The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zeehan77, 2022-03-23 23:05:07

PERATURAN ASRAMA SMK RAJA PEREMPUAN

Peraturan Asrama SMK Raja Perempuan

5.5 Peraturan Asrama

PERATURAN ASRAMA SMK RAJA PEREMPUAN IPOH
ETIKA MURID

A. Tanggungjawab Murid Terhadap Diri Sendiri:
1. Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental
2. Bersopan santun, jujur dan amanah
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan kuat berusaha

B. Tanggungjawab Murid Terhadap Sekolah:
1. Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah.
2. Menghormati guru-guru dan semua orang sekeliling
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah dalam akademik, koakademik dan sukan
5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

C. Tanggungjawab Murid Terhadap Keluarga:
1. Menghormati ibubapa dan orang-orang tua
2. Memupuk hubungan yang baik di antara ahli keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang
bermoral
4. Menjaga nama baik keluarga

D. Tanggungjawab Murid Terhadap Agama:
1. Taat kepada perintah Allah
2. Mempertahankan kesucian agama Islam.
3. Mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian.

E. Tanggungjawab Murid Terhadap Masyarakat:
1. Tolong-menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang yang lebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang-larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan dan penyayang terhadap sesama manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab Murid Terhadap Negara:
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara.
2. Mematuhi undang-undang.
3. Mengamalkan konsep Rukun Negara.
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
5. Menjaga dan menaikkan imej negara.

1.0 JADUAL HARIAN ASRAMA

1.1 Hari Persekolahan (Isnin - Jumaat)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)

6.15 pagi Sarapan (Makan beradab)

6.30 pagi Pemeriksaan dorm dan bilikpersediaan

6.50 pagi Perhimpunan pagi (Dataran Asrama). Bergerak ke sekolah

1.35 petang / 2.30 petang Tamat waktu persekolahan / Makan tengah hari / Solat Zohor (berjemaah dalam

hingga 3.00 petang kumpulan kecil)

**12.30 tengahari Tamat waktu persekolahan / Tazkirah / SisKA / Balik kampung / Makan tengah
(JUMAAT SAHAJA) hari

3.00 - 4.30 petang Kelas Persediaan / Aktiviti kokurikulum ( Rabu dan Khamis)

4.30petang Solat Asar (berjemaah dalam kumpulan kecil)

4.45 - 5.15 petang Minum petang
5.15 - 6.15 petang Pengurusan diri / Riadah

6.15 – 6.45 petang Makan malam (Makan beradab)

6.45 petang Semua murid RK ke surau Semua murid PKS ke surau
7.00 malam Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)
Tazkirah (5 minit)
8.30 - 10.30 malam Bacaan Surah Al Mulk / Bacaan Yassin (malam Jumaat)
Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

Kelas Persediaan / Tuisyen

10.30 malam Minum malam

11.00 malam Tutup Lampu / Tidur

1.2 Hari cuti (Sabtu / Hari Kelepasan Am)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)

7.00 pagi - 7.30 pagi Sarapan (Makan beradab)

7.30 - 8.00 pagi Pemeriksaan dorm dan bilik persediaan

8.00 pagi Tahsinul Quran

9.15 pagi Tuisyen (sekolah) / Kelas Persediaan (asrama)

12.30 tengah hari Makan tengah hari (Makan beradab)

1.30 petang Solat Zohor (Wajib 1 jamaah)

Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas

4.15 petang Solat Asar (Wajib 1 jamaah)

4.45 - 5.15 petang Minum petang

5.15 - 6.15 petang Pengurusan diri / Riadah

6.15 – 6.45 petang Makan malam (Makan beradab)

6.45 petang Semua murid ke surau dan Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)
Tazkirah (5 minit)
Bacaan Surah Al Mulk / bacaan Yassin (malam Jumaat)
Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

8.30 malam Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas
9.00 - 9.30 malam Minum malam
11.00 malam TutupLampu / Tidur

1.3 Hari cuti (Ahad / Kelepasan Am)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)
7.00 pagi - 7.30 pagi Sarapan (Makan beradab)
7.30pagi
8.30pagi Senamrobik / Row Call (Assembly Point)

11.00 pagi Gotong Royong
12.30 tengahari Pemeriksaan dorm dan bilik persediaan
1.30 petang Lawatan Ibu bapa / Penjaga
4.15 petang
4.45 - 5.15 petang Makan tengah hari
5.00 petang Solat Zohor (Wajib 1 jamaah) / Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas
5.15 - 6.15 petang
6.15 – 6.45 petang Solat Asar (Wajib 1 jamaah)
6.45 petang Minum petang

Lawatan Ibu Bapa tamat

Pengurusan Diri / Riadah
Makan malam (Doa jamaah)

Semua murid ke surau
Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)
Tazkirah (5 minit)
Bacaan Surah Al Mulk / bacaan Yassin (malam Jumaat)
Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

8.30 – 10.30malam Kelas Persediaan / Tuisyen
10.30malam Minum malam
11.00 malam Tutup Lampu / Tidur

2.0 PAKAIAN

2.1 Tatatertib Berpakaian

Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas setiap masa sama ada semasa berada
di sekolah, kelas persediaan, tuisyen asrama, menghadiri sebarang acara rasmi
sekolah atau di luar sekolah, mengikuti rombongan sekolah / sukan.

2.2 Pakaian Seragam Sekolah

2.2.1 Baju:
i. Baju kurung berpesak berwarna putih atau berwarna tertentu bergantung
.
2.2.2 kepada jenis badan kepimpinan.
ii. Panjang tangan baju hingga ke pergelangan tangan. Tidak dilipat.
iii. Memakai sarung lengan (maksum/ hand sock) berwarna hitam, putih,

coklat (warna kulit).
iv. Labuh baju hingga ke paras lutut

Kain:
i. Kain bersusun Johor berwarna biru (turkois) atau berwarna tertentu

bergantung kepada jenis badan kepimpinan.
ii. Labuh kain hingga ke paras buku lali.

