The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyenxin, 2021-04-14 09:27:43

Kepentingan amalan membaca

Kepentingan amalan membaca

Kepentingan Amalan Membaca

Amalan membaca merupakan amalan yang amat baik untuk
diwujudkan dalam kehidupan kita . Amalan membaca harusnya
dipupukkan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan
remaja . Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya .
Amalan membaca dapat membantu negara untuk membentuk pemimpin
yang bijaksana dan memajukan negara kita . Menurut kata Tun Dr
Mahathir Mohamad , budaya membaca sebagai suatu amalan adalah asas
kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan . Pada zaman
dahulu , masyarakat adalah kurang bahan buku dalam kehidupan tetapi
mereka amat menghargai setiap peluang untuk mendapat bahan buku
untuk membaca . Pada zaman kini pula , masyarakat semakin kurang
minat untuk membaca buku dalam kehidupan harian . Ini disebabkan
masyarakat kurang mengenai kepentingan amalan membaca .
Persoalannya , apakah kepentingan amalan membaca dalam kehidupan ?

Kepentingan amalan membaca adalah dapat membantu kita untuk
mengisi masa lapang . Masyarakat pada masa kini akan menggunakan
gajet eletronik sekiranya mempunyai masa lapang . Masyarakat akan
menggunakan cara ini sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang .
Sebenarnya , masyarakat boleh membaca buku semasa terdapat masa
lapang . Amalan ini dapat membantu kita untuk menggunakan masa
dengan aktiviti yang lebih berfaedah berbanding dengan menggunakan
gajet elektronik . Oleh itu , kita tidak akan membazirkan masa lapang kita
dengan aktiviti yang kurang berfaedah . Terutamanya amalan membaca
amat penting bagi kalangan remaja yang adalah seorang murid . Ini
disebabkan murid adalah kurang kebolehan untuk mengawal dirinya agar
tidak menggunakan gajet elektronik dengan masa yang agak panjang . Ia
akan menyebabkan mata remaja akan menjadi kurang selesa kerana
cahaya dari skrin gajet elektronik akan menjejaskan penglihatan .
Manakala buku tidak mempunyai kesan buruk seperti ini dalam gajet
elektronik . Kesimpulannya , kepentingan amalan membaca merupakan
dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah .

Selain itu , kepentingan amalan membaca merupakan dapat
membantu kita untuk manambah ilmu . Setiap buku pada masa kini
mestilah terdapat ilmu yang dapat membantu kita dalam kehidupan
harian . Sebagai contoh , kita dapat mempelajari teknik untuk menulis
dalam buku yang kita membaca . Kita boleh menggunakan teknik itu
dalam penulisan kita dalam kehidupan kita , terutamanya bagi pelajar .
Oleh itu , pelajar dapat meningkatkan keputusan peperiksaan mereka
dengan penulisan dengan lebih berkesan . Kita juga boleh membelajar
cara untuk memasak dan teknik lain yang dapat digunakan dalam
kehidupan harian bukan sahaja dalam pendidikan kita . Oleh itu ,
kehidupan kita dapat menjadi lebih berlainan berbanding dengan
kehidupan orang lain yang kurang membaca buku dalam kehidupan
harian . Masyarakat juga dapat menambah pengetahuan kita tentang
keunikan dunia ini . Masyarakat boleh mengetahui pekara-pekara yang
seronok dan susah untuk didapati semasa kita menggunakan gajet
elektronik sahaja . Secara tuntas , amalan mambaca boleh mambantu
kita untuk menambah ilmu pengetahuan kita .

Di samping itu , kepentingan bagi amalan membaca adalah boleh
membantu kita untuk menyenangkan minda kita . Semasa kita
membaca buku , minda kita akan menjadi semakin tenang dan perasan
runsing dapat berkurang . Minda kita semasa membaca akan
mengasyikkan dalam cerita yang kita membaca . Kita dapat memupuk
minda yang sentiasa tenang dan gembira dalam setiap hari . Oleh itu ,
perangai kita dapat diubahkan agar tidak akan berasa khuatir sepanjang
hari . Sebagai contoh kita mudah menjadi gelisah semasa mengadapi
cabaran yang tidak dapat diselesaikan dalam kehidupan harian . Semasa
kita membaca buku , kita tidak akan meneruskan perasaan yang agak
cemas ke dalam kandungan buku . Oleh itu , minda kita dapat menjadi
senang dan dapat mengekalkan kesihatan minda kita sepanjang hari . Ia
dapat memastikan kita sentiasa dalam keadaan yang gembira dan dapat
mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit secara mental .
Konklusinya , kita boleh menyenangkan minda dengan mengamalkan
amalan membaca setiap hari .

Secara keseluruhan , amalan membaca terdapat pelbagai
kepentingan yang kita dapat memperoleh dalam kehidupan harian .
Setiap kepentingan yang dinyatakan boleh membantu kita dalam
kehidupan harian dengan amat berguna . Kita bukan sahaja untuk
membaca buku semasa membeli buku , kita dapat memperoleh pelbagai
faedah semasa kita mengamalkan amalan membaca . Oleh itu , kita
haruslah sentiasa mengamalkan amalan membaca serta mementingan
amalan membaca dalam kehidupan kita . Membaca buku dapat
memberikan banyak faedah kepada masyarakat dan tiada sebarang kesan
buruk kepada kita . Jadi , kita perlu memupuk amalan membaca dalam
kalangan masyarakat . Sebenarnya , faedah membaca mempunyai banyak
yang kita tidak dapat menyatakan . Ia harus kita menerokaikan semasa
kita membaca buku sepanjang hari . Kesimpulannya , setiap pihak harus
berganding bahu agar dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat .


Click to View FlipBook Version