The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLAILI BINTI ALI Moe, 2021-09-15 09:40:22

laporan kjpu 2020 pdf

laporan kjpu 2020 pdf

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI TAHUN 2020

Jabatan/Program : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Unit/ Jawatankuasa : KETUA JABATAN
Nama Program/ Aktiviti : PENYERAHAN FAIL KURSUS JABATAN PENDIDIKAN
UMUM KE PROGRAM
Tarikh : JANUARI - FEBRUARI 2020
Tempat : KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Umum adalah satu jabatan yang menyokong program pengajian
di kolej vokasional. Jabatan Pendidikan Umum (JPU) menawarkan kursus-kursus
akademik di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan peringkat Diploma.
Semua kursus di bawah kendalian JPU diajar oleh 30 orang tenaga pengajar dalam
pelbagai bidang seperti Bahasa, Sains dan Matematik, Kemanusiaan dan Teras
Umum.

Setiap kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan struktur program di kolej
vokasional. Setiap kursus merujuk kepada Kurikulum Standard Kolej Vokasional
(KSKV) bagi pengajian peringkat SVM manakala dokumen rujukan untuk peringkat
Diploma pula ialah Silibus dan Course Outline (CO). Semua maklumat penting
kursus disimpan dalam Fail Kursus.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Menyerahkan Fail Kursus Diploma bagi kursus-kursus akademik kepada
program masing-masing.

2.2 Menyediakan Fail Kursus yang lengkap sebagai rujukan di peringkat
program.

2.3 Memudahkan akses kepada kursus akademik di peringkat program.

1

3.0 LATAR BELAKANG

Fail Kursus disediakan oleh pensyarah yang mengajar kursus tersebut bagi setiap
program. Fail Kursus ini disediakan pada setiap kali penawaran kursus bermula
daripada kohot Diploma 2015. Oleh kerana itu, dibuat ketetapan agar Jabatan
Pendidikan Umum menyerahkan semua Fail Kursus bagi pelajar yang telah tamat
kohot pengajian iaitu tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 (pelajar kohot 2018 sedang
menduduki OJT pada tahun ini). Selain daripada memberikan maklumat kursus yang
lengkap, Fail Kursus yang telah diserahkan kepada program ini juga menyenangkan
akses kepada program apabila diperlukan.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Program ini telah berjaya:
4.1 Melengkapkan Fail Kursus dengan semua maklumat yang diperlukan seperti

yang terdapat dalam Kandungan Fail Kursus.
4.2 Menyerahkan Fail Kursus yang lengkap kepada setiap program.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

6.0 KEKUATAN
Kekuatan program ini adalah:
6.1 Semua pensyarah JPU yang mengajar kursus-kursus Diploma telah
melengkapkan fail dengan baik.
6.2 Fail Kursus disemak oleh Ketua Unit dan Ketua Jabatan.
6.3 Proses meneyrahkan fail ke program mendapat kerjasama yang baik
daripada Ketua Program.

7.0 KELEMAHAN
Tiada

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan bagi program ini adalah:
8.1 Fail Kursus untuk kohot 2019 diserahkan kepada program pada tahun
hadapan (2021)

2

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Adalah diharapkan agar Fail Kursus yang diserahkan kepada program akan

ditempatkan sebaiknya bagi mengelakkan kehilangan fail dari berlaku. Pensyarah Jabatan
Pendidikan Umum juga mengambil inisiatif untuk melengkapkan Fail Kursus sebaik sahaja
semester pengajian berakhir.
10.0 GAMBAR AKTIVITI

Rujuk Lampiran.
Disediakan oleh,

Norlaili binti Ali
Ketua Jabatan Pendidikan Umum

Disemak oleh,

Hjh. Ruzahriah binti Hj. Telimik
Timbalan Pengarah Akademik

3

Lampiran

Gambar 1 Contoh Fail Kursus Jabatan Pendidikan Umum.

Gambar 2 : Penyerahan salinan senarai semak Fail Kursus Pendidikan Umum kepada
Ketua Program Bakeri dan Pastri.

