SIMPANAN
Simpanan ialah wang yang
disimpan di institusi kewangan
seperti bank.
(a) Akaun (b) Akaun (c) Akaun
Simpanan Simpanan Semasa
Tetap
(a) Akaun Simpanan
Akaun simpanan membolehkan seseorang menyimpan wang dan
mengeluarkan wang pada bila-bila masa sahaja,
mengikut had yang ditetapkan.
Kebaikan: .
Penyimpan akan mendapat faedah/ganjaran atas simpanan.
Urusan seperti pemindahan wang, pembayaran bil, permohonan
pinjaman dan semakan baki dalam akaun simpanan boleh dilakukan
atas talian.
Kad ATM (Auto Teller Machine) membantu memudahkan pengeluaran
wang dari mesin ATM pada bila-bila masa.
Keselamatan wang dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia (PIDM).
(b) Akaun Simpanan Tetap *tempoh matang ialah
tempoh wang tersebut
perlu disimpan
1. Akaun simpanan tetap membolehkan seseorang menyimpan
sejumlah wang untuk suatu tempoh tertentu.
2. Jumlah wang simpanan minimum dan tempoh matang
simpanan biasanya ditentukan oleh pihak bank seperti 1, 3, 6, 9
bulan,1 tahun dan sehingga 5 tahun.
3. Jika pengeluaran dilakukan sebelum tempoh matang, faedah
atas simpanan tidak akan diberikan atau nilainya akan berkurang.
4. Pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di bank asal akaun
itu didaftarkan.
(c) Akaun Semasa
1. Penyimpan boleh menggunakan cek, kad atm, perbankan
internet dan telefon untuk mengeluarkan wang dan membuat
sebarang pembayaran.
2. Faedah tidak akan diberikan (tertakluk kepada pihak bank)
sebaliknya dikenakan caj perkhidmatan.
3. Pemegang akaun juga boleh memohon overdraf, iaitu
menggunakan wang yang melebihi jumlah simpanan.
4. Kebiasaannya, akaun semasa digunakan oleh para perniaga
kerana mereka perlu melakukan pembayaran dengan kerap.
Pembayaran tunai dengan jumlah wang yang besar boleh di
gantikan dengan cek supaya lebih selamat.
FAEDAH
Faedah simpanan merupakan ganjaran yang dibayar
oleh institusi kewangan seperti bank kepada
penyimpan.
(a) Faedah (b) Faedah
Mudah Kompaun
(a) Faedah Mudah
• Ganjaran yang diberikan kepada penyimpan mengikut
kadar tertentu ke atas jumlah wang simpanan untuk
tempoh/masa yang tertentu.
I = Prt
I = Faedah (interest)
P = Prinsipal (modal / duit simpanan)
r = Kadar (rate)
t = Tempoh dalam tahun (time)
Contoh:
Hitung faedah mudah yang diterima bagi setiap yang
berikut.
1. RM9 200 disimpan selama 6 bulan pada kadar faedah 3.5%
setiap tahun.
Penyelesaian:
I = Prt I = 9 200 x 3.5 x 6
100 12
I = RM161
Contoh:
Hitung faedah mudah yang diterima bagi setiap yang
berikut.
2. RM206 300 disimpan selama 2 tahun pada kadar faedah 4.5%
setiap tahun.
Penyelesaian:
I = Prt I = 206 300 x 4.5 x 2
100
I = RM18 567
(b) Faedah Kompaun / Nilai Matang
• Faedah yang diterima daripada simpanan asal dan
faedah yang dikumpul setiap tahun, iaitu faedah di atas
faedah. (Faedah yang diterima dilaburkan semula)
MV = P ( 1 + r/n ) nt
MV = Nilai matang (jumlah duit simpanan + faedah)
P = Prinsipal (modal/duit simpanan)
r = Kadar (rate)
n = Bilangan kali faedah dikompaun dalam setahun
t = Tempoh (time)
Contoh:
Hitung jumlah faedah yang diterima jika RM4560 disimpan
selama 18 bulan dengan kadar faedah 3.7% yang dikompaun
setiap bulan.
*12 bulan. MV = P (1 + r/n ) n
tempoh simpanan MV = 4 560 (1 + 0.037/12) 12 x
= 18 bulan MV = RM4 819.82
= 1 tahun 6 bulan
Maka,
t =1 6/12
t =1.5
Faktor perubahan nilai simpanan pada masa
hadapan.
