The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLAILI BINTI ALI Moe, 2021-09-16 12:05:08

LAPORAN AKREDITASI 2019

LAPORAN AKREDITASI 2019

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
BANTING, SELANGOR.

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MAKLUM BALAS

TARIKH MQA02 PROGRAM DIPLOMA SENI KULINARI, DIPLOMA
TEMPAT SENI REKA FESYEN DAN DIPLOMA KOSMETOLOGI
: 19-21 FEBRUARI 2019
: BILIK KUALITI,
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Program Diploma Seni Kulinari telah menerima lawatan daripada Ahli Panel Penilai
(APP) pada 26-27 April 2018 manakala Program Diploma Seni Reka Fesyen dan
Diploma Kosmetologi pula telah menerima lawatan APP pada 19-20 September
2018. Hasil daripada lawatan tersebut, pihak MQA telah menghantar maklum balas
kepada ketiga-tiga program. Oleh itu, pihak program perlu menjawab maklum balas
tersebut pada masa yang ditetapkan dan menunjukkan pembuktian di peringkat
kolej. Dokumen jawapan maklum balas ini telah dibangunkan oleh BPTV dan di
murnikan oleh Jurulatih Utama (JU) terlebih dahulu.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui bengkel ini ialah:
2.1 Membuat penyelarasan di peringkat kolej tentang jawapan maklum balas MQA02

bagi beberapa bidang tertentu yang melibatkan kolej.
2.2 Membuat penambahbaikan pada program dengan menyediakan evidens yang

diperlukan mengikut keperluan.
2.3 Menghasilkan dokumen maklum balas MQA02 yang mantap dan mengikut

standard COPPA terkini.

1

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Dokumen maklum balas MQA02 ini telah dibangunkan oleh BPTV dengan bantuan
beberapa orang JU program masing-masing. Seterusnya, semua Pengarah Kolej
Vokasional juga telah terlibat dalam memurnikan dokumen maklum balas ini di Institut
Aminudin Baki pada 11-13 Disember 2018.

Bagi beberapa bidang tertentu, dokumen tersebut telah dilengkapkan jawapannya
secara berpusat seperti Bidang 1 (Pembangunan dan Penyampaian Program) yang
melibatkan kurikulum. Namun, terdapat bidang tertentu yang memerlukan pembuktian
di peringkat kolej seperti Bidang 3 (Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar).

Oleh itu, bengkel ini telah berjaya membantu Ketua Program (KP) berkenaan untuk
melengkapkan maklum balas program masing-masing dengan bantuan sumbangan
idea daripada Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan juga Ketua Jaminan Kualiti.
Proses menjawab, melengkapkan dokumen dan mengumpulkan evidens telah
dilaksanakan oleh semua KP terlibat dengan penuh komitmen.

Dokumen maklum balas yang lengkap disimpan dalam cakera padat (CD) dan telah
diserahkan secara berpusat di KV ERT Setapak pada 25-26 Februari 2019 untuk
program Diploma Seni Kulinari dan Diploma Kosmetologi. Program Diploma Seni Reka
Fesyen pula telah membuat serahan dokumen maklum balas di KV Sepang pada 26-27
Februari 2019.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Perbelanjaan sebanyak RM 41.00 telah digunakan bagi pembelian CD dengan
menggunakan peruntukan LPBT.

5.0 KEKUATAN
5.1 Ketua Program amat komited dalam menyiapkan dokumen maklum balas MQA02.
Ini turut dibantu oleh pensyarah program, pihak pentadbiran dan semua pihak
sokongan yang lain.
5.2 Penyediaan evidens untuk dokumen juga berjalan lancar.
5.3 Masa yang diperuntukkan adalah mencukupi untuk membolehkan penyediaan
dokumen dilakukan dengan teliti.

2

6.0 KELEMAHAN
Tiada

7.0 CADANGAN
Pembuktian evidens di peringkat kolej mesti diadakan dengan lengkap sama ada
secara fizikal atau pendokumentasian.

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Program perlu bersedia untuk menerima lawatan pihak APP dan MQA sekiranya perlu.
Selain daripada itu, persediaan fail di peringkat pengurusan kolej dan program perlu
sentiasa kemaskini.

9.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

Di sediakan oleh:

NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program,
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting.

3

19 – 21 FEBRUARI
2019

Dokumen Jawapan Maklum Balas MQA02

diserahkan oleh Ketua Program mas-

ing-masing.