4

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI TAHUN 2020

Jabatan/Program : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Unit/ Jawatankuasa : KETUA JABATAN
Nama Program/ Aktiviti : TAKLIMAT JABATAN PENDIDIKAN UMUM UNTUK
PELAJAR SVM
Tarikh : 26 FEBRUARI 2020
Tempat : DEWAN GEMILANG, KOLEJ VOKASIONAL SULTAN

ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Umum adalah suatu jabatan yang sama penting fungsinya
dengan jabatan-jabatan yang lain dalam struktur Kolej Vokasional. Jabatan
Pendidikan Umum (JPU) mempunyai 4 unit mengikut bidang iaitu Unit Bahasa, Unit
Sains dan Matematik, Unit Kemanusiaan dan Unit Teras Umum. Oleh itu, Jabatan ini
berperanan untuk menyokong program-program pengajian yang ditawarkan oleh
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.

Jabatan Pendidikan Umum diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh
Ketua-ketua Unit yang dilantik oleh pihak kolej. Selain itu, Jabatan Pendidikan Umum
diperkuatkan oleh barisan pensyarah seramai 29 orang (tidak termasuk di luar
norma) yang begitu komited dalam menjalankan tugas. JPU menawarkan kursus-
kursus akademik di peringkat Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Memperkenalkan Jabatan Pendidikan Umum kepada pelajar khususnya
pelajar di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

2.2 Menyampaikan informasi tentang kursus-kursus yang dikendalikan oleh
Jabatan Pendidikan Umum mengikut unit.

2.3 Menekankan kepentingan kursus Pendidikan Umum kepada pelajar-pelajar
SVM.

1

3.0 LATAR BELAKANG

Pelajar-pelajar di peringkat Sijil Vokasional Malaysia adalah terdiri daripada pelajar
Tahun 1 SVM dan Tahun 2 SVM. Sebagai pelajar Tahun 1 SVM, pelajar-pelajar ini
merupakan pelajar baharu di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad. Pelajar-pelajar
ini sangat perlu didedahkan dengan corak pembelajaran dan sistem pengajian di
Kolej Vokasional. Mereka perlu maklum tentang kursus-kursus akademik yang
ditawarkan selain daripada kursus-kursus vokasional. Manakala untuk pelajar Tahun
2 SVM pula, taklimat ini memberi ingatan kepada pelajar untuk lebih berusaha bagi
meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Program ini telah berjaya:

4.1 Memperkenalkan kursus-kursus akademik mengikut bidang atau unit.
Contohnya:

• Kursus-kursus di bawah Jabatan Bahasa ialah Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.

• Kursus-kursus di bawah Unit Sains dan Matematik ialah kursus
Sains , Sains Untuk Teknologi dan Sains Untuk Pengajian Sosial ,
Matematik, Matematik Untuk Teknologi dan Matematik Untuk
Pengajian Sosial.

• Kursus-kursus di bawah Unit kemanusiaan ialah kursus Sejarah, di
Pendidikan Islam, Pengajian Moral dan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

4.2 Menerangkan tentang pentaksiran bagi kursus-kursus akademik

peringkat SVM. Ini amat penting kerana Pentaksiran Berterusan (PB) bagi

peringkat SVM hanya meliputi 30% manakala Penilaian Akhir (PA) adalah

sebanyak 70%.

4.3 Menekankan kepentingan kursus Bahasa Melayu kepada pelajar

khususnya pelajar SVM2. Kursus Bahasa Melayu adalah syarat lulus SVM

dan kenaikan ke peringkat Diploma.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada

6.0 KEKUATAN

Kekuatan program ini adalah:

6.1 Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum.
6.2 Taklimat diadakan selepas sesi bacaan doa harian. Oleh itu, kehadiran

pelajar adalah amat baik dan taklimat dapat disampaikan secara terus
kepada pelajar.
6.3 Sesi taklimat berjalan lancar dan pelajar mengikuti sesi taklimat tanpa
sebarang masalah..

2

7.0 KELEMAHAN
Kelemahan program ini adalah:
7.1 Talimat hanya dapat disampaikan kepada pelajar SVM pada 26 Februari
2020 iaitu selepas beberapa minggu pelajar SVM1 mendaftar kerana
kekangan masa untuk menjalankan program ini akibat bertembung dengan
lain-lain aktiviti kolej.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan bagi program ini adalah:
8.1 Taklimat disampaikan lebih awal iaitu pada minggu pertama atau kedua
selepas pelajar SVM1 mendaftar.