2.2.3 Tudung dan serkup:
i. Tudung berwarna putih atau berwarna tertentu bergantung kepada jenis badan

kepimpinan berserta lencana (atas) dan tag nama (bawah) sebelah kiri.
ii. Tudung tidak bersulam.
iii. Labuh tudung hingga menutup dada.

iv. Serkup putih wajib dipakai.
v. Kerongsang tidak dibenarkan sama sekali.

2.2.4 Kasut:
Kasut sekolah kanvas berwarna hitam.

2.2.5 Stokin:
Stokin berwarna hitam keseluruhan dan panjang melebihi buku lali.

2.3 Pakaian Baju Batik Asrama

i. Baju kurung berpesak lengan panjang. Kain pasang boleh didapati di Pejabat
Penyelia Asrama.

ii. Kain batik bersusun Johor.
iii. Tudung hitam/putih menutup dada beserta lencana (atas) dan tag nama

(bawah) sebelah kiri.
iv. Serkup putih wajib dipakai.

2.4 Pakaian Pengawas Asrama

i. Baju kurung berpesak berwarna putih, bertudung putih dan kain berwarna
maroon.

ii. Pakaian pengawas asrama tidak dibenarkan dipakai oleh murid bukan
pengawas.

iii. Serkup putih wajib dipakai.

2.5 Pakaian Kelas Persediaan Malam (prep)

i. Baju t-asrama
ii. Seluar panjang trak hitam kosong.
iv. Tudung hitam (kashibo) menutup dada beserta lencana (atas) dan tag nama

(bawah) sebelah kiri. Tudung lain tidak dibenarkan.
v. Serkup putih wajib dipakai.

2.6 Pakaian Ke Dewan Makan
i. Pakaian hendaklah kemas dan lengkap seperti baju kurung.
ii. Berkasut atau sandal (selipar tandas tidak dibenarkan).
iii. Tudung hitam atau putih berserkup putih wajib dipakai.

2.7 Pakaian yang dibenarkan perlu dibawa ke asrama
* Semua pakaian ditulis / disulam nama murid pada leher baju/ kain/ trak.
* Semua pakaian yang kering di ampaian perlu diangkat setiap petang.
Ampaian perlu dikosongkan pada malam sebelum balik kampung. Jika
tidak, akan dirampas dan tidak boleh dituntut.
* Jubah tidak dibenarkan.

2.7.1 Jenis pakaian dan bilangan
1. Seragam sekolah - 3 psg
2. Baju T- PJK- 1 psg
3. Baju T- Sukan - 1 helai
4. T-asrama - 2 psg
5. Batik asrama - 1psg
6. Baju kurung biasa (tidak jarang, ketat dan pendek) - 2 psg
7. T-Shirt berlengan panjang (tiada gambar dan tulisan tidak sopan) -
2 helai
8. Seluar panjang trak hitam - 3 helai
9. Tudung putih dan hitam - 4 helai
10. Serkup putih - 2 helai
11. Telekung - 1 psg

3.0 WAKTU PEMAKAIAN PAKAIAN TERTENTU

3.1 Pakaian Seragam Sekolah
i. Waktu persekolahan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum
petang.
ii. Waktu kelas persediaan petang / prep.
iii. Waktu ke klinik atau hospital semasa hari persekolahan
iv. Waktu program rasmi sekolah

3.2 Pakaian Sukan Sekolah dan T- Asrama
i. Waktu permainan atau latihan sukan (Pakaian sukan sekolah).
ii. Waktu menyertai aktiviti di dalam / luar kawasan asrama yang dibenarkan
seperti riadah, kursus, bengkel dan perkhemahan. (Pakaian T-asrama)

3.3 Pakaian Batik Asrama
i. Waktu pulang ke kampung dan kembali ke asrama.
ii. Waktu keluar bersama waris (outing) yang dibenarkan..
iii. Menghadiri kegiatan sekolah / asrama atau majlis-majlis di luar kawasan
asrama yang dibenarkan.
iv. Dipakai pada setiap hari Jumaat atau hari balik kampung ke sekolah.

3.4 Kasut/ sandal bertutup
Dipakai di sekitar kawasan asrama, ke surau, ke dewan makan, ke pantri dan ke kelas
persediaan.

3.5 Selipar Tandas

i. Dipakai hanya di tandas / bilik membasuh / kawasan

dorm sahaja. Diletakkan di rak kasut di luar dormitori masing-masing sahaja.

ii. Tidak dibenarkan dipakai di kawasan bilik persediaan, surau, pantri, dewan makan

dan sebagainya.

iii. Selipar tandas yang diletakkan dirak kasut bilik persediaan akan dirampas tanpa

memulangkannya.

4.0 BARANG LARANGAN DI ASRAMA

4.1 Barang kemas subang besar / berwarna, cincin, gelang, rantai dan seumpamanya.
4.2 Alat solek celak mata, maskara, eye-liner, contacts-lense hiasan,, eye-shadow ,

pemerah pipi , gincu bibir berwarna, kuteks / inai kuku atau tangan dan
seumpamanya.