Kadar Faedah
Simpanan dengan kadar faedah yang lebih tinggi dapat
meningkatkan jumlah simpanan dengan lebih banyak.
Kekerapan Pengkompaunan
Simpanan yang dikompaun dengan lebih kerap dapat
meningkatkan jumlah simpanan dengan lebih banyak.
Tempoh Simpanan
Wang yang disimpan dalam tempoh yang lebih lama dapat
meningkatkan jumlah simpanan dengan lebih banyak.
Potensi Risiko, Pulangan dan Kecairan bagi Simpanan
Jenis Akaun Akaun Simpanan
Simpanan Tetap
simpanan Akaun Semasa
Aspek
Potensi risiko Rendah Rendah Rendah
(selamat) (selamat) (Penggunaan cek boleh
*keselamatan
menggantikan tunai)
Kadar Pulangan Rendah Rendah tetapi lebih Tiada
tinggi daripada akaun
*keuntungan
simpanan.
Kecairan Mudah Agak sukar Mudah
(wang dikeluarkan (wang boleh
*kemampuan untuk dikeluarkan melalui
mengeluarkan wang selepas tempoh
matang) atm)
Pelaburan
Salah satu cara untuk mendapatkan keuntungan
daripada simpanan atau pembelian aset.
(a) Saham (b) Amanah (c) Hartanah
Saham
(a) Saham
☺ Pemegang saham akan menerima pulangan
dalam bentuk dividen dan keuntungan modal.
☺ Membawa keuntungan tetapi melibatkan risiko
yang besar
☺ Peningkatan dan penurunan nilai saham
bergantung pada prestasi sesebuah syarikat
(Keuntungan atau Kerugian).
(b) Amanah Saham
Pelaburan saham secara berkelompok yang diuruskan oleh
pengurus profesional.Wang daripada pelabur akan dilaburkan
dalam pelbagai syarikat yang berpotensi untuk mendapat
keuntungan.
Kebaikan pelaburan amanah saham:
• Memerlukan modal yang rendah.
• Pelabur akan menerima dividen dan bonus.
• Risiko yang lebih rendah kerana pelaburan
diuruskan oleh pakar dalam bidang tersebut.
• Kecairan tunai yang mudah.
c) Hartanah
Pelaburan atas aset seperti rumah kediaman, kedai
dan tanah.
Aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur.
Keupayaan Lokasi. Keadaan Prospek
menjana hartanah pada
ekonomi
pendapatan masa akan
(sewa). *Bagi pelabur yang kekurangan datang.
modal atau kemahiran boleh
membuat pelaburan dengan
melabur dalam syarikat yang
menguruskan unit amanah
hartanah
Pulangan Pelaburan
• Keuntungan hasil daripada
pelaburan saham, amanah Simpanan dan
saham dan hartanah. pelaburan
• Nilai pulangan pelaburan PELABUR BANK
(Return Of Investment, ROI)
Pulangan
digunakan untuk menilai
keberuntungan sesuatu
pelaburan.
ROI = Faedah Bersih (jumlah pulangan) x 100
Nilai pelaburan awal
Contoh:
Seorang pelabur membeli sebuah rumah yang bernilai
RM500 000. Dia melakukan pengubahsuaian yang
melibatkan kos sebanyak RM150 000. 2 tahun kemudian,
dia menjual rumah tersebut dengan harga RM1 100 000.
Berapakah nilai pulangan pelaburannya?
ROI = Faedah Bersih (jumlah pulangan) x 100
Nilai pelaburan awal
ROI = 1 100 000 - 500 000 - 150 000 x 100
500 000
ROI = 90%
3 Jenis Bentuk Pulangan
(Pelaburan Saham, Amanah Saham)
(a) Dividen - pengagihan sebahagian keuntungan syarikat yang
akan dibayar kepada setiap pemegang syer pada setiap tahun.
Jumlah dividen = kadar dividen x bilangan unit syer x nilai 1 unit syer (RM)
(b) Bonus - Syer tambahan yang diberikan secara percuma kepada
pemegang saham yang sedia ada.
(c) Keuntungan Modal dapat diperoleh apabila harga syer
meningkat. Prestasi syarikat yang memberangsangkan
mempengaruhi harga syer. Secara tidak langsung memberikan
manfaat kepada pemegang syer.
