BMMB1134
MUHAMMAD HASIF DANIEL BIN ABDUL HALIM
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN 5.0 KESIMPULAN
2.0 PENGENALAN 6.0 RUJUKAN
3.0 HALANGAN KOMUNIKASI DALAM
KETERAMPILAN BERBAHASA
4.0 ISU-ISU KETERAMPILAN
BERBAHASA
1.0 PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat ilahi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan penghasilan
produk bagi subjek Keterampilan Berbahasa. Saya merasakan tugasan ini tidak akan
dapat disempurnakan tanpa bantuan dan bimbingan pensyarah, rakan-rakan dan
ibu bapa saya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak
membantu iaitu Cik Hayati binti Mat Yusof. Tidak lupa juga kepada semua rakan-
rakan sekelas H9 yang telah banyak menyumbangkan idea-idea yang membantu
saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan dan sokongan moral kepada
saya.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepaa diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
2.0 pengenalan
Keterampilan berbahasa terdiri daripada empat aspek
iaitu keterampilan menyimak atau mendengarkan
(listening skills), keterampilan berbicara (speaking
skills), keterampilan membaca (reading skills) dan
keterampilan menulis (writing skills). Setiap keterampilan
sangat berkaitan antara satu dengan yang lainnya.
Keterampilan semasa berkomunikasi dengan orang lain
merupakan salah satu aspek yang amat penting ketika
berbicara. Keterampilan ketika berbahasa menunjukkan
identiti kita sebagai masyarakat Melayu. Komunikasi pula
ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea
dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu
kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan
kumpulan yang ramai.
3.0 HALANGAN KOMUNIKASI DALAM
KETERAMPILAN BERBAHASA
Halangan komunikasi menyebabkan mesej tidak dapat
disampaikan dengan jelas. Antara faktor yang
menghalang komunikasi adalah seperti berikut :
- STRUKTUR ORGANISASI
- KEPAKARAN YANG BERBEZA
- OBJEKTIF YANG BERBEZA
- STATUS
- ANDAIAN YANG SALAH
- KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HALANGAN BAHASA
- Perbezaan asal usul dan keturunan menjadikan bahasa sebagai salah satu
halangan kepada komunikasi yang berkesan.
- Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang
ayat yang digunakan, kelancaran sebutan, kelancaran dan nada perkataan
yang digunakan.
- Kadangkala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan
perkataan yang sukar disebut dan difahami juga boleh menyumbang
kepada maklumat yang tidak tepat.
- Sesuatu perkataan mungkin mempunyai makna yang berbeza antara satu
orang dengan orang yang lain
halangan sikap pengantar
- Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarahkan,
mengancam, memberi amaran dan menilai akan memberi
kesan kepada penerima menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan
tidak terkawal. Ia juga merupakan halangan besar kerana
komunikasi boleh didorong oleh emosi dan pemikiran negatif.
- Penampilan seseorang yang ingin menyampaikan sesuatu
juga dilihat amat penting dalam memujuk penerima
mendengar apa yang disampaikan.
- Sikap pengirim yang sering mencadangkan atau menyiasat
pertanyaan terperinci membuatkan penerima tidak selesa dan
nampaknya membuat kesilapan besar. Ini juga boleh menjadi
penghalang kepada komunikasi.
Halangan sikap penerima
- Prasangka, konflik antara penerima dan penghantar
serta persepsi terhadap mesej yang ingin disampaikan.
- Sesetengah penerima yang sudah mengetahui apa
yang cuba disampaikan oleh pengirim akan mendapati
komunikasi itu membosankan dan mula memberi
tumpuan kepada perkara lain.
- Sesetengah penerima tidak dapat menerima
maklumat baharu kerana berpendapat ia tidak perlu.
Manusia mendengar dan melihat hanya apa yang
mereka mahu dengar dan lihat.
- Pekerja yang sering dipersalahkan kerana kerja mereka
dan suatu hari nanti akan dipuji kerana kerja mereka,
akan merasa sukar untuk mempercayai apa yang
mereka dengar serta melihatnya sebagai mesej tersirat.
- Ini akan menghalang individu daripada terus
mendengar dan menerima maklumat jika kenyataan
atau maklumat diterima yang bercanggah dengan
kepercayaan terdahulu.
halangan alam sekitar
- Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh,
gelap atau kotor juga boleh menjejaskan keberkesanan
proses komunikasi.
- Dalam keadaan sedemikian, orang mudah berasa
tertekan dan tidak akan menumpukan perhatian kepada
apa yang ingin disampaikan, malah komunikasi akan gagal
mencapai matlamatnya dalam persekitaran yang tertekan.
- Persekitaran yang tidak selamat juga boleh menyebabkan
gangguan komunikasi yang ketara seperti semasa
rompakan dan banjir.
- Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang
melaluinya iaitu maklumat dihantar terputus atau terjejas
oleh bencana alam.
- Halangan alam sekitar berkait rapat dengan isu alam
sekitar yang menyebabkan proses komunikasi tidak
berkesan.