4.3 Pakaian : tudung (cth: bawal, turkey, selendang artis) dan seumpamanya.
4.4 Baju / seluar yang sendat /ketat (body fit ) / tidak berlengan / berlengan pendek /

seluar pendek @ sebarang pakaian yang tidak sopan / baju T ala ‘rockers’ / seluar
jeans / kasut bertumit tinggi.
4.5 Bantal berbentuk haiwan / kartun atau sebarang patung seperti teddy bear atau
sebagainya.
4.6 Cadar / Selimut / Sarung bantal selain dari produk keluaran asrama.
4.7 Rokok, ‘chewing gum’, kuaci dan minuman keras
4.8 Bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, buku atau majalah berunsur negatif
4.9 Bahan-bahan atau permainan berbahaya dan sebarang kenderaan
4.10 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan
peralatan yang mengancam keselamatan
4.11 Alat-Alat Elektronik

a. Komputer Riba, i- Pad, Tab, Radio, Perakam Pita Bimbit, MP3, MP4,
Telefon Bimbit, alat pengecas, kamera, alat-alat elektrik / elektronik /
muzik, lampu belajar, cerek elektrik dan alat- alat yang seumpamanya.

4.12 Alat elektronik yang dibenarkan tetapi disalahgunakan akan dirampas dan diambil
tindakan. Barang-barang seperti di atas serta lain-lain alat yang bukan merupakan
alat keperluan asas pelajar, tidak dibenarkan diguna atau disimpan di asrama. Pihak
asrama berhak mengambil / merampas tanpa memulangkannya dan menjadi hak
milik sekolah.

5.0 PERATURAN KELUAR MASUK ASRAMA

5.1 Keluar Bersama Waris (Outing)

5.1.1 Kad keluar murid perlu ditandatangani oleh warden bertugas sehari sebelum
keluar dari kawasan asrama. Murid perlu berpakaian batik asrama lengkap.
5.1.2
5.1.3 Pelajar dikehendaki meletakkan kad pelajar di pondok pengawal.
Pelajar dikehendaki menulis maklumat di dalam fail / buku yang disediakan
5.1.4 di pondok pengawal.
Pelajar dikehendaki mengambil semula kad pelajar dan menulis waktu
5.1.5 pulang ke asrama di dalam fail / buku yang ditulis sebelum ini.
Pelajar yang tidak mempunyai kad keluar perlu membelinya di Pejabat
5.1.6 Penyelia.
5.1.7 Pelajar dikehendaki balik ke asrama tidak lewat dari jam 5.00 petang.
Pelajar yang tidak dapat balik ke asrama pada masa yang ditetapkan akan
5.1.8 didenda dan tidak dibenarkan outing pada minggu berikutnya.
Pelajar dibenarkan outing pada hari Ahad mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

Hari Ambil Hantar
AHAD Selepas 11.00 pagi Sebelum 5.00 petang

5.1.9 Waris tidak dibenarkan membawa keluar pelajar-pelajar lain yang bukan
tanggungjawab mereka.

5.2 Balik kampung bermalam di rumah Ibu / Bapa / Penjaga

5.2.1 Murid dibenarkan pulang pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan oleh
5.2.2 pihak asrama.Pakaian baju batik asrama lengkap.

5.2.3 Kad keluar muridperlu dikumpulkan mengikut tingkatan oleh ketua dorm
dan diserahkan kepada warden bertugas sehari sebelum tarik balik

kampung.
Prosedur seterusnya sama seperti Keluar Bersama Waris.

5.2.4 Row Call akan diadakan setiap kali semua murid kembali ke asrama selepas
pulang bermalam atau cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang diarahkan
oleh Ketua Warden. Semua murid diwajibkan berada di surau pada pukul
5.30 petang. Pengawas asrama bertanggungjawab mengambil kedatangan
pelajar mengikut tingkatan atau dorm masing-masing.

5.3 Keluar Kawasan Atas Urusan Penting (Bermalam pada hari persekolahan atau
minggu bukan balik kampung)

5.3.1 Ibu bapa /penjaga perlu menghantar surat permohonan bersama borang
kebenaran balik bermalam yang disediakan kepada Pengetua/ PK HEM
5.3.2 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh permohonan. Surat kebenaran
5.3.3 akan ddiserahkan kepada murid melalui warden.
Surat kebenaran yang telah ditandatangani oleh Pengetua / PK HEM perlul
diletakkan di pondok pengawal bersama kad keluar yang telah
ditandatangani warden bertugas.
Pelajar tidak memerlukan surat kebenaran atas urusan berikut:
5.3.3.1 Kematian/ kecemasan/ kemalangan waris terdekat (lampirkan

bukti)
5.3.3.2 Sakit
5.3.3.2.1 Untuk kes sakit :

Bagi murid yang menetap di dalam Daerah Kinta Utara, pihak
asrama / warden bertugas akan berhubung dengan ibu / bapa /
penjaga untuk membawa pelajar ke klinik.
Sekiranya pelajar mendapat sijil sakit dari doktor maka perlu
dimaklumkan kepada warden bertugas. Sekiranya tidak
mendapat sijil sakit dari doktor ibu / bapa / penjaga perlu
menghantar anaknya pulang semula ke asrama.

5.3.3.2.2 Bagi murid yang menetap di luar Daerah Kinta Utara pihak
asrama / warden bertugas akan menghantar pelajar ke klinik
kerajaan yang berhampiran selepas memaklumkan kepada ibu
bapa.

6.0 WAKTU MELAWAT

6.1 Waktu pelawat (ibubapa / penjaga / waris) dibenarkan melawat adalah ditetapkan
seperti berikut:-

Hari Waktu Melawat
Ahad dan Hari Kelepasan Am 11.00 pagi - 5.00 petang sahaja

6.2 Jika ada kecemasan ibu bapa / penjaga boleh melawat murid dengan kebenaran
Ketua Warden terlebih dahulu.dengan kebenaran Ketua Warden terlebih dahulu.

6.3 Semua pelawat hendaklah dilayan di ruang berhadapan pondok pengawal.
6.4 Murid tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki melainkan pelawat yang didaftarkan.

6.5 Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan murid semasa sesuatu aktiviti asrama /
sekolah sedang dijalankan tamat.

