kkEESSAALLAAHHAANN KATA MEDIA MASSA DALAM
AHLI KUMPULAN AMALIN AISYAH BINTI CHE GHAZALI ANIS DAYANA BINTI AZHAR ARIFAH BINTI MOHD ARIF
Pada vs kepada
Tergolong dalam Kata Sendi Nama Kata Sendi merupakan kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dan hadir di hadapan frasa nama. Pada vs kepada PENGGUNAAN PADA 1. “pada” menunjukkan keterangan waktu dan tempat CONTOH: Dia akan pergi ke Ipoh pada waktu petang. Pada bulan depan, saya akan balik ke kampung.
Pada vs kepada PENGGUNAAN KEPADA “kepada” merujuk kepada manusia, haiwan, pecahan dan perubahan keadaan CONTOH: Janganlah berbuat jahat kepada orang (Manusia) Beberapa ketul daging dilemparkannya kepada harimau (Haiwan) Buku teks percuma dihantar kepada pihak sekolah (Institusi) Peserta kursus motivasi dibahagikan kepada tiga kumpulan (Pecahan) Perubahan daripada pendiam kepada peramah itulah sikapnya yang baharu (Perubahan Keadaan)
PENDALAMAN VS PEDALAMAN
kesalahan penggunaan Apitan “pen-...-an ” membawa maksud proses mengerjakan maksud yang tergantung dalam kata dasar CONTOH: 1.Pendalaman sungai tersebut mengambil masa selama tiga bulan Kerja-kerja pendalaman dasar sungai di kampung itu perlu dilakukan segera sebelum musim hujan tiba. 2. Perbuatan mendalami atau mendalamkan sesuatu
kesalahan penggunaan Apitan “pen-...-an ” dalam ‘pedalaman ’ bermaksud tempat atau kawasan yang khusus Daerah yang jauh dari pantai CONTOH: Amirah telah ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman Sarawak 1. Penduduk kampung di kawasan pedalaman itu masih bergantung sepenuhnya dengan air sungai untuk keperluan harian. 2. Terletak di ceruk pelosok atau hulu negeri
DI ATAS VS ATAS
KESALAHAN PENGGUNAAn Bentuk ayat seperti di atas memang lazim dihasilkan oleh pengguna bahasa. Sesungguhnya ada kesilapan penggunaan kata sendi nama dalam ayat ini Frasa sendi nama " di atas " perlu ditukarkan kepada " atas " sahaja dalam ayat tersebut untuk menghasilkan ayat yang gramatis "Di atas " membawa maksud ruang di sebelah atas sedangkan ayat ini bermaksud ruang
Bukit bukau vs bukitbukau
KESALAHAN PENGGUNAAn Perkara ini merupakan kesalahan penggunaan tanda sempang (-). Kata bukit bukau bukan kata ganda tetapi frasa kerana boleh diselitkan kata hubung ‘dan ’. Kata bukit bukau juga mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri sendiri apabila dipisahkan. Bukit bermaksud kawasan tanah yang tinggi manakala bukau pula bermaksud lembah Oleh itu tiada penggunaan tanda sempang (-) digunakan
Terdapat banyak bukit bukau di sepanjang perjalanan kami pulang ke kampung CONTOH PENGGUNAAN
BEKERJA VS BERKERJA
KESALAHAN PENGGUNAAn Ejaan bekerja tidak dieja berkerja Huruf ‘r’ digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar ‘kerja’ mengandungi huruf ‘er’ Oleh sebab awalan ‘ber’ , juga mempunyai huruf ‘er’ , maka huruf ‘r’ dalam awalan ‘ber’ itu dilenyapkan Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu
Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya. Puan Rogayah bekerja untuk menyara keluarga selepas kematian suaminya CONTOH PENGGUNAAN
Selamat tahun baru cina vs selamat tahun baharu cina
kesalahan penggunaan
kesalahan penggunaan Ucapan tersebut membawa pengertian konsep waktu sebagai unsur keterangan iaitu tahun yang baharu. Contoh Penggunaan: Pengantin lelaki itu baru sahaja meninggalkan rumahnya dan menuju ke tempat perkahwinan dengan menaiki sebuah kereta yang baharu. Perkataan baru menggambarkan pengantin lelaki yang meninggalkan rumahnya dalam masa terdekat yang lalu sementara perkataan baharu menggambarkan sifat keretanya. Kata baru tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan iaitu baru-baru seperti dalam ayat: Baru-baru ini dia memenangi Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif. Kata baharu boleh menerima awalan teR- menjadi ‘terbaharu’ , awalan mempeR- menjadi ‘memperbaharu’ dan apitan meN-...-i menjadi ‘membaharui’
BANDARAYA VS BANDAR RAYA
KESALAHAN PENGGUNAAN Bandar raya merupakan Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil daripada pemajmukan, iaitu proses merangkaikan dua kata atau lebih yang membentuk kata dengan makna baharu. Kata Majmuk Rangkaian Kata Bebas. Gabungan kata yang dibentuk secara bebas di antara kata dasar dengan mendukung pengertian umum atau khusus. Ejaan yang betul ialah bandar raya dan dieja secara terpisah. Kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan membawa makna yang tersendiri.