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PROGRAM (MQA02)

TARIKH PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN
TEMPAT DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
: 10 & 11 APRIL 2019
:KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Bagi mendapatkan pengiktirafan akreditasi terhadap Program Diploma Teknologi Elektrik
dan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, satu Lawatan Penilaian
Akreditasi yang terdiri daripada 4 orang Ahli Panel Penilai (APP), 2 orang wakil MQA
dan dua orang pegawai BPTV bagi kedua-dua program telah berlangsung di Kolej
Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui aktiviti ini ialah:
2.1 Memberikan pengitirafan akreditasi penuh kepada Program Diploma Teknologi
Elektrik dan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.
2.2 Menjamin pelajar yang mendapat akreditasi untuk mendapat peluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
2.3 Menambahbaik sebarang kekurangan pada struktur program dan kemudahan
kolej untuk kebaikan jangka panjang program.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

APP telah membuat penilaian terhadap kedua-dua program secara berasingan. Namun
begitu, bagi beberapa aspek pengurusan kolej, APP telah membuat penilaian bersama-
sama. Bantuan yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung amat dihargai oleh
APP.

Daripada sesi ‘exit meeting’, APP telah memberikan ulasan ringkas tentang beberapa
perkara yang didapati semasa penilaian berlangsung selama dua hari. Antaranya ialah
pemahaman dan pelaksanaan OBE di kalangan pensyarah dan pelajar, keselamatan
dalam bengkel, penyampaian maklumat, staf akademik dan juga peralatan amali.

1

APP telah mengadakan sesi temubual dengan pensyarah program di dua tempat yang
telah ditetapkan iaitu Bilik Seminar (bagi program Diploma Teknologi Elektrik) dan Bilik
Kualiti (bagi program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara). Sesi
temubual membincangkan tentang pelaksanaan kurikulum, keadaan bengkel, keperluan
latihan untuk pensyarah meningkatkan kemahiran serta penilaian dan pengendalian
peperiksaan amali. Temubual juga melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan
pelajar program.

Lawatan ke sekitar kolej seperti Perpustakaan, Jabatan Pentaksiran dan Penilaian dan
bengkel telah memberikan kesempatan untuk APP menilai kemudahan-kemudahan
yang ada di kolej dalam usaha menyokong program pengajian yang ditawarkan.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Penggunaan peralatan seperti fail, kertas dan lain-lain adalah mengikut program. JK
Akreditasi program telah membuat persiapan tempahan banner dan bunting
menggunakan duit LPBT sebanyak RM 350.00.

5.0 KEKUATAN

5.1 Semua evidens dapat disiapkan dengan kerjasama yang baik antara pentadbir dan
pensyarah dalam program.

5.2 Pelajar yang terlibat dalam temubual seperti MPP dan pelajar program juga telah
menunjukkan komitmen yang baik.

6.0 KELEMAHAN

6.1 Terdapat fail program yang kurang bermaklumat.
6.2 Persediaan pensyarah dan pelajar dari segi pemahaman dan pelaksanaan OBE

adalah terlalu rendah.

7.0 CADANGAN

Menyediakan evidens untuk penilaian akreditasi lebih awal dan memastikan evidens
yang disediakan adalah tepat mengikut keperluan MQA.

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN

Adalah diharapkan agar segala teguran yang diberi oleh APP dapat diambil tindakan
sewajarnya oleh pihak program. Tindakan penambahbaikan dan ‘closing the loop’ juga
perlu diberi perhatian sewajarnya.

9.0 GAMBAR AKTIVITI

Rujuk Lampiran.

Di sediakan oleh:

NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program

2

DIPLOMA TEKNOLOOI ELEKTRIK
&

DIPLOMA TEKNOLOOI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA

TARIKH : 10-11 APRIL 2019

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : LAWATAN PERTIMBANGAN PENILAIAN AKREDITASI
PROGRAM (MQA02) PROGRAM DIPLOMA SENI
TARIKH KULINARI
TEMPAT : 12 APRIL 2019
:KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Program Diploma Seni Kulinari telah menerima satu lawatan Pertimbangan bagi
mendapatkan pengiktirafan akreditasi terhadap program tersebut daripada pihak MQA.
Lawatan pertimbangan ini adalah susulan daripada Lawatan Penilaian MQA02 pada
26-27 April 2018. Pasukan penilai terdiri daripada seorang Ahli Panel Penilai (APP) dan
seorang wakil MQA. Turut hadir dalam Lawatan Pertimbangan ini ialah 5 orang wakil
BPTV, seorang pegawai khas menteri dan juga dua pegawai tinggi MQA.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui aktiviti ini ialah:
2.1 Memberikan pengitirafan akreditasi penuh kepada Program Diploma Seni
Kulinari.
2.2 Memastikan teguran yang telah diberikan dalam lawatan penilaian yang lalu
diambil tindakan penambahbaikan.
2.3 Menjamin pelajar yang mendapat akreditasi untuk mendapat peluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

APP secara keseluruhannya berpuas hati dengan program dan mengucapkan ribuan
terima kasih atas persiapan, sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh PPT. APP
mendapati pihak kolej telah banyak membuat penambahbaikan dalam segala bidang
yang telah mendapat teguran pada lawatan penilaian yang lalu.

