1
2 Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-22 SK Bandar Sri Damansara 1 § PENDAHULUAN Mesyuarat Agung PIBG merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara pada setiap tahun. § MATLAMAT Program ini dilaksanakan bertujuan memupuk hubungan baik antara warga sekolah dan ibu bapa agar bersatu padu, saling membantu dan bekerjasama dalam memastikan peningkatan kecemerlangan sahsiah dan pencapaian murid-murid di sekolah. § OBJEKTIF o Membantu meningkatkan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. o Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan saling membantu antara guru dan ibu bapa. o Berkongsi idea, pendapat dan seterusnya berbincang dalam memastikan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan disiplin murid. § SASARAN Semua guru dan ibu bapa serta penjaga SK Bandar Sri Damansara 1. § Tarikh dan Tempat 27 April 2024 bertempat di SK Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, 52200 Kuala Lumpur.
3 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 2 2 Isi Kandungan 3 3 Sekapur Sireh Yang Dipertua PIBG 5 4 Sekapur Sireh Guru Besar 7 5 Logo ‘Berubah Menjadi Baik’ 8 6 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 10 7 Jawatankuasa Induk & Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 12 8 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 16 9 Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-21 18 10 Laporan Tahunan Mesyuarat AJK PIBG 2023/2024 28 11 Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Dengan Kerjasama PIBG 32 12 Laporan Kewangan Setiap Unit (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum) 34 13 Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 38 14 Usul dan Cadangan PIBG 2023/2024 41 15 Penghargaan 49 16 Catatan 50 ISI KANDUNGAN
4 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
5 Warga PIBG Yang Di Hormati, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam suasana yang muhibah ini untuk meneruskan mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-22 SK Bandar Sri Damansara 1. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Melalui PIBG, kita dapat membantu perkembangan dan menjaga kebajikan murid serta menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. Melalui perlembagaan persatuan, jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang persatuan bagi perkara-perkara yang bertujuan mendatangkan faedah kepada murid-murid sekolah. Jadi, tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang di amanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Persatuan ini juga bertujuan untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid serta membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Akhir kata, saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guruguru dan kakitangan yang sentiasa bersama, susah mahupun senang dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini. Saya juga menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas dalam usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak SK Bandar Sri Damansara 1. “Sekolah Ceria, Guru Selesa, Murid Berjaya, Ibu Bapa Gembira” EN KHAIRIL ANWAR BIN NORDIN Yang Di-Pertua PIBG SKBSD1 Sesi 2023/2024
6 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT (GURU BESAR SK BSD 1)
7 Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya bersama tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang penuh bermakna ini. Syukur juga kerana masih diizinkan Ilahi untuk terus melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024, Encik Khairil Anwar bin Nordin, barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa dan semua hadirin kerana atas kerja keras selama ini dalam membantu sekolah. Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SK Bandar Sri Damansara 1 mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti budaya kerja kelas pertama. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat melestarikan pendidikan terbilang. Saya amat berharap agar dengan segala kerjasama daripada semua pihak dapat melahirkan murid yang berkualiti daripada segi semua bidang dan murid dapat menanam azam agar sentiasa berubah menjadi baik demi kecemerlangan masa depan mereka. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting dalam bidang akademik dan kokurikulum murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Semua pihak perlu menggembeling tenaga, usaha dan fikiran untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kita hendaklah sedar dan peka akan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan kepada kita. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan anak-anak SKBSD1. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan PIBG yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral sepanjang memegang tampuk kepimpinan PIBG. Akhir kalam, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Bersamalah kita melaksana segala perancangan yang disusun atur dengan bijaksana dan berhemah. Segala kelemahan yang ada jadikan iktibar. Segala yang baik jadikan ikutan. MOHAMAD ILHAM BIN HANIFAH GURU BESAR SK BANDAR SRI DAMANSARA 1
8 6(.2/$+ .21'86,) '$1 %(5.8$/,7, 6(.2/$+ .21'86,) '$1 %(5.8$/,7, %(5),.,5$1 %$,. 35$6$5$1$ 3 3(56(.,7$5$1 %$,. (1,1*.$7$1 352)(6,21$/,60$ *858 .(6( / $ 0 $7$1 .(& ( 5 $, $1 %(58%$+ 0(1-$', %$,. .(0(1-$',$1 085,' $.$'(0,. $.+/$. 6$+6,$+ %(58%$+ 0(1-$', %$,.
9 ATUCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
