The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sismidah11, 2022-02-11 09:11:13

Pemantapan kesepaduan nasional malaysia

Pemantapan kesepaduan nasional malaysia

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172

PEMANTAPAN KESEPADUAN
NASIONAL MALAYSIA

FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
Nur Sadillah Binti Mohammad

030303-12-1158

NAMA PENSYARAH:
Ustaz MohdAzuan Bin Mohamad Alias

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami

menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz.
MohdAzuan Bin Mohamad Alias , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan
Peradaban (MPU2172), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan
dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga
mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap
kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan
kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin

kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

i

ISI KANDUNGAN

BIL KETERANGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 1
2
2. Kesepaduan nasional 3
4
3. Kesepaduan sosial 5
6
4. Defisit sosial
7
5. Konflik antara masyarakat di Malaysia
8-11
6. Isu isu perpaduan masyarakat di Malaysia
12
7. Etos nasional
13
8. Lampiran

9. Rumusan

10. Rujukan

ii

PENGENALAN

Isu berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara Malaysia
seperti pengenalan tulisan jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak
menunjukkan betapa pentingnya inisiatif yang lebih serius dan konstruktif dalam mengurus
masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia. Untuk sekian lamanya ungkapan
'perpaduan dalam kepelbagaian' telah digunakan untuk memerihalkan sifat unggul
masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, rakyat dan Pemimpin Malaysia telah berulang
kali menyatakan kerinduan mereka terhadap perpaduan yang diidamkan. Namun sehingga
ke hari ini erti perpaduan masih lagi dipandang sebelah mata oleh masyarakat Malaysia.
Kepelbagaian etnik dan budaya juga menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah
masyarakat kerana sebilangan rakyat malaysia mempunyai sikap acuh tak acuh yang
menjadikan hubungan antara masyarakat kian renggang. Malaysia mempunyai tiga bangsa
di semenanjung iaitu Melayu, India dan Cina. Kadazan-Dusun, Bajau di Sabah serta Iban,
Melanau di Sarawak. Setiap Komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang
berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Tetapi ia
tidak boleh diamalkan kerana kesemua rakyat Makaysia perlu hidup dalam sebuah
masyarakat yang berkongsi persamaan dan mencari jalan penyelesaian ketika terjadinya
perselisihan faham. Dengan adanya tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi, ia
telah membawa keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia semenjak Merdeka.
Terdapat tiga lapisan perpaduan yang perlu dikecapi oleh masyarakat malaysia iaitu
perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang
diusahakan.Oleh itu, rakyat malaysia perlu ditanamkan sifat saling bersatu padu antara satu
sama lain agar tidak berbelah bahagi yang mecetuskan pergaduhan antara kaum

1

KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar
belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Selain itu,
penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Jadi, hasil
daripada penyatuan ini keadaan di dalam negara akan menjadi stabil, aman serta bebas
dari peperangan dan perpecahan antara kaum. Namun, masih ada lagi perbezaan dalam
bentuk defisit sosial yang wujud dalam diri sesebuah masyarakat di negara Malaysia.
Mereka masih mengamalkan sikap berkelompok seperti masyarakat purba zaman dahulu.
Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat utama yang menjadi teras
kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Perseketuan dan Rukunegara. Dua perkara ini
menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional. Kesepaduan nasional merupakan
perkara yang sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik dan bersatu padu.
Masyarakat yang dinamik akan melahirkan kelompok petani tradisional kepada petani
komersial industri, golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung
kepada warga kosmopolitan. Manakala, dari segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai
etnik dan budaya modeniti yang megutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi
norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini telah merentasi hubungan
horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara bangsa yang
berintegrasi, cemerlang dan terbilang.

