The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIK KAMARIAH BINTI NIK ISMAIL Moe, 2020-11-14 20:49:42

BAB 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

BAB 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Kemerdekaan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita. Bagi memastikan
detik ini bermakna kepada negara dan rakyat, maka beberapa persediaan diatur pada peringkat
Persekutuan dan negeri. Persediaan ini dibuat melalui penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal
dan sambutan. Turut diatur ialah upacara sambutan kemerdekaan di setiap negeri. Namun begitu,
tumpuan upacara adalah di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka. Pada 8 Julai 1957,
Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio
Malaya menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal dalam
sejarah negara. Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato’ Abdul Razak Hussein memaklumkan
rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh
31 Ogos 1957.

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

Sebagai sebuah negara yang akan memperoleh Peletakan batu asas Stadium Merdeka dan upacara
kemerdekaan, penonjolan identiti negara perlu perasmian pada 30 Ogos 1957.
diberikan perhatian oleh jawatankuasa ini. Sumber: Arkib Negara Malaysia.
Prasarana fizikal yang disediakan antaranya
termasuklah pembinaan sebuah stadium untuk
meraikan kemerdekaan dan istana untuk
Yang di-Pertuan Agong.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi diperdengarkan
semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan

Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman
dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan).
Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan negara. Lagu ini berasal
daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh
Saiful Bahari.

Di samping itu, penggunaan bendera Persekutuan
Tanah Melayu yang telah sedia ada akan dijadikan
bendera kebangsaan. Reka bentuk bendera dicipta
oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja
Raya Negeri Johor. Bendera Persekutuan mula
dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950
di Istana Sultan Selangor.

BAB 10 Lambang Negara. Penggunaan Jata Negara
diperkenankan oleh Raja-raja
Stadium Merdeka yang direka bentuk oleh Melayu pada 30 Mei 1957.
S. E. Jewkes mengambil masa selama enam
bulan untuk disiapkan dan mempunyai Kementerian Pertanian pula meninjau
22 ribu tempat duduk serta 3000 daripadanya pendapat rakyat untuk menentukan
tempat duduk berbumbung. Stadium ini bunga yang sesuai sebagai bunga
menelan belanja 2.5 juta ringgit. Stadium ini kebangsaan. Bunga raya dipilih
siap dibina pada 21 Ogos 1957. oleh Tunku Abdul Rahman sebagai
bunga kebangsaan.
236


Jawatankuasa Sambutan

Jawatankuasa ini berperanan untuk memeriahkan sambutan pada
peringkat ibu kota dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan
raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu
bendera Persekutuan Tanah Melayu turut ditempah khas dari kilang
kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut.

Pakaian seragam menteri yang akan digunakan Pintu-pintu gerbang dibina dan dihiasi dengan sinaran
pada hari merdeka - Malay Mail, 30 Julai 1957. lampu yang berwarna-warni.

Sumber: Samsiah Muhamad (ed.), 2007. Citra Merdeka 1957–2007. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia dan Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan Persiapan dan Sambutan BAB 10
pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman sendiri. Peringkat Negeri.
Sejenis pakaian dari negeri Kedah, iaitu “baju
muskat” diubah suai lengkap dengan seluar satin Bagi memastikan sambutan kemerdekaan negara
hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok berjalan dengan lancarnya, beberapa jawatankuasa
yang direka untuk menteri. diwujudkan seperti yang berikut:

Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan • Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka
dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman.
300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari.
Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan • Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka diketuai
dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai oleh Dato’ Abdul Razak Hussein.
jemputan luar negara.
• Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan
Selain itu, semua pegawai dan kakitangan pula dipengerusikan oleh H.S. Lee.
kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk
memberikan peluang menyambut kemerdekaan. • Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan
Sambutan kemerdekaan dinantikan oleh rakyat ditubuhkan bagi mengutip derma membantu
sehinggakan semua tiket Keretapi Tanah Melayu perbelanjaan sambutan merdeka.
di pantai timur habis ditempah. Begitu juga
dengan tiket bas. Semua pihak pada peringkat Dengan menggunakan pelbagai sumber,
pusat mahupun negeri memberikan kerjasama bandingkan maksud bendera Persekutuan
dan bersatu hati untuk menjayakan hari merdeka. Tanah Melayu 1957 dengan Jalur Gemilang.

237


Click to View FlipBook Version