258 16 22
1
Panduan QR kod Cari halaman yang mengandungi ikon berikut 2 Langkah 2 Panduan Jawapan Elemen AR Muat turun aplikasi pembaca QR secara percuma sama ada dari App Store atau Play Store 1 Langkah 1 Panduan Kod QR pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk mengetahui kandungan kod QR 3 1Langkah 3 Muat turun aplikasi Ativive secara percuma sama ada dari App Store atau Play StoreKemudian, imbas imej 1 Langkah Cari halaman yang mengandungi ikon seperti contoh dibawah 2 Langkah 2 Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk menikmati animasi Argumented Reality (AR) 3 Langkah 3 Imbas untuk video pemasangan AutoCAD 2 Penerangan melalui video? Imbas kod QR ini
Jawapan Jawapan disediakan pada akhir bab pengajaran 1 Langkah 1 Cari halaman yang mengandungi ikon berikut Jawapan akan diberikan dalam bentuk QR dan penilaian akan dijalankan 2 Langkah 2 Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk Semak jawapan yang diberikan selepas menjawab 3
4
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 1, pelajar dapat; i. Menjelaskan sistem AutoCAD dengan terperinci. ii. Menerangkan cara penggunaan aplikasi perisian AutoCAD dengan melakukan kerja-kerja penghasilan lukisan perincian yang sistematik. 5
PENERANGAN AutoCAD merupakan satu perisian dalam alat terbantu computer yang dapat melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan lukisan masa kini. CAD bermaksud Computer Aided Design. Ia merupakan satu perisian yang digunakan untuk membantu memudahkan kerja-kerja melukis. Ia mempunyai pelbagai ciri-ciri keistimewaan dimana sesuatu lukisan dapat direkabentuk dan diubahsuai dari satu garisan hingga kepada bentuk sebuah acuan yang lengkap dengan ukuran, simbol-simbol dan keratan pemotongan dari pandangan 2 dimensi (2D) hingga ke 3 dimensi (3D) model padu (solid). AutoCAD adalah merupakan satu perisian dalam alat terbantu computer yang dapat melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan lukisan kejuruteraan masa kini. Untuk menjadi seorang pelukis AutoCAD yang mahir, seseorang perlu ada sifat sabar, tekun dan rajin berusaha berterusan. Justeru itu, perlu bagi seorang pelukis melakukan latihan demi latihan bagi memahami dan memahirkan diri dengan pelbagai arahan serta konsep pengendalian AutoCAD yang mudah, cepat dan penghasilan lukisan yang berkualiti. Lukisan AutoCAD telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang kejuruteraan antaranya, Kejuruteraan Jentera, Elektrikal, Elektronik dan lain-lain lagi. Perisian AutoCAD telah menyediakan pelbagai keistimewaan butang arahan terutama bagi mencipta objek yang susah dan rumit. Menurut sejarah, perisian AutoCAD ini telah pun lama wujud. Syarikat Autodesk Amerika Syarikat telah berkali-kali membuat percubaan bagi mencapai tahap yang terbaik. Bermula dengan sistem operasi DOS, AutoCAD Release 10 telah digunakan, ia tertumpu kepada penggunaan arahan menu skrin dan arahan tetingkap. Ia kemudian ditingkatkan kepada Relese 11 hingga 13. Apabila kegunaan ‘Windows’ diperkenalkan, Release 13 ini diperbaharui mengikut kesesuaian windows dimana banyak arahan Tool Bar ditambah. ALATAN (HARDWARE) 1) Monitor Monitor merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan maklumat berbentuk aksara dan/atau imej yang diam mahupun bergerak, janaan komputer dan diproseskan kad grafik kepada pengguna dan Saiz terbaik ialah 17 inci ke atas dengan paparan warna 256. Imbas untuk video pemasangan aplikasi AutoCAD 6