2

KESEPADUAN SOSIAL

Kesepaduan sosial merupakan teras penting untuk menjamin setiap bangsa dan agama
dalam Malaysia berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Kesepaduan merupakan
asas yang utama kepada keadaan yang stabil tanpa timbulnya sebarang konflik antara
rakyat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India. Konsep kesepaduan sosial yang
telah dihasilkan oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk menguruskan
masyarakat plural yang berbilang kaum dan agama di Malaysia. Kesepaduan sosial juga
dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Ia terbahagi
kepada 6 bahagian iaitu Kepunyaan-Pemencilan. Ia merujuk kepada kewujudan atau
ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan iedeniti yang sama. Selain
itu, Rangkuman-Pengecualian. Dimensi ini merujuk kepada tahap kesakmaan dan peluang
dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya di pasaran. Seterusnya, Penyertaan-
Ketakterlibatan. Perkara ini menfokuskan kepada penyertaan dalam politik dalam kalangan
rakyat sama ada di tahap pusat atau lokal dalam kerajaan. Selanjutnya, Pengiktirafan-
Penolakan. Hal ini pula merujuk kepada kebimbangan akan perbezaan atau tolenransi
dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat. Setara dan Setaraf - Tidak Setara turut
tergolong dalam dimensi tersebut. Perkara ini merujuk kepada penyelenggaraan legitimaci
dalam politik dan institusi sosial - daripada tahap negeri kepada individu dalam masyarakat
yang mempunyai minat yang berbeza. Akhir sekali Kesamaan-Ketidaksamaan. Hal ini pula
merujuk kepada persamaan dan peluang yang sama dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira etnik, agama, budaya dan bangsa.

3

DEFISIT SOSIAL

Terdapat beberapa langkah dalam menghadapi defisit sosial. Langkah utama dalam
menghadapi defisit sosial adalah Kesepaduan Sosial dalam aspek politik federalisme. Di
Malaysia, piliharaya dibuat lima tahun sekali. Setakat ini, pilihanraya yang berlangsung di
Malaysia belum lagi berlakunya rusuhan dan pertumpahan darah. Sebagai contohnya, pada
tahun 2018 parti pakatan harapan telah memenangi PRU KE-14. Namun, tidak seperti
sesetengah negara yang sering berlaku rusuhan dan pertumpahan darah bagi memprotes
kerana tidak setuju dengan kemenangan kerajaan tersebut. Langkah yang seterusnya
adalah Kesepaduan Sosial dalam aspek Bahasa. Bahasa melayu telah menjadi Bahasa
utama rakyat Malaysia dan dapat menyatukan masyarakat seluruh negara. Rakyat Malaysia
perlu berbangga kepada Bahasa melayu kerana masyarakat antarabangsa juga ramai yang
mempelajari dan menjadikan Bahasa tambahan. Selain itu, penggunaan Bahasa melayu
disekolah juga menjadi Bahasa perantaraan dalam mengajar sesuatu tidak kira dalam
agensi kerajaan ataupun swasta. Maka Bahasa Malaysia yang diterapkan dari sekolah
dapat menyatukan kalangan masyarakat berbilang kaum. Langkah dalam menghadapi
defisit sosial yang ketiga adalah kesepaduan sosial dalam aspek etnisiti. Malaysia terdapat
pelbagai kaum dan pelbagai Bahasa yang perlu difahami oleh setiap individu. Sebagai
contohnya, masyarakat cina dan melayu di negeri bahagian pantai timur sangat erat
hubungannya. Masyarakat cina disana juga sangat fasih dalam Bahasa Terengganu dan
Kelantan tanpa pelat. Hal ini sangat penting dan perlu ditonjolkan kepada semua lapisan
masyarakat supaya tidak dikatakan rasis kerana terdapat beberapa kaum yang hanya focus
kepada kaum dan bahasanya sendiri. Maka setiap lapisan masyarakat perlu Bersatu padu
dan tidak terperap dalam kelompok sendiri supaya jurang dalam aspek etnisiti dapat
dikurangkan. Langkah yang terakhir dalam menghadapi defisit sosial adalah Kesepaduan
sosial dalam aspek agama. Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum, agama dan bangsa dan
sering menjadi contoh kepada masyarakat antarabangsa. Namun, walaupun Malaysia terdiri
dengan pelbagai kaum bangsa dan agama, kadangkala masyarakat berdepan dengan isu
sensitif dan melibatkan ketenteraman dan keharmonian. Dengan itu, seluruh masyarakat
perlu menangani secepat yang mungkin apabila berlakunya isu kefahaman kaum bagi
mengelakkan perlakunya pepecahan dan ketidaksepaduan.

