The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Pendidikan Muzik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLAILI BINTI ALI Moe, 2020-11-29 23:22:44

MUZIK TRADISIONAL

Buku Skrap Pendidikan Muzik

Keywords: muzik

1. Pengenalan ms
2. Caklempong 2
3. Dondang Sayang 3-4
4. Pi pat 5-6
5. Penutup 7
8

1

Negara kita kaya dengan budaya, antaranya ialah muzik
tradisional. Muzik tradisional di Malaysia adalah hasil campuran
pelbagai etnik di negara ini termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India serta kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang
menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai
dengan suasana tertentu. Muzik tradisional adalah lambang budaya
sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi
upacara-upacara adat tertentu.

Contoh muzik tradisional yang ada di negara kita mengikut
kaum utama ialah ghazal, nobat, dondang sayang dan gamelan
(kaum Melayu) ; seruling cina (kaum Cina) dan tabla (kaum India).
Seluruh masyarakat di dunia juga mempunyai muzik tradisional
masing-masing. Di benua Asia , contohnya Thailand mempunyai
muzik tradisional yang dikenali dengan nama Pi pat. Pi pat ialah
sejenis muzik tradisional yang dimainkan secara berkumpulan. Pi pat
sering dimainkan dalam majlis diraja, keagamaan dan juga majlis
keramaian.

2

Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal
dari Minangkabau. Peralatan muzik caklempong tergolong dalam
keluarga gong yang berukuran kecil. Caklempong mula berkembang di
kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri
Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini
kesenian muzik Caklempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di
sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

3

Caklempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain
seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak
Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan
juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan
oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam
permainan ini alat-alat Caklempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana
setiap pemain akan memegang dua buah Caklempong dan dimainkan secara
meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek.

4

Menurut sejarah, Dondang Sayang muncul pada
kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka, iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mansur
Shah. Dondang Sayang popular dalam kalangan
masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka.

Dondang Sayang digunakan oleh masyarakat
dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka
dan dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun dan
disampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Nyanyian Dondang Sayang ini digunakan untuk
menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka
dan merupakan seni persembahan yang mengandungi
unsur muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang sangat
menghiburkan.

5

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang
Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang
mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras. Kini,
persembahan dondang sayang diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong

atau tetawak, gendang dan akordion.

6

Pi pat ialah muzik tradisi Thailand yang
digunakan untuk mengiringi teater

tradisional Thai dan bentuk tarian yang termas
uk Khon(bertopeng tarian-drama), lakhon
(tarian klasik),dan bayang-bayang
teater boneka.

Ranat ek Khong wong leng

Alat muzik pi pat terdiri
daripada ranat ek (sejenis
xilofon), ranat thum (sejenis
xilofon), khong wong yai (16
bonang ), khong wong leng (18
bonang), pi nai (serunai),
taphon (sejenis rebana), klong
thad (sejenis rebana) dan

ching (simbal kecil).

7

Muzik tradisional adalah seni
warisan budaya yang unik untuk
sesuatu kaum. Muzik tradisional
Malaysia tidak akan lapuk kerana
masih lagi ada penggemar-
penggemar muzik tradisional yang
memperjuangkan irama ini.

8


Click to View FlipBook Version