2) CPU (Central Processing Unit) Digunakan untuk memproses semua data yang dimasukkan dari peranti masukan seperti tetikus dan papan kekunci (keyboard). Terdapat 3 bahagian utama CPU iaitu: i. Papan Induk Ia terdiri daripada papan litar elektronik dan perisian yang sesuai ialah ‘Pentium III’ atau ‘Pentium V’ yang dilengkapi paparan 100 @ 200 MB Hard Disk. Ia dapat menghasilkan kepantasan membaca maklumat serta mengambil semula maklumat. Ia juga menyediakan beberapa pemilihan warna grafik seperti 256 colour. ii. Prosesor Merupakan bahagian unit pemprosesan segala maklumat dan pemilihan hendaklah mempunyai keupayaan memproses kelajuan yang tinggi disyorkan 200Mhz atau lebih. iii. Memori Tempat penghantaran memori atau pertukaran segala maklumat yang dihantar ke skrin komputer bergantung kepada keupayaan Ram yang digunakan. Semakin tinggi Ram yang digunakan semangkin cepat sesuatu arahan itu dibaca dan dikeluarkan di skrin komputer. Adalah disyorkan penggunaan Ram 64 MB atau lebih untuk perisian AutoCAD. 3) Papan Kekunci (Keyboard) Untuk memberi arahan atau memberi sesuatu nilai pada sesuatu objek yang dilukis dengan menaip atau menekan butang tertentu contoh butang F8 untuk meluruskan garisan 90° atau 180° dan lain-lain kegunaannya. 4) Tetikus (Mouse) Terdapat pelbagai bentuk dan kegunaan antaranya:- Butang 1 adalah untuk memilih semua butang arahan pada skrin atau untuk menentukan titik pada skrin. Butang 2 adalah untuk ‘enter’ atau mengeluarkan arahan lain seperti ‘Undo’, ‘Move’ dan sebaginya. 7
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 2, pelajar dapat; i. Menjelaskan fungsi dan simbol dengan betul. ii. Menterjemahkan simbol dalam bentuk lukisan dengan terperinci. 8
PENGENALAN KEPADA SIMBOL Ikon-ikon simbol yang terdapat pada paparan baris simbol di bahagian atas perisian AutoCAD mempunyai pelbagai maksud dan fungsi untuk mengoptimumkan penggunaan perisian AutoCAD. Hasil daripada pembelajaran berkaitan simbol-simbol yang terdapat pada baris simbol AutoCAD dapat memberikan pengguna keupayaan untuk melakar lukisan pada pandangan 2 dimensi (2D) hingga ke 3 dimensi (3D) model padu (solid). Simbol-simbol dalam bar perisian AutoCAD a) Standard Toolbar New : Simbol untuk Membuka fail baru Open : Simbol untuk membuka fail AutoCAD yang sudah ada. Save : Simbol untuk menyimpan fail yang telah dibuat Save as : Simbol untuk menyimpan fail ke new folder. Open from web & Mobile : Buka lukisan sedia ada daripada web autocad dan telepon Save to web & mobile : Simpan lukisan semasa ke Autocad & telepon Plot : Cetak lukisan ke plotter, pencetak atau fail Undo : Arahan membaca patah balik arahan Redo : Membaca semula arahan hadapan New Open Save as Save Undo as Plot Save to web & mobile Open from web & Mobile Undo as 9
b) Simbol Drawing Line : Membuat garisan pendek, panjang, menegak, melintang, Poliline : Membuat garisan berangkai dan putus bila arahan enter dan untuk 3D circle : Membuat bentuk bulatan dan boleh disetkan saiz yang diperlukan Arc : Membuat lengkok dengan klik 3 poin pada sebarang tempat Rectangle : Membuat bentuk segiempat pelbagai saiz yang dikehendaki Center : Membuat pelbagai bentuk elips menggunkan titik tengah. Hatch : Membuat garisan keratan bagi bagi kawasan pemotongan Line Circle Center Arc Polyline Rectangle Hatch Imbas untuk video asas melukis lukisan 10