6.6 Pelawat dibenarkan membawa makanan yang bermasak untuk makan bersama
dengan murid tetapi pastikan kawasan makan dibersihkan semula. Sampah sarap
dan sisa makanan dibawa pulang oleh ibubapa /penjaga / waris keluar dari kawasan
asrama.

6.7 Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan, pelawat boleh melawat
dengan kebenaran pengetua.

6.8 Pelawat tidak dibenarkan pergi ke dorm atau bilik persediaan untuk bertemu dengan
pelajar.

6.9 Penghantaran barang oleh ibu bapa boleh dilakukan di pondok pengawal
danmengisi borang/ buku penghantaran barang. Pelawat tidak dibenarkan
berjumpa pelajar kecuali pada waktu lawatan sahaja.

* Waktu melawat perlu dipatuhi oleh ibu bapa untuk mengelakkan gangguan
proses pembelajaran pelajar.

7.0 KELAS PERSEDIAAN / ULANGKAJI / TUISYEN

7.1 Semua murid diwajibkan menghadiri kelas persediaan, petang dan malam yang
telah ditetapkan dan kebenaran pengecualian hanya boleh diberi oleh K/Warden,
PK HEM atau Pengetua atas sebab-sebab tertentu.

7.2 Tujuan kelas persediaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran / kelas tambahan
(tuisyen) / menyiapkan kerja rumah atau lain-lain kerja berkaitan dengan
pembelajran.

7.3 Murid tidak dibenarkan berjalan-jalan keluar masuk sesuka hati, baring, tidur,
merayau- rayau, berbual-bual, membaca majalah / komik, mengisi air di dewan
makan, berada di sekitar papan kenyataan di sekitar sekolah atau sebagainya.

7.4 Murid wajib berada di kelas tepat pada waktu yang ditetapkan.
7.5 Kedatangan ke kelas akan dicatat di waktu ulangkaji. Di pantau oleh warden.
7.6 Sebarang kegiatan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum boleh dibenarkan

sewaktu kelas persediaan dengan kebenaran Pengetua / PK HEM / warden
bertugas.
7.7 Pengawas Akademik perlu memastikan bahawa semua penghuni berada di dalam
kelas persediaan. Pelajar yang berada di dalam domitori akan dikenakan tindakan
disiplin.
7.8 Pengawas mencatat rekod kehadiran murid ke kelas persediaan dan tahu pelajar
tidak menghadiri kelas persediaan.
7.9 Warden / pembantu warden / guru kelas persediaan / pentadbir / penyelia asrama
akan membuat rondaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan ke atas
pelajar yang menyalahgunakan waktu belajar.
7.10 Murid dibenarkan masuk ke dorm mulai jam 5.00 petang (selepas minum
petang) pada hari persekolahan.
7.11 Jadual Kelas Persediaan.

HARI MASA
Isnin hingga Jumaat 3.00 petang - 4.30 petang
8.30 malam - 10.30 malam
Sabtu 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Ahad 8.30 malam - 10.30 malam

8.0 KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERKHIDMATAN PELAJAR

8.1 Bilik Akses boleh digunakan mengikut masa yang ditetapkan di bawah kawalan
penyelia asrama / warden bertugas.

8.2 Dilarang menconteng pada dinding, papan kenyataan, rehal, meja dan kerusi bilik
persediaan, tilam, katil atau loker di dorm, loker di bilik persediaan atau loker atau
apa-apa peralatan / kemudahan yang disediakan.

8.3 TV boleh ditonton mengikut jadual yang ditetapkan.
8.4 Pelajar dilarang sama sekali merosakkan kerusi meja, katil, tilam, bantal, lantai

dan lain- lain perabot / peralatan sekolah, menggores-gores atau mengelar-
ngelar dengan benda tajam, pensel, `liquid paper’ atau lain-lain cara.
8.5 Pelajar juga dilarang mengumpil loker atau pintu. Sekiranya berlaku pelajar
berkenaan dikenakan denda.
8.6 Adalah menjadi tanggungjawab pengawas asrama untuk melaporkan kepada

Pengetua, Warden atau Penyelia Asrama sekiranya berlaku sebarang kerosakan

atas harta benda sekolah
8.7 Pelajar dilarang meletakkan kenyataan pada papan-papan kenyataan, poster-

poster atau lain-lain pemberitahuan kecuali kenyataan yang bersangkutan dengan
kegiatan Persatuan, Kelab, Sukan dan lain-lain aktiviti sekolah melalui kebenaran
warden.

8.8 Pelajar diwajibkan untuk merujuk kepada papan kenyataan Info Terkini di Dewan
Makan untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini setiap hari.

8.9 Pelajar tidak dibenarkan memindahkan atau meminda sesuatu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran pihak asrama.

8.10 Penggunaan Elektrik dan Air:-

i. Pelajar ditegah dari membazir tenaga elektrik: suis lampu dan lampu serta kipas
hendaklah ditutup jika tidak digunakan.

ii. Pelajar ditegah dari membazir air : tutup paip air jika tidak diperlukan
iii. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat elektrik persendirian

seperti seterika, heater untuk memasak / memanaskan air.

Tempat Pagi Malam
Dormitori 5.30 – 6.40 pagi 6.30 – 7.00 malam
10.30 – 11.00 malam
Surau 5.30 – 6.30 pagi
7.00 – 9.00 malam

Kelas 6.00 – 7.00 pagi 8.00 – 11.00 malam
Persediaan

9.0 PEJABAT ASRAMA / BILIK WARDEN

9.1. Pelajar-pelajar dilarang berada di dalam pejabat asrama atau bilik warden kecuali
ada urusan tertentu atau dipanggil oleh warden atau penyelia asrama atas urusan
tertentu.

