The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sismidah11, 2022-02-17 01:08:21

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172

PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA

FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
Ahadiah Binti Joinis
(030524-12-1338)

NAMA PENSYARAH:
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Saya telah memperoleh pelbagai maklumat mengenai
pembinaan peradaban majmuk di negara kita .

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tugasan, Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan suksesnya .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Terima kasih.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL KETERANGAN 2
1 Pengenalan 3
2 Pembentukan Peradaban Majmuk Di Malaysia
3 Peradaban Pribumi Alam Melayu 3-4
4 Peradaban Asia ( India, Cina, Timur Tengah ) 4
5 Peradaban Barat
6 Peradaban Globalisasi 4-5
7 Peradaban Beridentitikan Malaysia 5-6
8 Konsep Pembentukan Negara Dan Bangsa Di Malaysia
9 Konsep Negara 6
10 Konsep Bangsa 6
11 Konsep Negara Dan Bangsa 7
12 Idea Bangsa Malaysia 7-8
13 Teras Kepada Pembinaan Bangsa Malaysia 8-9
14 Rumusan 9
15 Rujukan 10
16 Lampiran 10
11 - 13

1.0 PENGENALAN

 Peradaban Majmuk Di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di
Alam Melayu. Pembinaan peradaban didahului oleh peradaban Pribumi Alam
Melayu, diikuti peradaban Asia ( India, Cina, Timur Tengah ) dan seterusnya
Peradaban Barat. Peradaban ini akhirnya disambut oleh ‘ peradaban globalilasi
‘ yang merupakan kacukan pelbagau punca peradaban tanpa sempadan melalui
jaringan digital yang kompleks.

 Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan
Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara Bangsa yang didahului
oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan & satu
kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem
birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun & sebagainya.
Pembangunan ekonomi mendahuui pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan
bangsa menyusul melalui institusi sistem politik kepartian & pilihan raya. Dalam
konteks ini telah wujud beberapa “bangsa idaman” yang menguasai wacana
politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat
mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

 Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di ats landasan
kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama - agama lain
berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan
peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. kebaikannya
perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. keburukannya
perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Akhirnya, kita perlu menggunakan
segala kekuatan dan kekayaan dalaman yang terdapat dalam aagama dan
tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau
keilmuan.

1

2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 Pembentukan Peradaban Majmuk Di Malaysia

Sebelum kita mengecapi kemerdekaan dan era moden kini, adalah perlu untuk
kita memahami sejarah peradaban Alam Melayu terlebih dahulu. Ia telah wujud hasil
keterlibatan masyarakat di pelbagai rantau, antaranya ialah Nusantara yang
melibatkan zaman prasejarah bermula empat dekad sebelum masihi.

Seterusnya, di zaman prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau
sempadan negara bangsa yang dikenali sebagai Tanah Melayu mahupun Malaysia.
Namun ia telah pun mempunyai sebuah unit geografi yang dikenali sebagai alam
Nusantara (Syed Hussien Ali, 2017).

Selain itu juga, dalam konteks binaan bangsa Malaysia, adalah perlu untuk
dalami perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi memahi etos budaya rantau
melayu sebagai teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.

Akhir sekali, Rantau alam Nusantara dalam cacatan India disebut dalam bahasa
sanskrit sebagai warna Suvarnabhumi atau tanah emas (Sailendra & Nath Sen,
1988). Perkembangan sejarah peradaban di Nusantara dan Malaysia moden ini
dapatlah dibahagikan kepada beberapa zaman sepertimana yang ditunjukkan dalam
jadual dibawah:

Pertama : Zaman Prasejarah Kedua: Zaman Protosejarah
Zaman Paleolitik Kewujudan Kerajaan Purba/ Kerajaan
Zaman Mesolitik Awal:
Zaman Neolitik Langkasuka
Zaman Logam/ Gangsa Besi Kedah Tua
Phang-Hang
Ketiga : Zaman Pensejarahan Chih-Tu
Funan
Kerajaan Melayu di Alam Melayu Srivijaya
Pattani
Kelantan Keempat: Zaman Pembentukan Negara
Pahang Bangsa
Brunei Malayan Union 1946
Melaka Kemerdekaan 1957
Aceh Persekutuan Malaysia 1963
Perpaduan - Penyatuan
Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa
Malaysia

2

2.1.1 Peradaban Pribumi Alam Melayu

Amri Marzali (2017) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang
dibina dan dimilik oleh masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiolbudaya mereka
terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakal dari segi politik pada masa lampau
mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno.