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar SVM meningkatkan
pemahaman dan penguasaan mereka terhadap kursus-kursus akademik.
Diharapkan juga pelajar-pelajar SVM mengambil perhatian tentang kehadiran dan
Pentaksiran Berterusan selain memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam
pembelajaran demi meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.

10.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

Disediakan oleh,

Norlaili binti Ali
Ketua Jabatan Pendidikan Umum

Disemak oleh,

Hjh. Ruzahriah binti Hj. Telimik
Timbalan Pengarah Akademik

3

Lampiran

Gambar 1 : Taklimat Jabatan Pendidikan Umum untuk pelajar SVM Tahun 1 dan Tahun 2.

Gambar 2 Taklimat untuk pelajar SVM disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum.
4

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI TAHUN 2020

Jabatan/Program : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Unit/ Jawatankuasa : KETUA JABATAN
Nama Program/ Aktiviti : TAKLIMAT JABATAN PENDIDIKAN UMUM UNTUK
PELAJAR DIPLOMA
Tarikh : 5 MAC 2020
Tempat : DEWAN GEMILANG, KOLEJ VOKASIONAL SULTAN

ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad adalah salah satu agenda penting
dalam transformasi pendidikan negara. Pendidikan TVET memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk menjadi tenaga kerja mahir apabila melangkah ke alam
pekerjaan. Seiring dengan kemahiran vokasional yang diperoleh, kursus-kursus
akademik tidak dikecualikan malah diberi penekanan dan menjadi sokongan kepada
kursus-kursus vokasional. Kursus-kursus akademik di peringkat Diploma
dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Umum yang diketuai oleh seorang Ketua
Jabatan dan dibantu oleh Ketua-ketua Unit serta barisan pensyarah yang mengajar
kursus-kursus tersebut di peringkat program.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Memperkenalkan peranan Jabatan Pendidikan Umum kepada pelajar
khususnya pelajar di peringkat Diploma.

2.2 Menyampaikan informasi tentang kursus-kursus yang dikendalikan oleh
Jabatan Pendidikan Umum di peringkat Diploma.

2.3 Menekankan kepentingan kursus Pendidikan Umum kepada pelajar-pelajar
Diploma.

1

3.0 LATAR BELAKANG

Pelajar Tahun 1 Diploma adalah mereka yang berjaya meneruskan pengajian
daripada peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Oleh itu, kursus-kursus yang
ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Umum adalah merupakan kursus-kursus baharu
yang memerlukan komitmen yang lebih tinggi daripada pelajar. Manakala pelajar
Tahun 2 juga mengikuti kursus-kursus akademik yang ditawarkan bagi
melengkapkan jumlah kredit Diploma masing-masing.

Terdapat lebih daripada 10 kursus yang ditawarkan di peringkat Diploma seperti
kursus Keusahawanan dan Etika Profesionalisme yang ditawarkan untuk semua
program manakala terdapat juga kursus yang ditawarkan untuk program-program
tertentu sahaja, contohnya Kemahiran Dinamika dan Statistik. Semua kursus
akademik untuk peringkat Diploma dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu Wajib
Umum, Teras Umum dan Elektif.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Program ini telah berjaya:

5.1 Memperkenalkan kursus-kursus akademik mengikut bidang atau unit. Ini
memudahkan pelajar untuk merujuk pensyarah yang berkenaan bagi
membantu dalam proses pembelajaran. Contohnya:
• Kursus-kursus di bawah Jabatan Bahasa ialah seperti Bahasa Arab,
Bahasa Mandarin, Kemahiran Dinamika dan English for
Communication.
• Kursus-kursus di bawah Unit Sains dan Matematik ialah seperti
Kimia Tak Organik, Statistik, Matematik, Matematik Teknologi,
Tenaga dan Kuasa dan Statistik Teknologi.
• Kursus-kursus di bawah Unit kemanusiaan ialah Pengajian Islam
dan Pengajian Moral.
• Kursus-kursus di bawah Unit Teras Umum ialah Keusahawanan,
Etika Profesionalisme, Pengurusan Kewangan dan Asas Perakaunan.

