MODUL PERIBAHASA
TAHAP 2
Modul ini memaparkan panduan menjawab soalan peribahasa bagi murid-murid Tahun 4,5
dan 6. Diharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan modul ini untuk meningkatkan
kecemerlangan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu
Kandungan modul:
1. Modul ini mengandungi dua Bahagian iaitu Bahagian A dan B.
Bahagian A Soalan Peribahasa dan Bahagian B Soalan Simpulan Bahasa.
2. Setiap bahagian tersebut adalah merupakan jenis-jenis bentuk soalan klon
peperiksaan UPSR dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan.
Objektif penggunaan modul ini:
1. Murid-murid mengetahui item dan format soalan peribahasa yang dkemukakan
dalam soalan Bahasa Melayu Penulisan UPSR.
2. Mendedahkan murid-murid dengan item-item soalan yang berbeza.
3. Murid-murid memperoleh keyakinan diri untuk menjawab soalan dengan tepat.
4. Murid dapat menguasai kemahiran dan teknik menjawab peribahasa dengan baik.
Disediakan oleh ;
Pn. Ernie Novyantie binti Sukidjo
Ketua Panitia Bahasa Melayu
BAHAGIAN A
( PERIBAHASA )
Berikan maksud peribahasa di bawah ini.
1. Bertanam tebu di tepi bibir
2. Biduk lalu kiambang bertaut
3. Biar mati anak jangan mati adat.
4. Biar buruk kain dipakai,asal pandai mengambil hati.
5. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
6. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum semula.
7. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga.
8. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
9. Diberi betis hendakkan paha.
10. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
11. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
12. Disangka panas hingga ke petang rupanya panas di tengah hari.
13. Ditatang bagai minyak yang penuh.
14. Bagai embun di hujung rumput.
15. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
16. Gali lubang, tutup lubang
17. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
18. Harapkan pagar, pagar makan padi.
19. Bagai burung dipipiskan lada.
20. Harimau mati meningalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
21. Harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
22. Sirih pulang ke gagang.
23. Bagai harimau menyorokkan kuku.
24. Hidup segan mati tak mahu.
25. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
26. Indah khabar dari rupa.
27. Jauh bau bunga, dekat bau tahi.
28. Jauh panggang dari api.
29. Jauhari juga yang mengenal manikam.
30. Kerbau dipegang orang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
31. Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
32. Jika tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapat sagunya.
33. Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan.
34. Kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan.
35. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
36. Layang-layang putus tali.
37. Lempar batu sembunyi tangan.
38. Lurah sama dituruni, bukit sama didaki.
39. Makan hati berulam jantung.
40. Makan keringat orang.
41. Malan Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.
42. Malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut.
43. Marahkan pijat kelambu dibakar.
44. Masuk kandan kambing mengembek, masuk kandan kerbau menguak.
45. Melepaskan anjing tersept.
46. Membuka pekung di dada.
47. Membujur lalu, melintang patah.
48. Menarik rambut di dalam tepung.
49. Menegakkan benang yang basah.
50. Musang berbulu ayam.
51. Musuh dalam selimut.
52. Nasi sudah menjadi bubur.
53. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
54. Orang mengantuk disorongkan bantal.
55. Panas tidak ssampai ke petang.
56. Pelanduk dua serupa
57. Pucuk dicita, ulam mendatang.
58. Rambut sama hitam, hati berlainan.
59. Ringan tulang berat perut.
60. Rumah siap, tukul berbunyi.
61. Sambil menyelam minum air.
62. Sediakan payung sebelum hujan.
63. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
64. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
65. Seperti ayam berak kapur.
66. Seperti kera mendapat bunga.
67. Seperti rusa masuk kampung.
68. Seperti kerbau dicucuk hidung.
69. Lembu punya susu, sapi dapat nama.
70. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
71. Sudah terhantuk baru terngadah.
72. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan.
73. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
74. Ukur baju di badan sendiri.
75. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
76. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
77. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
78. Seperti sampah hanyut.
PERIBAHASA ( PADANKAN )
Padankan peribahasa yang diberikan dengan maknanya.
seperti pahat dengan penukul jauhari jua yang mengenal manikam
khabar angin atas pagar
ikut hati mati , ikut rasa binasa
ukur baju dibadan sendiri laksana burung di dalam sangkar
kata dikotakan ringan tulang, berat perut
masa itu emas
1. Janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditunaikan.
2. melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri.
___________________________________________________________________________
3. orang yang hanya bekerja apabila diperintah.
___________________________________________________________________________
4. yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki.
5. tidak menyebelahi mana-mana pihak.
___________________________________________________________________________
6. tidak bebas
( PERIBAHASA BERGAMBAR )
Soalan 1
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

BAHAGIAN B
SIMPULAN BAHASA ( OBJEKTIF )
Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Setelah lama berkawan, barulah Jehan dan Shah menyedari bahawa
mereka berdua ada ___________________.