Kata bandar (kata nama) dan raya (kata adjektif). Bandar ialah tempat yang mempunyai penduduk yang ramai atau melebihi 10 ribu orang, mempunyai institusi pentadbiran, tempat kegiatan ekonomi dan institusi pendidikan. Raya pula ialah kata yang menunjukkan sifat atau ciri yang besar, penting, atau luas.
KESALAHAN PENGGUNAAN Pengecualian dalam bahasa Melayu bagi Kata Nama Khas yang telah ditubuhkan dan diwartakan sebelum tahun 1972. Contohnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Contoh Penggunaan: Kejayaan Singapura sebagai sebuah bandar raya global diperoleh melalui inovasi dalam bidang teknologi dan pembangunan infrastruktur yang canggih.
MEMPERBANYAKKAN VS MEMPERBANYAK
KESALAHAN PENGGUNAAN Bentuk Awalan meN- iaitu mem- yang melibatkan kata dasar yang bermula huruf b, f, p, v. Kata terbitan yang betul ialah memperbanyak Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak. Apitan memper_kan hanya menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, memperkawankan (kata nama), memperlihatkan (kata kerja). Kata dasar banyak merupakan kata adjektif. Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper_kan seperti memperbanyakkan adalah tidak tepat. Pembentukan dengan kata adjektif yang tepat ialah dengan menggunakan awalan mempersahaja (tanpa akhiran -kan) Hanya perkataan memperbanyak dan membanyakkan sahaja yang boleh digunakan.
PENGLIBATAN VS PELIBATAN
kesalahan penggunaan Apitan Kata Nama iaitu apitan pe-...-an. Mempunyai satu bentuk sahaja dan hadir secara serentak pada kata dasar. Apitan pe-...-an bagi kata libat bermaksud keadaan atau perbuatan dalam kata dasar. Kata dasar libat adalah berpangkalkan pada huruf l dan huruf pangkal kekal. Libat ...melibatkan...pelibatan (betul) Libat...menglibatkan...penglibatan (salah) Perkataan pelibatan betul dan tepat kerana perkataan itu berasal daripada perkataan melibatkan. Perkataan penglibatan pula tidak tepat kerana perkataan menglibatkan tidak wujud dalam bahasa Melayu. Apitan ini menghasilkan kata nama terbitan (pelibatan) apabila bergabung dengan golongan kata kerja yakni libat.
urusetia vs urus setia
Kesalahan penggunaan Kata urus merupakan golongan kata kerja atau kata kerja transitif. Kata setia merupakan golongan kata adjektif (sifat). Urus setia merupakan gabungan kata dasar. Gabungan Kata Tunggal dengan Kata Tunggal iaitu kata tunggal (urus) bergabung dengan kata dasar lain yang terdiri daripada kata tunggal iaitu setia. Perkataan urus merujuk kepada tindakan melakukan atau mengendalikan sesuatu, termasuk merancang, mengatur, atau menguruskan sesuatu perkara. Contoh penggunaan: "Saya perlu menguruskan dokumen-dokumen penting untuk projek tersebut."
