The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook ini dilaksanakan bagi memenuhi tugasan kerja kursus IPG. Tugasan ini tiada niat dan berkaitan dengan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1286-15-mohamad, 2023-07-26 10:43:52

Tugasan 2 PAKW EBOOK

Ebook ini dilaksanakan bagi memenuhi tugasan kerja kursus IPG. Tugasan ini tiada niat dan berkaitan dengan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

TUGASAN 2 PENULISAN M O H A M A D Z A R I Z


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT TUGASAN KERJA KURSUS (Tugasan 2 : Penulisan) NAMA : MOHAMAD ZARIZ BIN MOHD ZULYADAIN ANGKA GILIRAN : 2022292310009 NO. KAD PENGENALAN : 040504-01-0517 OPSYEN : BAHASA MELAYU SK 1 AMBILAN : PPISMP JUN 2022 KOD KURSUS : PALS 1012 NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA PENSYARAH : ENCIK HUSSIN BIN YA’AKOB JABATAN/UNIT: JABATAN PERBINCANGAN DAN PENYELIDIKAN INOVASI TARIKH SERAHAN : 18 JULAI 2023 Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada): Tandatangan pelajar: zariz Tarikh: 18/7/2023


1.0 PENDAHULUAN Pada era globalisasi ini,keadaan dunia sememangnya telah mencapai kemajuan yang sangat terkehadapan dalam pelbagai aspek kehidupan.Dalam hal ini,kemajuan tersebut perlu untuk kita lihat dari pandangan yang luas dan menyeluruh berkenaan tahap kualiti alam sekitar yang kita diami ketika ini.Hal ini demikian kerana sudah pasti setiap pembangunan dan perubahan struktur landskap pasca kemajuan dunia ini akan memberi kesan kepada alam semula jadi.Justeru,melalui pelbagai teknologi baru yang semakin pesat membangun juga mencakupi teknologi berkaitan dengan alam semula maka teknologi yang dibincangkan ini dikenali sebagai kelestarian teknologi hijau. Menurut Azrina Sobian (2014), beliau menyatakan bahawa kelestarian secara umumnya membawa maksud pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermakna, kelestarian ada kaitannya dengan usaha mengekalkan serta memelihara keaslian. Walaupun begitu, kelestarian dalam konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan sahaja pengekalan tetapi turut menambahbaik keadaan sedia ada. Sering kali, faham kelestarian ini dikaitkan dengan bidang alam sekitar iaitu melalui konsep pembangunan lestari. Konsep ini bermaksud, satu bentuk pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Secara umumnya,teknologi hijau ini merupakan suatu peningkatan atau kemajuan yang meliputi sesebuah produk,peralatan serta sistem untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi memberikan manfaat kepada alam sekitar.Ini bertujuan untuk menjaga dan memelihara alam semula jadi ini agar tidak menerima dengan mengurangkan impak - impak buruk daripada tindakan manusia zaman mini .Lantaran itu,produk,peralatan dan sistem yang terkandung dalam teknologi hijau ini semestinya mempunyai beberapa ciriciri yang perlu ada.Antaranya ialah penggunaan teknologi hijau itu mestilah dapat meminimumkan degrasi persekitaran dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar dan sebagainya. Oleh itu,jelaslah disini bahawa pengaplikasian teknologi hijau yang selari dengan pembangunan lestari adalah diperlukan bagi mengisi keperluan semasa tanpa menjejaskan kehidupan generasi masa hadapan.


2.0 HUBUNGKAIT ANTARA KELESTARIAN DENGAN TEKNOLOGI HIJAU 3.0 KEPENTINGAN KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU TERHADAP ALAM SEKITAR Kelestarian dan teknologi hijau adalah dua konsep yang saling terikat dan bekerjasama untuk mencapai tujuan pembangunan yang berlanjutan. Teknologi hijau ialah penggunaan sumber daya alam yang lebih sistematik dan kurang ataupun sifar dalam membebaskan karbon dioksida. Kelestarian adalah konsep yang berkaitan dengan memelihara dan melindungi sumber daya alam dan lingkungan agar dapat bertahan dan diwarisi oleh generasi akan datang agar ia tidak ditelan dek zaman. Teknologi hijau berhubungkait dengan kelestarian melalui beberapa cara. Pertama, teknologi hijau dapat membantu mengurangkan penggunaan sumber daya alam yang tak terbarukan. Sebagai contoh, energi fosil. Dengan menggunakan tenaga cahaya atau tenaga angin sebagai sumber tenaga, kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil yang terbatas. Seterusnya, teknologi hijau membantu mengurangkan gas rumah kaca yang berhubungkait terhadap perubahan iklim. Contohnya, kadar penggunaan kenderaan elektrik dapat mengurangkan atau mengelakkan pembebasan karbon dioksida yang dihasilkan oleh kenderaan yang bersumberkan bahan mudah terbakar seperti minyak atau fosil. Teknologi hijau juga melibatkan penggunaan bahan ramah lingkungan dan proses produksi yang lebih bersih, mengurangkan polusi yang negatif terhadap lingkungan. Natijahnya, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam mencapai tujuan kelestarian. Oleh itu, teknologi hijau adalah instrumen yang penting dalam membangun masyarakat yang lebih lestari dan melindungi lingkungan untuk generasi akan datang. Kelestarian alam sekitar adalah sangat penting bagi kehidupan kita dan masa depan generasi mendatang. Terdapat beberapa kepentingan utama dalam menjaga alam sekitar. Antara kepentingannya ialah ia penting untuk keseimbangan ekologi. Alam sekitar adalah satu sistem yang kompleks, di mana setiap komponen saling bergantung antara satu sama