c) Simbol Modify Move : Menggerakkan objek pada jarak tertentu ke arah yang ditentukan Copy : Membuat salinan objek jarak tertentu dalam arah tertentu. Stretch : Melakar objek yang dilintasi oleh tetingkap pilihan atau poligon Rotate : Memutar objek di sekeliling titik asas Mirror : Mencipta salinan cermin objek yang dipilih Scale : Membesarkan atau mengurangkan objek yang dipilih, mengekalkan perkadaran objek yang sama selepas penskalaan Trim : Membuat pemotongan objek untuk memenuhi tepi objek lain Fillet : membuat Bulatan dan isikan tepi objek Array : Mengedarkan salinan objek ke dalam mana gabungan baris atau lajur Erase : Mengeluarkan objek daripada lukisan Explode : Memecahkan objek majmuk kepada objek komponennya Offset : Mencipta bulatan sepusat, garis selari dan lengkung selari Move Copy Rotate Stretch Mirror Scale Trim Fillet Array Erase Explode Offset Imbas untuk video modify lukisan 11
d) Simbol Annotation Text : Menghasilkan tulisan Dimension : Mencipta pelbagai jenis dimensi dalam satu arahan sesi. Linear : Mencipta dimensi linear Leader : Mencipta objek multileader Table : Mencipta objek jadual kosong e) Simbol Layers Layer properties : mengendalikan lapisan dan sifat lapisan Model Front : Menyediakan pilihan lapisan dan tetapan lapisan yang ditakrifkan dalam lukisan untuk membuat lapisan Make Current : Menetapkan lapisan semasa kepada objek yang dipilih Match Layer : Menukar lapisan objek yang dipilih agar sepadan dengan lapisan Destinasi Imbas untuk video lukisan Annotation Imbas untuk video lukisan Layers Linear Leader Text Dimension Table Make Current Model Front Layer properties Match Layer 12
f) Simbol Block Insert Block : Memasukkan blok atau lukisan ke dalam lukisan semasa Create : Mencipta definisi blok daripada objek yang dipilih Block Editor : Membuka definisi blok dalam Editor Blok Single : Mengedit atribut dalam rujukan blok g) simbol Properties Match Properties : Menggunakan sifat objek yang dipilih pada objek lain Object colour : Menyediakan pilihan warna atau menukar warna objek yang dipilih Lineweight : Menyediakan pilihan pemberat garisan atau menukar pemberat garisan objek yang dipilih Linetype : Menyediakan pilihan jenis baris atau menukar jenis baris objek yang dipilih Single Insert Block Block Editor Create Linetype Lineweight Object colour Match Properties 13
h) Simbol Groups Group : Mencipta sekumpulan objek Ungroup : Menyahkumpulan kumpulan Group edit : Menambah atau mengalih keluar objek daripada kumpulan Group Selection onn/off : Menghidupkan dan mematikan pemilihan kumpulan i) Simbol Utilities Measure : Memaparkan ukuran geometri berhampiran cursor dalam paparan pelan 2D Model Front : Mencipta set pilihan berdasarkan kriteria penapisan Make Current : Memilih semua objek sama ada ruang model atau susun atur semasa, kecuali objek pada lapisan beku atau berkunci Calculator : Arahan aplikasi kalkulator Group Selection onn/off Group edit Ungroup Group Calculator Make Current Model Front Measure 14
j) Simbol Clipboard Paste : Meletakkan objek dari Papan Klip ke dalam lukisan semasa Cut : Menyalin objek yang dipilih ke Papan Klip dan mengeluarkannya daripada lukisan Copy clip : Menyalin objek yang dipilih ke Papan Klip k) Simbol View Base : Mencipta paparan asas daripada model ruang atau model Autodesk Inventor. Copy clip Cut Paste Base 15