10 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 2024 8:00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 9:00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Aluan Penasihat PIBG SKBSD1 Encik Mohamad Ilham bin Hanifah (Guru Besar Sk Bandar Sri Damansara 1) Ucapan Yang Dipertua PIBG SKBSD1 & Ucapan Perasmian (Encik Khairil Anwar bin Nordin) : Penyampaian Cenderahati Perasmi : Penyampaian Cenderahati AJK PIBG Sesi 2023/2024 Penyampaian Hadiah Untuk Murid Yang Berjaya Mendapat Tawaran ke Sekolah Yang Terpilih : Persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 9.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-22 bermula Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 3. Membentang Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Mac 2024 4. Tayangan Montaj Aktiviti-Aktiviti Sekolah Tahun 2023/2024 5. Membentangan Kewangan Setiap Unit (Kurikulum, HEM & Kokurikulum) 6. Membacakan Usul dan Cadangan 7. Hal-Hal Lain 8. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 9. Memilih Pengerusi Sementara 10. Memilih dan Melantik YDP, NYDP dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 11. Ucapan Penangguhan YDP PIBG sesi 2024/2025 12. Cabutan Bertuah 1.00 t/hari : Mesyuarat Dijangka Berakhir
11 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
12 : JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 SESI 2024 SK BANDAR SRI DAMANSARA 1 TARIKH : 27 APRIL 2024 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI PENASIHAT : ENCIK MOHAMAD ILHAM BIN HANIFAH (GURU BESAR SKBSD1) PENGERUSI : ENCIK KHAIRIL ANWAR BIN NORDIN (YDP PIBG) NAIB PENGERUSI : ENCIK ROSLAN BIN DAUD (NYDP PIBG) SETIAUSAHA : PUAN NUR AFFIQAH BINTI AHMAD SUBIAN BENDAHARI : PUAN NUR FAIZURA BINTI MOHD ZALI AJK SENARAI TUGAS PENYAMBUT TETAMU • Semua guru Penolong Kanan • AJK PIBG Ø Menyambut ketibaan tetamu PENGACARA MAJLIS • Puan Nur Kiasatina binti Mohamad Fisal • Encik Mohd Hasanudin bin Abu Jamil Ø Menyediakan teks pengacaraan Ø mendapatkan maklumat program daripada S/U Ø mengacarakan majlis sebelum mesyuarat bermula KAIN RENTANG / BANNER • Puan Arfah Jamilah binti Abdul Manap Ø Menempah kain rentang Ø Menggantungkan kain rentang sebagai makluman kepada ibu bapa SURAT JEMPUTAN • Puan Nurhayaty binti Markom • Puan Khurul Ain binti Mohd Idris Ø Menyediakan surat jemputan kepada AJK PIBG dan murid Tahun 6 yang terlibat PENDAFTARAN • Puan Hanina Wirah binti Muhd Hanif (K) • Puan Eng Fook Li • Puan Parvathy A/P Krishnamoorthy • Puan Zaidatol binti Saidin Ø menyediakan meja pendaftaran Ø menyediakan Borang Pendaftaran ibu bapa, penerima anugerah dan guru Ø memastikan ibu bapa menulis nama penuh dan nama anak semasa mendaftar Ø menyerahkan Buku Program mesyuarat kepada ibu bapa PENYEMAK DAN JURUTAIP USUL Tahun 1 • Puan Nurul Atiqah binti Azami Tahun 2 • Puan Syazwani binti Sabri Tahun 3 • Puan Iffah Syamimi binti Ibrahim Tahun 4 • Puan Elnye Marine binti Jummat Tahun 5 • Puan Siti Zulaikha binti Mohd Nor Hadi Tahun 6 • Puan Siti Nurul Ain binti Radzulan Ø mengutip borang usul dan maklum balas kehadiran Ø mengira jumlah kehadiran berdasarkan maklum balas ibu bapa & memaklumkan kepada AJK Jamuan dan AJK buku program untuk anggaran penyediaan makanan dan buku program. Ø memastikan usul ditaip kemas dan tersusun Ø menyerahkan usul kepada SU PIBG
13 SIJIL DAN CENDERAHATI (AJK PIBG DAN GURU) • Puan ‘Izzati Syaima binti Firdaus (K) • Puan Hasnah binti Md • Cik Samihah binti Alias • Puan Hazwani binti Amin Ø menyediakan cenderamata untuk perasmi dan AJK PIBG Ø menyediakan sijil untuk AJK PIBG 2023/2024 Ø menyediakan alatan untuk penyampaian sijil & cenderamata HADIAH DAN CENDERAHATI (MURIDMURID TAHUN 6 2023) • Puan Siti Meryam Perus bin Abdullah • Puan Zuraida binti Ibrahim • Puan Marina binti Roslan • Puan Hafizah binti Alwi Ø menyediakan sijil dan cenderahati kepada murid-murid Tahun 6 yang terpilih Ø menyediakan alatan untuk penyampaian cenderahati BACAAN DOA • En Zul Izzi bin Ismail Ø Menyediakan teks doa Ø memimpin bacaan doa PERSIAPAN TEMPAT • En Mohammad Amir Akimi bin Ghazali (K) • Mohamad Faris Izham bin Ab Rashid • En Abdullah bin Jusoh • En Mohamad Fadhlullah bin Mohd Rozali • En Muhamad Syahiran bin Mohd Sufi • En Sulkiply bin Abdul Latip • En Mohd llriady Abdul Hadi • En Muhammad Hafizuddin bin Ismail • En Mohd Yusrie bin Idris • En Muhammad Daniel Syafiq bin Mustafa Bakri Ø menyusun kerusi secukupnya untuk jemputan duduk di dewan Ø menempatkan meja dan kerusi untuk AJK PIBG di bahagian hadapan Ø menyediakan meja dan kerusi untuk AJK pencatat minit mesyuarat Ø mengemas semula kerusi dan peralatan selepas majlis habis JAMUAN IBU BAPA • Puan Nur Ayunni binti Salehuddin (K) • Puan NorIlyani binti Roslan • Puan Siti Nazikha binti Mahfuz • Puan Rose Adila binti Roslee Ø Menempah makanan ibubapa dan guru Ø Bekerjasama dengan AJK pendaftaran untuk membuat serahan Ø Memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis JAMUAN GURU • Puan Nor Azilah binti Tamjet (K) • Puan Nurul Badariah binti A. Rahim • Puan Siti Zanarias Md Zain Ø Menempah makanan guru Ø Memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis DOKUMENTASI • Cik Khairunnisa’ binti Harman (K) • Cik Siti Hajar binti Nasruddin Ø mengambil gambar daripada AJK Fotografi Ø menyediakan laporan lengkap Ø Membuat tiga salinan (Guru Besar, SU PIBG dan Pejabat) SIARAYA DAN TAYANGAN MULTIMEDIA • En Saiful Hafiz bin Juhari (K) • En Muhammad Faiz bin Rashidi • Puan Arfah Jamilah binti Abdul Manap • En Amer Faris bin Zamri Ø menyediakan dan menempatkan P.A sistem ditempat yang sesuai Ø menyediakan mikrofon untuk ibu bapa bercakap Ø menyediakan bahan persembahan multimedia Ø memastikan persembahan multimedia lancar semasa AGM
