The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONSEP SYUMULIYYAH DALAM ISLAM DAN KAITANNYA DENGAN BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhiahaira, 2022-12-01 10:24:18

KONSEP SYUMULIYYAH DALAM ISLAM

KONSEP SYUMULIYYAH DALAM ISLAM DAN KAITANNYA DENGAN BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI.

MPU2307 – PLANCONGAN
DAN HOSPITALITI DALAM

ISLAM

KONSEP
SYUMULIYYAH
DALAM ISLAM

PUAN NURUL AMALIA
BINTI RUSLAN

AHLI KUMPULAN

NUR ARNI SHAKIRA BINTI AINUL MARDHIAH
MOHD NAZRI BINTI OTHMAN

(17DUP21F2001) (17DUP21F2027)

SHARINA SUZIEHANISHA BINTI NUR DALILA WAHIDA
SHAHARUDDIN BINTI ROSLI

(17DUP21F2025) (17DUP21F2029)

NUR DAYANA NASRIN
BINTI MOHD NOR FAIZAL

(17DUP21F2036)

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK
1. PENDAHULUAN
2. ISI 1
3. ISI 2
4. ISI 3
5. ISI 4
6. KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENDAHULUAN

Syumul bermaksud lengkap. Agama Islam adalah sebuah agama yang
lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Islam
meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Islam telah
mengatur kehidupan manusia dengan lengkap yang meliputi: Ibadah,
Akhlak, Ekonomi, Politik, Kemasyarakat, Kesihatan, Kebudayaan, Bahasa,
Seni, Undang-undang, Alam Sekitar, Falsafah, Sains dan sebagainya.

PENDAHULUAN

Firman Allah SWT ;
38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab
Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua
perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu
adalah agama yang lengkap. Maka, kita tidak perlu cari agama lain, kerana
tiada agama yang selengkap Islam. Al-Quranlah selengkap-lengkap petunjuk
atau manual cara hidup di dunia dan akhirat.

ISI 1

Untuk perkhidmatan dalam bidang perhotelan atau
restoran hendaklah mengikut syarak islam. Dalam bidang
ini, perkara sebegini perlu dijaga dengan betul kerana
itulah yang akan ditunjukkan kepada pelanggan.
Contohnya, hotel tidak menyediakan perkihdmatan bar
kepada pelanggan. Bagi restoran, tidak menyediakan
makanan dan minuman yang berunsur babi dan alkohol
kepada pelanggan.
ُ‫َيا أَيُّ َها الَّ ِذي َن آَ َمنُوا ِإنَّ َما ا ْل َخ ْم ُر َوا ْل َم ْي ِس ُر َوا ْْلَ ْن َصا ُب َوا ْْلَ ْزََل ُم ِر ْج ٌس ِم ْن َع َم ِل ال َّش ْي َطا ِن َفا ْجتَ ِنبُوه‬
‫لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.

(Surah Al-Maidah: 90)

Bagi perkhidmatan pula, ialah seperti
pemakaian pekerja yang melayan pelanggan di meja
hadapan hendaklah tidak menjolok mata dan terlalu
ketat. Ini kerana pekerja yang dimeja hadapan yang
akan dipandang dahulu oleh pelanggan. Ini juga
dapat menjadi jawapan kepada pelanggan non-
muslim yang mempersoalkan pekerjaan yang muslim
boleh lakukan. Ini kerana bagi segelintir dari
mereka, ada yang beranggapan bahawa muslim
tidak boleh bekerja dalam skop kerja ini.