Selain itu, peradaban Melayu dikatakan berasal daripada Penduduk Asia
Tenggara khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo,
Sulawesi, Filipina, Pulau-Pulau Timur Indonesia dan juga bahagian-bahagian kecik
daripada kampuchea ke Vietnam).

Seterusnya, mereka bertutur dakam keluarga bahasa Melayu-Indonesia. Ciri
seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa Melayu
menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara
berkenaan. Kesimpulannya, tamadun melayu adalah tamadun yang dibina.
Dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk asia tenggara yang bertutur dalam
keluarga bahasa Melayu.

Di samping itu, kesannya pertembungan dan kemasukan pengaruh asing,
masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap
pergembangan bahasa Melayu. Imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam
Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat
perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.

Akhir sekali, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila
hasil daripada pertembungan ini memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan.

2.1.2 Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)

Sejarah Asia dapat dilihat sebagai kolektif dari tiga kawasan persisiran benua
Asia iaitu Asia Timur (Cina), Asia Selatan (India), dan Timur Tengah yang
dihubungkan oleh bentangan stepa yang luas di pendalaman Eurasia. Hubungan
antara perdagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian lama telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan
satu keistimewaan yang ada pada negara ini.

Seterusnya, masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara
pesatnya pada kurun ke-18. Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah
yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi.

Selain itu, peradaban mereka adalah waris peradaban asal mereka di negara
asal. Apabila tiba di Malaysia, merka bertembung dengan peradaban tempatan
termasuk peradaban Barat dan Melayu.

Di samping itu, peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang
ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan
tempatan. Sebagai contoh adat resam, tabiat pemakaian dan bahasa Ibunda masih
dikekalkan dari generasi ke generasi.

3

Akhir sekali, dalam aspek keagamaan juga demikian, walaupun terdapat dalam
kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan
kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.

2.1.3 Peradaban Barat

Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini. Ia
tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara
khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama. Pengaruh
corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang meluas walaupun
mungkin tidak mendalam.

Seterusnya, kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu ini telah bermula selepas
pertumbuhan peradaban Islam di rantau ini. Beberapa kawasan penempatan awal
British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau-
Pinang, Melaka dan Singapura.

Selain itu, peradaban mulai pengaruh kepada penduduk tempatan selepas
mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini. Di Tanah Melayu
khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh bidang material dan
kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja.

Di samping itu, ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi
sosial sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat
tempatan.

Akhir sekali, pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui
sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya,
kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur
bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

2.1.4 Peradaban Globalisasi

Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan kecik dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat. Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan.

Seterusnya, globalisasi berlaku melalui permodenan dakam pelbagai bidang
kehidupan perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan
telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang
berleluasa seperti facebook, whatsapp, dan lain-lain.

Di samping itu juga, pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuk prekembangan bidang
ilmu dan pemikiran perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang
kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

Kebaikan Globalisasi

4

i. Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan
kemiskinan di sebilangan negara.

ii. Peningkatan mobiliti sosiai dan pengukuhan kelas menengah.
iii. Peluang yang Iebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan itrnu

pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat.
iv. Komunikasi yang Iebih mudah dan juga murah.
v. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik,

budaya dan agama untuk berinteraksi
vi. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka

terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan
manusia di seluruh dunia.
vii. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia.
viii. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Keburukan Globalisasi

i. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.

ii. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang
semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara
sektor-sektor ekonomi

iii. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara
iv. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
v. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.