14 Ø memaparkan nama calon dan jumlah undian PENCATAT DAN JURUTAIP MINIT • Puan Normah binti Kassim (K) • Cik Nur Hidayah binti Ismail • Cik A.Anusuya Nair • Puan Syarifah binti Zakaria • Puan Nor Shaheranani binti Ab Razak • Puan Nurul Hanis binti Mat Hanip • Puan Siti Nur Ain binti Wil • Puan Kalaiswary A/P Sivaraman • Puan Chan Jia Yi Ø mencatat minit sepanjang mesyuarat berlangsung Ø menyerahkan minit bertaip kepada S/U PIBG sesi 2023/2024 dalam tempoh seminggu selepas AGM PENGIRA UNDI • En Mohd Ikmal Hakim bin Sapie (K) • En Mohd Zulfaris bin Zainal Abidin • En Mohd Zamy bin Mohd Zulkifli Ø Mengira undian secara tepat Ø Memaklumkan jumlah undian kepada AJK Siaraya dan Tayangan FOTOGRAFI • En Muazzam Shah bin Samsudin (K) • En Muhamad Badrul Amin bin Mohamad Ø Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung Ø Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi BUKU PROGRAM / LAPORAN • Puan Nur Affiqah binti Ahmad Subian • Puan Nur Faizura binti Mohd Zali Ø menyediakan Laporan Tahunan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 Ø menyerahkan buku program kepada AJK Pendaftaran
15 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024
16 PENASIHAT EN. MOHAMAD ILHAM BIN HANIFAH YANG DIPERTUA EN. KHAIRIL ANWAR BIN NORDIN NAIB YANG DIPERTUA EN. ROSLAN BIN DAUD SETIAUSAHA PN. NUR AFFIQAH BT AHMAD SUBIAN BENDAHARI PN. NUR FAIZURA BT MOHD ZALI NAIB SETIAUSAHA CIK NUR KIASATINA BT MOHAMAD FISAL NAIB BENDAHARI CIK IFFAH SYAMIMI BT IBRAHIM AJK GURU PN. NURHAYATY BT MARKOM PN. AZILAH BT TAMJET EN. MOHAMAD AMIR AKIMI BIN GHAZALI EN. ZUL IZZI BIN ISMAIL CIK A.ANUSUYA NAIR A/P ATCHUTHAN (JK KIRA-KIRA) IBU BAPA EN. SAMALUDIN BIN SUNDALU EN. AZRUL BIN BAHARIN EN. MD MUSTAFFA BIN SAPIEE EN. MOHAMMAD FAISAL BIN JAMIL PN. SITI ZURAINI BINTI MD.YUSOF PN. NIRMALA A/P MANIAM PN. SHUHAIZA BINTI ALIYAH PN. NORIHAN BINTI MOHAMED BAZIN PN. NOOR ZEHAN BINTI AB RASIP(JK KIRA-KIRA)
17 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
18 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 TAHUN 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA (1) Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 8.30 pagi Tempat : Kompleks Penyayang Bakti Kehadiran : 166 orang 1. En. Khairudin Bin Abdul Aziz 2. En. Fadzli Bin Mohd Saleh 3. En. Asmizi Bin Mohd Talkhah 4. En. Mohamad Ilham bin Hanifah 5. Pn.Mariam Hafizah Binti Ahmad Bakhtiar 6. En. Abdullah Bin Jusoh 7. En. Ahmad Zukhairi Bin Nordin 8. Pn. Arfah Jamilah Binti Abdul Manap 9. Pn. Azilah Binti Tamjet 10. Pn. Elnye Marinie Binti Jummat 11. Pn. Eng Fook Li 12. Pn. Hafizah Binti Alwi 13. Pn. Hanina Wirah Binti Mohd Hanif 14. Pn. Hartini Binti Ab. Wahab 15. Pn. Hasnah Binti Md Nor 16. Pn. Izzati Syaima Binti Firdaus 17. Pn. Kalaiswary A/P Sivaraman 18. Pn. Nurul Hanis binti Mat Hanip 19. Pn. Khurul Ain Binti Mohd Idris 20. Pn. Marina Binti Roslan 21. En. Mohd Fadhlullah Bin Mohd Rozali 22. En. Mohd Faris Izham Bin Ab Rashid 23. En. Mohd Ikmal Hakim Bin Sapie 24. En. Mohd Ilriady Bin Abdul Hadi 25. En. Mohd Zulfaris Bin Zainal Abidin 26. En. Muazzam Shah Bin Samsudin 27. En. Muhamad Syahiran Bin Mohd Saufi 28. Cik Nur Kiasatina binti Mohd Fisal 29. En. Sulkiply bin Abd Letip 30. En. Badrul Amin bin Mohamad 31. Pn. Nor Shaheranani Binti Ab. Razak 32. Pn. Norillyani Binti Roslan 33. Pn. Nur Affiqah Binti Ahmad Subian 34. Pn. Nur Ayunni Binti Salehuddin 35. Pn. Nur Faizura Binti Mohd Zali 36. Pn. Nur Hazwani Binti Amin 37. Cik Nur Hidayah Binti Ismail 38. Pn. Nurhayaty Binti Markom 39. Pn. Nurul Atiqah Binti Azami 40. Pn. Nurul Badariah Binti A. Rahim 41. Pn. Parvathy A/P Krishnamoorthy 42. En. Saiful Hafiz Bin Juhari 43. Cik Samihah Binti Alias 44. Cik Siti Hajar Binti Nasruddin 45. Pn. Siti Meryam Perus Binti Abdullah 46. Pn. Siti Nazikha Binti Mahfuz 47. Pn. Siti Nurul Ain Binti Radzulan 48. Pn. Siti Zanarias Binti Md Zain 49. Pn. Siti Zulaikha Binti Mohd Nor Hadi 50. Pn. Siti Nur Ain Binti Wil 51. Pn. Syarifah Binti Zakaria 52. Pn. Syazwani Binti Sabri 53. Pn. Zaidatol Bt Saidin 54. Pn. Zairoshana Binti Musa 55. Pn. Zuraida Binti Ibrahim 56. En. Mohammad Amir Akimi bin Ghazali 57. En. Zul Izzi bin Ismail 58. Cik A. Anusuya Nair
19 59. Cik Iffah Syamimi binti Ibrahim 60. En. Mohd Zamy bin Zulkifli 61. En. Mohd Hasanudin bin Abu Jamil 62. Cik Khairunnisa’ Binti Herman 63. En. Muhammad Hafizuddin bin Ismail 64. Pn.Normah Binti Kasim 65. En. Mohd Yusri bin Idris 66. En. Mohd Redza bin Mohd Ramli 67. En. Nicholas Lim 68. Pn. Asnah binti Salim 69. Pn. Suriani bt Jaya 70. Pn. Grace Roum 71. Pn. Wan Nuramalina binti Wan Razali 72. Pn. Siti Zuraini binti Md. Yusof 73. En. Mohd Fairuz bin Mohd Nazri 74. En. Kamal Noor bin Mohd Ari 75. En.Mohamad Padzli Bin Mohamed Yazit 76. Pn. Noraziza Abas 77. Pn. Nor Hanita Binti Abdul Aziz 78. Pn. Asiah binti Mamat 79. Pn. Nirmala 80. Pn. Salawati Banaraskan 81. Pn. Safawati Binti Arshad 82. En. Samaludin Bin Sundalu 83. En. Sani bin Jiran 84. Pn. Baizura binti Zainal 85. Pn. Amiza binti Ab Aziz 86. Pn. Noor Zehan binti Ab Rasip 87. En. Erman bin Hamir 88. Pn. Sanawiah Binti Muhamad Zainal 89. En. Shahrizal B Zainal Abidin 90. Pn. Nur Syahirah binti Roslan 91. En. Basaruddin Bin Adam 92. Pn. Nor Saliza Binti Zulkifly 93. En. Muhammad Firdaus bin Mohd Yusof 94. Pn. Norihan Binti Mohamed Bazin 95. Pn. Dania Nasuha 96. En. Md Mustaffa Bin Sapiee 97. Pn. Siti Jamaliah binti Khairon Anwar 98. Pn. Farah Nazila Binti Abd Aziz 99. En. Yuvaraja A/L arumugam 100.Pn. Rosminitety Salim 101.Pn. Hartini binti Abdul Ghani 102.Pn. Norshakina Shahrudin 103.Pn. Thuwaibah Binti Mahamood 104.En.Mohammad Fauzi Bin Baharum 105.En. Mohd Sham Bin Mohd Yusof 106.En. Mohd Haiza bin Mohd Nor @ Ghazali 107.Pn. Ariana Raihana 108.En. Mohd Faris Fikri Bin Pakururazi 109.En. Mohd Zulfika bin Abd Ghani 110.En. Lukman Hakim bin Hasni 111.En. Samsudin bin Seman 112.En. Mohd Najib bin Abd Razak 113.En. Mohamad Ridzuan bin Zabidun 114.En. Asraf Saleh 115.Pn. Puteri Faizureen 116.En. Mohammad Fadhli Bin Salim 117.Pn. Juliana Binti Sabrik 118.En. Khairil Anwar Nordin 119.Pn. Juliana Binti Sabrik 120.En. Abdul Hafiz Bin Abdullah 121.En. Navin A/L Vincent Joseph 122.En. Jeya Ruban Rayappan 123.Pn. Kumaran 124.Pn. Wan Norhidayah binti Wan Abdul Munim 125.En. Mohammad Faisal bin Jamil 126.Pn. Nancy Ong 127.En. Alif Pilar bin Siem 128.En. Zulkarnain bin Ahmad 129.En. Mohamad Faisal bin Ismail 130.Pn. Shuhaiza Aliyah 131.Pn. Norashikin binti Idris 132.Pn. Tuan Haslina Tuan Ramle