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 3, pelajar dapat; i. Menerangkan operasi lukisan lakaran objek dengan tepat. ii. Menjalankan operasi lakaran lukisan objek dengan betul. iii. Membezakan lukisan yang digunakan dalam melakar lukisan objek dengan terperinci. 16
PENDAHULUAN Operasi lukisan Lakaran objek adalah menggabungkan semua fungsi simbol yang telah dipelajari pada unit sebelumnya dengan dimulakan dengan mewujudkan garisan sehingga ke dimensi pada lakaran. Rajah-rajah dibawah menunjukkan sebuah lakaran yang dilukis dengan menggunakan pelbagai simbol dalam cici-ciri AutoCAD. Sebuah video panduan operasi lukisan lakaran projek dilampirkan bagi menunjukkan langkah kerja untuk melukis lakaran ataupun lukisan menggunakan perisian AutoCAD. a) Lukisan Title Blok Title Blok mengandungi maklumat asas seperti nama tajuk lukisan, nama, keperluan kemasan, penghurufan dan tarikh. Selain itu, Title block juga mengandungi maklumat teknikal lain, seperti skala lukisan, piawaian yang digunakan untuk dimensi dan toleransi. Imbas untuk Video Langkah kerja 17
b) Lukisan Isometrik Lukisan Isometri ialah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D). Isometri berbeza dengan ortografik kerana ia menunjukkan sesuatu lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D). Manakala, ortografik pula menunjukkan lukisan dalam bentuk dua dimensi (2D) sahaja. Paksi isometri ialah kedudukan dimana bongkah isometri akan dilukis. Paksi isometri secara asasnya melibatkan panjang, lebar dan kedalaman. Imbas untuk Video Langkah kerja 18
c) Lukisan 2D Lukisan 2D adalah dalam satah Cartesan 2 paksi iaitu paksi-x dan paksi-y. Lukisan 2D yang banyak digunakan adalah dalam bentuk lukisan unjuran ortografik. Garisan penglihatan dari mata pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang kepada satah unjuran. Imbas untuk Video pendek Lukisan objek Imbas untuk Semak Langkah kerja lebih terperinci 19
d) Lukisan ortografik Lukisan ortografik adalah lukisan yang menggunakan dua atau lebih pandangan untuk penyampaian maklumat dan penghuraian yang terperinci berkenaan dengan bentuk objek yang dilukis. Lukisan ortografik bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang tepat melalui pandangannya supaya objek yang dilukis dapat dihasilkan dengan sempurna. Pandangan Ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan melalui pandangan-pandangan yang boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar. Terdapat tiga arah pandangan, iaitu Pandangan atas (pelan), Pandangan depan (hadapan), Pandangan sisi (samping). Imbas untuk Video pendek lukisan Ortografik Imbas untuk Semak Langkah kerja lebih terperinci 20
21
LATIHAN KENDIRI Rajah dibawah menjukkan sebuah blok sepana yang harus dilukis menggunakan perisian AutoCAD dengan menggunakan lakaran yang diterangkan dalam penerangan di atas. Pelajar dikehendaki untuk melakar semula lakaran dibawah menggunakan dimensi yang diberikan. Imbas untuk Semak jawapan 22
