PENGURUSAN BILIK DARJAH
´Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). ´Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. BILIK DARJAH
´Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). ´Pengurusan bilik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. ´ ´Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. ´ ´Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. PENGURUSAN BILIK DARJAH
´´Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. ´Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll). ´Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku muridyang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan). PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGURUSAN BILIK DARJAH
´Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai ´Membentuk suasana pembelajaran yang positif ´Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid ´Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum ´Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P ´Mengurangkan masalah disiplin ´Pengurusan rutin yang berkesan ´Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN
PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH
´Membenarkan guru memantau dengan mudah & cepat ´Kedudukan guru berhampiran murid ´Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang ´Ruang pergerakan yang selesa ´Akses mudah kepada sumber pembelajaran ´Penggunaan ruang pada dinding ´Wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu ´Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot ´Kebersihan ´Susunan kerusi meja murid yang fleksibel -Tradisional -Kumpulan kecil -Seminar GARIS PANDUAN
´Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya ´Faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah: ´Pendekatan pengajaran ´Gaya kepimpinan guru ´Bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah PENGURUSAN PSIKOSOSIAL BILIK DARJAH
´´Suasana demokratik dalam bilik darjah ´Guru sebagai pendidik & fasilitator ´Menimbulkan persekitaran saling mempercayai & menghormati ´Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya ´Menunjukkan contoh teladan yang baik ´Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat & seronok ´Menunjukkan rasa cinta & semangat untuk mendidik PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
´Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN ´Memudahkan guru membimbing murid. ´Menggalakkan penglibatan aktif individu. ´Memupuk kerjasama antara murid. ´Memupuk rasa tanggungjawab. ´Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah. ´Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.
´•Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. ´Cara mengelompokkan pelajar: Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti P&P dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. •Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. •Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. ´Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. ´Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah. ´ ´Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. ´Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar. ´Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi. KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
´Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid. ´Misalnya dalam mata pelajaran Muzik. ´Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid. KUMPULAN MENGIKUT MINAT ´Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, citacita dan minat. ´ ´Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. PENGAJARAN INDIVIDU
´ •Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. •Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan. •Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU
•Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing •Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya •Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri •Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar OBJEKTIF DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU
´Mengenal pasti sukatan pelajaran tertentu yang sesuai dijalankan. ´Mengenal pasti aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan. ´Memilih dan mengumpul alat dan bahan pengajaran. - Bahan cetak - Bahan tayang - Bahan audio - Bahan tiga dimensi PANDUAN MENGURUS DAN MERANCANG PEMBELAJARAN