The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN MURID

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainisakinahj, 2023-12-30 01:25:28

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN MURID

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN MURID

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN MURID


DEFINISI BIMBINGAN Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960). Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).


Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya. CIRI-CIRI BIMBINGAN


DEFINISI PENASIHATAN Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. CIRI-CIRI PENASIHATAN Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan


TERDAPAT 5 FASA IAITU FASA 1 - Kesedaran GURU sebagai pembimbing danpenasihat pelajar FASA 2 - Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan FASA 3 - Proses Mengenali Pelajar FASA 4 - Proses membimbing pelajar 1.Membina Hubungan 2.Penerokaan 3.Definisi Masalah dan Membina Matlamat 4.Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan 5.Melaksanakan tindakan 6.Penamatan FASA 5 - Fasa Analisis Penilaian


Bagi fasa ini, pihak pengurusan universiti/ institut terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Namun demikian penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran program kerana mereka lebih rapat dan arif dengan pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang mengajar subjek universiti. Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan model ini. FASA-FASA PENASIHATAN


Bagi fasa ini, pihak pengurusan universiti/ institut terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Namun demikian penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran program kerana mereka lebih rapat dan arifdengan pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang mengajar subjek universiti. Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan model ini. FASA 1 : KESEDARAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR


Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Di antara beberapa kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu; 1.Kemahiran perkembangan personaliti 2.Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar 3.Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal) 4.Kemahiran mengenalpasti pelajar yang bermasalah 5.Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan. FASA 2 : MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu : 1) Pelajar yang datang secara sukarela 2) Pelajar yang di bawah pemerhatian (rujukan) 3) Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan diagnosis (alat ujian) Di antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh pensayarah bimbingan untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik (teknik lapor diri), teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik rekod peristiwa, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. FASA 3 : PROSES MENGENALI PELAJAR


Fasa ini melibatkan proses membimbing pelajar oleh guru pembimbing. Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa bersama. Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, isu-isu kendiri dan personal. FASA 4 : PROSES MEMBIMBING PELAJAR


Di tahap ini guru membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat dengan pelajar agar mereka perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. Guru juga perlu mengingati bahawa setiap individu itu unik dan mempunyai potensi untuk bergerak ke arah kebaikan. Oleh itu, guru harus menerima pelajar seadanya iaitu melalui penerimaan positif tanpa syarat, memperlihatkan ketulenan dan ikhlas sehingga pelajar yakin bahawa guru adalah seorang yang boleh dipercayai, kompeten dan peramah. Contoh : guru melihat pelajar muram dan tidak ceria sewaktu dalam kelas, lantas mendekati pelajar tersebut. Pembimbing : “Apa khabar Ariffin, saya lihat Ariffin macam sedih saja. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” A: MEMBINA HUBUNGAN


Pada tahap ini, guru cuba membantu pelajar dengan meneroka permasalahan utama mereka melalui beberapa kemahiran tertentu supaya pelajar dapat memberitahu apakah masalah yang dialaminya dengan jelas. Tugas guru pembimbing ialah mendengar dan meneroka dengan teliti dan penuh empati. Tujuannya untuk mendapat gambaran masalah pelajar tersebut. Pembimbing : “Apa agaknya yang mendorong Suhaila berjumpa dengan saya hari ni?” Pelajar : “Entahlah encik, saya betul-betul sedih. Kawan serumah Asyikin memarahi saya pagi tadi, saya bukan buat salah besar pun..... ” Pembimbing : hmm...... ...kawan serumah awak marah ? (dorongan minima) Tujuan penerokaan ini supaya guru pembimbing dapat menerokai keadaan pelajar pada masa kini, apakah makna permasalahan itu, menerokai perasaan dan meneroka sebabsebab pelajar berperasaan sedemikian. B. PENEROKAAN


