The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazanabidin, 2022-05-15 23:52:28

PAMERAN BERTEMA SEMPENA HARI GURU 2022

PAMERAN BERTEMA SEMPENA HARI GURU 2022

HSAERLIAGMUARTU
Pameran Bertema
Edisi Sempena Sambutan Hari

Guru 2022

SEJARAH SAMBUTAN
HARI GURU...

Buat pertama kalinya sambutan Hari
Guru diperkenalkan dan diraikan pada

16 Mei 1972.
Kementerian Pelajaran ketika
mengisytiharkan tarikh tesebut
memberitahu, 16 Mei diambil kerana
pada hari tersebut dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan
menerima cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran sebagai
dasar pelajaran negara. Dokumen
tersebut dikenali sebagai Laporan

Razak.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan
kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada

masyarakat.
Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai
kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat

Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah

di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam

masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru
melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan,

dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-
langkah supaya peranan itu boleh berkesan.



ANUGERAH PERTAMA TOKOH GURU (1975)



Puan Hajah Zainun bte Munshi Sulaiman (Allahyarhamah)

Encik Mohd. Nor bin Ahmad
Encik Ting Pin Sung
Encik A.V. Perumal
Encik Tan Chong Bee

TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU

1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 - Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
1974 - Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi

1975 - Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 - Guru Pembentuk Generasi akan Datang

1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 - Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 - Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama

2002 dan 2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 dan 2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 dan 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2011 dan 2012- Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2013 - Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda
2014 - Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2015 - Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016 dan 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa
2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2020 dan 2021 - Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

GURU OH GURU
Karya: Usman Awang




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

AmYaozuinAgr.e...

Disediakan Oleh:

JK PSS SMadJ 2022


Click to View FlipBook Version