Contoh Soalan ( Dividen dan Bonus):
Cik Lee mempunyai 2 000 unit syer Syarikat Mutiara Berhad yang
bernilai RM1 seunit. Syarikat tersebut mengisytiharkan dividen
sebanyak 8% dan bonus pada kadar 2:1. Hitung jumlah dividen dan
unit syer bonus yang akan diterima oleh Cik Lee
Penyelesaian
Jumlah dividen = kadar dividen x bilangan unit syer x nilai 1 unit syer (RM)
Jumlah Dividen = 0.08 x 2 000 x 1 Jumlah Syer Bonus = x
Jumlah Dividen = RM160 2/1 = 2 000 / x
x = 1 000 unit
Contoh Soalan ( Dividen dan Keuntungan Modal):
Encik Cheah membeli 1 500 unit syer Syarikat HP Berhad yang bernilai
RM2 seunit. Saham ini diurusniagakan di bursa saham pada harga
RM2.25.Harga Saham ini meningkat ke RM2.75 selepas setahun.
Kemudian,syarikat mengisytiharkan dividen sebanyak 15% kepada
semua pemegang syer.Hitung jumlah dividen dan keuntungan modal
yang akan diterima oleh Encik Cheah.
Penyelesaian
Jumlah dividen=kadar dividen x bilangan unit syer x nilai 1 unit syer (RM)
Jumlah Dividen = 0.15 x 1 500 x 2 Jumlah Keuntungan Modal
Jumlah Dividen = RM450 = (RM2.75 - RM2.00) x 1 500
= RM1 125
2 Jenis Bentuk Pulangan (Pelaburan Hartanah)
(a) Keuntungan modal. (b) Pendapatan Semasa.
Pelabur berpeluang
Kenaikan nilai hartanah memberikan mendapat pendapatan
keuntungan modal kepada pelabur semasa daripada tanah
sekiranya hartanah tersebut dijual. pertanian seperti
Contohnya, penanaman kelapa
sawit, buah durian dan
Kedai X yang bernilai RM650 000 getah serta sewaan
pada lima tahun lalu nilainya rumah atau kedai.
meningkat menjadi RM890 000 pada
tahun ini. Sekiranya kedai X dijual,
pelabur akan mendapat keuntungan
modal sebanyak
RM240 000 (890 000 - 650 000).
Contoh Soalan :
Philip membeli seekar tanah yang berharga RM250 000 sebagai
pelaburan. Hasil usahanya dia memperoleh RM1 300 setiap bulan
selama 5 tahun. Philip kemudiannya menjual tanah tersebut dengan
harga RM425 000. Hitung pulangan pelaburan Philip.
Penyelesaian
1. Pendapatan semasa 2. Keuntungan Modal
= RM1 300 x 12 x 5 = RM425 000 - RM250 000
= RM78 000 = RM175 000
3. Jumlah Pulangan Pelaburan = RM78 000 + RM175 000
= RM253 000
Situasi politik Kualiti pengurusan dan prospek
• harga saham akan meningkat syarikat
jika politik negara stabil. • Harga saham akan meningkat jika
• pelabur ragu ragu untuk syarikat dapat diuruskan dengan
melabur jika politik negara tidak sistematik
stabil. Faktor-faktor yang
mempengaruhi
Lokasi ( bagi hartanah) pulangan pelaburan Keadaan ekonomi negara
• Kedudukan hartanah di lokasi yang • Negara yang aman dan tenteram
strategik seperti berhampiran akan menarik lebih ramai pelabur
dengan pusat bandar raya dari luar untuk melabur dalam
mempunyai harga yang lebih tinggi negara dan seterusnya
berbanding dengan hartanah di menstabilkan dan meningkatkan
kawasan luar bandar. bidang pelaburan negara kita.
Potensi Risiko,Pulangan dan Kecairan bagi Pelaburan
Jenis Pelaburan Saham Amanah Saham Hartanah
Aspek
Tinggi kerana Rendah.Pelaburan Tinggi. Modal yang
Potensi risiko harga saham diuruskan oleh banyak dan komitmen
tidak tetap. yang lama diperlukan
*keselamatan golongan profesional
Kadar Pulangan Tinggi Lebih rendah Tinggi
daripada saham
*keuntungan
Kecairan Mudah. Saham Mudah. Wang boleh Agak sukar untuk
boleh dibeli dan dikeluarkan pada bila- dicairkan. Memerlukan
*kemampuan untuk dijual pada bila- masa yang lama untuk
mengeluarkan wang bila masa mendapatkan pulangan
bila masa
Purata Kos Sesyer bagi Pelaburan Saham
Strategi Strategi pemurataan ini dilakukan
pemurataan supaya kita dapat membeli saham
ialah purata dengan kos purata yang lebih rendah
kos sesyer dan jumlah saham yang dimiliki juga
bagi lebih banyak berbanding dengan
pelaburan pembelian sekali gus dan
saham. mengurangkan risiko kerugian.