2.2 Peradaban Beridentitikan Malaysia

Kemerdekaan Malaysia tinggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada
kemunculan peradaban bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60
tahun merupakan satu jangka masa yang panjang namun di sebalik tempoh tersebut,
negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara
bangsa.

Seterusnya, jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi
kehidupan aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di negara orang.
Pihak berwajib perlu memainkan peranan agar ruang-ruang memecahbelahkan
keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga bertaku
rusuhan seperti yang telah berlaku ada 13 Mei 1969.

Selain itu juga, pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak di perkatakan
dan telah dirungkai oleh para pengkaji kerana ia merupakan sudut sisi yang penting
dalam memahami negara bangsa .

Akhir sekali, Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji pembentukan
identiti pada masa kini sekaligus dapat membina satu identiti yang kukuh dan unggul

5

pada masa hadapan. Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban
yang mempunyai identiti kukuh sebagai seorang anggota masyarakat Malaysia yang
bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam
menjalani kehidupan mereka.

2.3 Konsep Pembentukkan Negara dan Bangsa Di Malaysia

Konsep Negara dan Bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana
Menteri Ke-4, Tun Mahathir Muhamad mengemukakannya pada tahun 1991.
Menurut Kamus Dewan ialah frasa ‘negara’ merujuk kepada suatu kumpulan
masyarakat yang mendalami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan
juga jentera pemerintahan.

Selain itu juga, frasa ‘bangsa’ merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan
bangsa sendiri.

Seterusnya konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang diimpikan
oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri. Ia
juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat,
kemerdekaan, kedaulatan, sempadan perlembagaan dan perundangan yang luhur
dengan rakyatnya hidup bersatu padu.

Akhir sekali, Elemen yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan
lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

2.3.1 Konsep Negara

Negara merujuk pada sesebuah masyarakat yang mendalami kawasan
tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah
kerajaan merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf
oleh negara-negara lain.

Seterusnya, rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut
undang-undang. Rakyat merupakan elemen yang terpenting bagi negara kerana
rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara.

Selain itu, rakyat juga akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah
negara. Ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk,
dempadan, kerajaan dan kedaulatan.

Akhir sekali, Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan
oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf
oleh pihak luar. Oleh itu, untuk membentuk sebuah negara perlu rnempunyat elemen
penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

6

2.3.2 Konsep Bangsa

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahlrnya seseorang individu
seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Biasanya digunakan untuk
menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.

Selain itu, kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya
mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi
dan sejarah. Selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut
menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa.

Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat
yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang
ada dalam sesebuah negara.

2.3.3 Konsep Negara Dan Bangsa

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh
pengesahan politik; satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah
berdaulat; istilah negara bangsa menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan
melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-
unsur subjektif bersama.

Ciri-ciri negara bangsa:
1. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa

berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang
iain.
2. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya
3. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap
sistem pernerintahan dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha
pembinaan negara bangsa. Cara integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan
dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) menjadi pilihan kerana menjamin keamanan
dalam masyarakat majmuk,

Selain itu, cara asimilasi lebih terdorong untuk 'memaksa' penduduk
minoriti untuk menyertai kumpulan majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu,
dan cara ini biasanya berakhir dengan kegagalan (Cheah, 2004).

7

Disamping itu, Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama
sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah
negara, pentadbiran serta penduduknya. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai
matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi
rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Akhir sekali, Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya
bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh
pelbagai pihak. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri
harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran (Mohd Rodzi, 2009).

2.3.4 Idea Bangsa Malaysia

Idea bangsa Malaysia bertitik tolak dari konsep bangsa idaman, ia bukan
sesuatu yang baharu dalam konteks Malaysia. Malah Shamsul Amri telah
membahagikan konsep bangsa idaman ini dalam konteks Malaysia :

1. Sebelum merdeka, melalui pergerakan nasionalisme yang berjuang dalam
kerangka bangsa idaman yang bersesuaian dengan agenda dan kepentingan
ekonomi, politik, sosial dan budaya yang turut berpaksikan kepada ideologi
politik sama ada secara demokratik mahupun secara bersenjata.