4

KONFLIK ANTARA MASYARAKAT DI MALAYSIA

Konflik bermula daripada isu-isu sensitif antara bangsa dan agama di dalam Malaysia. Hal
ini tercetus dek kerana tidak ada semangat perpaduan dan semangat cinta akan negara di
dalam jiwa rakyat Malaysia. Perkara ini perlu dipupuk di dalam diri setiap rakyat dari kecil
lagi, jadi ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan semangat perpaduan di dalam
diri anak anak kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Malaysia dari dulu lagi
berada dalam keadaan "ketegangan yang stabil" yang bermakna kita telah hidup dalam
masyarakat yang dipengaruhi oleh pelbagai percanggahan tetapi kita berjaya menangani
konflik dan masalah-masalah percanggahan tersebut melalui proses rundingan yang
berlanjutan dengan mendapatkan kata sepakat. Isu-isu sensitif yang sering menjadi konflik
adalah Kedudukan Bahasa Melayu, Kedudukan Sultan dan Raja, Agama Islam sebagai
agama perseketuan, Hak istimewa orang Melayu, Hak kewarganegaraan, Hak
asasi. Kerajaan Malaysia perlu bijak dalam menyelesaikan masalah-masalah yang terjadi di
dalam negara dengan memikirkan jalan keluar bagi sesuatu pergolakan dan menjadikan
negara Malaysia aman dan damai agar tidak tercetusnya peperangan antara kaum.

5

ISU ISU PERPADUAN YANG TERJADI DI MALAYSIA

Walaupun negara Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan buat kali yang ke 63 , namun
sebilangan rakyat Malaysia masih lagi hidup dalam keadaan berkelompok. Misalnya,
mereka ini masih lagi bersikap degil dan tidak mahu bersatu padu dan bersatu hati antara
bangsa dan agama. Mereka ini seperti "katak dibawah tempurung". Senario prejudis antara
etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan
etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar untuk diubah walaupun
terdapat fakta yang kukuh untuk diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut
adalah salah dan tidak benar sama sekali. Isu perkauman masih kuat mempengaruhi
pemikiran, nilai, sikap, tuntutan, aspirasi dan persaingan. Pemahaman yang tidak betul
terhadap sesuatu kaum turut menimbulkan perselisihan faham. Contohnya, bangsa melayu
menganggap rakyat Cina dan India merupakan golongan yang bukan asalnya dari Tanah
Melayu. Hal ini kerana ketika Tanah Melayu dijajah dahulu, Inggeris telah memasukkan
orang India dan Cina untuk bekerja di dalam negara Malaysia. Selain itu, British sengaja
memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha dan penyatuan
antara kaum yang membawa risiko kepada penentangan terhadap penjajahan British. British
bimbang semua kaum bersatu dan menentang segala pemerintahannya dan menolak
sekera- kerasnya undang-undang mereka.

6

ETOS NASIONAL

Etos bermaksud sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain. Etos berasal daripada
perkataan Greek yang membawa maksud perwatakan atau karakter. Etos Nasional Bangsa
Malaysia menurut pendapat Tun Mahathir ialah Perkongsian Sejarah, Perkongsian Nilai,
Perasaan Kekitaan Bersama, Perkongsian Masa Depan, Kesetiaan, Komitmen, Keterikatan
Emosi. Menurut Nazri Muslim (2016) etos bangsa terbina apabila masyarakat berkongsi nilai
yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen kerjasama,
menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri, ( etika atau moral ) dan demokrasi.
Selain itu, etos bangsa akan terbina melalui perkongsian perasaan dan semangat. Perasaan
dan semangat dalam konteks etos bangsa dapat dikatogerikan kepada perasaan kekitaan,
semangat patriotisme dan nasionalisme, dan perasaan sebagai seorang warganegara
Malaysia.

7

LAMPIRAN

TIGA TERAS UTAMA KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

MENGHAYATI PENGALAMAN MALAYSIA
#Dari kesepaduan ke perpaduan

8

SEJARAH MENCARI KESATUAN
PROSES MENYATUPADUKAN

9

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
10

TRAGEDI 13 MEI
11

RUMUSAN

Matahari kian terang, bayang kian jelas, benarlah bahawa isu perpaduan antara kaum dan
agama di Malaysia perlu dititikberatkan sebelum tercetusnya peperangan atau ketegangan
yang lagi dahsyat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menjalinkan hubungan yang mesra
tanpa mengira kaum dan agama serta berganding bahu dalam mewujudkan negara yang
harmoni agar negara Malaysia maju di persada Antarabangsa.
Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian
tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam
semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh,
sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat
dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah
negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi nasional
merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.

12

RUJUKAN

BUKU
 Ishak Saat, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009
 Chua Kheng Hoe, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, April 2007

INTERNET
 http://kemasyarakatandanperpaduanpsa.blogspot.com/
 https://www.mindmeister.com/1883612602/topik-4-pemantapan-kesepaduan-
nasional-malaysia
 https://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-perpaduan-nasional.html
 https://images.google.com/

13


Click to View FlipBook Version