9.2. Pelajar-pelajar juga mestilah berpakaian kemas jika ke pejabat asrama atau bilik
warden.

10.0 KAWASAN LARANGAN

10.1. Bilik Elektrik.
10.2. Kawasan rumah kuarters dan tempat rehat pekerja.
10.3. Berada di asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu rehat, aktiviti petang
atau persatuan dan waktu kelas persediaan di sekolah.
10.4 Memanjat tangga di kawasan tangki air
10.5 Berenang di dalam kolah.
10.6 Duduk atas balkoni.
10.7 Kawasan belakang hujung blok B

11.0 PERSATUAN

11.1 Murid hanya boleh terlibat dalam aktiviti persatuan yang sekolah berdaftar
11.2 sahaja.
11.3 Pelajar-pelajar adalah digalakkan melibatkan diri dalam persatuan sekolah.
Setiap pelajar dimestikan memasuki persatuan-persatuan wajib yang telah
11.4 ditetapkan.
Setiap pelajar dimestikan menghadiri perjumpaan / aktiviti persatuan wajib dan
11.5 pilihan yang telah dipilihnya.
Waktu aktiviti persatuan dijalankan mesti mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

12.0 ROMBONGAN / LAWATAN / PERTANDINGAN / KURSUS

12.1 Kebenaran untuk mengadakan rombongan / lawatan / pertandingan / kursus
mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan urusan kelulusan
dariapda PPD perlu dibuat 5 minggu sebelum tarikh lawatan. Urusan
permohonan kebenaran ini mesti dilakukan oleh guru penasihat berkaitan.

12.2 Dua hari sebelum rombongan / lawatan / pertandingan / kursus guru perlu
menyediakan senarai ahli beserta surat kebenaran yang dikumpulkan oleh guru
yang bertanggungjawab untuk diserahkan kepada warden (merangkap ibu bapa)
untuk ditandatangani.

12.3 Setiap rombongan / lawatan mestilah disertai oleh Guru Penasihat / Penolong
Guru Penasihat (Guru Tetap) / Pentadbir.

12.4 Makanan atau wang ganti makanan untuk rombongan boleh diuruskan dengan
PK HEM dan Penyelia Asrama seminggu lebih awal.

12.5 Guru Penasihat bertanggungjawab memastikan semua peraturan dipatuhi.
12.6 Semua urusan surat-menyurat mengenai hal ini mestilah melalui Pengetua /

Penolong Kanan.

13.0 MAKANAN

13.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan
makan.

13.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa ke asrama makanan yang mudah basi atau
yang berbau dan barang / alatan dewan makan.

13.3 Pelajar dilarang makan di dalam bilik persediaan dan dorm.
13.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang tempahan makanan dari luar.
13.5 Bagi pelajar yang sakit dikehendaki melaporkan kepada Ketua Dorm supaya

dapat dilaporkan kepada warden bertugas untuk tindakan selanjutnya.
13.6 Pelajar yang sakit dan tidak berupaya ke dewan makan, makanan akan dihantar

kepada pesakit oleh rakannya.
13.7 Makanan bermasak hanya dibenarkan diperoleh dari dewan makan sahaja.

14.0 KEBERSIHAN

14.1 Setiap pelajar bertanggungjawab kepada kebersihan keseluruhan kawasan
asrama, kelas persediaan, kawasan menonton TV, surau, tandas dan bilik
basuh, pantri, dewan makan pada setiap masa.

14.2 Setiap pelajar mesti menjaga kebersihan diri dan pakaian.
14.3 Dilarang menyidai kain di koridor, gril tingkap, tepi katil dan pintu asrama serta

bilik air.
14.4 Tandas dan bilik mandi perlu dijaga kebersihannya.Sebarang kerosakan atau

kehilangan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

14.5 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah, tuala wanita dan sebagainya
ke dalam mangkuk tandas.

14.6 Semua sampah sarap perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan
dan dilarang membuang sampah sarap di merata-rata kawasan bangunan
asrama dan persekitarannya.

14.7 Warden dan Guru Disiplin akan mengadakan pemeriksaan mengejut dari masa
ke semasa ke atas penghuni asrama. Bilik yang didapati tidak bersih / kemas /
teratur akan diambil tindakan kepada penghuninya.

14.8 Pelajar wajib mengikuti jadual pembersihan asrama yang telah ditetapkan.

14.8.1 Kebersihan Dormitori
i. Lantai dorm perlu dimop sekali seminggu.
ii. Tingkap perlu dibersihkan sekali seminggu.
iii. Tempat tidur mesti dikemaskan setiap pagi selepas bangun pagi.
Penghuni yang tidak memasang cadar dan sarung bantal akan di ambil
tindakan.
iv. Tuala mandi dan kain baju yang basah hendaklah digantung di ampaian
luar di bawah.
v. Kasut dan selipar tandas hendaklah diletakkan di atas rak kasut diluar
domitori sebelum memasuki dorm.
vi. Sebarang makanan ( bermasak, biskut, buah-buahan, gula-gula dan
minuman) tidak dibenarkan dibawa ke dalam dorm untuk mengelak semut,
lipas dan tikus.
vii. Tidak dibenarkan menggunakan pinggan mangkuk dari Dewan Makan
untuk menyimpan makanan sendiri.
viii. Pakaian, tuala, kasut dan peralatan-peralatan lain yang tidak diletakkan di
tempat yang sepatutnya akan dikumpulkan dan dibuang.
ix. Ubat nyamuk lingkaran adalah dilarang digunakan di dalam dorm / bilik
persediaan.