2. Selepas merdeka, keinginan untuk mewujudkan persamaan identiti nasional.
Contohnya konsep bangsa idaman Malaysian Malaysia dan masyarakat majmuk
pimpinan Melayu.

3. Bangsa idaman selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) bangsa Malaysia, Gagasan
1 Malaysia. (Shamsul, 2019).

Bangsa Malaysia adalah satu konsep baharu bagi rakyat berbilang kaum di
negara ini. Apabila Malaya diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang
dilahirkan ialah sebuah negara, bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia
terbentuk pada tahun 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia, sedangkan
bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu masih jauh daripada terwujud".

Seterusnya, Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa
Malaysia melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang
ditonjolkan dalam gagasan tersebut ialah "Mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi
di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan."

Disamping itu, menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi (2007) dalam
ucapannya sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50; "Kejayaan
Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan
secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran
sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme
agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak

8

mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan
mana-mana warga.

Akhir sekali, Najib Razak (2010): Gagasan 1 Malaysia, iaitu satu
gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia.

2.3.5 Teras Kepada Pembinaan Bangsa Malaysia
Terdapat beberapa teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia
antaranya ialah kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah peradaban dalam
pembentukan etos nasional di Malaysia.
Seterusnya, ialah Pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah
termaktub setiap hak setiap warganegara Malaysia. Berasaskan kontrak sosial yang
berkaitan institusi raja berperlembagaan sebagai simbol perpaduan, Islam sebagai
agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak Melayu bumiputera
Sabah dan Sarawak.
Selain itu,toleransi dan keikhlasan setiap individu yang mengidentifikasikan
dirinya sebagai warganegara Malaysia.
Akhir sekali, ialah pendekatan integrasi dan inklusif dalam agenda
pembangunan sosioekonomi negara yang holistik.

9

3.0 KESIMPULAN

 Peradaban majmuk ialah gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban
yang menyerap masuk ke dalam peradaban Melayu. Dalam peradaban majmuk,
pastinya ada masyarakat yang berbilang kaum. Peradaban yang diamalkan
pada suatu ketika dahulu menjadi panduan kepada masyarakat kini dalam
menjalani kehidupan.

 Selain itu, ia juga merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
dengan berinteraksi antara satu sama lain. Negara Malaysia semakin maju dari
segi pembangunan negara, ekonomi, teknologi dan sebagainya.

 Negara adalah suatu wilayah yang kekuasaannya diatur oleh kerajaan yang
berada di wilayah negara tersebut. Politik negara mempunyai kedaulatan dan
tanggungjawab menjalankan pentadbiran. Terdapat penduduk yang berbilang
kaum dalam suatu negara. Bangsa pula merupakan satu kelompok manusia
yang mempunyai satu ikatan ketatanegaraan. Semua bangsa bekerjasama
dalam mewujudkan perpaduan negara.

4.0 RUJUKAN

INTERNET

 https://anyflip.com/ueasa/kpzw/basic
 https://blogpembinaanperadabandimalaysia.blogspot.com/

2021/05/?m=1
 https://anyflip.com/ueasa/kpzw/basic
 https://fliphtml5.com/krbac/hvjz/basic
 https://pembinaanperadabanmajmukdimalaysia.blogspot.c

om/?m=1

10

5.0 Lampiran

 Kedatangan India&Cina
 Kedatangan British ke Tanah Melayu
 Kedatangan Eropah ke Tanah Melayu

11

 Globalisasi
 Ciri-ciri pembentukan Negara

 Konsep Negara Dan Bangsa

12

 Elemen Pembentukan Negara
 Konsep Bangsa

 Pembentukan Negara Bangsa

13


Click to View FlipBook Version