20 133.Pn. Wan Norhidayah 134.Pn. Aima Hanim binti Hussin 135.Pn. Sofiah Liza binti Pijoh 136.Pn. Suriani Mohd Zain 137.Pn. Suraiya Azahari 138.Pn. Maria Md Noh 139.Pn. NorJumida Idris 140.Pn. Luna Azlyza 141.En. Azrul Baharin 142.Pn. Kamaria binti Kedaman 143.Pn. Anna Subri 144.Pn. Zulie Azra Alias 145.En. Nik Jamaludin bin Mat Husain 146.Pn. Norhanafizah binti Husain 147.En. Hussin bin Atan 148.En. Jasri Ishak 149.Pn. Norsafwah Abdul Samad 150.En. Raja Shahriman 151.Pn. Norliza binti Mat Ishok 152.Pn. Farah Wahida 153.En. Hazwan Yusof 154.En. Tarnjit Singh Sidhu 155.Pn. Norwizana 156.En. Mohammad Azizi Jamaluddin 157.En. Mohd Rizuan bin Harun 158.Pn. Siti Jawariyah Ismail 159.En. Ahmad Zaini bin Md Sani 160.Pn. Aziraliza binti Abdul Rahman 161.Pn. Noor Azian binti Ahmad 162.En. Mohd Hafiz Mohd Zin 163.Pn. Nusaibah Din 164.Pn.Nadirah Mohd Rawe 165.Pn. Ramlah binti Burhan 166.En. Jeya Ruban
21 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. KAMAL NOOR BIN MOHD ARI) 1.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi majlis, Encik Khairudin bin Abdul Aziz, (Penasihat PIBG), barisan Penolong Kanan SKBSD1, AJK PIBG SKBSD1, guru-guru dan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 bagi sesi 2023/2024. 1.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah khususnya AJK Pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar. 1.3 YDP PIBG juga mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa yang amat memberangsangkan pada mesyuarat kali ini. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2.1 YDP PIBG meminta semua hadirin menyemak dan meneliti Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20 bagi tahun 2022/2023 di halaman 19 hingga 28. 2.2 Setiausaha Kehormat PIBG meminta wakil yang hadir pada mesyuarat yang lepas untuk mencadang seterusnya menyokong minit mesyuarat tersebut. Dicadang oleh : Puan Noor Zehan binti Ab Rasip Disokong oleh : Puan Norshakina binti Zakaria Semua yang hadir bersetuju dan menerima sebulat suara. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.0 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1 Bendahari PIBG memaklumkan bahawa Laporan Kewangan PIBG bagi tahun 2022 adalah bermula dari Januari 2022 dan berakhir sehingga 31 Disember 2022. 4.2 Bendahari PIBG meminta ibu bapa merujuk muka surat 36 hingga 41 iaitu lampiran Penyata Kewangan PIBG bagi tahun 2022. 4.3 Bendahari PIBG memaklumkan baki jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi Tahun 2022 yang berakhir pada Disember 2022 ialah sebanyak RM30,653.91 manakala jumlah baki Sumbangan 3K bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM 5110.00. Disebabkan wang lebihan Tabung Kecemerlangan Tahun 6 2022 juga dimasukkan ke dalam akaun PIBG, maka jumlah baki di dalam bank adalah RM46,743.91. Oleh itu, baki sumbangan PIBG dan Sumbangan 3K dalam bank pada 1 Januari 2023 ialah RM35,763.91.
22 4.4 Beliau meminta ibu bapa yang hadir untuk meluluskan dan mengesahkan laporan kewangan tersebut. Dicadang oleh : Puan Nirmala A/P Maniam Disokong oleh : Puan Norsafwah binti Abdul Samad 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 5.1 Setiausaha Kehormat PIBG 2022/23 telah membentangkan 10 aktiviti yang dijalankan melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah dilaksanakan pada tahun 2022/2023. Tindakan : Makluman 5.2 Antara aktiviti di bawah Biro Keselamatan dan Keceriaan ialah aktiviti pembukaan sekolah, keselamatan dan penyuraian trafik lalu lintas, program keceriaan kantin, program keceriaan tandas, pemasangan bumbung kantin dan pengubahsuaian surau sekolah. Tindakan : Makluman 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2022/2023 6.1 Encik Kamal Noor Bin Hj. Mohd Ari mengucapkan terima kasih kepada guru besar, para pentadbir dan semua guru atas kerjasama yang diberikan selama ini demi kepentingan sekolah. Beliau juga menyuarakan rasa sedih kerana terpaksa mengundurkan diri lantaran beliau tidak lagi layak menyandang jawatan dalam PIBG memandangkan tiada anak yang bersekolah di SKBSD1. Beliau berharap pucuk pimpinan yang baharu akan meneraju pasukan dengan lebih baik. Tindakan : Makluman 6.2 Setelah pembubaran dibuat oleh Encik Kamal Noor Bin Hj. Mohd Ari, guru besar Encik Khairudin bin Abdul Aziz memohon ahli mesyuarat melantik Pengerusi sementara untuk mengendalikan mesyuarat. 6.3 Puan Norshakina binti Zakaria mencadangkan guru besar baharu, Encik Ilham bin Hanifah menjadi pengerusi sementara dan disokong oleh Encik Kamal Noor bin Hj. Mohd Ari. 7.0 PELANTIKAN AJK PIBG 2023/2024 7.1 Encik Ilham bin Hanifah selaku Penasihat PIBG menjadi pengerusi sementara sepanjang pelantikan berlangsung. 7.2 Pelantikan YDP dibuat melalui dua cadangan nama yang diberikan oleh ahli mesyuarat. Cadangan yang pertama oleh Puan Aima Hanim binti Hussin mencadangkan Encik Roslan bin Daud sebagai YDP.