Strategi pemurataan :
Kos purata = jumlah pelaburan (RM) /bilangan unit saham yang dimiliki
*contoh m/s 67
Contoh Soalan:
• Susan membeli 1 000 unit syer Syarikat Wood Berhad dengan harga
RM3.25 seunit pada 16 Mac 2018 dan membeli 1 000 unit syer lagi
dengan harga RM3.80 seunit pada 26 Mei 2018. Hitung purata kos
sesyer bagi kesemua syer yang telah dibeli oleh Susan.
Penyelesaian
Kos purata = jumlah pelaburan (RM) /bilangan unit saham yang dimiliki
Purata kos sesyer
= (3.25 x 1 000) + (3.80 x 1 000) / 1 000 + 1000
= 3 250 + 3 800 / 2 000
= RM3.53
Perancangan Simpanan dan Pelaburan
Utamakan simpanan dengan Belajar, selidik dan mendapatkan
kecairan yang mudah. nasihat pakar sebelum membuat
pelaburan.
Tetapkan matlamat yang ingin Jangan membuat keputusan yang
dicapai. terburu-buru.
Kenal pasti kemampuan diri sendiri Lindungi simpanan dan pelaburan
(pendapatan bulanan, bagaimana jika berlaku kebakaran atau
untuk menjana pendapatan masalah kesihatan diri.
tambahan)
Berjimat - cermat Sentiasa Konsisten
Jenis Pinjaman
Pinjaman Segera • Kredit • Hutang
Ditawarkan kepada peminjam yang Wang Wang yang
yang telah
tidak mempunyai rekod bayaran yang boleh
dipinjam. dipinjam tapi
baik tetapi memerlukan wang dengan belum habis
segera. dibayar
Permohonan dan kelulusan yang balik.
mudah dan pantas.
Tempoh maksimum bayaran balik ialah
30 hari (Dicaj selepas tempoh
tersebut.)
Kad Kredit
Satu kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan
atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.
Kelebihan Kekurangan
Tidak perlu membawa tunai yang Berbelanja lebih daripada
banyak. sepatutnya.
Kemudahan membeli barangan dan Sesetengah kedai tidak menerima
perkhidmatan atas talian. pembayaran melalui kad kredit.
Kaedah pembayaran yang mudah Jumlah hutang akan semakin
dan cekap. meningkat kerana dibebankan
dengan caj-caj.
Sistem ganjaran dalam bentuk rebat Jumlah pendapatan dan simpanan
tunai atau penebusan mata. masa hadapan akan berkurangan.
Kelayakkan memiliki kad kredit.
• Pendapatan minimum ialah RM24 000 setahun.
• Had umur minimum ialah 21 tahun.
• Perlu mempunyai penyata slip gaji atau dokumen
sokongan.
*Pengguna kad kredit perlulah mematuhi tanggungjawab sebagai seorang
pengguna seperti menandatangani kad kredit sebaik sahaja diterima,menjaga
kad kredit dengan baik, tidak memberikan butir butir kad kredit kepada orang
lain,hafal nombor pin kad kredit dan semak urus niaga kad kredit setiap bulan.
Sistem Ganjaran
Pengguna akan memperoleh satu mata ganjaran bagi
setiap ringgit yang dibelanjakan.
Sesetengah pengeluar kad memberikan mata ganjaran berganda
bagi perbelanjaan yang dibuat di luar negara.
Mata ganjaran terkumpul yang tertentu boleh menebus hadiah
atau perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ganjaran lain = pulangan wang tunai bagi urus niaga di stesen
minyak dan diskaun atau perkhidmatan.
Caj-caj Lazim Kad Kredit
Yuran Penyertaan Sesetengah kad mengeluarkan bayaran ini .Yuran adalah
dan Yuran Tahunan berbeza-beza mengikut pengeluar kad.
