The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN PERSATUAN GENERASIKU SAYANG KELANTAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qielahzukri99, 2023-11-13 22:20:22

BULETIN PERSATUAN GENERASIKU SAYANG KELANTAN

BULETIN PERSATUAN GENERASIKU SAYANG KELANTAN

MERAIKAN 7 TAHUN GENERASIKU SAYANG KELANTAN GENERASIKU BULETIN PERSATUAN SAYANG KELANTAN 2016 - 2023


Pengenalan Kepada Persatuan GKS Aktiviti Menjana Dana Rumah Jagaan GKS Aktiviti Promosi Dan Pendidikan Kesihatan 03 04-08 09 09-15 Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0


1.0 PENGENALAN KEPADA PERSATUAN GENERASIKU SAYANG Persatuan Generasiku Sayang telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mac 2016. Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk menangani masalah remaja hamil tanpa nikah, kematian remaja hamil dan pembuangan bayi. Selaras dengan itu, Rumah Generasiku Sayang (RGKS) yang menempatkan remaja berkenaan telah dirasmikan pada 23 Mei 2016 dan mula beroperasi pada 1 Jun 2016. Pada peringkat awal penubuhan, RGKS telah dikendalikan oleh jururawat kesihatan dari klinik kesihatan dan hospital. Kini ia dikendalikan sepenuhnya oleh tiga (3) orang petugas sambilan harian. Penubuhan RGKS adalah selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah melancarkan Program Generasiku Sayang Peringkat Kebangsaan 29 Oktober 2015, dirasmikan oleh patron program; DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Perlaksanaan di semua negeri telah mendapat sokongan dari Majlis Raja-Raja Malaysia. Penaung Program Generasiku Sayang Negeri Kelantan pula adalah YM Tuanku Dato’ Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Negeri Kelantan. Rumah GKS secara rasmi telah didaftarkan sebagai Pusat Jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak 10 Januari 2022. 03 Sehingga Oktober 2023, Persatuan Generasiku Sayang mempunyai seramai 102 orang ahli seumur hidup dan 195 orang ahli tahunan. Sehingga kini, sumber kewangan persatuan bergantung kepada yuran dari ahli, sumbangan dari Yayasan Nur Al Syakur (YANAS), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan aktiviti menjana dana yang dijalankan.


2.0 AKTIVITI MENJANA DANA AKTIVITI MENJANA DANA YANG DILAKSANAKAN SEJAK 2016: 2 0 1 6 J U A L A N A M A L G KS 04


2.0 AKTIVITI MENJANA DANA AKTIVITI MENJANA DANA YANG DILAKSANAKAN SEJAK 2016: 2 0 1 7 05


2.0 AKTIVITI MENJANA DANA AKTIVITI MENJANA DANA YANG DILAKSANAKAN SEJAK 2016: 2 0 1 8 06


2.0 AKTIVITI MENJANA DANA AKTIVITI MENJANA DANA YANG DILAKSANAKAN SEJAK 2016: 2 0 1 9 07


2.0 AKTIVITI MENJANA DANA AKTIVITI MENJANA DANA YANG DILAKSANAKAN SEJAK 2016: 2 0 2 2 M A J L I S H I- T E A “ D E M I M U S A Y A N G , K A M I PRI H A T I N ” BERS A M A Y M T E N G K U T E M E N G GON G D A N Y M T E N G K U P U A N T E M E N G GON G N E G ERI KE L A N T A N , D I HOT E L PER D A N A 2 4 M A C 2 0 2 2 . 08