5.2 Menerangkan tentang pentaksiran kursus-kursus akademik di peringkat
Diploma. Pelajar ditekankan untuk memberikan komitmen sepenuhnya
memandangkan peratusan Pentaksiran Berterusan (PB) kepada
Penilaian Akhir (PA) adalah mengikut nisbah 60:40. Ini memberikan
peluang kepada pelajar untuk memperbaiki gred jika mereka
menyempurnakan PB dengan cemerlang.

5.3 Memberi penekanan kepada kehadiran pelajar supaya mencukupi 80%
kehadiran.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada

2

6.0 KEKUATAN

Kekuatan program ini adalah:

6.1 Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum.
6.2 Taklimat diadakan selepas sesi perhimpunan. Oleh itu, kehadiran pelajar

adalah amat baik dan taklimat dapat disampaikan secara terus kepada
pelajar Diploma.
6.3 Sesi taklimat berjalan lancar dan pelajar mengikuti sesi taklimat tanpa
sebarang masalah..

7.0 KELEMAHAN

Kelemahan program ini adalah:

7.1 Taklimat untuk pelajar DVM ini dapat disempurnakan agak lewat dari tarikh
yang dicadangkan iaitu pada minggu pertama semester 1 kerana kekangan
masa.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan bagi program ini adalah:

8.1 Taklimat disampaikan lebih awal iaitu pada minggu pertama atau kedua
semester pengajian.

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN

Adalah diharapkan pelajar Diploma mengikuti kursus-kursus Pendidikan Umum
dengan memberi tumpuan penuh kepada pembelajaran di samping kursus
vokasional agar keputusan peperiksaan mereka adalah seimbang dan seterusnya
membantu meningkatkan Purata Nilai Gred Kumulatif masing-masing.

10.0 GAMBAR AKTIVITI

Rujuk Lampiran.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Norlaili binti Ali Hjh. Ruzahriah binti Hj. Telimik
Ketua Jabatan Pendidikan Umum Timbalan Pengarah Akademik

3

Lampiran
Gambar 1 : Taklimat Jabatan Pendidikan Umum untuk pelajar Diploma pada 05 Mac 2020

Gambar 2 Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum.
4

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI TAHUN 2020

Jabatan/Program : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Unit/ Jawatankuasa : KETUA JABATAN
Nama Program/ Aktiviti : TINDAKAN KERJA PERSEDIAAN BUKA KOLEJ
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Tarikh : 18 – 23 JUN 2020
Tempat : KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda negara dan seluruh dunia, semua
sekolah di Malaysia termasuk Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad telah ditutup
daripada beroperasi. Semua sesi pembelajaran telah diadakan secara atas talian.
Walaubagaimanapun, BPLTV melalui KPM dengan kebenaran Kementerian
Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pembukaan semula kolej vokasional
berikutan wabak yang semakin berkurangan. Oleh itu, satu garis panduan dan SOP
telah dibekalkan kepada kolej vokasional sebagai persediaan pembukaan kolej
dengan norma baharu. KVSAS telah mengambil tindakan yang sepatutnya dalam
persediaan pembukaan kolej. Jabatan Pendidikan Umum juga tidak terkecuali dalam
melaksanakan tindakan kerja tersebut bagi membolehkan PdPc berjalan dengan
sempurna.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Membuat persediaan fizikal untuk menerima kemasukan pelajar apabila
kolej dibuka.

2.2 Memastikan semua persediaan yang dilakukan mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Memastikan keselamatan pelajar semasa sesi PdPc berlangsung mengikut
norma baharu.