Yuran Kad Baharu Caj akan dikenakan bagi sebarang pemohonan kad baharu
disebabkan kes kehilangan, kecurian atau kad rosak.
Yuran Pengeluaran wang tunai ini akan dikenakan caj, iaitu 18%
Pendahuluan setahun atau 1.5% sebulan bagi baki jumlah pendahuluan
Wang Tunai wang tunai yang dikira mengikut bilangan hari.
Caj Kadar Faedah Dikenakan sekiranya ada bayaran tertunggak yang belum
dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Caj Bayaran Lewat Dikenakan sekiranya gagal menjelaskan Caj kadar faedah
dalam tempoh yang ditetapkan. Caj 1% akan dikenakan.
Caj Urusniaga Dikenakan apabila menggunakan kad kredit di luar negara.
Antarabangsa
Caj kadar faedah bergantung kepada
rekod bayaran pemegang kad:
a) 1.25% bulanan atau 15% setahun bagi mereka yang
melakukan pembayaran tanpa lewat selama 12 bulan
berturut-turut.
b) 1.42% bulanan atau 17% setahun bagi mereka yang
melakukan pembayaran tanpa lewat selama 10 - 12
bulan dalam 12 bulan.
c) 1.5% bulanan atau 18% setahun bagi mereka yang
bukan dalam kategori di atas.
Aspek Keselamatan
• Pemberitahuan Transaksi melalui sistem pesanan
ringkas(SMS) selepas sesuatu transaksi dilakukan.
• Pengesahan nombor pengesahan peribadi
(nombor pin) untuk semua transaksi kad kredit.
Transaksi = Pengeluaran/Pembayaran
Pembayaran Kad Kredit
Pihak pengeluar kad kredit akan memberikan penyata bulanan
kad kredit yang menyenaraikan semua perbelanjaan dan caj-caj
yang terlibat. (boleh diakses pada telefon pintar melalui aplikasi
yang disediakan)
Pembayaran boleh dibuat di cawangan pengeluar kad kredit
ataupun secara atas talian.
Pihak pengeluar kad kredit juga menawarkan pembiayaan
minimum kad kredit iaitu 5% daripada baki terkini atau
RM25,mengikut mana-mana yang lebih tinggi
1)Dibayar dalam tempoh yang Tiada caj yang dikenakan
ditetapkan
2) Hanya membuat Caj kadar faedah x (baki - bayaran minimum) / 12
pembiayaan minimum dan baki
terkini kad(perbelanjaan) masih sehingga bayaran penuh dibuat
di bawah had kredit maksimum
3)Hanya membuat pembiayaan Jumlah lebihan had kredit + caj kadar faedah x
minimum , tetapi baki terkini (baki - bayaran minimum) / 12
kad (perbelanjaan) sudah
melebihi kad kredit maksimum. sehingga bayaran penuh dibuat
4)Gagal membuat pembayaran Caj kadar faedah x (baki - bayaran minimum) +
Caj bayaran lewat + jumlah lebihan had
*jika masih gagal untuk kredit(sekiranya ada)
membuat bayaran,tindakan
undang undang akan diambil. sehingga pembayaran penuh dibuat.
Contoh soalan : Bayaran Minimum
Hitung bayaran a) Bayaran minimum = 5% x 75
minimum bagi kad = 3.75
kredit dengan baki
berikut. *Tetapi bayaran minimum yang
ditetapkan ialah RM25. Maka,bayaran
a)RM75 minimum ialah RM25.
b)860
b)Bayaran minimum = 5% x 860
= 43
*pembiayaan minimum kad kredit ialah 5% *Maka,bayaran minimum ialah RM43.
daripada baki terkini atau RM25,mengikut
mana mana yang lebih tinggi
Contoh Caj kadar faedah x (baki - bayaran minimum) / 12
Haizi mempunyai baki Bayaran minimum = 5% x 580
tertunggak kad kredit = 29
sebanyak RM580. Dia
hanya membuat bayaran Baki tertunggak = 580 - 29
minimum pada bulan ini. = 551
Berapakah bayaran yang
perlu dibuat pada bulan Caj Kadar faedah = 18% x 551 / 12
hadapan sekiranya dia = 8.27
baru sahaja menggunakan
kad kredit itu. Bayaran bulan hadapan = 551 + 8.27
= RM559.27
Caj kadar faedah=18% setahun(kategori c) (slide 36)
Contoh Caj bayaran lewat
= 1% x 1 990
• Sam membeli barangan = 19.90
perkakasan rumah yang berharga
RM1 990 dengan menggunakan Faedah atas baki
kad kredit. Disebabkan masalah = 15% x 1990 / 12
kewangan, dia tidak dapat = 24.88
membayar hutang tersebut dalam
tempoh tanpa caj (20hari). Hitung Bayaran bulan hadapan
bayaran kad kredit yang perlu = 1990 + 19.90 + 24.88
dijelaskan pada bulan hadapan, = RM2034.78
Diberi Sam mempunyai rekod
bayaran yang baik sepanjang 12
bulan berturut-turut.