3.0 RUMAH JAGAAN GENERASIKU SAYANG (RGKS) Sejak ditubuhkan dari 2016 sehingga Oktober 2023, RGKS telah membantu 153 orang pelatih dan bayi (83 orang pelatih dan 70 orang bayi). Majoriti pelatih berasal dari Kelantan sementara ada juga pelatih dari Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.Tahap pendidikan majoriti pelatih adalah Sijil Pelajaran Malaysia. Majoriti pelatih menyerahkan bayi mereka untuk dipelihara oleh keluarga angkat dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN i) Untuk pertama kalinya Persatuan GKS mendapat geran dari ‘Malaysian Incentive Community Empowerment’ (MyICE) dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Peruntukan yang diperolehi digunakan sepenuhnya untuk aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan kepada pelatih RGKS dan remaja yang tinggal berhampiran. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah bengkel masakan, bengkel gubahan bunga, bengkel keusahawanan dan bengkel jati diri yang berlangsung sepanjang September hingga Oktober 2022. Semua bengkel yang dirangka ini adalah untuk menambah kemahiran di kalangan pelatih dan remaja dalam aspek penjanaan ekonomi serta meningkatkan jati diri dan ketahanan diri mereka. 09 A JK PERS A T U A N G KS 2 0 2 0 - 2 0 2 2


4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN a) Bengkel Masakan GKS pada 25 September 2022 bertempat di Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) Kg Kajang Sebidang, Tumpat dengan bantuan tenaga pengajar dari KEMAS. b) Bengkel Gubahan Bunga GKS pada 26 September 2022 bertempat di Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) Kg Kajang Sebidang, Tumpat 10


4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN c) Bengkel Keusahawanan Pemasaran Generasiku Sayang pada 5 Oktober 2022 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Terbok, Tumpat d) Bengkel Jati Diri Persatuan Generasiku Sayang pada 6 Oktober 2022 bertempat di Dewan Teratai Pantai Sri Tujuh, Tumpat. 11


4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 12 ii) Persatuan Generasiku Sayang juga berjaya mendapat Bantuan Kelompok Majlis Pemulihan Negeri Kelantan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalankan aktiviti persatuan. Objektif aktiviti yang dilaksanakan adalah memperkukuhkan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja di semua klinik kesihatan, kesedaran serta menggalakkan penglibatan golongan remaja dengan aktiviti pencegahan dan promosi kesihatan ke arah pembentukan peribadi dan jati diri remaja yang ada daya tahan serta mampu mempengaruhi rakan sebaya kepada aktiviti dan pemikiran positif. a) Program Putera Puteriku Sayang “Sayangi Kami, Lindungi Kami” bertempat di Rumah Puteri Harapan Pengkalan Chepa pada 28 Januari 2023 dengan kerjasama Unit Remaja PKD Kota Bharu.


4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 13 b) Bengkel Refleksi Diri dengan Kerjasama JAHEIK dan AADK berlangung 16 Februari 2023 di Pustaka Desa Talaga Bata, Tumpat. c) Program Remaja Sihat, Remaja Gempak berlangsung di Klinik Kesihatan Gual Ipoh, Tanah Merah pada 5 Mac 2023 dengan kerjasama Unit Remaja PKD Tanah Merah.


d) Lawatan ke Pusat Pemprosesan dan Jualan Adam Food Industry (Dodolicious dan Serunding Antarabangsa) Pasir Pekan pada 16 Mac 2023. 4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 14 e) Seni jahitan dan sulaman di Dewan Ibnu Sina, KK Pengkalan Kubor pada 30 Ogos 2023.


4.0 AKTIVITI PROMOSI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 15 iii) Slot sembang sihat di Sinar Harian Live dan Radio Kelantan FM a) Slot sembang sihat di Sinar Harian Live telah diadakan pada 13 Mei 2019 diisi oleh Dr Hjh Faizan Ghazali dari PKD Tumpat selaku Pengerusi Rumah GKS. b) Slot ini disampaikan oleh Dr Azirawati bt Ismail selaku Pakar Kecemasan HRPZ II dan merupakan AJK Persatuan GKS. Slot sembang sihat di Radio Kelantan FM pada 4 Mei 2023. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan info terkini boleh hubungi talian 017-9064175 (Rumah GKS) atau layari Facebook Generasiku Sayang GKS Kelantan. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Persatuan GKS melalui Bank Rakyat 1100079329.


TERIMAKASIH MEMBANTU MEMPERKASA GENERASI


Click to View FlipBook Version