1

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Program ini telah berjaya:
4.1 Menyediakan bilik tutorial, makmal sains, Dewan Kuliah dan surau yang

digunakan untuk sesi PdPc pelajar mengikut SOP yang ditetapkan.
4.2 Memastikan bilik-bilik dan tempat tersebut dalam keadaan kondusif, ceria

dan selamat digunakan untuk PdPc.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

6.0 KEKUATAN
Kekuatan program ini adalah:
6.1 Semua pensyarah JPU memberikan kerjasama yang baik dalam
memastikan persediaan bilik-bilik tutorial, makmal sains, Dewan Kuliah dan
surau disusun atur dan dilabelkan mengikut SOP. .
6.2 Persediaan juga dilakukan dalam tempoh masa yang sesuai dan mencukupi
sebelum pelajar mula belajar secara bersemuka di kolej.
6.3 Peranan pentadbir amat baik dalam membantu dan membimbing pensyarah
membuat persediaan yang sempurna.

7.0 KELEMAHAN
Keadaan Bilik Tutorial yang kurang kemas dan menarik untuk PdPc.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pensyarah yang menguruskan Bilik Tutorial (PIC) membuat penambahbaikan pada
papan kenyataan, kedudukan langsir dan persekitaran Bilik Tutorial.

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Semua persediaan dan gerak kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik

sebelum kolej dibuka. Pemantauan daripada pihak pentadbir juga memastikan semua
persediaan berjalan lancar.

10.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran 1.

2

Disediakan oleh,
NORLAILI BINTI ALI
Ketua Jabatan Pendidikan Umum
Disemak oleh,
NORAFIZAH BINTI IBRAHIM
Timbalan Pengarah Akademik

3

Satu mesyuarat
telah dijalankan

di peringkat
Jabatan untuk
menentukan
gerak kerja dan
tindakan yang
perlu diambil

sebagai
persediaan buka

kolej

Pensyarah menetapkan penjarakan sosial di Bilik Tutorial
4

Kedudukan pelajar mengikut penjarakan Papan kenyataan Bilik Tutorial
sosial yang ditetapkan dilengkapkan dengan maklumat wabak

Covid-19

Tanda laluan masuk dan keluar dilekatkan pada pintu hadapan dan pintu belakang
Bilik Tutorial

5

Persediaan buka kolej di Dewan Kuliah 1. Pensyarah membuat penanda untuk
tanda arah pergerakan pelajar dalam Dewan Kuliah 1.

Pemasangan
pensanitasi tangan
dan penjarakan sosial

di Surau

6

Tanda penjarakan sosial pelajar di Tanda arah pergerakan pelajar di makmal
Makmal Sains Sains

Tanda arah MASUK di pintu makmal Maklumat Covid-19 dipaparkan di makmal
Sains

7

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,
TELOK DATOK, 42700 BANTING SELANGOR

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI TAHUN 2020

Jabatan/Program : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
Unit/ Jawatankuasa : KETUA JABATAN
Nama Program/ Aktiviti : LAWATAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Tarikh : 15 JULAI 2020
Tempat : JABATAN PENDIDIKAN UMUM,

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Umum (JPU) adalah salah satu jabatan yang terdapat dalam
struktur organisasi Kolej Vokasional. JPU menyokong kursus-kursus vokasional bagi
sesuatu program. JPU menawarkan kursus-kursus sama ada di peringkat Sijil
Vokasional Malaysia(SVM) dan juga Diploma. Semua pelajar yang mengambil SVM
diwajibkan mengikuti kursus-kursus Jabatan Pendidikan Umum iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
dan juga Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Kursus-kursus ini
penting terutamanya kursus Bahasa Melayu kerana ianya setara dengan SPM dan
merupakan syarat wajib lulus untuk ke peringkat Diploma. Oleh itu, penilaian dan
pentaksiran adalah satu aspek yang sangat penting. Lawatan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) adalah untuk menilai dan memantau pengurusan Pentaksiran
Berterusan (PB) di kolej ini agar ianya mempunyai kesahan yang tinggi.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Memastikan Pentaksiran Berterusan dilaksanakan mengikut SOP dan garis
panduan yang ditetapkan oleh LPM.

2.2 Memastikan pensyarah melaksanakan PB mengikut takwim dan selari
dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV).

