelebihan produktersebut tanpa menyoroti risiko kesihatan yang berkaitan. Ini mempengaruhi pengikut mereka untuk mencuba produk tersebut tanpa mempertimbangkan kesannya. Dalam kaedah figh, ini boleh dikaitkan dengan pertimbangan tentang pengaruh orang lain dalam membuat keputusan dan bagaimana pengaruh tersebut mempengaruhi nilai dan perilaku.


Kontroversi Kesihatan: Perbincangan tentang kesan kesihatan rokok elektronik atau vape sering menjadi viral di media sosial. Ada kajian yang mendukung pandangan bahawa rokok elektronik mungkin lebih selamat daripada rokok konvensional, tetapi ada juga bukti yang menunjukkan risiko kesihatan yang serius, terutamanya bagi remaja dan individu yang tidak merokok sebelumnya. Penerangan ini memerlukan pemeriksaan mendalam dan pemahaman kaedah figh untuk menilai bukti dan membuat kesimpulan yang bermakna tentang risiko kesihatan.


Pemasaran yang Menarik: Syarikat-syarikat rokok elektronik sering menggunakan pemasaran yang menarik, termasuk warna-warnacerah, rekaan-modern, dan pernyataan-pernyataan yang menarik perhatian di media sosial. Ini dapat meningkatkan keinginan untuk mencuba produk tersebut tanpa memikirkan kesan kesihatannya. Dalam kaedah figh, ini berkaitan dengan pertimbangan tentang bagaimana persekitaran dan konteks boleh mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang.


Reaksi Masyarakat: Media sosial juga menjadi platform di mana masyarakat bereaksi terhadap isu rokok elektronik atau vape. Terdapat perbincangan yang berapi-api antara penyokong dan penentang penggunaan rokok elektronik, dengan argumen yang disampaikan dengan penuh semangat di kedua belah pihak. Dalam kaedah figh, ini boleh dikaitkan dengan analisis tentang bagaimana pandangan dan kepercayaan yang berbeza boleh menghasilkan ketegangan sosial dan bagaimana caraterbaik untuk menangani perbezaan pendapat yang berlaku dalam masyarakat.


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 Ertinya: “... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...”Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbelanjaan (infaq) fi sabilillah, tetapi keumuman ayat ini merangkumi segala perbuatan yang membawa kepada kebinasaan sebagaimana berdasarkan kepada kaedah: “أن االعتبار بعموم اللفظ ال بخصوص السبب ” Ertinya: Bahawasesungguhnya pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab penurunan ayat secarakhusus. DALIL AL QURAN Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ialah kerana perbuatan tersebut memudaratkan tubuh badan. Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang melarang perbuatan memudaratkan diri. Terdapat beberapa nas al-Quran dan hadis Nabi صلى الله عليه وسلمyang melarang manusia memudaratkan diri sendiri. Keumuman dalil-dalil tersebut terpakai kepada kes penggunaan rokok elektronik dan vape. Antara dalil syara’ yang melarang tindakan-tindakan memudaratkan diri sendiri ialah:


Kami sebagai rakyat yang prihatin dan mematuhi etika pengamal perubatan, menasihatkan orang ramaisupaya tidak menggunakan e-rokok kerana ia berbahaya kepada kesihatan. E-rokok, vapor atau nikotin elektronik menggunakan alat dan cecair pelbagai perisa yang menggunakan kuasa bateri dan mengeluarkan wap ini sama seperti merokok walaupun tanpa penggunaan tembakau. Sekalipun kemudaratan ini dinafikan oleh penghisap e-rokok tegar, tiada kajian memastikan aktiviti e-rokok ini benar-benar selamat. Umum mengetahui kesan buruk melalui rokok dan ketagihan merokok yang masih perlu ditangani oleh pelbagai pihak. Tambahan pula , kita sebagai umat islam mestilah mematuhi hukum hakam yang telah ditetapkan. Sebagaicontoh , vapor atau e-rokok elektronik ini sudah terang lagikan bersuluh dijatuhkan hukum haram oleh mufti kerana membahayakan dan memudaratkan kesihatan indivitu . Ia juga disertakan dengan beberapa hadis yang sahih serta dalil al quran yang menyokong tentang perbuatan haram merokok. Oleh itu, isu e-rokok dan vapor ini sangat wajar diberi perhatian khusus kepada golongan muda sebelum gejala buruk ini merosakkan kesihatan mental dan fizikal masyarakat . SUMBER RUJUKAN: 1-https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhentimerokok/tak-merokok/rokok-elektronik 2-http://e-smaf.islam.gov.my/esmaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15951


Click to View FlipBook Version