14.8.2 Kebersihan Bilik Mandi, Bilik Basuh dan Tandas
i. Peralatan mandi adalah hak sendiri (sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-
lain). Alat-alat ini hendaklah disimpan di dalam timba kecil dan disusun
kemas di rak di luar tandas.
ii. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kertas sebelum dibuang ke
dalam tong sampah dan dilarang dibuang dalam mangkuk tandas untuk
mengelakkan saluran najis tersumbat.
iii. Peralatan di bilik mandi (cermin, pancuran, kepala paip, mangkuk
basuh tangan, lampu dan pintu) perlu dijaga supaya tidak rosak.
iv. Kertas-kertas dan kertas tisu perlu dibuang ke dalam tong sampah dan
dilarang dibuang ke dalam mangkuk tandas atau sinki.
v. Pelajar dilarang mandi di dalam tandas.
vi. Pelajar perlu menggunakan baldi untuk merendam pakaian. Sinki tidak
dibenarkan digunakan untuk merendam pakaian.
vii. Sinki tidak boleh digunakan untuk membasuh rambut.
viii. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian luar

14.8.3 Kebersihan Kelas Persediaan
i. Kebersihan kelas persediaan perlu dijaga oleh semua pelajar mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh pengawas.
ii. Buku-buku mesti di susun rapi setelah selesai membaca dan mentelaaiii.
Lampu kipas, tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir
meninggalkan bilik bacaan.
iii. Pelajar tidak dibenarkan makan di dalam kelas persediaan. Loker di dalam

kelas persediaan akan dipantau oleh Pengawas Asrama dan Ketua
Warden untuk memastikan tiada barangan terlarang. Sekiranya ada,
barangan
iv. tersebut akan dirampas dan dibuang. Pelajar berkenaan akan dikenakan
denda.
v. Beg perlu disusun dengan kemas setiap masa. Beg kain kecil perlu
dilipat dan disimpan di dalam loker.
vi. Tiada stokin disangkut di besi meja atau di tingkap atau bertaburan
di lantai. Loker kosong perlu dikosongkan.
vii. Botol air ditempatkan di satu loker khas yang terbuka.
viii. Tiada sebarang bahan ditinggalkan di atas meja setiap murid apabila
murid tiada di dalam kelas persediaan.
ix. Tiada sebarang nota/kertas diletakkan di bawah lapik meja tulis. Pelajar
wajib meletakkan kasut / sandal di rak kasut sebelum masuk ke dalam
kelas persediaan.

14.8.4 Kebersihan Surau
i. Kebersihan surau hendaklah dijaga oleh semua penghuni.
ii. Kain telekung hendaklah dilipat dan dihanger pada penyakut besi
dengankemas. Sejadah hendaklah dilipat dan rehal dilipat dan disusun
dengan rapi ke dalam almari. Pengawas Kerohanian akan menyusun
jadual bertugas membersihkan surau dan menyimpan Al-Quran, kitab-kitab
dan makalah-makalah agama Islam dengan kemas dan teratur di dalam
almari.

iii. Pelajar perlu bertudung apabila berada di surau. Pelajar tidak dibenarkan
baring atau makan di surau.

iv. Pengawas Kerohanian dan Pengawas Peralatan bertanggungjawab
terhadap mikrofon dan pembesar suara di surau. Sebarang kerosakan
perlu dilaporkan kepada Ketua Warden ataupun Penyelia Asrama.

v. Sebarang kerosakan paip, lampu, penyaman udara, kipas perlu dibuat
laporan dengan segera.

vi. Lampu, kipas, tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir
meninggalkan surau.

vii. Menjaga / Tidak menconteng rehal tempat al quran / kitab.

14.8.5 Kebersihan Pantri dan Dewan Makan
i. Pengawas Dewan Makan perlu memastikan kebersihan dewan makan dan
pantri setiap masa Pastikan pelajar duduk mengikut meja yang telah
ditetapkan. Tiada perubahan tempat duduk berlaku. Pastikan pelajar
beratur mengambil makanan dan minuman.
ii. Doa akan dibaca sebelum makan. Penghuni-penghuni mestilah
menunggu sehingga semua telah mengambil tempat masing-masing dan
jangan lewat masuk ke dalam Dewan Makan. Ini adalah bagi memastikan
semua penghuni makan serentak selepas doa dibacakan
iii. Pelajar hanya dibenarkan mengisi air ke dalam botol minuman pada
waktu makan sahaja.
iv. Pastikan sandal atau kasut disusun di rak setiap kali memasukki dewan
makan.
v. Pengawas Dewan Makan perlu menulis kualiti makanan dewan makan
berdasarkan pendapat pelajar yang lain.
vi. Memastikan pelajar tidak meninggalkan sisa makanan di atas meja. Sisa
makanan hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan di tong
sampah.
vii. Memastikan pelajar makan tepat pada waktunya dan tidak

membawa makanan atau peralatan dewan makan keluar dari dewan
makan keluar.
viii. Pelajar hendaklah mengambil bahagian makanan masing-masing dan
tidak dibenarkan mengambil bahagian orang lain.
ix. Pelajar yang perlu makan awal / lewat mestilah mendapat kebenaran
warden dan melaporkan kepada pengawas Dewan Makan
x. Pelajar yang berpuasa hendaklah merekodkan nama di dalam buku

yang disediakan di Dewan makan.

15.0 KESIHATAN DAN RAWATAN

15.1 Sebarang masalah mengenai kesihatan/pelajar sakit atau kemalangan
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Dorm supaya dapat
dilaporkan kepada warden bertugas atau Penyelia Asrama supaya tindakan
selanjutnya dapat diambil segera.

15.2 Pelajar yang tidak ke sekolah kerana sakit dikehendaki tinggal di bilik sakit
asrama pada waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan

15.3 Pelajar yang sakit mestilah mematuhi peraturan bilik sakit yang telah ditetapkan.
15.4 Penyelia Asrama akan melawat dan merawat (kadar yang patut) pelajar-pelajar

yang sakit bagi menentukan mereka memakan / minum ubat.
15.5 Pelajar yang didapati mengidap penyakit berjangkit seperti campak dan

sebagainya dibenarkan balik ke rumah.
15.6 Pelajar yang sakit akan dihantar ke hospital oleh Pemandu Sekolah dan ditemani

oleh Penyelia Asrama / pembantunya.