2.3 Memastikan semua evidens pelajar disimpan dengan baik dan markah
pelajar direkodkan.

1

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI/ DAPATAN

Daripada pemerhatian dan temu bual pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia,
En. Abd Malek bin Yuop, beliau telah merumuskan beberapa perkara berikut:

4.1 Evidens pelajar telah disimpan dan disusun dengan baik bagi setiap kursus
yang telah disemak. Kursus-kursus SVM2 tersebut ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik Untuk Pengajian Sosial, Sains Untuk Teknologi,
Sejarah, Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral.

4.2 Seorang pensyarah mewakili setiap kursus telah ditemu bual untuk
mengetahui jenis-jenis PB yang dilaksanakan dan kaedah pentaksiran.
Semasa temu bual, pensyarah telah menunjukkan PB yang dilaksanakan
mengikut apa yang dibincangkan bersama pegawai LPM.

4.3 Hasil daripada semakan fail PB, beliau mendapati markah semasa PB telah
direkodkan oleh pensyarah.

4.4 Semakan juga mendapati terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan oleh pensyarah mengikut kursus masing-masing. Contohnya,
kursus Sains Untuk Teknologi melaksanakan PB berbentuk Kuiz, Amali dan
Tugasan.

4.5 En. Malek juga telah mengesahkan PB pelajar yang dijalankan dengan
menandatangani beberapa PB pelajar yang terpilih bagi setiap kursus.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada

6.0 KEKUATAN

Kekuatan yang diperolehi daripada program ini adalah:

6.1 Semua pensyarah JPU memberikan kerjasama yang baik dalam
memastikan persediaan fail evidens PB dan Fail Pentaksiran adalah
mengikut kandungan yang ditetapkan. .

6.2 Pensyarah menguasai kursus yang diajar apabila dapat menjelaskan
dengan baik kepada pegawai LPM tentang kaedah PB yang yang
dilaksanakan bagi kursus masing-masing.

6.3 Semakan fail oleh Ketua Unit dan Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum
kedatangan LPM banyak membantu penyediaan fail PB yang lengkap.

7.0 KELEMAHAN

Kelemahan yang yang diperolehi daripada program ini adalah:

7.1 Terdapat satu atau dua PB yang belum diselesaikan bagi beberapa kursus
seperti Matematik Untuk Pengajian Sosial, Sains Untuk Teknologi, P. Islam
dan P. Moral.

7.2 Senarai soalan lisan bagi kursus Bahasa Melayu tidak disertakan dalam fail
PB bersama evidens pelajar.

2

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.1 Pegawai LPM mencadangkan agar PB yang belum diselesaikan dapat
dilaksanakan secepat mungkin.
8.2 Senarai soalan lisan bagi kursus Bahasa Melayu turut disertakan dalam fail PB
bersama evidens pelajar

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN
Pengurusan Pentaksiran Berterusan (PB) bagi Jabatan Pendidikan Umum adalah
baik. Diharap semua pensyarah dapat mengurus dan melaksanakan PB sebaik
mungkin demi peningkatan ilmu dan kemahiran para pelajar.

10.0 GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran.

Disediakan oleh,

NORLAILI BINTI ALI
Ketua Jabatan Pendidikan Umum

Disemak oleh,

NORAFIZAH BINTI IBRAHIM
Timbalan Pengarah Akademik

3

Semakan dokumen PB oleh pegawai LPM dan temu bual bersama pensyarah kursus SVM

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
BANTING, SELANGOR

RUMUSAN BICARA PENGARAH (SIRI KE-4)
JABATAN PENDIDIKAN UMUM

TARIKH : 10/7/2020 (JUMAAT)

MASA : 10.30 PAGI - 12.15 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK SEMINAR

KEHADIRAN :

1 Pn Hjh Norhayati binti Hj Ab Wahab Pengarah
2 Pn Norafizah binti Ibrahim Ketua Jaminan Kualiti
3 Pn Norlaili binti Ali Ketua Jabatan Pendidikan Umum
4 Pn Siti Nasuha binti Nasir Ketua Unit Sains Dan Matematik
5 En. Jaini bin Saiman Ketua Unit Kemanusiaan
6 Norsyazwani binti Saari Pensyarah
7 Rubiatul Adawiah binti Daud Pensyarah
8 Farah Wahida binti Shawal Pensyarah
9 Nor Syuhada binti Saiful Anuar Pensyarah
10 Aisyah binti Mohmed Pensyarah
11 Hafiza binti Azahar Pensyarah
12 Hamizah Hani binti Isamail Pensyarah
13 Muhammad Khairul Amin bin Mohd Zain Pensyarah
14 Muhammad Mikhail Al Muqri bin Ayub Pensyarah
15 Nur Hidayah binti Mohamad Pensyarah
16 Siti Nor Husna binti Sh Khazan Nar Basha Pensyarah
17 Mohd Helmy bin Jamaludin Pensyarah
18 Khafizudin bin Amat Noh Pensyarah