23 7.3 Cadangan yang kedua oleh Encik Roslan bin Daud mencadangkan Encik Khairil Anwar bin Nordin dilantik sebagai YDP PIBG. Cadangan tersebut disokong oleh Puan Noor Zehan binti Ab Rasip dengan persetujuan semua AJK dan ahli mesyuarat yang hadir. 7.4 Setelah dibuat undian, Encik Khairil Anwar bin Nordin memperolehi 165 undian manakala Encik Roslan bin Daud memperoleh 2 undian. Oleh itu, Encik Khairil Anwar bin Nordin dilantik sebagai YDP PIBG manakala Encik Roslan bin Daud secara automatik dilantik sebagai NYDP PIBG. 7.5 Pengerusi sementara mengucapkan tahniah kepada Encik Khairil Anwar bin Nordin dan beliau sekali lagi menjemput Encik Khairil Anwar bin Nordin selaku YDP PIBG yang baharu untuk mengendalikan majlis pelantikan AJK. 7.6 Pelantikan sembilan orang lagi AJK yang lain dipilih melalui cadangan nama oleh semua ahli mesyuarat. 7.7 Guru besar selaku penasihat PIBG memaklumkan 9 orang guru daripada AJK PIBG yang lalu dikekalkan sebagai AJK PIBG. Semua yang hadir menyokong. 7.8 Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2023/2024 yang telah dilantik: Penasihat : Encik Mohamad Ilham bin Hanifah Yang Dipertua : Encik Khairil Anwar bin Nordin Naib Yang Dipertua : Encik Roslan bin Daud Setiausaha Kehormat : Puan Nur Affiqah binti Ahmad Subian Penolong Setiausaha : Cik Nur Kiasatina binti Mohd Fisal Bendahari Kehormat : Puan Nur Faizura binti Mohd Zali Penolong Bendahari : Cik Iffah Syamimi binti Ibrahim AJK PIBG Ibu Bapa : 1. Encik Mohammad Faisal bin Jamil 2. Encik Samaludin bin Sundalu 3. Encik Azrul bin Baharin 4. Encik Md Mustaffa bin Sapiee 5. Puan Siti Zuraini binti Md. Yusof 6. Puan Nirmala A/P Maniam 7. Puan Shuhaiza binti Aliyah 8. Puan Norihan binti Mohamed Bazin
24 AJK PIBG Guru : 1. Puan Azilah binti Tamjet 2. Puan Nurhayaty binti Markom 3. Encik Mohammad Amir Akimi bin Ghazali 4. Encik Zul Izzi bin Ismail Pemeriksa Kira-kira : Cik A. Anusuya Nair (Guru) Pemeriksa Kira-kira : Puan Noor Zehan binti Ab Rasip (Ibu Bapa) 7.9 YDP PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang dilantik dan berharap agar dapat memberi kerjasama sepanjang memegang jawatan ini. 8.0 PERKARA-PERKARA BAHARU (MEMBACAKAN USUL DAN CADANGAN) 8.1 Usul 1: Kebersihan tandas dan kekerapan tandas dicuci Guru Besar memakluman tandas telah di cuci sebanyak 2 kali sehari iaitu sewaktu selepas rehat dan selepas murid rehat. Guru besar juga ada mencadangkan untuk membuat kutipan sebanyak rm10 bagi setiap murid dan dijangkakan kutipan terdapat RM10,000 bagi tujuan penambahbaikan tandas sekolah. 8.2 Usul 2: Keselamatan pelajar di dalam dan di luar sekolah perlu dipertingkat Guru besar memaklumkan pihak sekolah telah membuat penambahan CCTV dan terdapatnya pengawal menjaga lalu lintas ketika murid hadir dan pulang sekolah. Selain itu juga, murid-murid akan menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah sewaktu pulang dari sekolah sehinggalah ibu bapa sampai. 8.3 Usul 3: Membina tempat berteduh untuk ibu bapa ketika menunggu anak pulang Guru besar memaklumkan usul ini akan dilaksanakan sekiranya terdapat peruntukan atau dana khas. Walaubagaimanapun, perkara ini dirasakan tidak perlu kerana masa untuk ibu bapa menunggu anak-anak tidak lama berikutan penyuraian murid dilaksanakan secara berperingkat. 8.4 Usul 4: Dataran Perdana perlu ditambah/dipasang lampu limpah dan berbumbung Guru besar menyatakan lampu sedia ada akan diganti dan tindakan untuk dataran berbumbung akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa yang baharu. 8.5 Usul 5: Menambah kuota dan kelas Prasekolah Guru besar memaklumkan usul ini tidak dapat dilaksanakan kerana dasar dan kuota murid memperuntukkan 25 orang sahaja untuk satu kelas. Pernah juga diluluskan pada tahun 2016 tetapi ditarik balik pada tahun 2018. Jika ingin menambh bilangan murid, maka pihak sekolah perlu mengemukakan surat permohonan semula.