lain. Jika satu komponen mengalami gangguan atau kerosakan, ia boleh menyebabkan gangguan yang serius dalam keseluruhan sistem ekologi. Dengan menjaga kelestarian alam sekitar, kita dapat mengekalkan keseimbangan ekologi yang penting untuk kelangsungan hidup makhluk hidup, termasuk manusia. Untuk teknologi hijau pula, ia memainkan peranan yang penting dalam menjaga alam sekitar dan kelestarian bumi. Ia membawa pelbagai kepentingan yang positif terhadap alam sekitar. Antara kepentingan teknologi hijau adalah membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Teknologi hijau membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim. Dengan menggunakan teknologi yang lebih efisien dan berinovasi, kita dapat mengurangkan jejak karbon dan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Contohnya, penggunaan kenderaan elektrik dan pembangkit tenaga terbaharukan membantu mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pelepasan gas rumah hijau yang berbahaya. Di dalam aspek tenaga, penggunaan teknologi hijau amatlah penting kerana kebanyakkan tenaga yang wujud pada hari ini masih lagi menggunakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Menurut Mariah Sanaji (2020), teknologi yang tidak dapat diperbaharui seperti bahan api fosil akan kehabisan sumber pada masa yang akan datang jika tidak mengawal penggunaannya. Apabila bahan api fosil kehabisan sumber pada masa akan datang, akan wujud beberapa kesan dan perubahan. Antara kesan yang berlaku adalah bakal menyebabkan ketidakstabilan ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila bahan api fosil yang merangkumi seperti minyak, gas dan arang batu merundum, akan menyebabkan ekonomi yang bergantung kepadanya bakal mengalami ketidakstabilan. Jadi, negara-negara perlu bergantung pada alternatif tenaga yang berkelanjutan dan ekonomi berpotensi mengalami peralihan yang mencabar. 4.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR DAN CADANGAN INOVASI TEKNOLOGI HIJAU UNTUK MENGATASINYA


(tenaga angin) Oleh itu, antara cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku adalah dengan mengamalkan penggunaan teknologi hijau seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar serta tenaga angin. Menurut Osman Affandi (2022), tenaga hidroelektrik merupakan satu tenaga hijau yang popular di dunia dan hampir digunakan di setiap negara di pelusuk dunia. Tenaga tersebut dijana dengan menggunakan aliran air di sungai ataupun tasik dan aliran tersebut akan memusingkan turbin untuk menghidupkan dinamo supaya tenaga elektrik dapat dijana. Selain itu, tenaga solar juga merupakan satu tenaga yang dapat dikelaskan dalam penggunaan teknologi hijau kerana tenaga ini dapat dijana dengan menggunakan kuasa radiasi yang terdapat pada matahari ,(Luxainie,2018). Selain itu, kesan daripada kehabisan sumber tersebut juga akan menyebabkan berlakunya permintaan tinggi terhadap tenaga baharu. Dalam keadaan bahan api fosil yang semakin terhad, akan terdapat permintaan tinggi terhadap sumber tenaga yang lain seperti tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidroelektrik dan tenaga nuklear. Namun, seperti yang kita semua sedia ketahui, negara Malaysia tidak akan menggunakan tenaga nuklear kerana sudah terikat dengan perjanjian negara-negara ASEAN bahawa penggunaan tenaga nuklear tidak akan digunakan. Jadi, penemuan dan pengembangan teknologi dalam bidang ini menjadi penting untuk memenuhi keperluan tenaga yang berterusan. (tenaga hidroelektrik) (tenaga solar)