‫أَيُّ َها ٱلنَّ ِب ُّي قُل ِْلَ ۡز َٰ َو ِج َك َو َب َنا ِت َك َو ِن َسآ ِء ٱ ۡل ُم ۡؤ ِم ِني َن يُ ۡد ِني َن َعلَ ۡي ِه َّن فَ ِمََلنيُ ۡ َؤج َٰلََذ ِۡبيي َۗ َِبن ِه َ َّۚوَّن َكاَٰ َذ َِلن َكٱََّّأَلۡلُدنَ َٰ َٓغىفُأَو ٗنرايَُّرۡع ِ َحر ۡيف ٗم َان‬

Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (Surah al-Ahzab:59)

ISI 2

HOTEL YANG PATUH SYARIAT
1. Reka bentuk untuk bilik air dan tandas:

kedudukan tandas tidak mengadap kiblat [
Rasulullah SAW meriwayatkan yang
diceritakan oleh Salman RA: " Rasulullah
SAW sesungguhnya telah melarang kami
mengadap kiblat ketika membuang air besar
atau kecil atau beristinjak dengan tangan
kanan, atau beristinjak dengan batu yang
kurang dari 3 biji atau beristinjak dengan
kotoran haiwan atau dengan tulang"] (Hadith
Riwayat Muslim) Baginda bersabda lagi:"
Jangan menghadap kiblat atau
membelakanginya akan tetapi menghadaplah
ke arah Timur atau barat"(Riwayat Bukhari,
an Nasai dan Malik)

ISI 2

HOTEL YANG PATUH SYARIAT
2. Kelengkapan mandian
- Contohnya menyediakan lain basah dan Kelengkapan seperti ubat dan berus gigi yang
halal.
- Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah adalah pemalu dan suka menutupi.

Dia menyukai seseorang yang tahu malu Dan menutupi dirinya. Oleh itu, apabila
seseorang daripada kamu mandi, bertutuplah (berlindung).(Riwayat Abu Daud, al-
Nasai, Al- Hakim)
- kemudahan beristinjak - Menyediakan kemudahan saluran paip untuk mencuci najis
ketika qada' hajat - Tidak hanya menyediakan tisu semata-mata.
3. B) ruang bilik Hiasan Bilik - Bebas dari gambar haiwan,patung atau lukisan menjolok
mata Rasulullah SAW bersabda: " Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di
dalamnya terdapat anjing dan gambar(patung)" ( Riwayat Al- Bukhari,Muslim,Al-
tirmidzi,Al-Nasai dan ibn.Majah)

ISI 2

HOTEL YANG PATUH SYARIAH
3. C) Ruang ibadat/solat Surau atau musolla- Menyediakan surau atau bilik khas untuk
dijadikan musolla yang lengkap dengan tempat berwuduk- Kedudukan strategik dan mudah
dituju- Menyediakan Bilal, imam dan siak yang bertugas secara tetap- Laungan azan
dikumandangkan setiap Kali masuk waktu solat.
4. D) Ruang dapur dan Restoran - Ruang dapur mestilah bersih ,makanannya
berkualiti,material Dan sumber halal
5. E)Restoran atau ruang makan - restoran atau ruang makan seperti koridor bilik seminar
atau dewan disyorkan mempunyai kerusi dan meja yang memadai untuk pelanggan. Ini untuk
menggalakkan pelanggan daripada makan dan minum secara berdiri. (Rasulullah SAW
bersabda" janganlah salah seorang daripada kalian minum secara berdiri") (hadis Riwayat
Muslim)

ISI 3

Ruang penyediaan makanan mestilah bersih dan makanan yang
disediakan mestilah halal. Sebagai umat islam kita mestilah patuh akan syariat yang
telah ditetapkan oleh Allah. Seperti yang anda semua maklum, dalam bidang
pelancongan dan hospitaliti ini juga telah diterapkan konsep syumuliyyah bagi semua
golongan. Antara perkara-perkara yang wajib kita patuhi adalah dengan memakan
makanan yang halal untuk di makan sahaja. Penentuan halal dan haram dalam Islam
bukanlah suatu yang direka oleh akal manusia atau daripada Rasulullah SAW, malah
ia merupakan ketetapan mutlak daripada Allah SWT yang tidak boleh dipinda.
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah
bermaksud:" Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW ditanya tentang
hukum lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa
apa yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkanNya
adalah haram, manakala apa yang didiamkan adalah kemaafan bagi kamu".