Melalui temuduga dan pemeriksaan, APP berpuas hati dengan perkara-perkara seperti
berikut:

1

✓ lantikan external advisor dan external examiner di peringkat BPTV dan PPT.
✓ Kursus Matematik dan Sains telah digantikan dengan kursus Asas Perakaunan.
✓ Terdapat juga penawaran kursus English for Bussiness.
✓ PPT kerana telah mematuhi kriteria kemasukan pelajar.
✓ Semua dokumen telah disediakan dan fail pelajar telah dilengkapkan dengan

baik.
✓ Staf akademikyang mencukupi dan berkelayakan.
✓ Capaian internet yang telah ditambahbaik.
✓ Pemasangan “grease trap” dalam bengkel
✓ Bilik Kebal yang mematuhi standard.

APP juga memberikan beberapa teguran melibatkan kurikulum dan keperluan buku
mengikut Course Outline di perpustakaan.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

5.0 KEKUATAN

5.1 Semua evidens dapat disiapkan dengan kerjasama yang baik antara pentadbir dan
pensyarah dalam program. Pihak program telah mengambilkira semua teguran
dalam lawatan Penilaian Akreditasi yang lalu dan telah mengambil tindakan yang
sewajarnya.

5.2 Seluruh warga kolej sama ada pelajar dan pensyarah telah memberikan komitmen
yang tinggi bagi memastikan Lawatan Pertimbangan ini mencapai objektifnya.
Pelajar yang terlibat dalam temubual seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan pelajar
program juga telah menunjukkan kesungguhan yang baik.

5.3 Kemenjadian pelajar dapat ditonjolkan sepenuhnya semasa Lawatan Penilaian
Akreditasi berlangsung. Ini memberikan gambaran yang baik tentang keberhasilan
pelajar.

.
5.0 KELEMAHAN

Tiada

6.0 CADANGAN

Mengikuti saranan APP untuk menyediakan keperluan buku rujukan berdasarkan
Course Outline.

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN

Lawatan Pertimbangan ini merupakan titik tolak kepada program agar lebih mantap di
masa-masa akan datang dengan mematuhi saranan dan kehendak pihak MQA.

9.0 GAMBAR AKTIVITI

Rujuk Lampiran.

2

Di sediakan oleh:
........................................................
NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program

3

DIPLOMA SENI KULINARI

TARIKH : 12 APRIL 2019

Persediaan sebelum
Lawatan Pertimbangan

Lawatan ke bengkel
dan persekitaran

kolej

DIPLOMA SENI KULINARI
12 APRIL 2019

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : URUSETIA PENERIMAAN DOKUMEN MQA02 BAGI

TARIKH PROGRAM DIPLOMA BAKERI DAN PASTRI KOLEJ
TEMPAT VOKASIONAL MALAYSIA
: 06 SEPTEMBER 2019
: BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL, LATIHAN DAN
VOKASIONAL (BPLTV), PUTRAJAYA.

1.0 PENGENALAN

Pada 06 September 2019, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad telah dilantik menjadi
urusetia bagi menguruskan penerimaan dan penghantaran Dokumen MQA02 bagi
program Diploma Bakeri dan Pastri daripada 12 Kolej Vokasional seluruh Malaysia.
Pihak kolej telah menyediakan 8 orang pensyarah untuk bertugas sebagai urusetia yang
diketuai oleh Puan Norafizah binti Ibrahim, Ketua Jaminan Kualiti.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui aktiviti ini ialah:
2.1 Menguruskan penerimaan Dokumen MQA02 program Diploma Bakeri dan Pastri
bagi pihak BPLTV.
2.2 Memastikan Dokumen MQA02 yang dihantar dalam bentuk cakera padat (CD)
adalah dalam keadaan baik dan berfungsi.
2.3 Menyemak dokumen iringan agar permohonan Akreditasi Penuh program
Diploma Bakeri dan Pastri adalah lengkap.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Pihak urusetia telah memulakan tugas pada jam 10.00 pagi di BPLTV, Putrajaya. Di sini,
urusetia telah menyemak dokumen-dokumen iringan yang diperlukan oleh pihak MQA
bagi permohonan Akreditasi Penuh. Urusetia juga telah menyemak CD yang dihantar
oleh semua KV berkenaan bagi memastikan setiap CD yang dihantar mengandungi
maklumat yang betul dan boleh dibaca.