Tenaga solar ini dapat memberikan banyak kebaikkan kepada penggunanya kerana ianya dapat menjimatkan kos bil elektrik di rumah kerana tenaga ini tidak lagi bergantung kepada tenaga elektrik yang disalurkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Tenaga ini hanya memerlukan penggunanya membeli panel solar dan meletakkan panel tersebut di kawasan yang sesuai di rumah seperti di bumbung. Walaupun kos pemasangan panel tersebut agak tinggi, tetapi tenaga tersebut mampu memberi penjimatan yang tinggi kepada penggunanya. Akhir sekali, teknologi hijau juga turut dapat diaplikasikan melalui penggunaan tenaga angin. Menurut Amirul Naim (2020), tenaga angin yang dihasilkan oleh kincir angin ini akan berlaku apabila tenaga kinetik yang dibawa oleh angin akan menggerakkan bilah-bilah kipas sekaligus menghidupkan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga angin juga sama seperti tenaga hidroelektrik dan solar yang dapat bertahan lama kerana sumber ini sentiasa boleh diperbaharui. Oleh itu, kesemua tenaga tersebut dapat menyelesaikan isu kekurangan sumber tenaga yang berlaku pada hari ini namun amalan penjimatan haruslah tetap dijaga kerana pembaziran juga boleh mengakibatkan kehilangan tenaga yang sangat dahsyat. Antara kekuatan tenaga hidroelektrik adalah Malaysia mempunyai banyak tempat strategik untuk membina empangan hidroelektrik. Perkara ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara Malaysia. Menurut MinaChang (n.d), antara kelemahannya kemusnahan tempat tinggal hidupan air. Justeru, penggunaan tenaga hidroelektrik untuk membina empangan akan mengakibatkan gangguan kepada hidupan air dan menyebabkan kematian hidupan air bertambah. Kemudian, menurut Luxainie (2018), kekuatan tenaga solar adalah ia adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Perkara yang paling penting adalah tenaga solar ini boleh diperbaharui. Ia boleh dimanfaatkan di mana-mana kawasan di seluruh dunia dan sentiasa ada pada setiap hari. Tenaga solar tidak akan habis, tidak seperti sumber tenaga yang lain. Kelemahannya adalah kos yang tinggi. Kos awal untuk membeli sistem sistem solar cukup tinggi. Sebagai contoh, walaupun jika kerajaan memperkenalkan beberapa skim untuk mengelakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, anda masih perlu menampung kos pendahuluannya. Ini termasuk membayar harga panel solar, inverter, bateri, pendawaian dan pemasangan. Selain daripada sumber tenaga, Menurut Hartini Mohd Nawi (2017), Kajian Institute of Energy and Enviromental Research (IEER) pada 1992 menunjukkan polisterina yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran tiga hingga lima kali lebih tinggi berbanding bahan buangan yang lain. HCFC-22 adalah hidroklorofluorokarbon menyumbang kepada penipisan lapisan ozon yang bertindak melindungi bumi dan


Jadi, pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi merupakan insiatif teknologi hijau yang dapat diaplikasikan oleh masyarakat .Kesannya,masyarakat akan mulai sedar akan bahaya dan ancaman penggunaan plastik dan polisterina terhadap kesihatan semua hidupan. Malah masyarakat negara ini menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 60 peratus daripada jumlah itu adalah plastik. Untuk pengetahuan, penggunaan polisterina adalah terlalu banyak dalam kalangan masyarakat .Jika dilihat dengan lebih mendalam, polisterina ini dilihat antara isu alam sekitar yang dihadapi pada masa kini kerana ianya mampu mengancam persekitaran .Hal ini dikatakan demikian kerana polisterina diperbuat daripada hidroklorofluorokarbon yang menjadi penyumbang terbesar kepada berlakunya penipisan lapisan ozon.Tambahan pula,masyarakat terlalu asyik menggunakan plastik dalam kehidupan seharian dan ini sememangnya mewujudkan peningkatan kadar sisa pepejal. Namun kalau difikir daripada sudut keperluan masyarakat, penggunaan polisterina ini bagus kerana ianya membantu masyarakat untuk membungkus makanan. Misalnya, apabila ke restoran dan kita perlu ke lokasi lain dengan segera, penggunaan polisterina ini membantu untuk kita membawa makanan yang dibungkus ke mana-mana sahaja. Namun, dari sudut keburukan penggunaan polisterina ini, adanya juga. Menurut Hamad et. al. (2011), mereka menyatakan bahawa isu bekas polisterin memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Kebanyakan pengguna gemar membuang sisa bekas tersebut di merata-rata tempat. Ia boleh ditemui di pelbagai lokasi memandangkan ianya ringan dan mudah diterbangkan angin. Ia juga banyak ditemui di tapak-tapak pelupusan sampah. Sekiranya sisa tersebut tidak dilupuskan dengan baik, ia akan kekal berada dalam bentuk asal sehingga beratusratus tahun. Apabila hujan pula, ia akan menakungkan air dan menjadi tempat pembiakan aedes. Proses untuk melupuskannya pula memerlukan kos yang tinggi jika jumlahnya terlalu banyak.