Makanan yang halal di makan adalah seperti makanan yang
disembelih secara betul dan makanan itu mestilah mempunyai logo halal.
Ruang penyediaan makanan itu juga mestilah bersih supaya makanan
yang disediakan itu lebih bersih dan berkualiti dan tidak akan
memudaratkan para pelanggan yang makan makanan itu. Selain itu, cara
penyediaan makanan juga digalakkan berasaskan makanan-makanan
sunnah seperti madu, zaitun, delima, kurma, kismis dah banyak lagi.
Galakan ini telah ditegaskan dalam hadith baginda yang diriwayatkan
oleh Aisyah RA : "Wahai Aisyah, rumah yang tiada padanya kurma
seperti rumah yang tiada makanan"Di samping itu, makanan yang tidak
halal di makan juga seharusnya tidak disajikan kepada pelanggan
ataupun pelancong tidak kira sama ada mereka muslim atau pun tidak
muslim. Oleh itu, kandungan makanan yang di gunakan di dalam sesuatu
makanan dan minuman mestilah bukan dari bahan yang tidak halal di
makan oleh orang yang beragama islam.

Makanan yang disediakan mestilah halal supaya makanan yang
di makan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada pelanggan
atau pun pelancong seperti tidak berlakunya keracunan makanan. Ia
juga akan mendatangkan kebaikan sekiranya makanan yang
disediakan itu bersih dan halal untuk di makan kerana pelanggan
akan memuji akan makanan yang disajikan itu. Rasulullah SAW
bersabda: " Sesungguhnya di dalam badan anak Adam terdapat
seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badannya.
Jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya.
Ketahuilah bahawa ia adalah hati"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

ISI 4

Para pekerja dan pelancong mestilah menjaga batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan. Antara konsep syumuliyyah di dalam bidang pelancongan bagi pekerja-
pekerja yang bekerja di penginapan yang disediakan untuk pelancong mestilah patuh
syariat. Contohnya dari segi pergaulan mereka antara pekerja lelaki dan pekerja
perempuan mestilah di jaga. Pekerja lelaki dan pekerja perempuan haruslah menjaga
batas pergaulan mereka supaya mereka tidak terlalu bebas bergaul antara satu sama
lain. Selain itu, para pekerja hotel penginapan juga perlu memastikan mereka
menjaga etika ketiga bertugas. Etika-etika yang mereka perlu patuhi itu adalah sama
sahaja dengan syariat yang telah Allah tetapkan. Seterusnya para pekerja juga perlu
prihatin dan bersikap jujur terhadap pelanggan jika ada pelanggan yang melanggar
hukum hakam agama seperti jika ada pelanggan yang bukan mahram datang ke hotel
untuk daftar masuk, para pekerja seharusnya melarang pelanggan tersebut daripada
masuk ke bilik hotel secara berdua-duaan. Ini adalah kerana untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.

ISI 4

P-arPaiphealkanpgegrhanotelan perlu memastikan pasangan lelaki dan perempuan adalah
pasangan yang dah dari segi syarak.Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
seseorang wanita bermusafir kecuali dengan mahramnya. (Riwayat Bukhari Dan
Muslim)Baginda bersabda lagi: janganlah seseorang dari kamu bersunyi-sunyian
dengan seorang wanita melainkan bersama-sama mahramnya.

- Kawasan premis hotel jauh daripada lokasi yang memungkinkan berlakunya
pergaulan bebas dan berduan-duaan.Rasulullah SAW berpesan di dalam hadis:
Tidak boleh bersunyian seorang laki-laki dengan seorang perempuan yang tidak
halal baginya,sesungguhnya yang ketiga tu adalah syaitan(Riwayat Tirmidzi dan
Ahmad)- Pihak perhotelan juga perlu menyekat aktiviti.