25 8.6 Usul 6: Memantau harga makanan di kantin ,harga tidak sepatutnya sama atau lebih tinggi daripada harga makanan di luar atau di kedai Guru besar menyatakan bahawa harga makanan di kantin sekolah lebih rendah daripada di luar ataupun di kedai. Harga makanan megikut harga yang elah dipersetujui. Walaubaaimanapun, AJK Kantin dan para pentadbir akan turut sama memantau kantin dari semasa ke semasa. 8.7 Usul 7: Bahan dalam nasi lemak kurang memuaskan dan tidak standing harga yang murid perlu bayar Guru besar menyatakan bahawa beliau akan memantau dan menyarankan kepada pengusaha kantin untuk membuat penambahbaikan dalam makanan tersebut. 8.8 Usul 8: Pihak pengurusan sekolah menyediakan loker dan jadual pembelajaran yang fleksibel. Guru besar memaklumkan bahawa loker bagi setiap murid memang disediakan bagi ibu bapa yang ingin menyewanya dengan yuran tahunan yang murah. Bagi usul jadual pembelajaran pula memang sudah ditetapkan 3-4 subjek sehari. 8.9 Usul 9: Membuat sistem kredit untuk pembelian makanan di kantin. Guru besar menyatakan bahawa usul tersebut akan diperhalusi oleh pihak kantin. Guru besar kurang bersetuju dengan pembelian secara kad kredit, tetapi jika dicadangkan kepada kad touch n go mungkin akan dipertimbangkan. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Guru besar memaklumkan jika ada di antara ibu bapa yang ingin mengusahakan kantin agar mengisi borang apabila tender kantin dibuka nanti. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN YANG DIPERTUA 10.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan ibu bapa melantik beliau untuk menerajui PIBG pada sesi 2023/2024 ini. Beliau berharap agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan SKBSD1. 10.2 YDP PIBG juga berharap agar lebih ramai ibu bapa melibatkan diri dalam program-program sekolah yang memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Belau juga menggalakkan ibu bapa memberikan idea untuk penambahbaikan sekolah. 10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
26 Disediakan oleh : Disahkan oleh : (NUR AFFIQAH BINTI AHMAD SUBIAN) (KHAIRIL ANWAR BIN NORDIN) SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG SK BANDAR SRI DAMANSARA 1 SK BANDAR SRI DAMANSARA 1
27 LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AJK PIBG 2023/2024
28 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR SRI DAMANSARA 1 SESI 2023/2024 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Sepanjang sesi 2023/2024, AJK telah mengadakan mesyuarat sebanyak 5 kali pada tarikh-tarikh tersebut: o Mesyuarat AJK bilangan 1 : 18 Ogos 2023 (Jumaat) o Mesyuarat AJK bilangan 2 : 6 Oktober 2023 (Jumaat) o Mesyuarat AJK bilangan 3 : 12 Disember 2023 (Selasa) o Mesyuarat AJK bilangan 4 : 2 Februari 2024 (Jumaat) o Mesyuarat AJK bilangan 5 : 19 April 2024 (Jumaat) CARTA KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 BIL NAMA AJK JAWATAN TARIKH MESYUARAT 18/8 6/10 12/12 2/2 19/2 1. Encik Khairil Anwar bin Nordin YDP / / THS THS / 2. Encik Roslan bin Daud NYDP / / / / / 3. Pn. Nur Affiqah bt Ahmad Subian S/U / / / / / 4. Cik Nur Kiasatina bt Mohamad Fisal Naib S/U / / / THS / 5. Pn. Nur Faizura bt Mohd Zali Bendahari / THS / / / 6. Cik Iffah Syamimi bt Ibrahim Naib Bendahari / / / / THS 7. Pn. Azilah bt Tamjet AJK Guru / / THS THS / 8. Pn. Nurhayaty bt Markom AJK Guru / / / / / 9. Encik Mohamad Amir Akimi bin Ghazali AJK Guru / / THS / / 10. Encik Zul Izzi bin Ismail AJK Guru / / THS THS THS 11. Encik Samaludin Bin Sundalu AJK Guru / / / THS / 12. Encik Md Mustaffa Bin Sapiee AJK Ibu Bapa / / / / / 13. Encik Mohammad Faisal Bin Jamil AJK Ibu Bapa THS THS / THS THS 14. Encik Azrul Bin Baharin AJK Ibu Bapa / / / / / 15. Pn. Nirmala A/P Maniam AJK Ibu Bapa / / / THS THS 16. Pn. Shuhaiza bt Aliyah AJK Ibu Bapa / / / THS / 17. Pn. Norihan Binti Mohamed Bazin AJK Ibu Bapa THS / / / THS 18. Pn. Siti Zuraini Binti Md. Yusof AJK Ibu Bapa / / / THS / 19. Pn. Noor Zehan Binti Ab Rasip Pemeriksa Kira-Kira / / THS / / 20. Cik A.Anusuya Nair A/P Atchuthan Pemeriksa Kira-Kira / / / THS THS *Petunjuk : / (hadir) THS (tidak hadir bersebab)
29 PENUBUHAN BIRO-BIRO SESI 2023/2024 Beberapa biro telah ditubuhkan untuk menetapkan keberkesanan PIBG dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. Unit-unit ini memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah menangani masalah serta isu yang timbul. Penubuhan unit-unit ini secara tidak langsung telah membantu melancarkan pergerakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan lebih terancang dan tersusun. Biro-biro yang telah ditubuhkan ialah : Biro Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan Ketua : Encik Azrul Bin Baharin AJK : Encik Mohammad Faisal Bin Jamil Biro Keselamatan & Disiplin Ketua : Encik Md Mustaffa Bin Sapiee AJK : Encik Samaludin Bin Sundalu Biro Akademik & Sahsiah Ketua : Pn. Siti Zuraini Binti Md. Yusof AJK : Pn. Shuhaiza bt Aliyah Pn. Nirmala A/P Maniam Biro Kebajikan Ketua : Noor Zehan Binti Ab Rasip AJK : Pn. Norihan Binti Mohamed Bazin
30 SUMBANGAN TAHUNAN AHLI-AHLI PIBG Setiap persatuan mempunyai dana serta punca pendapatannya yang tersendiri. Begitu juga bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bandar Sri Damansara 1. Antara punca utama pendapatan PIBG ialah sumbangan ikhlas daripada anggota persatuan iaitu ibu bapa dan penjaga. PIBG juga turut menerima derma serta sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan yang lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah menyumbang kepada dana PIBG bagi sesi 2023/2024. Jumlah kutipan sumbangan sehingga 31 Disember 2023 ialah sebanyak RM33458.55. Sepanjang 2023 juga, selain sumbangan RM60, pihak PIBG dengan persetujuan pihak sekolah turut membuat kutipan RM10 bagi tujuan program 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan). Jumlah kutipan yang diperoleh sehingga Disember 2023 ialah sebanyak RM 5407.00. PENUTUP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisma penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pihak PIBG dan sekolah amat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa bagi meneruskan kegemilangan akademik dan sahsiah murid. Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak, kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Seluruh jawatankuasa PIBG merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa atas segala komitmen yang diberikan. Semoga hubungan yang baik antara pihak PIBG, ibu bapa dan guru-guru menjadi pendorong kepada anak-anak untuk lebih berdaya saing dan terus cemerlang pada masa hadapan.
