DOKUMENTASI
PROGRAM MEMBACA
‘SATU HARI, SATU FAKTA, KAMI KONGSI’
JK PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
TAHUN 2021
NAMA PROGRAM:
‘SATU HARI, SATU FAKTA, KAMI KONGSI’
OBJEKTIF:
MENYEMAI SEMANGAT MEMBACA DAN BUDAYA ‘INGIN
TAHU’ BERKAITAN DENGAN INFO/MAKLUMAT YANG
TERDAPAT DI SEKELILING KITA. KEKANGAN PANDEMIK
COVID 19 BUKANLAH ALASAN UNTUK KITA MENGHENTIKAN
AMALAN MEMBACA KERANA INFO/MAKLUMAT INI TELAH
DIKONGSIKAN MENGGUNAKAN APLIKASI TELEGRAM DAN
DAPAT MEMBERIKAN INFO YANG BERMAKLUMAT KEPADA
SEMUA WARGA SEKOLAH.
KAEDAH PELAKSANAAN:
JK PSS AKAN BERKONGSI FAKTA/INFO DALAM BENTUK INFO
GRAFIK YANG DISEBAR LUAS KEPADA WARGA SEKOLAH
MENGGUNAKAN APLIKASI TELEGRAM
TEMPOH MASA:
SEPANJANG BULAN JULAI
SASARAN:
WARGA SMADJ
MINGGU PERTAMA
02/07/2021 – 08/07/2021
MINGGU KEDUA
11/07/2021 – 15/07/2021
Dragon Blood Tree, sejenis pokok yang unik tumbuh di Pulau
Socotra 'Dracaena Cinnabari' atau lebih dikenali sebagai Dragon
Blood Tree merupakan sejenis pokok yang unik tumbuh di Pulau
Socotra. Pokok ini dikatakan mampu hidup selama 650 tahun dan
selalunya akan mencapai ketinggian sehingga 12 meter. Lokasi
Pulau Socotra memang sangat terpencil. Ia berada 380 km di
selatan semenanjung Arab dan 240 km sebelah timur penghujung
benua Afrika. Melihat lokasinya yang sedemikian, maka
ternyatalah pulau ini sangat misteri. Malahan, Pulau Socotra juga
menyimpan pelbagai keindahan alam dan kaya dengan flora dan
fauna. Jumlah penduduk Socotra sekitar 40,000 orang. Socotra
telah dicalonkan sebagai ‘One of The New Seven Wonders of The
World’. Dan kini, Socotra dilindungi oleh pihak UNESCO.
MINGGU KEEMPAT
25/07/2021 – 29/07/2021
Jom kita singkap...Rahsia Perkembangan Permainan Lego
Sejarah Lego bermula apabila seorang tukang kayu yang
bernama Ole Kirk Christiansen yang dilahirkan pada 1891 dan
anaknya yang pada ketika itu berusia 12 tahun membuat
permainan blok daripada kayu di sebuah bengkel kecil pada 1932,
dia menamakan permainan tersebut sebagai Lego, Lego
merupakan dari 2 perkataan Denmark iaitu Leg Godt. Dengan
hanya bermula daripada permainan kayu Lego, seterusnya
menggunakan bahan plastik dalam pembuatan blok Lego pada
tahun 1947. Syarikat Lego ketika itu juga merupakan syarikat dari
Denmark yang pertama memiliki mesin suntikan acuan. Jualan
Lego masih lagi mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa.
Untuk makluman, jumlah jualan tahunan mereka sekiranya
disusun dengan jumlah blok Lego yang terjual,mampu
mengelilingi bumi sebanyak 5 kali.
Apakah jurang yang paling dalam? Dengan kedalaman mencapai
11 kilometer, Jurang Mariana di Filipina merupakan jurang yang
paling dalam di dunia. Ya, 11 kilometer jauh ke dalam lautan!
Nama jurang yang dikatakan berusia 180 juta tahun ini diambil
bersempena nama Ratu Mariana yang berasal dari Sepanyol.
Apabila mencapai kedalaman yang ekstrem, cahaya matahari
sukar untuk menembusi dasar laut. Malah tekanan yang kuat dan
1000 kali ganda dari tekanan permukaan bumi menyebabkan
jurang ini memerlukan kapal selam yang direka khas untuk
menampung tekanan yang hebat. Tekanan yang kuat itu mampu
untuk membocorkan kapal selam yang tidak direka khas. Percaya
atau tidak,terdapat beberapa spesies haiwan telah dijumpai di
situ. Haiwan- haiwan tersebut mampu hidup meskipun tekanan
yang kuat di dasar jurang berkenaan. Dijumpai beberapa haiwan
yang rupanya pelik dan seolah-olah seperti 'Alien'. Ada haiwan
yang mampu mengeluarkan cahayanya sendiri yang disebut
sebagai 'Bioluminescence'.