- Aktiviti yang terlarang dan boleh menimbulkan perkara yang melanggar syarak di
kalangan pelanggan dengan menyediakan pamplet,risalah,papan
tanda,mengharamkan kemsukkan arak dan sebagainya.

IS➢ I 4Kemudahan umum
• Kemudahan – kemudahan sampingan perlu diberi pertimbangan
• mengikut hukum syarak.
Contohnya, televisyen sewajarnya mempunyai saluran informasi
• Islam dan bermanfaat.
Kelab. Pusat hiburan, pusat urut, kolam renang dan sebagainya
• perlu dipisahkan antara lelaki dan perempuan.
Pengguna kolam renang diingatkan agar memakai pakaian yang
• sesuai dengan syarak.
Risalah pelekat atau papan tanda sama ada peringatan dan
• nasihat diperbanyakkan dan diberi perhatian.
Ini bersesuaian dengan pesanan Rasulullah SAW: “Sampaikan
• daripadaku walaupun satu ayat”. (Riwayat Bukhari)
“Siapa yang menunjukkan ke arah kebaikan, maka baginya
pahala seperti pahala orang yang melakukannya”. (Riwayat
Muslim)

KESIMPULAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

Kesimpulan

Islam adalah agama yang syumul dan merangkumi
segenap aspek kehidup manusia yang tidak hanya terhad
kepada akidah, ibadah dan akhlak tetapi ia juga merangkumi
aspek muamalat. Kesyumulan Islam itu terlihat pada
kesempurnaan ajaran yang terkandung di dalamnya iaitu logik
dan sentiasa menerima pandangan. Oleh hal yang demikian,
ajaran Islam sememangnya sentiasa selari sepanjang zaman
dan penambahan ilmu pengetahuan serta sentiasa sesuai
dengan keadaan sepanjang masa.

KESIMPULAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan

Islam bukan sahaja memberi perhatian kepada hubungan
manusia dengan Allah sahaja, malah Menyusun hubungan manusia sesame
manusia dan hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Peranan ketua
negara islam yang lain melaksanakan syariat dan membimbing manusia
untuk melakukannya. Islam juga telah menerangkan ciri-ciri ketua negara
yang harus dipilih untuk mentadbir negara dengan syariat-syariat seperti
sifat tegas dan amanah. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas
dengan apa yang digariskan oleh Al-quran tentang sifat-sifat dan akhlak
yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Islam amat mengambil
berat soalakhlak dan adab sesama manusia.

RUJUKAN

As Nuurien Najma Follow. (n.d.). AA211 Hospitaliti Dan Pelancongan Dalam Islam. Share and
Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved December 1, 2022, from
https://www.slideshare.net/asrrien79/aa211-hospitaliti-dan-pelancongan-dalam-islam

Dieya. (1970, January 1). Ciri-Ciri Tasawur Islam: Al-Syumuliyyah. CIRI-CIRI TASAWUR ISLAM:
AL-SYUMULIYYAH. Retrieved December 1, 2022, from
http://hidayahdieya.blogspot.com/2010/10/ciri-ciri-tasawur-islam-al-syumuliyyah.html?m=1

Maksud Syumuliyyah. Maksud syumuliyyah. (1970, January 1). Retrieved December 1, 2022, from
http://tasawwurdsh.blogspot.com/2017/04/maksud-syumuliayyah.html?m=1

Syumuliyyah. prezi.com. (n.d.). Retrieved December 1, 2022, from
https://prezi.com/l5qzfkryvalq/syumuliyyah/?fallback=1

Sabrinasumayyah. (2019, January 8). 13 Hotel Berkonsep islamik di Seluruh Malaysia. Catatan
Travel Sabrina. Retrieved December 1, 2022, from https://www.n-sabrinaa.com/2019/01/hotel-
islamik-patuh-syariah-malaysia.html?m=1


Click to View FlipBook Version