PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172
PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA
FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
NORHAMIDAH BINTI SALIM
031111120390
NAMA PENSYARAH:
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias
ISI KANDUNGAN M/S
1
PERKARA 2-6
PENGENALAN 7
ISI DAN HURAIAN 8
9
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia
Hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui
perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahulukan
oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang
terdiri daripada India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat.
Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban
globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital yang kompleks.
1.2 Pembinaan Peradaban Yang Beridentitikan Malaysia
Bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara
mewujudkan beberapa intitusi utama seperti sistem biokrasi negara pelan
Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembanggunan ekonomi melalui
pembinaan Bangsa.
Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik
kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "bangsa Idaman"
yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban
beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
1
2.0 ISI DAN HURAIAN
2.1 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DIMALAYSIA
2.1.1 Peradaban Pribumi Alam Melayu
Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian
tamadun mereka dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut
dikunjungi oleh pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu
Batutah (m. 1377M). Alam Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak
berdirinya Islam yang pertama di sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).
Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya
Gugusan Kepulauan Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo,
Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan bahagian-bahagian kecil
daripada Kampuchea ke Vietnam.
Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu Indonesia dan juga
merupakan agama Islam. Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara
orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan.
Kesimpulannya, tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina,
dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam
keluarga Bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Kesannya, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan
khususnya terhadap pengembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang
disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal
sebagai Kawasan strategik antara Timur & Barat, pusat perdagangan entrepot dan
aktiviti keagamaan.
Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif
apabila hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata
pinjaman daripada pelbagai Bahasa dan budaya.
2.1.2 Peradaban Asia (India,China,Timur Tengah)
2.1.2.1 Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia
Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah) pusat peradaban India
merupakan suatu wilayah yang besar dan luas yang terletak di sebelah selatan
Benua Asia. India memiliki kekayaan alam dan memiiliki nilai budaya yang tinggi,
sehingga dikenal oleh berbagai bangsa sejak beribu tahun yang lalu. Dalam
perkembangan sejarah India terdapat pusat-pusat peradaban yang tertua iaitu,
2
Kebudayaan Lembah Sungai Indus tahun 4000-3000 SM dan Kebudayaan Lembah
Sungai Gangga tahun 1000 SM. Kedua kebudayaan tersebut berpusat di lembah
sungai yang subur.
2.1.2.2 Peradaban Lembah Sungai
Peninggalan Dravida Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh para ahli
arkeologi pada tahun 1921, 1922, 1933, 1942 berjaya ditemukan sisa-sisa
peninggalan berupa runtuhan dua kota tua, iaitu Mohenjodaro dan Harappa.
Peninggalan tersebut merupakan sisa peninggalan bangsa Dravida. Peradaban
Mohenjodaro dan Harappa sangat maju, terbukti mereka sudah mampu membuat
perkara berikut.
2.1.3 Peradaban Barat
Era penjajahan dan peradaban barat di tanah melayu bermula apabila
mereka jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511. penjajahan barat hasil kolonil
barat yang dilalui oleh negara tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh
kependudukan setiap kolonil dalam negara khususnya dalam rangka sejarah
kebudayaan dinusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat kolonil
itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam
kedatangan orang eropah ke dalam alam melayu ni bermula selepas tumbuhnya
peradaban islam dirantau, tetapi masyarakat kolonil tidak tumbuh serentak di alam
melayu.
Semasa pemerintahan kolonil barat khususnya pemerintahan
british,penyebaran agama kristian ditanah melayu pada zaman tersebut tidak ketara.
Beberapa kawasan penempatan awal british dapat dilihat melalui peninggalan
bangunan bersejarah seperti dipulau pinang, melaka dan singapura. Peradaban
barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai
kedudukan yang mempunyai prestij di alam melayu.
Di tanah melayu khususnya pengaruh peradaban barat lebih daripada
pengaruh bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. Ia
banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi sosial sahaja. Namun begitu,ajaran
islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan.
Antara pengaruh peradaban di tanah melayu dapat dilihat melalui sistem
pendidikan,kewujudan masyarakat majmuk,perubahan dari segi budaya,kemunculan
bandar moden dan keperluan asas infrastruktur bandar seperti
jalanraya,keretapi,telefon,telegraf,bekalan elektirk dan bekalan air bersih. Ini semua
dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang ditingal dibandar terutama pegawai
british dan peniaga.
3
2.1.4 Peradaban Globalisasi
Globalisasi menurut kamus dewan ialah fenomena yang menjadi dua
kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat. Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan
yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merantasi benua dan
sempadan negara.
Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang
kehidupan,perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan
telefon pintar yang ada talian internet serta penggunaan media sosial yang
berleluasa seperti facebook dan whatsapp.
Kebaikan Globalisasi :
1. peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan
mengurangkan kemiskinan dalam sebilangan negara.
2. Peningkatan mobiliti sosial.
3. Peluang yang luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan
ilmu pengetahuan komunikasi yang lebih mudah.
4. Peluang untuk menzahirkan simpati dan keperimanusianterhadap mangsa
pelbagai jenis bencana.
5. Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
tanggungjawab ,peraturan undang undang dan hak asasi manusia.
Keburukan Globalisasi :
1. kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat tertalu mementing faktor
keuntungan.
2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang
semakin melebar antara kawasan dan sektor ekonomi.
3. Pengabaian keperluan asas hidup dikalangan rakyat termiskin.
Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
4. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah
dibendung.
4
2.2 konsep Pembentukan Negara Dan Bangsa Di Malaysia
2.2.1 Konsep Negara
Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan
tersebut dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah
kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang
diiktiraf oleh negara lain. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana
rakyat yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan
membentuk satu bangsa kepada sesebuang negara.
Antara ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya
penduduk,sempadan,kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki
sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta dibentuk satu
kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak.
2.2.2 Konsep Bangsa
Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu
sterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa
biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sebuah etnik,bahasa dan
kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.
Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai
hubungan darah dan keturunan bahasa yang sama ,perkongsian tradisi dan sejarah.
Selain faktor,elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam
membentuk sebuah negara.
2.2.3 Konsep Negara Dan Bangsa
Negara bangsa adalah satu konsep negara yang memperoleh pengesahan
politik , satu entiti bagi satu satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat. Istilah
negara bangsa menyepadukan negara dan bangsa dipertautkan melalui perkongsian
wilayah bersama,ekonomi bersama,serta mempunyai unsur subjektif bersama.
Ciri ciri negara bangsa:
1. kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku
pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
2. Berpegang pada satu semangat negara yang utuh melalui simbol keutuhan
seperti Bendera malaysia,lagu kebangsaan,rukun negara dan sebagainya.
3. semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap
sistem pemerintahan dan undang -undang negara.
5
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan
boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara,pentadbiran
serta penduduknya.
2.3 IDEA BANGSA MALAYSIA KONSEP BANGSA
1. Sebelum merdeka,melalui pergerakan nasiolisme yang berjuang dalam
kerangka bangsa idaman yang bersesuaian dengan agenda dan kepentingan
ekonomi,politik sosial dan budaya yang turut berpaksikan kepada ideologi politik
samada secara demokratik mahupun secara bersenjata.
2. Selepas merdeka,keinginan untuk mewujudkan persamaan edentiti nasional.
Contohnya konsep bangsa idaman malaysia dan masyarakat majmuk pimpinan
melayu .
3. Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru bangsa malaysia.
2.4 TERAS KEPADA PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
1. Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah peradaban dalam pembentukan
etos nasional di malaysia.
2. Pematuhan kepada perlembagaan persekutuan yang telah termaktub setiap
hak warganegara malaysia. Berdasarkan kontrak sosial yang berkaitan institusi
raja perlembagaan sebagai simbol perpaduan,islam sebagai islam rasmi ,bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi dan hak melayu bumiputera sabah dan sarawak.
3. Toleransi dan keikhlasan setiap individu yang mengidentifikasikan dirinya
sebagai warganegara malaysia.
4. Pendekatan integrasi dan inklusif dalam agenda pembangunan sosioekonomi
negara yang holistik.
6
3.0 KESIMPULAN
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok- kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan
yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun
pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah melayu.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu
meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahu pun kesan negatif. Ia
bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.
Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan
perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya
saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan
dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina dan pelbagai etnik.
7
4.0 RUJUKAN
1. https://www.bing.com/images/search?q=gambar+pembinaan+p
eradaban+majmuk+di+malaysia&qpvt=gambar+pembinaan+peradaban+
majmuk+di+malaysia&FORM=IGRE
2. https://masyarakat-
majmuk.blogspot.com/2014/09/kesimpulan.html
3. https://abox.pub/pembinaan-peradaban-majmuk-di-malaysia-
pdf-flipbook-k-60bc5f93c963d.html
4. https://www.bing.com/images/search?q=gambar+pembinaan+p
eradaban+majmuk+di+malaysia&qpvt=gambar+pembinaan+peradaban+
majmuk+di+malaysia&FORM=IGRE
5. MODUL (BAB 5 : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA)
8
5.0 LAMPIRAN
9