Sebagai penutup tirai perbincangan, ternyatalah di sini bahawa terdapat banyak isu yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan terdapat juga inovasi-inovasi atau produk yang boleh mengatasinya. Oleh itu, penggunaan produk-produk atau inovasi-inovasi kelestarian teknologi hijau haruslah diaplikasikan dalam segala aspek bagi memastikan isu-isu seperti pencemaran baik dari segi bunyi, bau, penglihatan dapat dielakkan. Dengan penggunaan produk-produk/inovasi-inovasi tersebut, persekitaran baik dari segi hidupan seperti masyarakat,alam sekitar serta hidup liar.Lantaran itu,pencemaran alam sekitar akan semakin berkurang disebabkan pengurangan terhadap penggunaan plastik dan polisterina. Secara mudahnya, menurut Astro Awani (2017), biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen penguraian seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi. Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi. Perkara ini turut dibuktikan melalui keistimewaan plastik biodegradasi yang mampu terurai secara biologi yakni akan mereput pada tempoh tertentu.Justeru,terdapat dua jenis utama plastik biodegradasi dalam pasaran iaitu plastik hidro-biodegradasi atau Hydro Biodegradable Plastic (HBP) dan plastikokso-biodegradasi atau Oxo Biodegradable Plastic (OBP).Maka ,HBP ini adalah jenis plastik biodegradasi yang cenderung untuk mendegradasi dan membiodegradasi dengan lebih cepat berbanding jenis OBP yang sememangnya lebih murah,fizikal yang baik serta lebih mudah diproses.Sehubungan dengan itu,HBP ini diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti jagung,gandum dan tebu atau sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan daripada petroleum .Manakala OBP adalah terhasil daripada sedikit sebatian asid lemak logam peralihan tertentu seperti besi.Jadi,plastik biodegradasi ini begitu mesra kepada alam sekitar kerana mampu terurai dengan singkat,boleh diperbaharui,dapat dikitar semula serta tidak bertoksik . Sebelum itu, terdapat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam produk biodegradasi ini, kekuatannya adalah ia mudah untuk dikompos. Sebagai contoh, ia hanya merupakan sebentuk baja yang hanya perlu ditaburkan sahaja. Kemudian, ia juga adalah sumber bahan kitar semula, sumber tumbuhan dan teknologi hijau. Namun, kelemahannya pula adalah masa yang diambil oleh biodegradasi adalah sedikit lama. Pada masa yang sama, ia juga hanya bergantung kepada haba, kelembapan dan aktiviti organisma dalam tanah. Tegasnya, jelaslah bahawa penggunaan bahan biodegradasi sangat selari dengan teknologi hijau kerana manfaatnya yang begitu banyak dan juga bervariasi. 5.0 PENUTUP


MinaChang. (N.D). Tenaga hidroelektrik. Scridb. https://www.scribd.com/doc/208131774/Tenaga-Hidroelektrik Luxainie. (2018, Mei 18). 10 kelebihan dan keburukan tenaga solar. iluminasi. https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html Osman Affandi.(2022 Januari 21).Empangan Hidroelektrik. https://iluminasi.com/bm/bagaimana-sebenarnya-empangan-hidroelektrikmenjana-tenaga-elektrik.html pengudaraan, ruang, penjalanan dan sebagainya akan menjadi harmoni dan aman damai. Jadi, saya berharap bahawa setiap individu dapat memanfaatkan penggunaan inovasiinovasi/produk-produk alam sekitar dalam kehidupan harian. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan penggunaan inovasi-inovasi/produk-produk kelestarian teknologi hijau agar kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar di samping menjimatkan penggunaan bahan-bahan sumber terpakai. 5.0 Bibliografi Sanaji, M. (2020, Mei 2). Bab 4 Teknologi hijau dalam melestarikan alam – membalik buku halaman 1-20. Anyflip. Mariah Sanaji. https://anyflip.com/nlfhp/bzrc/basic Hartini Mohd Nawi.(2017 September 16).Ambil masa untuk teurai.Harian Metro. . https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkatuntuk-terurai Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad.(n.d).Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology Corporation(Green Tech Malaysia).Akademika 84(3),2014:29-39.


Click to View FlipBook Version