The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif, cara membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana kreativiti yang utama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatsaad5, 2021-04-24 00:47:38

Kreativiti dan Inovasi dalam keusahawanan

Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif, cara membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana kreativiti yang utama.

Keywords: #kreativti #inovasi

BAB 3

KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif,
cara membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana
kreativiti yang utama.

2. Mengenal pasti empat halangan kepada kreativiti serta jenis-jenis
inovasi
yang utama.

3. Menganalisis mitos-mitos berkaitan inovasi dan menerangkan
prinsip- prinsip inovasi.

4. Mengenali konsep keusahawanan tekno dan usahawan tekno.

5. Membincangkan prospek bidang sains dan teknologi kepada
usahawan.

PENGENALAN

❑ Pengetahuan berkaitan kreativiti dan inovasi harus
didedahkan kepada para usahawan/masyarakat untuk
mewujudkan negara dan masyarakat yang kreatif.

❑ Penekanan utama haruslah diberikan kepada
pembangunan sains dan teknologi serta kemudahan
prasarana yang membolehkan seseorang usahawan itu
berkreativiti dan berinovasi. Usahawan yang menekankan
aspek teknologi dalam produk yang dihasilkan juga
dikenali sebagai usahawan tekno (technopreneur)

KREATIVITI DAN USAHAWAN

Definisi dan Peranan Kreativiti

❑ Kreativiti adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem.

❑ Aspek utama kreativiti adalah proses dan manusia.

❑ Proses berorientasikan matlamat serta digunakan untuk mencari jalan
penyelesaian kepada masalah. Manusia pula adalah sumber yang
boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian
masalah biasanya sama, tetapi kaedahnya adalah pelbagai.

❑ Contohnya, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk
penyelesaian masalah daripada pengalaman lampau, atau mencipta
formula baharu.

KREATIVITI DAN USAHAWAN

Proses Kreatif

Proses kreatif biasanya mempunyai empat fasa yang
penting. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

1. Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang
2. Proses inkubasi
3. Pengalaman idea
4. Penilaian dan pelaksanaan

PROSES KREATIF

Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan atau latar
belakang

❑ Kreativiti memerlukan penyiasatan dan
pengumpulan maklumat melalui pembacaan,
perbualan dengan rakan niaga, menghadiri
mesyuarat, bengkel dan sebagainya.

PROSES KREATIF

Fasa 2: Proses Inkubasi
❑ Proses inkubasi berlaku apabila usahawan

cuba merehatkan minda mereka daripada
proses persediaan di fasa satu.
❑ Usahawan akan cuba menghabiskan masa
dengan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitannya
dengan permasalahan perniagaan mereka.
❑ Inkubasi juga boleh berlaku ketika mereka
tidur.

PROSES KREATIF

Selain itu, usahawan juga boleh terlibat di dalam aktiviti-
aktiviti berikut di dalam proses inkubasi:

❑ Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti rutin yang melapangkan
fikiran seperti berkebun, memasak, mengemas rumah,
memandu dan sebagainya.

❑ Bersenam dengan kerap. Bersukan seperti bermain golf,
memancing, dan bermain badminton dsb.

❑ Berfikir dan berangan-angan sebelum tidur.
# Bermeditasi dan beryoga-(tidak dibenarkan dalam Islam)

PROSES KREATIF

Fasa 3: Pengalaman Idea
❑ Fasa ini adalah fasa yang paling menyeronokkan apabila

usahawan mula mendapat idea dan jalan penyelesaian
masalah. Proses ini juga dikenali sebagai faktor eureka.
Idea biasanya datang ketika usahawan melakukan aktiviti-
aktiviti inkubasi. Kadangkala, idea datang secara tiba-
tiba.

PROSES KREATIF

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses
pengalaman idea:
1. Berangan-angan mengenai sesuatu projek.
2. Mempraktikkan hobi.
3. Bekerja di dalam persekitaran yang menenangkan.
4. Tidak terlalu memikirkan masalah.
5. Meletakkan buku nota di sebelah katil untuk mencatat idea-

idea sebelum atau sesudah bangun dari tidur.
6. Berehat sebentar apabila penat bekerja.

PROSES KREATIF

Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan
Fasa ini adalah fasa yang paling mencabar bagi usahawan dan
memerlukan disiplin diri, kesabaran serta keyakinan.
Di dalam fasa ini, usahawan dinasihatkan untuk mengambil langkah-
langkah berikut:

1. Meningkatkan tenaga fizikal melalui senaman dan sebagainya
2. Melibatkan diri di dalam proses perancangan perniagaan dan

menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan
3. Menguji idea bersama-sama pihak yang mempunyai pengetahuan

dan kepakaran

SAMBUNGAN : PROSES KREATIF

Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan
4. Mempercayai gerak hati dan perasaan anda
5. Mempelajari teknik-teknik jualan
6. Mempelajari polisi organisasi
7. Mendapatkan nasihat orang lain
8. Menganggap masalah yang dihadapi sebagai

cabaran.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

1. Kumpulan Fokus

❑ Kaedah ini mula digunakan sejak tahun 1950an lagi.
❑ Kaedah ini menggunakan seorang moderator yang akan melontarkan

soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak
balas.
❑ Biasanya kumpulan perbincangan akan dibahgikan kepada 8-14
orang peserta.
❑ Setiap kumpulan akan membentangkan pendapat mereka dan
kumpulan-kumpulan yang lain akan memberi komen.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

2. Percambahan Fikiran

❑ Kaedah percambahan fikiran membolehkan individu meningkatkan
kreativiti melalui pertemuan dengan individu lain.

❑ Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan di mana idea-idea baru akan
dijana ke atas produk dan pasaran tertentu.