16.0 PEMERIKSAAN ASRAMA

16.1 Pemeriksaan asrama pada hari-hari persekolahan dijalankan oleh pengawas
asrama sebelum perhimpunan pagi untuk memastikan pelajar meninggalkan bilik
dalam keadaan kemas dan bersih.Pemeriksaan asrama secara berkala akan
dijalankan pada setiap hari Ahad jam 9.30 pagi oleh warden blok masing-masing
diiringi oleh AJK tertinggi Pengawas asrama. Semasa pemeriksaan semua
pelajar mesti berada didorm masing-masing dan dalam keadaan bersedia.

16.2 Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa oleh para warden dan
para guru tanpa pemberitahuan awal kepada pelajar.

17.0 HAK MILIK

17.1 Setiap pelajar adalah bertanggungjawab menjaga hakmilik sendiri. Sekolah tidak
bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan kehilangan hak milik
persendirian yang tidak dijaga atau disimpan dengan selamat.

17.2 Semua buku teks pinjaman, rujukan PIBG dan perpustakaan hendaklah dijaga
dengan baik dan sempurna. Jika hilang, tercerai kulit/muka surat atau koyak
berkecai, buku itu hendaklah diganti atau dibayar mengikut harga tiap-tiap satu
buku tersebut bersama bayaran denda.

17.3 Semua buku teks pinjaman hendaklah dipulangkan mengikut arahan oleh Guru
Pinjaman Buku Teks (BOSS).

17.4 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa jua barang hakmilik pelajar hendaklah
dituliskan nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.

17.5 Wang atau barang yang berharga tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam loker,
tempat yang terdedah, mudah hilang atau dirosakkan. Pelajar dilarang
menyimpan sendiri wang saku melebihi RM 30 setiap masa. Jika wang yang
melebihi kadar tersebut boleh disimpan pada guru tingkatan atau warden.

17.6 Sebarang wang atau barang yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada Ketua

Pengawas Asrama, Warden bertugas atau Penyelia Asrama untuk diumumkan
dan dipulangkan kepada pemilik.

17.7 Semua alatan yang dipinjam dari pihak sekolah hendaklah dipulangkan sebaik
sahaja tamat tempoh kebenaran penggunaannya.

18.0 WAKTU MENONTON TELEVISYEN

18.1 Berikut adalah jadual menonton TV dan mendengar radio :

Hari Masa TV
Persekolaha 4.45 petang – 6.45 TV dan radio
TV dan radio
n petang
Sabtu 2.00 petang - 10.00

Ahad malam
11.00 pagi - 6.00 petang

* Diminta menghormati waktu-waktu solat dan program yang ditonton
mestilah bersesuaian dengan pelajar.
18.2 Pelajar hendaklah mematuhi mematuhi masa menonton televisyen
seperti yang ditetapkan. Pengawas Dewan Makan dan pengawas
asrama yang lain berhak menegur pelajar yang tidak mengikut
peraturan.
18.3 Ketua Pengawas dan Pengawas Peralatan hendaklah mempastikan pelajar
menggunakan TV dan radio mengikut masa yang telah ditetapkan.
18.4 Selepas menonton televisyen, kerusi hendaklah disusun
semula di tempatnya. Tidak ditinggalkan sebarang sampah di
kawasan tersebut.

19.0WAKTU PENGGUNAAN TELEFON AWAM

19.1Waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Hari Masa Catatan sebelum balik
Persekolahan 5.00 petang - 6.00 petang 2 hari
Sabtu kampung
Ahad 2.00 petang - 4.00 petang -
8.30 malam - 10.00 malam
11.00 pagi - 6.00 petang -

* Diminta menghormati waktu-waktu solat dan penggunaannya tidak terlalu
lama hingga tidak memberi peluang pelajar lain menggunakannya.

19.2 Pelajar hendaklah mematuhi masa penggunaan telefon awam seperti yang
ditetapkan. Pengawas Dewan Makan dan pengawas asrama yang lain berhak
menegur pelajar yang tidak mengikut peraturan.

19.3 Pelajar dilarang merosakkan telefon awam samada mengetuk, meletakkan ganggang
telefon dengan kasar, memasukkan sesuatu ke dalam tempat syiling. Pelajar juga
dilarang duduk di atas rak kasut besi berhampirannya.

19.4 Pelajar dilarang memakai pakaian tidak sopan dan berselipar tandas di tempat telefon.

20.0 WAKTU MENGGOSOK BAJU

20.1 Waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Hari Masa Catatan
Persekolahan 5.00 petang – 6.50 petang
10.15 malam – 10.50 malam Berhenti pada waktu solat
Sabtu 5.00 pagi – 5.50 pagi dan makan.
Ahad 2.00 petang - 4.00 petang
8.30 malam – 10.50 malam

11.00 pagi - 6.50 petang
10.15 malam – 10.50 malam

20.2 Memastikan suis seterika ditutup dan palam ditanggalkan dari suis
setiap kali menggosok pakaian.

20.3 Memastikan tiada pakaian ditinggalkan di ampaian pantri.

21.0 KESALAHAN DISIPLIN DAN TINDAKAN

21.1 Kesalahan-Kesalahan Ringan

21.1.1 Pulang lewat dari outing / balik dari kampung selepas pukul 5.00 petang tanpa
21.1.2 makluman kepada K/Warden atau warden
21.1.3 Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian
21.1.4 kemas.
21.1.5 Tidak menjaga kebersihan sekolah, asrama, kawasan persekitaran dan
21.1.6 kesihatan diri sendiri.
21.1.7 Tidak menghadiri perjumpaan / aktiviti yang telah ditetapkan.
21.1.8 Solat dalam bilik persediaan / dorm
Lewat hadir ke surau untuk solat berjemaah / berada di tempat lain pada waktu
21.1.9 solat
Berkelakuan kurang sopan / bising / mengganggu ketenteraman pelajar lain
dengan sengaja di asrama.
Menyalahgunakan kemudahan sekolah seperti : menconteng bangunan, poster
yang
ditampal, papan kenyataan, meja atau paapn putih kelas persediaan, surau,
tandas, pantri dan lain-lain.
Tidak menjaga keselamatan diri / harta benda sekolah / pelajar-pelajar lain.