1

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

5.0 KEKUATAN
5.1 Sepuluh daripada dua belas KV telah menyerahkan Dokumen di BPLTV,
Putrajaya pada hari berkenaan. Ini memudahkan urusetia menyemak dokumen
dan CD sekaligus pada hari tersebut.
5.2 Kerjasama berpasukan yang baik memudahkan pengurusan. Wakil KV yang
menyerahkan dokumen juga telah memberikan kerjasama yang baik apabila
diminta membuat sedikit pembetulan bagi memastikan dokumen lengkap.

.
5.0 KELEMAHAN

Tiada

6.0 CADANGAN
Tiada

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Adalah diharapkan, dokumen MQA02 program Diploma Bakeri dan Pastri yang dihantar
ke MQA akan diterima baik dan dianugerahkan Akreditasi Penuh kepada semua KV
yang terlibat.

9.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

Di sediakan oleh:

........................................................
NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program

2

TARIKH : 06 SEPTEMBER 2019
TEMPAT : BPLTV, PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : URUSETIA PENERIMAAN DOKUMEN SRR02 MBOT BAGI

TARIKH PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KOLEJ VOKASIONAL
TEMPAT MALAYSIA
: 25-27 SEPTEMBER 2019
: BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL, LATIHAN DAN
VOKASIONAL (BPLTV), PUTRAJAYA.

1.0 PENGENALAN

Pada 25-27 September 2019, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) telah
dilantik menjadi urusetia bagi menguruskan penerimaan dan penghantaran Dokumen
SRR02 MBOT bagi semua program Diploma Teknologi daripada Kolej Vokasional
seluruh Malaysia. Puan Norafizah binti Ibrahim selaku Ketua Jaminan Kualiti telah
mengetuai pasukan Urusetia ini yang terdiri daripada beberapa orang pensyarah
Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPP) dan Unit
Jaminan Kualiti KVSAS.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui aktiviti ini ialah:
2.1 Menguruskan penerimaan Dokumen SRR02 MBOT untuk semua program
Diploma Teknologi bagi pihak BPLTV.
2.2 Memastikan Dokumen SRR02 MBOT yang dihantar dalam bentuk cakera padat
(CD) adalah dalam keadaan baik dan berfungsi.
2.3 Menyemak dokumen iringan agar permohonan Akreditasi Penuh program
Diploma Teknologi semua KV adalah lengkap.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Pada 25-27 September 2019, KVSAS bersama-sama KV Sepang dan KV Sungai Buloh
telah menjalankan tugas sebagai urusetia bermula jam 9.00 pagi di BPLTV, Putrajaya.
Di sini, urusetia telah menyemak dokumen-dokumen iringan yang diperlukan oleh pihak
MQA dan MBOT bagi permohonan Akreditasi Penuh seperti Borang B, salinan Perakuan
Pendaftaran Institusi, salinan Akreditasi Sementara dan lain-lain .

1

Urusetia juga telah menyemak CD yang dihantar oleh semua KV berkenaan bagi
memastikan setiap CD yang dihantar mengandungi maklumat yang betul dan boleh
dibaca. Sekiranya CD mana-mana KV tidak dapat dibuka atau dibaca semasa proses
semakan, CD mestilah disalin semula dan dibuat pembetulan. Ini bagi memudahkan
pengurusan penerimaan CD dan Dokumen SRR02 di peringkat MBOT.

Disebabkan kekangan tugas, pihak KVSAS hanya dapat menjalankan tugas sebagai
Urusetia pada tarikh 25 dan 27 September sahaja. Walaubagaimanapun, hampir semua
Dokumen SRR02 dapat disemak pada hari ketiga iaitu pada 27 September 2019.

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad telah menyerahkan Dokumen SRR02 MBOT bagi
program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

5.0 KEKUATAN
5.1 Kesemua wakil KV yang telah menyerahkan Dokumen SRR02 MBOT di BPLTV,
Putrajaya telah memberikan kerjasama dan menunjukkan semangat berpasukan
yang tinggi. Ini memudahkan urusetia menyemak dokumen dan CD pada tarikh
berkenaan.
5.2 Komitmen yang padu antara semua kolej yang menjadi urusetia telah memudahkan
proses penerimaan Dokumen SRR02 MBOT.

