Teks Pengacaraan MAKES 2022
** TAKLIMAT RINGKAS PROGRAM **
• PASTIKAN H/PHONE ” MODE SENYAP ”
MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN, UNTUK MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI,
SEMUA DIMINTA BERDIRI KETIKA TETAMU KEHORMAT BESERTA BARISAN PENTADBIRAN DAN
PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH BERARAK MASUK KE DEWAN. SELEPAS ITU, PARA HADIRIN
DIMINTA UNTUK TERUS BERDIRI BAGI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU SABAH TANAH AIRKU
DAN LAGU SEKOLAH.
TERIMA KASIH.
a) Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Adnan Bin Husin (Ketua Eksekutif Majlis
Perarakan Peperiksaan Malaysia) dan Yang Berusaha Pn Tah Nia Binti Hj Jaman (Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah)
masuk
Para hadirin sekalian di minta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dan lagu
b) SABAH TANAH AIRKU.
NYANYIAN
(Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku)
Para Hadirin dipersilakan duduk
1
Salam sejahtera kami ucapkan,
Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
Bismillahirahmanirahmanirrahim alhamdulillahi rabb al-alamiin wassolatu wasala mu ‘ala
‘asrofil anbiyaa e walmursalin, wa’alaa aaa lihi wasohbihi ajmaeeen.
Rabbishrohli sodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan minlisaani yafqohuu qauli…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam JPN Sabah ‘Sepakat Sabah Hebat’, salam PPD
Beaufort the Great ‘Bersama Melakar Kegemilangan’, salam SMK Kota Klias ‘We Stand
Together Towards Excellence’ dan Salam Kemerdekaan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’
1.YBrs Tuan Adnan bin Husin
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksan Malaysia
c) 2.YBrs Tuan Badrul Hisham bin Abdullah
Timbalan Ketua Eksekutif 2 Majlis Peperiksaan Malaysia
Greetings
&Salutation 3.YBrs Puan Tah nia binti Hj. Jaman
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
4. Yang Berusaha Pn. Siti Hamni binti Hashim
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
Jabatan pendidikan negeri Sabah
5.Yang Berusaha Tuan Budreh bin Haji Ahmad Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort
Timbalan - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort
6. Ketua-ketua penolong pengarah dan pegawai-pegawai jabatan Negeri Sabah
7. Timbalan-timbalan pegawai Pendidikan daerah Beaufort dan pegawai-pegawai SiP Pejabat
Pendidikan Beaufort.
6.Yang Berusaha Tn Hj. Harith bin Hj. Ideris
Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort
8.Yang dihormati pengetua-pengetua SMK daerah Beaufort
7.Yang Dihormati En. Bastin bin Muslim
Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kota Klias, Beaufort
2
Yang Dihormati Penolong - Penolang Kanan dan Ketua - Ketua Bidang dan guru-guru SMK
Kota Klias, Beaufort
9.Para Ibu Bapa Pelajar
10.Mantan Pelajar Calon STPM 2021.
Pelajar-pelajart tingkatan 6 semester 1 dan 2 dan seterusnya hadirin dan hadirat yang
dihormati..
d) Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Ucapan Girang rasa tidak terperi,
selamat Bertemu tuan yang baik budi
datang
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-Nya,
membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.
Majlis berbesar hati mengucapkan selamat datang ke Majlis Apresiasi Pelajar Terbaik
Kebangsaan, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2021 pada hari ini
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
e) Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan adik Azizi Fahmi Bin
Bacaan Doa Aliman, Pelajar Tingkatan 6 SMK Kota Klias, untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Semoga doa yang dipanjatkan tadi diberkati dan diperkenankan Allah hendaknya.
Majlis mengucapkan terima kasih.
f) Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
3
Ucapan Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Alu-aluan Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
(Pengetua) Hadirin dan Hadirat sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan diungkap dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Budreh Haji Ahmad,
Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis mempersilakan
(Ucapan Pengetua)
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Ucapan Duduk sekawan si burung unta,
Pengarah Tepi keramat di waktu malam;
JPN SAbah Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat pemanis kalam.
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang berusaha Pn Tah Nia Hj Jaman Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan
Majlis mempersilakan.