Tindakan

1. Melakukan kerja amal / Tahan sekali outing

2. Direkodkan sebagai kesalahan ringan sehingga tiga kali dan
akan dipindahkan dalam rekod kesalahan sederhana.

21.2 Kesalahan Sederhana

21.2.1 Ponteng perhimpunan / kelas/ kelas persediaan / tuisyen / aktiviti @ program
21.2.2 sekolah.

21.2.3 Tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah arahan guru dalam kelas
21.2.4 /sekolah.

21.2.5 Meniru dalam ujian/peperiksaan sekolah.

Masih membantah keputusan/arahan pihak pejabat, warden,guru disiplin,penolong
kanan dan pengetua walaupun telah diberi amaran beberapa kali.

Menunjukkan sikap bongkak dan menghina warden, guru-guru dan pengawas
asrama, staf asrama dan pekerja-pekerja asrama serta pengawal asrama.

21.2.6 Menyalahgunakan kegiatan persatuan dan permainan seperti Kadet Polis, KRS,
bola jaring, hoki, bola baling dan sebagainya
21.2.7
21.2.8 Mengulangi kesalahan-kesalahan ringan lebih daripada tiga kali.

21.2.9 Menyimpan gambar-gambar artis dalam bentuk soft copy atau hard copy yang
berunsur hiburan.

Membawa barang-barang berupa pakaian, alat- alat elektronik / berharga (gajet) dan
lain-lain yang dilarang oleh pihak asrama

Tindakan
1. Rekod sebagai kesalahan sederhana dan membuat akuan bertulis.
2. Tahan dari keluar outing sebulan kecuali jadual bercuti yang ditetapkan.
3. Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.

4. Rekod kesalahan berat bagi kesalahan ketiga sederhana/
berulang enam kali kesalahan ringan.

21.3. Kesalahan Berat

21.3.1 Tidak hadir ke asrama lebih daripada 3 hari berturut-turut tanpa pemberitahuan
21.3.2 bertulis kepada Ketua Warden/ PK HEM atau Pengetua.
21.3.3 Meninggalkan kawasan asrama tanpa kebenaran dengan apa juga cara sama
21.3.4 ada siang atau malam dengan waris atau tidak.
21.3.5 Bertemu dengan lelaki bukan muhram di dalam kawasan atau luar asrama.
21.3.6 Menjalin hubungan terlarang (Lesbian).
21.3.7 Mencuri atau merosakkan harta benda asrama atau warga sekolah.
21.3.8 Membuat kenyataan berkaitan asrama di akhbar,media social atau apa sahaja
21.3.9 cara.
21.3.10 Mencabar, mengugut, memeras, membuli atau mengancam serta
21.3.11 menggunakan kekerasan kepada warga sekolah.
21.3.12 Memasukki dorm orang lain untuk bermalam tanpa kebenaran K/Warden /
21.3.13 warden.
Melawan dengan lisan dan perbuatan secara kekerasan kepada warga sekolah
21.3.14 Mengadakan perhimpunan atau perjumpaan menggunakan alat dan bangunan
21.3.15 sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah
21.3.16 Sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan tujuan membuat kacau bilau dan
21.3.17 perpecahan
Menipu warden
Bermalam di rumah orang lain tanpa pengetahuan ibu bapa dan makluman
kepada
Warden.
Membeli, menyimpan, membaca, melihat atau mengedar gambar atau bahan
lucah
Menghisap, menyimpan, meminum atau membawa masuk rokok, minuman
keras atau berjudi.
Menyimpan / memiliki / membawa / mengambil / menggunakan / mengedar
dadah
Lain-lain perkara yang setara.

Tindakan
1. Rekod sebagai kesalahan berat dan membuat akuan bertulis.
2. Panggil ibubapa/penjaga dan akujanji bertulis.
3. Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
4. Tarik segala kemudahan biasiswa @ dermasiswa.
5. Surat akujanji.
6. Digantung asrama.
7. Laporan kepada pihak berkuasa (polis,Jaipk) - jika perlu.

22.0 KEMEROSOTAN AKADEMIK

22.1 Kemajuan pelajaran pelajar akan diawasi oleh pihak sekolah dan asrama. Jika didapati
kemerosotan pelajaran, pelajar berkenaan akan menerima surat amaran yang
dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pertimbangan khas akan diberikan kepada pelajar-
pelajar yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

23.0 AM

23.1 Semua murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan dan undang-undang asrama ini sebagai sekolah premier dan kluster
kecemerlangan.

23.2 Peraturan-peraturan peribadi disenaraikan sepenuhnya di sini. Oleh itu murid mestilah
menggunakan fikiran yang waras dan bijak dalam segala tindakan dan kelakuan
supaya selaras dengan kehendak pihak asrama.

23.3 Murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh mesti mempunyai nilai-nilai keperibadian
yang tinggi dan sentiasa menjaga nama baik dan imej asrama dan sekolah di mana
sahaja murid berada.

23.4 Adalah diharapkan peraturan dan undang-undang sekolah ini akan dapat membimbing
murid- murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh dalam membentuk akhlak yang baik
dan menjadikan asrama suatu tempat yang sebaik-baiknya untuk menuntut ilmu.


Click to View FlipBook Version