31 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA PIBG
32 BIL AKTIVITI 1. Pembukaan Sekolah (Mac 2023) 2. Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT dan Pengawas Sukan 3. Majlis Duta Sahsiah 4. Gotong-Royong Madani 5. Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 6. Majlis Berbuka Puasa Perpaduan 7. Membaiki Tandas Tahun 1 (Kerjasama Ibu Bapa Tahun 1 dan PIBG) 8. Hari Sukan Sekolah 9. Hari Kanak-Kanak 10. Anugerah Kepada Murid-Murid Yang Mendapat Tawaran Ke Sekolah KPM, MRSM dan Kawalan Khas 11. Program Ziarah Cakna 12. Sambutan Hari Raya 13. Hari Keusahawanan
33 LAPORAN KEWANGAN SETIAP UNIT
34 JUMLAH PERUNTUKKAN YANG DIPERLUKAN OLEH UNIT KURIKULUM TAHUN 2024 BIL. PROGRAM TARIKH JUMLAH 1. Majlis Graduasi Tahun 6 11 Januari 2025 (Sabtu) RM 5,620.00 2. Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid 12 Januari 2025 (Ahad) RM 10,000.00 3. Majlis Graduasi Murid Prasekolah 2024/2025 11 Januari 2025 (Sabtu) RM 975.00 4. Teknik Menjawab Soalan Uasa Siri 1 Dan Siri 2 10 Julai 2024 – 12 Julai 2024 RM 1,200.00 5. Program Akhi 12 Oktober 2024 RM 1,200.00 JUMLAH RM 18,995.00
35 JUMLAH PERUNTUKKAN YANG DIPERLUKAN OLEH UNIT HAL EHWAL MURID TAHUN 2024 BIL. PROGRAM ANGGARAN 1. Perayaan Hari Kanak-Kanak (RM 3 x 1000 murid) RM 3000 2. Perbelanjaan Penyelenggaraan Kecemasan RM 1000 3. Penyelenggaraan Alat Pemadam Api (RM 40 x 50 tong) RM 2000 4. Papan Tanda Keselamatan (2 buah) RM 800 5. Pembelian Ubat-Ubatan Pertolongan Cemas RM 400 6. Program Gotong-Royong Dalaman & Perdana RM 2500 7. Program 2 kali Latihan Kebakaran RM 500 8. Program Keceriaan Tandas RM 200 9. Keceriaan Surau RM 800 10. Program Kebersihan Kelas RM 500 11. Kem Pemimpin Muda RM 1000 12. Hari Anugerah Pengawas RM 1000 13. Majlis Anugerah HEM RM 1000 Jumlah Besar RM 14,700 Punca sumber kewangan daripada kutipan sumbangan “one off” RM 10 daripada ibu bapa.
36 JUMLAH PERUNTUKKAN YANG DIPERLUKAN OLEH UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2024 Bil. Huraian Aktiviti Pegawai Bertanggungjawab Anggaran Kos Tarikh Jangkaan 1. Merentas Desa (peringkat sekolah) Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 880.00 11/05/2024 Sabtu 2. Sukaneka Tahap 1 Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 3000.00 05/06/2024 Rabu 3. Sukan Tahunan Sekolah Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 7680.00 23/06/2024 Ahad 4. Pelancaran Bulan Kemerdekaan Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 1750.00 23/09/2024 Isnin 5. Bulan Sukan Negara Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 400.00 14/10/2024 Isnin 6. Perkhemahan Akhir Tahun Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 4000.00 22- 24/11/2024 (JumaatAhad) 7. Karnival Kokurikulum Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 3700.00 12/12/2024 Khamis 8. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru RM 4000.00 12/01/2025 Ahad 9. Sukan Katmo bawah 12 tahun Pen. Kanan Kokurikulum dan Guru ELITE RM 3000.00 November JUMLAH : RM 28, 410.00
37 PENYATA KEWANGAN PIBG 2023/2024
38 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM Baki awal pada 1 Januari 2023 46743.91 Sumbangan PIBG 33458.55 Penyelenggaraan & Pembaikan Kerosakan Sekolah 49813.60 Sumbangan 3K 5407.00 Program Kecemerlangan Tahun 6 20477.00 Tabung Kecemerlangan Tahun 6 13005.00 Hari Anugerah Cemerlang 2022 8510.00 Sumbangan Pusat Khidmat Rakyat 2000.00 Perkhemahan Unit Beruniform 500.00 Lembaga Zakat Negeri Selangor 49813.60 Banner dan Kon Drop Zone 235.00 Bayaran Penyaluran Gran daripada Bendahari Negeri Selangor 5000.00 Keceriaan Anjung Muafakat 400.00 Sumbangan gotong-royong daripada kantin 350.00 Penapis Air Coway 4032.00 Sumbangan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia 10000.00 Upah Lalu lintas 3100.00 Sumbangan daripada KarateDo 200.00 Membuat Tambahan Bumbung Kantin 9500.00 Sumbangan daripada TaeKwanDo 500.00 Cenderahati Hari Guru 2000.00 Sumbangan daripada Zetty Zain Collection 100.00 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 5000.00 Sumbangan daripada Kelab Bola Sepak Eropah 200.00 Cenderahati Perpisahan Guru Besar dan Penolong Kanan 1 1000.00 Kutipan Lawatan ke Melaka 2880.00 Beli Pendingin Hawa untuk Pusat Sumber Sekolah 5440.00 Sumbangan Kem Bestari Solat 2374.00 Bayaran Pemasangan CCTV 3100.00 Sumbangan Gotong-royong KPM 10000.00 Penyelenggaraan Alat Pemadam Api 1000.00 Sumbangan Koperasi Sejatiuntuk murid asnaf 3900.00 Pemasang Banner di Dataran Perdana 520.00 Sumbangan Kelas Pra, Pemulihan 856.00 Baiki Alatan Siaraya 210.00 Sumbangan Kelas Abad ke-21 1061.00 Baik Pulih Bilik SPBT 1300.00 Pulang semula yuran silat 600.00 Gotong-royong Madani 700.00 Kem Kepimpinan Pengawas 350.00 Keceriaan Kelas dan Dapur Prasekolah 425.00 Baiki Peti Ais Prasekolah 230.00 Yuran Penyertaan Bola Baling Peringkat Daerah 250.00 Yuran Penyertaan Olahraga Peringkat Daerah 250.00 PENYATA AKAUN PIBG SK BANDAR SRI DAMANSARA 1 BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023