1

BIL PERKARA

1 Pengarah mengucapkan terima kasih atas kehadiran pensyarah. Tujuan Bicara
Pengarah ini diadakan adalah bertujuan membugarkan kembali tanggungjawab dan
peranan professional pensyarah sebagai pegawai perkhidmatan Pendidikan.

2 Tugas seseorang pegawai awam adalah melalui lantikan dan tertakluk kepada
perundangan.

3 Buku rekod mengajar mengandungi tatasusila, akta dan semua maklumat umum
berkaitan profesion keguruan. Maklumat ini akan sentiasa dibaca bersama dan didapati
dapat memberikan kefahaman tentang tanggungjawab guru. Guru tidak guru tidak
digalakkan mengajar sambil duduk. Duduk semasa mengajar adalah kurang memberi
kesan kepada pengajaran serta mempengaruhi hasil pembelajaran.

4 Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia
(Rujuk Lampiran)
Guru/pensyarah bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang memahami Rukun
Negara. Perdana Menteri (YAB Tan Sri Dato’ Muhyidin Bin Haji Mohd Yassin) pada
9/7/2020 yang lalu telah melancarkan Pendidikan Melalui Rukun Negara.
Guru/pensyarah perlu mengaplikasikannya dalam PdPc supaya pelajar dapat
mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara.

Tanggungjawab Terhap Murid
Kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab pengarah, pensyarah dan mentor perlu
dijaga bermula pelajar sampai ke kolej. Setiap masa pelajar perlu dipantau supaya kita
dapat mengawal keselamatan dan kebajikan pelajar dari semasa ke semasa.

Guru/pensyarah perlu bersikap adil kepada pelajar. Tidak boleh bersangka buruk dan
berprasangka kepada pelajar. Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan pelajar
dapat mengusai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya.

Guru/pensyarah juga perlu merahsiakan dan melindungi maklumat ikhtisas pelajar,
rakan sejawat dan pentadbir daripada orang awam. Berhati-hati dalam menggunakan

2

media social supaya tidak mendedahkan kepada umum tentang sebarang maklumat
yang tidak sewajarnya.

Guru perlu mendapatkan kebenaran dan melaporkan sebarang cuti rehat khas (CRK),
cuti sakit dan sebagainya kepada Ketua Jabatan.

Guru perlu bertanggungjawab menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
supaya pembelajaran tidak terhenti dan dapat diganti oleh pensyarah lain semasa
ketiadaan pensyarah. Guru digalakkan memanfaatkan penggunaan teknologi untuk
tujuan pembelajaran sama ada secara bersemuka atau secara atas talian. Penggunaan
kaedah pengajaran norma baharu dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi
supaya objektif PdPc boleh dicapai dalam pelbagai keadaan.

Guru/pensyarah perlu menunjukkan imej professional dengan mengenakan pakaian
dan kasut yang sesuai dengan profesion. Guru/pensyarah perlu menunjukkan tatacara
dan kelakuan yang baik yang boleh menjadi contoh kepada pelajar.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas dari semasa ke semasa. Pensyarah
perlu memastikan penguasaan kemahiran dan kecekapan sentiasa ditingkatkan.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan murid.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan perkhidmatan.
Contohnya, sekiranya guru membuat perniagaan online, perlu diisytiharkan supaya
tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Borang akuan akan diedarkan

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama yang baru dalam perkhidmatan.
Perlu bekerja secara bersama-sama dalam kumpulan. Pensyarah dinasihatkan supaya
sentiasa merujuk Buku Pengurusan dalam menjalankan tugasan supaya dapat
membuat refleksi diri tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan.