5.0 KELEMAHAN
Tiada

6.0 CADANGAN
Tiada

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Adalah diharapkan, dokumen SRR02 MBOT program Diploma Teknologi bagi semua KV
seluruh Malaysia yang dihantar ke MBOT akan diterima baik dan dianugerahkan
Akreditasi Penuh.

9.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

2

Di sediakan oleh:
........................................................
NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program

3

TARIKH : 25-27 SEPTEMBER 2019
TEMPAT : BPLTV, PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

JABATAN/UNIT : PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM
PROGRAM : TAKLIMAT OBE : CONSTRUCTIVE ALIGNMENT, CLORR

TARIKH DAN PLORR
TEMPAT : 24 OKTOBER 2019
: BILIK SEMINAR, KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL

SAMAD, BANTING.

1.0 PENGENALAN

Bagi memantapkan pemahaman OBE (Outcome Based Education) di kalangan
pensyarah, satu program Taklimat OBE: Constructive Alignment, CLORR dan PLORR
telah dianjurkan oleh Unit Jaminan Kualiti KVSAS. Taklimat ini juga amat bertepatan
masanya memandangkan Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara (MPP) sedang dalam persediaan untuk menghadapi akreditasi Malaysian Board
of Technology (MBOT).

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang hendak dicapai melalui aktiviti ini ialah:
2.1 Memantapkan pemahaman dan penguasaan OBE di kalangan pensyarah.
2.2 Menjelaskan tentang “Construcitive Alignment” dalam program.
2.3 Memberi penekanan kepada kepentingan CLORR dan PLORR dalam sesuatu
program.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ts Rosli bin Omar, Ketua Jaminan Kualiti Kolej
Vokasional Slim River, Perak. Ts. Rosli bin Omar adalah seorang yang amat
berpengalaman dalam bidang teknologi dan ini telah dapat dimanfaatkan oleh Program
MPP sepenuhnya.

Dalam taklimat selama hampir dua jam setengah itu bermula dari jam 2.30 petang, Ts.
Rosli telah menjelaskan tentang Visi dan Misi kolej vokasional yang dicetuskan daripada
Falsafah Pendidikan Negara. Visi dan misi ini dicapai melalui pelaksanaan program
pengajian di KV yang berdasarkan struktur setiap program. Maka, terhasilnya
Programme Educational Objectives iaitu PEO. Untuk mencapai PEO pula, terdapat PLO
(Programme Learning Outcomes) yang turut dipetakan seperti dalam mapping PEO-PLO

1

program. Seterusnya bagi mencapai PLO, kursus-kursus dalam program ditawarkan
yang mempunyai CLO (Course Learning Outcomes) masing-masing. Pengukuran
kepada pelajar pula dijalankan mengikut panduan dalam AST (Assessment Specification
Table).

Taklimat juga menekankan kepada proses Closing The Loop dengan mewujudkan
CLORR bagi setiap kursus, seterusnya PLORR bagi program yang sudah ada pelajar
bergraduat seperti program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

5.0 KEKUATAN

5.1 Penerangan yang jelas dan terperinci daripada penceramah amat membantu
pensyarah memahami topik yang disampaikan.

5.2 Semua pensyarah program MPP yang terdiri daripada pensyarah vokasional dan
umum telah terlibat sepenuhnya dalam sesi taklimat ini..

5.0 KELEMAHAN
Tiada

6.0 CADANGAN
Sentiasa memastikan pensyarah menguasai OBE sepenuhnya sebagai persediaan
menghadapi akreditasi MBOT.

8.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Taklimat ini amat bermanfaat kepada semua pensyarah dalam memahami Constructive
Alignment dalam program. Pensyarah perlu menguasai sepenuhnya kursus masing-
masing terutama tentang Couse Outline (CO), AST serta kaedah pentaksiran dan
penilaian terhadap pelajar. Eviden pelajar juga perlu dipastikan lengkap dan selari
dengan CO yang ditetapkan.

9.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

Di sediakan oleh:

NORLAILI BINTI ALI
Penyelaras,
JK Pengurusan Akreditasi Program

2

TARIKH : 24 OKTOBER 2019
MASA : 2.30—5.00 PETANG

TEMPAT : BILIK SEMINAR KVSAS

Taklimat disampaikan oleh Ts. Rosli bin Omar, Ketua Jaminan Kualiti KV Slim River, Perak.
Taklimat dihadiri oleh pensyarah Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan


Click to View FlipBook Version