(Ucapan Pengarah JPN Sabah)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Tah Nia Hj Jaman, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah atas ucapan yang disampaikan tadi.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Ucapan Kalau tuan pikat kenari
Ketua Jangan patahkan batang Jerami
Eksekutif Kepada tuan mandat diberi
MPM Mohon disempurnakan majlis kami
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan
Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Adnan Husin
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya
menyempurnakan Majlis Apresiasi Pelajar Terbaik Kebangsaan, STPM 2021
Dengan segala hormatnya dipersilakan
4
(UCAPAN Ket Eksekutif MPM)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Adnan Bin Husin,
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia atas ucapan beliau sebentar tadi dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Apresiasi Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2021
Sebagai makluman hadirin dan hadirat, kulintangan yang menarik sebentar tadi telah
dipersembahkan oleh ahli alumni
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung
Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian sijil kecemerlangan STPM
2021.
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
1.YBrs Tuan Adnan bin Husin
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksan Malaysia
2.YBrs Tuan Badrul Hisham bin Abdullah
Timbalan Ketua Eksekutif 2 Majlis Peperiksaan Malaysia
3.YBrs Puan Tah nia binti Hj. Jaman
Penyampaian Pengarah
Anugerah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
4. Yang Berusaha Pn. Siti Hamni binti Hashim
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
Jabatan pendidikan negeri Sabah
5.Yang Berusaha Tuan Budreh bin Haji Ahmad Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort
6.Yang Berusaha Tn Hj. Harith bin Hj. Ideris
Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort
Untuk naik kepentas bagi menyempurnakan upacara
Kita mulakan dengan penyampaian sijil bagi pencapaian 100% lulus diikuti dengan
penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred
Keseluruhan 4.00 dalam peperiksaan STPM 2021.
5
Dengan ini, majlis menjemput Puan
100% lulus (pengetua)
Pelajar mendapat 4.00
Pelajar terbaik kebangsaan (sijil dan plak)
Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput Yang Berusaha, Tuan Budreh, Pengetua SMK
Kota Klias bagi menyampaikan cenderahati kepada
Cenderahati Yang Berusaha En Adnan Bin Husin
(KIV) Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
Yang Berusaha
(Penyampaian Cenderahati)
Penutup Hadirin dan hadirat sekalian
Cantik sungguh cincin suasa,
Disimpan gadis di dalam peti ;
Andai ada terkasar bahasa,
Maaf dipinta seikhlas hati.
Dengan penyampaian anugerah itu tadi maka Majlis Apresiasi Pelajar Terbaik Kebangsaan,
STPM 2021 seakan melabuhkan tirainya.
Pihak jawatankuasa ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yang
Berusaha En Adnan Bin Hussin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan Yang
Berusaha Puan Tah Nia, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di atas kesudian
Terima kasih dan setinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang
menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, teruskan kecemerlangan anda di
masa yang akan datang.
6
Kepada semua murid Tingkatan 6 SMK Kota Klias yang berada bersama-sama kita pada hari
ini, diharapkan majlis gilang -gemilang ini dapat membakar semangat anda semua untuk
terus berjuang menghadapi liku-liku perjalanan sebagai pelajar tingkatan 6 di sekolah yang
bertuah ini. Sesungguhnya doa dan harapan kami akan sentiasa bersama kalian.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambaNya
yang serba kekurangan ini.
Dengan ini, tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohonn ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau bicara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Akhir kata, Sekian, wabilah hitaufikwal hidayahh, assalamualaikum dan jumpa lagi.
Sesi Majlis menjemput Yang Berusaha En Adnan Bin Hussin, Ketua Eksekutif Majlis
Bergambar Peperiksaan Malaysia, dan Yang Berusaha Puan Tah Nia, Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah dan Dif Dif jemputan untuk mengambil tempat bagi sesi fotografi
Majlis juga menjemput barisan guru SMK Kota Klias dan Penerima Anugerah untuk
Bersama-sama dalam sesi fotografi ini
Terima kasih diucapkan atas kesudian bergambar bersama
Jemput Dijemput semua tetamu
makan
7