4.0 isu-isu keterampilan
berbahasa
isu mengenai keterampilan
berbahasa menjadi bualan hangat
bagi sesetengah masyarakat. Pada
masa kini, terdapat beberapa isu
berkaitan dengan keterampilan
berbahasa iaitu isu bahasa, isu
budaya dan isu media sosial. Isu-isu
ini semakin hangat diperkatakan
masa kini lebih-lebih lagi dalam hal
menyuarakan pendapat melalui
cara yang tidak betul.
isu bahasa
Penggunaan bahasa merupakan aspek yang penting
dalam proses komunikasi dengan orang lain.
Penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung
perasaan orang lain dan salah faham akan berlaku
antara individu. Contohnya, penggunaan kata-kata
kesat dalam menegur orang lain. Penggunaan kata-
kata kesat ini juga bole berpunca daripada persekitaran.
Menurut Colbert (1993) dalam Haslina Halim (2018),
pelajar yang mengambil kelas perbahasan lebih suka
berhujah dan bersifat agresif secara verbal berbanding
dengan mereka yang tidak pernah terdedah dengan
persekitaran. Hujah yang bersifat agresif boleh
mengakibatkan penggunaan bahasa yang kurang
sopan dan menyakiti perasaan orang lain. Oleh itu,
jelaslah bahawa is bahasa bukanlah sesuatu yang
boleh dipandang remeh oleh masyarakat.
isu budaya
Menurut Suwardi Endraswara (2006) dalam Jessica Ong Hai Law dan Abdul Hamid
Moiden (2020), istilah budaya berasal daripada bahasa Latin iaitu "colere" yang
membawa maksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan
pelbagai tindakan. Komunikasi yang melibatkan persilangan budaya merupakan
komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi
bangsa, etnik, bahasa, agama, tahap pendidikan dan status sosial. Kemahiran
komunikasi silang budaya penting agar memudahkan kita untuk berkomunikasi dan
bergaul dengan orang lain yang berbeza bangsa, budaya serta sentiasa mengawal
bahasa yang digunakan. Pada masa kini, sesetengah masyarakat hidup berkelompok
dan menjauhi orang yang berbeza bangsa dan agama. Amalan seperti ini tidak bagus
dan boleh mengakibatkan pergaduhan antara kaum. Contohnya, kelompok itu
menggunakan bahasa yang kotor dan menjatuhkan maruah seseorang individu.
Penggunaan bahasa yang menjatuhkan maruah individu menunjukkan hilangnya hormat
dan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Oleh itu, sifat hidup
berkelompok haruslah dielakkan dalam menjalankan komunikasi dengan orang lain bag
mengelakkan penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam komunikasi.
ISU MEDIA SOSIAL
Media sosial merupakan antara medium untuk menyampaikan atau meluahkan perasaan
masyarakat. Masyarakat zaman kini terutamanya remaja menggunakan media sosial
seperti "Facebook" dan "Twitter" untuk melontarkan pendapat mereka mengenai sesuatu
isu dengan emosi. Emosi yang dibawa semasa menyuarakan pendapat mereka itu
menyebabkan penggunaan bahasa pasar dan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan
identiti orang Melayu yang mengamalkan kesantunan berbahasa. Hal ini demikian kerana
penggunaan media sosial dalam telefon pintar amatlah mudah dan tidak memerlukan kos
yang tinggi untuk menyuarakan pendapat sehingga masyarakat alpa akan keterampilan
berbahasa yang patut diterapkan semasa berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu,
penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu is yang hangat diperkatakan dalam
kalangan guru-guru. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa rojak dapat
menurunkan kualiti tatabahasa dalam kalangan murid. Menurut Fahmy (2017) dalam
berita Harian dalam Hidayah Shafiee et. al., (2019), penggunaan bahasa rojak secara
berleluasa oleh steen televisyen dan penerbitan akan membebankan tugas pendidik untuk
memperbetulkan tatabahasa seta pemahaman bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa dalam kalangan murid semakin teruk dan
hilangnya kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi. Oleh itu, pihak yang berkenaan
haruslah mengambil tindakan untuk membendung is penggunaaan bahasa dalam media
sosial bagi mengelakkan lebih ramai golongan muda yang menggunakan tatabahasa
dengan salah.
5.0 kesimpulan
Tuntasnya, setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai
keterampilan berbahasa. Kita juga haruslah peka terhadap
isu-isu keterampilan berbahasa yang berlaku serta
berusaha dengan cara berganding bahu dalam
menangani isu ini demi memartabatkan bahasa
kebangsaan. Walaupun terdapat banyak halangan dan isu
yang menyebabkan kegagalan berkomunikasi, setiap
individu perlu bekerjasama supaya isu ini dapat dibendung.
Akhir kata, komunikasi akan menjadi lebih baik sekiranya
semua masalah yang dinyatakan telah dibendung dengan
secepat mungkin.
6.0 rujukan
Haslina Halim. (2018). Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jessica Ong Hal Law & Abdul Hamid Moiden. (2020). Pertahan
Komunikasi Silang Budaya.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1892954
Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman &
Abdul Rahman Abdul Manaf,Tengku Kastriafuddin Shah Tengku
Yaakob, Abdul Jalil Rami, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari
Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019). The
Influence of Bahasa Rojak in New Media Towards the National
Language International Journal of Law, Government and
Communication, 4(15), 141-153.
http://dx.doi.org/10.35631/ijlgc.4150015.