Guru perlu melihat dengan lebih mendalam permasalah pelajar melalui pendefinisian permasalahan utama dan membina matlamat mereka. Pada tahap ini biasanya, pelajar dan guru telah dapat mengenalpasti apakah masalah utama yang menyebabkan pelajar berkeadaan sedemikian. Matlamat tidak akan tercapai seandainya masalah utama tidak dikenalpasti. Apa yang penting, pelajar akan dibantu oleh guru untuk melihat apakah matlamat utama bagi mengatasi masalah dirinya. Pembimbing : “Dari apa yang telah anda beritahu saya, anda merasakan bahawa sikap cuailah yang menyebabkan anda dimarahi oleh Asyikin. Agaknya, apa yang ingin Suhaila lakukan untuk mengatasi masalah ini” Pelajar : “Ya....Saya rasa, saya perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan kawan-kawan...saya tak sanggup dimarah sekali lagi” . C) DEFINISI MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT


Pelajar akan dibantu membuat beberapa alternatif penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka alami dan membantu mereka merancang tindakan yang sesuai selaras dengan kemampuan mereka. Setelah situasi sebenar difahami, berlaku proses perbincangan antara dua pihak untuk melihat alternatif-alternatif penyelesaian dan pilihan-pilihan yang dibuat perlu membawa implikasi positif. Pembimbing : “Selain mengamalkan sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan rakan-rakan, apa agaknya yang anda dapat lakukan supaya kawan-kawan serumah lebih menghormati dan yakin terhadap awak?” Pelajar : “Saya rasa, saya perlu membeli sendiri barang-barang tersebut, tak perlu pinjam-meminjam lagi. Kalau tidak cukup wang saya boleh kumpul duit sedikit demi sedikit. Cuma mungkin ambil masa sedikit untuk dapat mengumpulkan jumlah yang diperlukan. D) ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN


MELAKSANAKAN TINDAKAN Tahap seterusnya ialah melaksakan tindakan yang dibincangkan dan membuat penilaian terhadap tindakan tersebut. f) Penamatan Setelah pelajar telah mencapai matlamat dan objektifnya, maka penamatan hubungan bimbingan bolehlah ditamatkan. guru akan memantau pelajar seterusnya melalui tindakan susulan.


Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada da kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya. FASA 5 : FASA ANALISIS PENILAIAN


BIMBINGAN DAN PENASIHATAN KAUNSELING Berfokus kepada masalah yang individu hadapi. Berfokus kepada individu yang bermasalah. Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling. Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc berdasarkan keperluan. Tindakan yang diambil adalah dirancang secara bersistematik dan berstruktur. PERBEZAAN DI ANTARA BIMBINGAN DAN PENASIHATANDENGAN KAUNSELING


BIMBINGAN DAN PENASIHATAN KAUNSELING Tindakan tidak dipantau oleh penasihat. Tindakan dipantau secara berterusan oleh kaunselor Masa yang diambil singkat Lebih banyak masa diperlukan Penolong pada dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong. Penolong pada dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam.


Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor) di berikantanggungjawab untuk membantu guru baru (mantee) mendalami perkembangan professional. Mentor – individu berpengalaman Mantee – individu/sekumpulanindividu yang ingin maju dalam bidang berkenaan DEFINISI MENTORING Proses pembelajaran yang aktif buatmantee Yang dipentingkanadalah perkembangan personal dan professional yang berterusan Untukmemudahkan sesuatutransisi dan memastikanberlaku perkembanganpositif Bertindakbalasterhadap kelebihanindividu, nilai dan keperluan mentor dan mantee Bertimbangrasa dan akur kepadakesilapan yang sukar dielakkan Menerimakesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. CIRI-CIRI MENTORING


Menjalin perhubungan Perhubungan mentor-mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa mentoring. Walaubagaimanapun langkah ini tidak boleh dilakukan secara gopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Berikan masadan tingkatkanlah usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya mereka timbul rasa saling mempercayai. Jika ini berlaku baik maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna. Merundingkan persetujuan/perjanjian Langkah seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring. Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring . Wujudnya perjanjian bersama ini akan menwujudkan perhubungan yang harmoni. PROSES MENTORING


Perkembangan professional mentee Merupakan langkah utama (dan lama) mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya matlamatnya tercapai. Pada ketika juga, perlu ada usaha untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka. 4. Menamatkan perhubungan Process mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula , perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal. PROSES MENTORING


Click to View FlipBook Version