caj kadar faedah =15% setahun(kategori a) (slide 36)
Contoh
Encil Lai membawa keluarganya ke Universal Studio semasa
cuti sekolah. Dia membayar tiket masuk menggunakan kad
kredit. Pertukaran wang pada masa itu ialah SGD1 = RM2.95
dan kadar faedah yang dikenakan ialah 3.9%. Jika harga
kesemua tiket ialah SGD264, hitung jumlah yang perlu
dibayar oleh Encik Lai dalam Ringgit Malaysia.
Jumlah faedah pada kad kredit = SGD264 x 0.039 x 2.95 *Pertukaran mata
= RM30.37
wang akan berlaku
Jumlah yang perlu dibayar = (SGD264 x 2.95) + RM30.37 secara automatik
= RM809.17 berserta faedah
yang akan dicaj
bersama ketika
menggunakan kad
kredit di luar
negara.
Panduan menggunakan kad kredit dengan
bijak.
• Pilih 1 kad kredit sahaja yang paling sesuai.
• Gunakan apabila diperlukan sahaja.
• Buat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
• Usahakan untuk membuat pembayaran penuh
daripada membuat pembayaran minimum.
• Elakkan menggunakan kad kredit sehingga
maksimum.
• Buat rekod bagi setiap perbelanjaan yang dibuat.
Kemudian semak dengan penyata dari pihak bank untuk
mengelakkan sebarang kesilapan.
• Jangan kongsikan maklumat berkaitan kad.
Perbaharui nombor pin secara berkala.
• Bagi pembayaran atas talian, gunakan kad kredit di laman
sesawang yang boleh dipercayai sahaja. Alamat laman
sesawang haruslah bermula dengan https://.
• Segera melaporkan kepada pihak pengeluar kad sekiranya
berlaku kehilangan atau kecurian kad.
• Dapatkan nasihat kewangan untuk menguruskan hutang
Hutang
Pinjaman daripada institusi kewangan yang perlu dibayar
secara berperingkat dalam tempoh yang ditetapkan berserta
dengan faedah.
Hutang Baik Hutang Buruk
Menambah baik nilai Membeli barang yang
kewangan serta membantu susut nilainya atau
mengembangkan simpanan. hutang kad kredit
Contohnya,pinjaman yang bertimbun.
pendidikan dan pinjaman
untuk pelaburan.
Pembayaran balik Pinjaman
Setiap pinjaman akan dikenakan faedah ke atas pinjaman dari
tarikh pinjaman itu dilakukan.
Dua jenis kaedah pengiraan faedah pinjaman
Faedah Sama Rata Faedah atas baki
Jumlah faedah setiap bulan
yang dikenakan bergantung
kepada jumlah baki pinjaman
bulan tersebut.
contoh:m/s 79
Faedah sama rata
Kadar faedah akan dikira pada jumlah pinjaman asal
sepanjang tempoh pinjaman. Jadi jumlah faedah yang
dikenakan setiap bulan adalah tetap.
A = P + Prt
A = Jumlah bayaran balik (ansuran bulanan)
P = Prinsipal
r = kadar (rate)
t = tempoh (time)
Contoh A=P+P t
Ganesh membeli sebuah Baki belum dibayar
televisyen yang berharga = 3 200 - 500
RM3 200 melalui satu = 2 700
pelan ansuran. Dia
membayar RM500 sebagai Jumlah bayaran balik,A
wang pendahuluan dan = 2 700 + (2 700 x x 6/12)
selebihnya melalui ansuran = 2 700 + 67.50
selama 6 bulan. Jika kadar = 2767.50
faedah yang dikenakan Ansuran Bulanan
ialah 5%setahun, hitung = 2767.50/6
bayaran ansuran bulanan. = RM461.25