39 Yuran Penyertaan Ragbi Peringkat Daerah 200.00 Yuran Penyertaan Hoki Peringkat Daerah 200.00 Yuran Penyertaan Silat Peringkat Daerah 595.00 Sukaneka Tahap 1 2414.00 Sukan Sekolah 8712.00 Yuran English in Camp 80.00 Karnival Kokurikulum Sukan & Permainan 3681.00 Pengurusan Pasukan Ragbi (Jersi & Minuman) 2760.00 Yuran KATMO Ragbi B10 200.00 Yuran KATMO Hoki B11 200.00 Lawatan ke Melaka 2880.00 Yuran MSSD Ragbi B12 150.00 Hari Kanak-kanak 3126.00 Kem Bestari Solat 1800.00 Hadiah Plaque (Hari Anugerah Cemerlang 2023) 3372.50 Bayaran alat tulis 600.00 Caj Bank 59.00 PERBELANJAAN 149372.10 BAKI 40976.96 190349.06 190349.06 Disediakan oleh : Disemak oleh : (NUR FAIZURA BINTI MOHD ZALI) (A.ANUSUYA NAIR A/P ATCHUTHAN) Bendahari PIBG 2023/2024 Pemeriksa Kira-Kira Guru SK Bandar Sri Damansara 1 SK Bandar Sri Damansara 1 Disemak oleh : (NOOR ZEHAN BINTI AB RASIP) Pemeriksa Kira-Kira Ibu Bapa SK Bandar Sri Damansara 1
40 USUL DAN CADANGAN MAT PIBG 2023
41 NO. USUL NAMA PENGUSUL NAMA ANAK 1. Pelbagaikan menu makanan di kantin JAWAPAN : Akan dimaklumkan bersama pengusaha kantin tetapi masih tertakluk kepada makanan atau menu yang dibenarkan dan ditetapkan oleh KPM. Arafiah Zandra Hana 2 Aktif 2. 1) Kebersihan sekolah 2) Membina laluan untuk menghantar dan mengambil murid-murid JAWAPAN : 1) Cadangan yang baik. Sama-sama kita realisasikan 2) Perlukan dana atau kewangan. Sekiranya ada NGO atau orang perseorangan amat dialu-alukan. Nurliza Jailuddin Hana Eilysha Alwani Bt Rizal Alwani 3 Azam 3. Mengadakan kelas tambahan bagi murid yang lemah dalam pelajaran JAWAPAN : Panitia akan merancang program untuk murid-murid lemah selain daripada kelas pemulihan sedia ada bagi membantu murid lemah. Rohimah binti Salim Ahmad Zaim bin Mohd Kamaruzzaman 2 Aspirasi
42 4. 1) Kebersihan tandas 2) Membaiki lampu isyarat di hadapan sekolah supaya anak-anak dan ibu bapa dapat menggunakannya dengan selamat JAWAPAN : 1) Pembersihan dilakukan 2 kali sehari iaitu selepas rehat dan selepas balik sekolah, 2) Perlu melibatkan JKR. Pihak sekolah sentiasa prihatin sekiranya mengenai masalah lampu isyarat. Siti Norfarah Ain binti Shikh Fazhel Isabella Nuralysha 2 Arif 5. Mengadakan ‘box stores’ dalam kelas bagi murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menyewa loker kerana beg sekolah murid tahap 2 lebih berat JAWAPAN : Sekiranya murid mengikut jadual waktu, dapat mengurangkan sedikit masalah beg berat. Cadangan juga pastikan beg murid jenis yang ringan. Sharifah Zunairah Syed Zakaria Ainnur Izz Zara binti Mohd Zaidi 4 Amanah 6. Mohon pemakaian jaket pengawas lelaki diwajibkan pada hari isnin sahaja. Pada hari lain persekolahan cukup sekadar uniform kemeja dan bertali leher Aziraliza binti Abdul Rahman Muhammad Luqman Putra bin Khairil Anwar 3 Arif
43 JAWAPAN : Akan dimaklumkan kepada guru pengawas untuk ambil maklum 7. Mengusulkan supaya pibg membuat permohonan untuk mendapatkan peruntukan penyediaan dewan/ bumbung di tapak perhimpunan JAWAPAN : Sedang dalam tindakan PIBG untuk disebarkan kepada pihak-pihak yang boleh membantu Nurul Hafizah Kamaludin Harithah Amani Ridha 2 Amanah 8. Kebersihan tandas JAWAPAN : Pembersihan dilakukan 2 kali sehari iaitu selepas rehat dan selepas balik sekolah, Pihak sekolah akan sentiasa memantau kebersihan tandas. Tarnjit Singh Sidhu Bavisha Kaur 2 Azam 9. Menambahkaikan struktur yang telah rosak dan cat kembali kawasan-kawasan yang telah pudar utk menambah baikkan kecerian suasana sekolah JAWAPAN : Pihak sekolah dan AJK PIBG telah mengambil tindakan Mia Sarah Makarim binti Mahmud Sharifah Naeema Alayna 1 Hijau
44 10. Kehadiran lewat yang terlalu ketat. JAWAPAN : Pihak sekolah perlu mengikut peraturan yang sedia ada untuk memastikan murid datang awal Salimahton Azmah Ali Arsyad Saifuddin 5 Amanah 11. Penting dan perlu untuk murid diberi kerja sekolah setiap hari supaya tidak wujud pembaziran buku tulis mahupun buku aktiviti pada setiap hujung tahun. Sebagai ibu, saya menyokong penuh dan amat bersetuju sekiranya anak saya dibekalkan dgn kerja sekolah agar masa dan tenaga mereka dpt difokuskan utk aktiviti sekolah sahaja sepanjang minggu. JAWAPAN : Kerja sekolah memang dibekalkan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran subjek tertentu. Sekiranya murid sudah menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru, guru akan terus mengutip buku dan menyimpan. Ini bagi mengelakkan isu beg berat. Nur Amalina Muhamad Amir Khairina Uzma 4 Azam
45 PENGHARGAAN YDP dan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Bandar Sri Damansara 1, Encik Mohamad Ilham bin Hanifah, Barisan Penolong Kanan, guru-guru, kakitangan SKBSD1 serta ibu bapa dan penjaga murid-murid SKBSD 1 di atas sokongan, komitmen dan kerjasama bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 2024. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi komitmen kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bandar Sri Damansara 1
46 CATATAN