5 Sistem Pengurusan Kualiti (Rujuk File di JPU)
Portfolio pengajaran perlu dihantar kepada Ketua Jabatan. Rekod Pengajaran (RP)

3

perlu dihantar dari semasa ke semasa sebagai bukti pengajaran. Sekiranya gagal
menghantar rekod pengajaran, guru boleh dikenakan penalti RM500.

6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 Peraturan Pakaian Guru (Rujuk Lampiran)
Cara berpakaian perlu bersesuaian dengan cara bekerja contohnya di makmal, bengkel
dan padang. Pemakaian perlu dibezakan mengikut kesesuaian.

7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 berkaitan dengan panitia. (Rujuk Lampiran)
Kolej Vokasional menggunakan istilah Ketua Unit menggantikan panitia yang mana
tugas dan peranannya adalah sama dengan sekolah harian. Ketua Unit perlulah
memastikan pensyara hmenggunakan sukatan KSKV yang terkini dan sentiasa
member panduan kepada pensyarah dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab.
Mewujudkan kerjasama antara pensyarah dalam kursus yang sama.

8 Surat Pekeliling Iktisas Bil 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah.
(Rujuk Lampiran)
Perintah Am Bab C
Pentadbir boleh mengarahkan guru untuk bekerja tidak melebihi separuh daripada
jumlah cuti penggal.

9 Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Bab D) (Rujuk
Lampiran)
Tidak boleh berkelakuan yang menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah
dengan kewajipan awam. Contohnya, penjawat awam yang terlibat dengan perniagaan
sampingan menjadikan perniagaannya adalah lebih utama melebihi kepentingan awam
adalah bercanggah dengan kewajipan awam.

10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang
Oleh Guru-Guru (Rujuk Lampiran)
Waktu luang adalah waktu bekerja yang mana guru-guru boleh menggantikan guru lain
yang bercuti, melaksanakan tugas-tugas sampingan atau tugas pengurusan. Merujuk
PBPPP, 70% adalah tugas pengajaran manakala 30% adalah tugasan pentadbiran.
Oleh itu, waktu tidak mengajar (free) ini mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi
faedah kepada pelajar dan kolej.

4

11 Perkembangan terkini
Pelajar SVM 1 dan DVM 1 tidak akan masuk ke kolej pada 15/7/2020, oleh itu jadual
waktu tidak perlu disediakan . Pentadbir memberi kelonggaran yang mana pelajar boleh
dipanggil ke kolej mengikut keperluan.

12 Pelajar mestilah menguasai kemahiran, soft skill, rohani dan kokurikulum. Pensyarah
akademik adalah pelengkap kepada program bagi menghasilkan pelajar yang
seimbang.

13 Pensyarah perlu mempunyai nilai professional kerana tujuan pembelajaran adalah
untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, guru
mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi
berbanding pelajar. Pensyarah mestilah mempunyai sifat serba boleh berdepan dengan
pelbagai situasi. Bekerja mesti dengan suasana yang gembira. Pengurusan kerja,
keluarga dan emosi mestilah dengan terancang.

14 Pensyarah digalakkan membuat kajian tindakan dalam pengajaran. Perbicangan
bersama di kalangan pensyarahdalam Jabatan boleh menghasilkan kaedah pengajaran
yang terbaik.

15 Pensyarah diingatkan supaya menyemak maklumat Hrmismasing-masing. Semak juga
Buku Rekod Perkhidmatan dan fail peribadi masing-masing.

16 KJ/KP/KU perlu membuat pemantauan dan penyeliaan pensyarah di bawah seliaan
masing-masing untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran penyampaian pengajaran
dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh Disahkan Oleh

NORSYAZWANI BINTI SAAARI NORLAILI BINTI ALI
PENOLONG SETIAUSAHA KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM
TARIKH: 14.07.2020 TARIKH: 14.07.2020

5

Program Bicara Pengarah bersama pensyarah-pensyarah
Jabatan Pendidikan Umum memfokuskan kepada
pembugaran profesiosionalisme seorang guru


Click to View FlipBook Version