The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FENOMENA ALAM. PENYEBARAN DAN PENYERAKAN CAHAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLAILI BINTI ALI Moe, 2021-09-17 01:41:07

FENOMENA ALAM. PENYEBARAN DAN PENYERAKAN CAHAYA

FENOMENA ALAM. PENYEBARAN DAN PENYERAKAN CAHAYA

PENYEBARAN
DAN

PENYERAKAN
CAHAYA

Penyebaran Cahaya

Ciri-ciri Cahaya

✓ Cahaya bergerak dalam garis lurus.

✓ Cahaya dibiaskan apabila ia bergerak daripada medium kurang tumpat ke dalam
medium yang lebih tumpat dan sebaliknya.

Udara i

i = sudut tuju

Kaca r

r r = pembiasan

i>r

i

✓ Cahaya terdiri daripada tujuh warna yang berlainan dengan halaju yang berlainan.

✓ Penyebaran cahaya berlaku kerana cahaya berwarna bergerak pada kelajuan yang
berbeza apabila melalui prisma kaca.

Penyebaran Cahaya

Penyebaran Cahaya

Merah Spektrum cahaya
Jingga
Cahaya putih Kuning
Hijau
Prisma kaca Biru
Indigo
Ungu

✓ Penyebaran cahaya ialah proses pemisahan cahaya putih kepada warna-warna
komponennya yang disebut spektrum.

✓ Cahaya merah disebarkan paling sedikit kerana ia bergerak paling laju manakala
cahaya ungu disebarkan paling banyak kerana ia bergerak paling perlahan.

Penyebaran Cahaya

Penggabungan Spekrum Warna

❖ Sekiranya satu lagi prisma kaca yang
serupa diletakkan terbalik di belakang
prisma yang pertama, sinar akan
digabung semula untuk membentuk
cahaya putih semula.

❖ Cakera Newton terdiri daripada tujuh
komponen warna. Apabila cakera
Newton dipasang dengan kelajuan yang
tinggi, tujuh warna akan bergabung
membentuk warna putih.

Penyebaran Cahaya

Pembentukan Pelangi
✓ Pelangi merupakan fenomena semula jadi

yang berkaitan dengan penyebaran cahaya
oleh air hujan.
✓ Pelangi terbentuk hasil daripada penyebaran
cahaya matahari oleh titisan air hujan yang
terampai di atmosfera.

✓ Pelangi boleh dilihat sekiranya matahari
berada di belakang pemerhati selepas hujan

✓ Titisan hujan yang berbentuk sfera bertindak
sebagai prisma.

✓ Apabila cahaya putih daripada matahari
melalui titisan air hujan, cahaya itu
disebarkan oleh titisan air hujan.



Penyerakan Cahaya

Penyerakan Cahaya

Penyerakan cahaya ialah proses dimana cahaya dihalang dan
dipantulkan oleh zarah-zarah seni di atmosfera. Sinar cahaya diserakkan
ke semua arah.

Kadar penyerakan cahaya bergantung kepada panjang gelombang
cahaya.

Semakin pendek panjang gelombang, semakin banyak cahaya
diserakkan.

Cahaya ungu diserakkan paling banyak kerana panjang gelombang
cahaya ungu paling kecil manakala cahaya merah diserakkan paling
sedikit kerana panjang gelombang cahaya merah paling panjang.

Paling kurang Penyerakan Cahaya Paling banyak

Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu

Paling panjang Panjang Gelombang Paling pendek

Penyerakan Cahaya

Penyerakan Cahaya Dalam Fenomena Semula Jadi

❖ Pada waktu tengah hari, cahaya matahari bergerak melalui lapisan atmosfera
yang nipis.

❖ Cahaya biru, indigo dan ungu diserakkan lebih banyak daripada cahaya warna
lain oleh zarah-zarah di atmosfera.

❖ Cahaya warna yang lain terus bergerak di atmosfera apabila cahaya biru, indigo
dan ungu diserakkan, menjadikan langit kebiruan pada waktu tengah hari.

Langit kebiruan Cahaya biru, indigo
hasil daripada dan ungu diserakkan
penyerakan oleh molekul udara.
cahaya
Cahaya jingga dan
merah terus
bergerak di
atmosfera

Penyerakan Cahaya

Penyerakan Cahaya Dalam Fenomena Semula Jadi

❖ Pada waktu senja, matahari kelihatan berwarna merah.
❖ Cahaya matahari bergerak melalui lapisan atmosfera yang sangat tebal.
❖ Cahaya biru, indigo dan ungu dengan panjang gelombang yang pendek telah

diserakkan.
❖ Hanya cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang seperti

cahaya merah dan jingga kurang diserakkan kelihatan di mata kita.


Click to View FlipBook Version