Kesalahan penggunaan Perkataan setia merujuk kepada sifat seseorang atau sesuatu yang tabah dan taat dalam menjalankan tanggungjawab atau hubungan. Contoh penggunaan: "Dia adalah seorang yang setia kepada raja dan negara, sentiasa bersedia untuk berkorban demi kepentingan bangsa dan negara." Jadi, "urus" berkaitan dengan tindakan mengendalikan atau menguruskan sesuatu, manakala "setia" berkaitan dengan sifat atau kualiti yang tabah dan taat. Kata majmuk urus setia perlu dieja berjarak. Kata urus dan setia mempunyai maksudnya yang tersendiri dan boleh berdiri sendiri apabila dipisahkan.
anti-penjajah vs antipenjajah
kesalahan penggunaan Awalan "anti": "Anti" merupakan awalan dalam bahasa Melayu yang bermaksud sikap penentangan atau penolakan terhadap sesuatu. Perkataan "penjajah": Merujuk kepada golongan atau entiti yang menjajah atau menakluki wilayah atau bangsa lain dengan cara paksaan biasanya untuk mengeksploitasi sumber daya atau memperluas kekuasaan politik. Anti- merupakan imbuhan pinjaman mantap manakala penjajah merupakan kata nama am. Perkataan anti-penjajah perlu dieja rapat menjadi penjajah dan tidak memerlukan sempang. Imbuhan pinjaman dirapatkan apabila perkataan yang diikutinya ialah kata nama am. Contoh Penggunaan: Tokoh antipenjajah seperti Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman berperanan penting dalam merangka dasar kemerdekaan negara.
BELAUK VS BERLAUK
Imbuhan be- hanya boleh digunakan untuk kata dasar yang bermula dengan huruf “ r ” sahaja. Contohnya, berunding, berehat dan berenang. Perkataan lauk bermula dengan huruf “ L “ , jadi imbuhan yang boleh digunakan bagi perkataan ini ialah ber- (berlauk). Hal ini kerana awalan ber- boleh digunakan untuk semua kata dasar kecuali kata dasar yang bermula dengan huruf “ r “ .
CONTOH PENGGUNAAN Ali sedang berenang bersama rakanrakannya. Pada tahun ini, Aminah berusia 25 tahun. be- berGadis manis itu berbaju kebaya. Murid-murid itu berjalan kaki ke sekolah.
DARIPADA VS DARI
Perkataan dari dan daripada merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah manakala perkataan “daripada“ pula digunakan untuk manusia atau institusi, haiwan, benda, keanggotaan dan unsur abstrak. Oleh itu, kata sendi nama yang perlu digunakan dalam notis tersebut ialah “dari” kerana masjid dikategorikan sebagai tempat.
CONTOH PENGGUNAAN Cikgu Syahmie Aiman berasal dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat). Keadaannya semakin pulih dari sehari ke sehari (masa). Peserta yang menghadiri bengkel hari ini terdiri daripada golongan jurutera. (Keanggotaan). Dia menyelamatkan Ali daripada kejahilan. (Abstrak). Kain itu diperbuat daripada kapas.(Benda). Dia menerima surat daripada ibunya. (Orang) DARI DARIPADA
DIDAKWAH VS DIDAKWA
Perkataan “didakwah“ dan “didakwa“ membawa maksud yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Perkataan "didakwah" bermaksud "diberi dakwah" atau "mengajak seseorang untuk memahami atau mengamalkan ajaran agama. " "Didakwa" bermaksud "disaman di mahkamah" atau "dituduh melakukan sesuatu kesalahan dan dihadapkan ke pengadilan. " Perkataan yang betul ialah "didakwa" kerana ia merujuk kepada tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap penceroboh. Jadi, ayat yang betul adalah: "Dilarang masuk, penceroboh akan didakwa. "
CONTOH PENGGUNAAN Dia sering didakwah untuk meningkatkan keimanan. DIDAKWAH DIDAKWA Pencuri itu didakwa di mahkamah pada hari ini.
IALAH VS ADALAH
Perkataan ialah digunakan apabila ayat itu menunjukkan definisi diikuti dengan penggunaan kata nama atau frasa nama. Perkataan adalah pula digunakan apabila ayat itu menunjukkan penerangan dan hadir di hadapan frasa nama + frasa adjektif atau frasa nama + frasa sendi nama. Perkataan “ adalah ” merupakan perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana ayat tersebut merupakan ayat penerangan dan hadir di hadapan kata hubung.
ADALAH IALAH Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Sejarah. Afifah ialah rakan baik saya dari kecil. Salah satu cara yang dijalankan adalah dengan menghantar pesanan emel secara serentak ke setiap kakitangan di syarikat itu.
SSEEKKIIAANN KASIH TERIMA