ARAHAN: Sila Jawab semua soalan yang diberikan 1) Apakah nama penuh bagi singkatan CAD ? A. Computer Anima on Design B. Computer Aided Drawing C. Computer Aided Design D. Computer And Design 2) Terdapat 3 jenis alatan (Hardware) yang digunakan untuk sistem autoCAD kecuali?. A. Tetikus B. Monitor C. Keyboard D. Projector 3) AutoCAD hanya boleh mereka lukisan 2 Dimensi sahaja. Kenyataan diatas benar atau salah A. Benar B. Salah 4) Perisian CAD dapat membantu manusia dalam menyelesaikan masalah berkaitan reka bentuk. Pilih kenyataan yang Salah berkaitan perisian CAD. A. Mentafsir objek 2D dan menggantikan ke objek 3D B. Menyelesaikan masalah kerana ketidakamampuan manual pembuatan C. Tidak dapat memindahkan file antara perisian D. Terdiri daripada 2 kategori iaitu 2D dan 3D 5) Apakah yang dimaksudkan dengan AutoCAD ? A. Suatu aplikasi gambar teknik yang digunakan untuk menggambar tenik B. Suatu aplikasi komputer yang digunakan untuk mereka atau menyusun model dalam bentuk 2D dan 3D C. Suatu alat yang digunakan untuk menggambar teknik dikomputer D. Suatu aplikasi komputer yang digunakan untuk melukis gambar kerja teknik 6) Line merupakan salah satu arahan melukis dalam AutoCAD yang berfungsi untuk A. Membuat objek dengan garis lurus B. Membuat objek dengan garis menyatu C. Membuat objek dengan garis lurus berganda D. Membuat objek dengan garis melengkung 23
7) Arahan Arc digunakan untuk membina lengkung atau bahagian bulatan menggunakan arahan 3k ( 3 Points ). Kenyataan diatas adalah benar atau tidak? A. Benar B. Tidak 8) Gambar diatas menunjukkan simbol untuk? A. Pan B. Copy C. Move D. Rectangle 9) Apakah fungsi utama bagi arahan offset dalam AutoCAD ? A. Menghasilkan objek yang banyak B. Menghasilkan lengkuk di bahagian bucu C. Menghasilkan objek yang sama pada jarak tertentu dari objek asal D. Memadam 2 garisan secara serentak 10) Berikut merupakan simbol arahan untuk melukis........... A. Jejari B. Bulatan C. Dimensi D. Elips 11) Terdapat 2 teknik menulis bentuk huruf yang mengikut piawaian iaitu.... A. Lurus dan condong B. Tegak dan condong C. Mendatar dan tegak D. Lurus dan mendatar 24
12) Lukisan isometri akan memperlihatkan 3 jenis pandangan iaitu A. Bawah , atas , Kiri B. Kiri , Kanan , Pelan C. Pelan, Hadapan, Sisi D. Hadapan, kiri , Kanan 13) Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam dua unjuran sudut iaitu A. Sudut pertama dan sudut Kedua B. Sudut pertama dan sudut ketga C. Sudut kedua dan ketiga D. Sudut kedua dan keempat 14) Berdasarkan penyataan diatas, adakah benar ataupun tidak ? A. Benar B. Tidak 15) Arahan melukis objek atau ”draw” digunakan untuk melukis A. Lorekan B. Bulatan C. Dimensi D. Fillet 16) Merujuk gambarajah diatas, apakah kegunaan ikon tersebut ? A. Melukis penjuru B. Melukis segiempat C. Melukis bucu D. Memotong garisan pada bahagian bucu Penghurufan seragam dari segi saiz, tinggi, lebar dan jarak penting dalam menyiapkan butiran lukisan kejuruteraan. 25
17) Lukisan terbantu komputer membolehkan lukisan teknikal yang dihasilkan lebih tepat dan lebih berkuali . A. Ya B. Tidak 18) Title Blok mengandungi maklumat asas seperti? I. Skala lukisan II. Nama III. Tarikh IV. Tajuk A. SEMUA DI ATAS B. I, II, III C. II,III,IV D. I, III,IV 19) Apakah fungsi simbol save dalam perisian AutoCAD? A. Simbol untuk Membuka fail baru B. Simbol untuk membuka fail AutoCAD yang sudah ada. C. Simbol untuk menyimpan fail yang telah dibuat D. Simbol untuk menyimpan fail ke new folder. 20) Layer properties digunakan untuk? A. mengendalikan lapisan dan sifat lapisan B. Menyediakan pilihan lapisan dan tetapan lapisan yang C. ditakrifkan dalam lukisan untuk membuat lapisan D. Menggunakan sifat objek yang dipilih pada objek lain E. Menyediakan pilihan warna atau menukar warna objek yang dipilih Imbas untuk Semak jawapan 26