A. darah daging C. bau-bau bacang
B. ayam tambatan D. orang harapan
2. Sikap pengadil yang _________________ menyebabkan pasukan pilihan tewas
dalam pertandingan itu.
A. beri muka C. menaruh hati
B. berat sebelah D. masam muka
3. Akibat ______________ mentua, hubungan pasangan itu semakin retak.
A. batu api C. bahasa kesat
B. bawa mulut D. campur tangan
4. “Kami ke sekolah untuk mencari ilmu, bukan mencari ____________,” pesan
ibu.
A. cahaya mata C. buku lima
B. buah hati D. buah fikiran
5. “Usah menjadi _____________. Pergi siang, balik jauh malam,” leter ayah
kepada Amin.
A. batu api C. kutu embun
B. kucing kurap D. buta huruf
6. Razak telah dijadikan _________________ oleh keluarga Encik Talib semenjak
kematian ibu bapanya.
A. anak tiri C. anak saudara
B. anak angkat D. anak kandung
7. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan mudah mendengar
_______________ kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
A. kepala angin C. khabar angin
B. kurang angin D. makan angin
8. Walupun majlis itu belum selesai, Encik Maniam terpaksa _______________
kerana dia ada urusan penting.
A. minta doa C. minta tabik
B. minta diri D. minta jalan
9. Kalau ayah ________________ yang lebih tahun ini ayah akan membawa kami
melancong ke negara jiran.
A. murah rezeki C. mencari rezeki
B. terbuka rezeki D. ada rezeki
10. Budak itu disukai kawan-kawannya kerana dia ______________.
A. tulang belakang C. tinggal tulang
B. ringan tulang D. membanting tulang
11. “Pada tahun ini nampaknya buah-buahan di dusun kita _____________,” kata
ayah.
A. kurang jadi C. kurang umur
B. kurang manis D. kurang tua
12. “Masuklah Pak Ngah, kami baru hendak makan,” kata Ani.
“Wah, ________________ rupanya saya hari ini,” jawab Pak Ngah
A. langkah seribu C. langkah kanan
B. langkah bendul D. langkah panjang
13. Sahabat yang baik tidak patut _______________ kawan di hadapan rakan-
rakan yang lain.
A. membuka tembelang C. membuka mulut
B. membuka langkah D. membuka mata
14. Kita janganlah lekas marah dan jangan terlalu mengikut _____________, nanti
kita juga yang akan menyesal.
A. darah gemuruh C. darah muda
B. darah daging D. darah angin
15. Amran berkata, “Inilah _______________ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke
situ.”
A. kata sepakat C. kata dua
B. kata hikmat D. kata putus
16. Mat Deris begitu _______________ menanam pokok buah-buahan di sawah
yang telah lama terbiar.
A. ada hati C. kecil hati
B. cekal hati D. rendah hati
17. Walaupun Encik Sidik terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya, dia
_____________ untuk menghadiri hari ucapan dan penyampaian hadiah di
sekolah anaknya.
A. mencari jalan C. membuka jalan
B. memintas jalan D. meminta jalan
18. Setiap rakyat hendaklah ________________ untuk mempertahankan negara
daripada serangan musuh.
A. mengangkat kepala C. menanggung beban
B. mengatur langkah D. memikul senjata
19. Budak yang _______________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk
memahami pelajaran yang sedang diajar.
A. terang hati C. cekal hati
B. sampai hati D. ada hati
20. Rahman merupakan ______________ pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala
kemahuannya dituruti.
A. tulang belakang C. ringan tulang
B. keras tulang D. tulang empat kerat.
21. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat
_______________ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar C. jalan belakang
B. jalan pintas D. jalan tengah
22. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk
menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A. mengambil peluang C. mengambil berat
B. mengambil langkah D. mengambil masa
23. Kecantikan corak kain-kain batik menyebabkan pelancong Jepun itu
_____________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A. gelap mata C. rambang mata
B. putih mata D. rabun mata
SIMPULAN BAHASA ( Isi tempat kosong )
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
Isikan simpulan bahasa yang betul berdasarkan gambar.
Tandakan ( / ) pada simpulan bahasa berdasarkan gambar.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul.
Makan angin Tidak tahu membaca
Ulat buku
Kaki bangku Banyak cakap
Mandi peluh Bekerja bersungguh-
Curi tulang sungguh
Alas perut
Langkah seribu Melarikan diri kerana
Mulut murai ketakutan
Buta huruf
Naik angin Bersiar-siar
Kaki ayam
Rajin Membaca
Tidak pandai bermain
bola
Makan sedikit buat
sementara
Tidak dapat mengawal
kemarahan
Tidak memakai alas
kaki
Mengelak daripada
membuat kerja