❑ Terdapat empat peraturan penting yang harus diingat apabila
menggunakan kaedah ini, iaitu:
◦ Tidak membenarkan komen-komen negatif serta kritikan.
◦ Kebebasan idea adalah digalakkan.
◦ Lebih banyak idea adalah lebih baik.
◦ Kombinasi idea adalah digalakkan.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

3. Analisis Masalah Inventori

❑ Analisis masalah inventori biasanya digunakan oleh individu-
individu di dalam kumpulan fokus untuk menjana idea-idea baru.

❑ Seterusnya mereka dikehendaki mengenal pasti dan
membincangkan produk-produk yang mempunyai masalah-
masalah tertentu.

❑ Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat
dikenal pasti dan seterusnya idea-idea baru berkaitan produk
tersebut akan dapat dijana dengan mudah.

❑ Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan
untuk menguji idea produk baru.

PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

Definisi Inovasi
❑ Inovasi adalah proses di mana usahawan

menukarkan peluang-peluang perniagaan ke
dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan.

PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

Otak Kiri Otak Kanan

❑ Lisan ❑ Bukan lisan
❑ Analitikal ❑ Sintesis
❑ Abstrak ❑ Melihat analogi
❑ Rasional ❑ Tidak rasional
❑ Logikal ❑ Mementingkan ruang
❑ Linear ❑ Gerak hati
❑ Imaginasi

PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

❑ Secara ringkasnya, otak kanan membantu usahawan
memahami analogi, berimaginasi dan menggabungkan
maklumat.

❑ Otak kiri pula membantu usahawan menganalisis,
berkata-kata dan menggunakan rasional di dalam
penyelesaian masalah.

JENIS-JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

1.Penciptaan
❑ Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses

baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh
orang lain. Contohnya Kapal terbang (Adik
beradik Wright), Mentol (Thomas Edison) dan
Telefon (Alexander Graham Bell).

JENIS-JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

2. Pengembangan
❑ Pengembangan ialah pengunaan aplikasi yang

berbeza ke atas produk atau proses yang sedia
wujud. Contohnya McDonald, Telekom Malaysia
dan Agensi Pelancongan.

JENIS JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

3. Duplikasi

❑ Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses
sedia ada. Ia bukanlah peniruan seratus peratus,
tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk
dengan sentuhan kreatif usahawan untuk bersaing di
dalam pasaran. Contohnya perniagaan secara maya,
perisa minuman Pepsi dan batik Malaysia.

JENIS-JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

4. Sintesis

❑ Sintesis ialah gabungan konsep dan faktor sedia
ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh
diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada.
Contoh: Tuku refleksi, kertas bersabun dan mp3
pendrive.

SUMBER-SUMBER INOVASI

A. Situasi di luar Jangkaan
❑ Inovasi kadangkala terhasil daripada kegagalan

usahawan serta tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi
sebegini akan memberi kejutan kepada penciptanya.
❑ Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah
untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar
jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai
alat untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk
berhibur.

SUMBER-SUMBER INOVASI

B.Ketaksamaan

❑ Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara
jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan penghantaran
bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan
bukan 24 jam sehari.

❑ Contoh : FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan
memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam.
ternyata berjaya memberi inovasi kepada perkhidmatan mel dan
mendapat sambutan di luar jangkaan.

SUMBER-SUMBER INOVASI

C. Keperluan Proses

❑ Keperluan proses berlaku apabila usahawan cuba untuk.
Usahawan akan berinovasi sememenuhi permintaan
pasaran dan pelangganlaras dengan kehendak dan trend
pelanggan. Contohnya, peningkatan di dalam permintaan
makanan organik dan penggunaan komputer yang meluas
akan turut mengembangkan inovasi makanan kesihatan
dan penggunaan pengantara komputer yang lebih moden.

SUMBER-SUMBER INOVASI

D. Perubahan Pasaran dan Industri

❑ Perubahan pasaran dan industry berlaku apabila sikap
pengguna berubah, teknologi yang bergerak pantas,
pertumbuhan industri dan sebagainya.

❑ Contohnya industri minuman ringan yang terpaksa
bersaing dengan minuman berasaskan kesihatan yang
memenuhi keperluan pengguna zaman ini yang lebih
mementingkan kesihatan. Maka, lahirlah light Coke, susu
rendah lemak, minuman ringan rendah kalori dan
sebagainya.

SUMBER-SUMBER INOVASI

E. Perubahan Demografi

❑ Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya
perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan,
lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi
dapat memberi peluang-peluang perniagaan kepada
usahawan.

❑ Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja
memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan
yang mengusahakan pusat penjagaan kanak-kanak.

SUMBER-SUMBER INOVASI

F. Perubahan Persepsi

❑ Situasi ini lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap
sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat
terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan
penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat
terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah.

❑ Secara tidak langsung, permintaan terhadap peralatan
senaman ini akan bertambah.

SUMBER-SUMBER INOVASI

G. Konsep Berasaskan Pengetahuan
❑ Pengetahuan dan kepakaran yang ada pada sesetengah

individu adalah asas kepada penciptaan produk. Penciptaan
adalah satu bentuk inovasi. Ia adalah berasaskan
pengetahuan dimana produk yang dihasilkan adalah
daripada pemikiran, kaedah serta pengetahuan yang baru.
❑ Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama
untuk dipasarkan kerana ia memerlukan pengubahsuaian,
pengujian dan sebagainya.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang dan dijangkakan

❑ Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama organisasi di
mana sebarang keputusan berkaitan inovasi adalah
tanggungjawab jabatan kajian dan pembangunan yang
telah membuat perancangan rapi sebelum inovasi
dilaksanakan.

❑ Fakta – Inovasi tidak boleh dijangka dan dirancang
kerana ia berlaku tidak kira masa dan buah fikiran untuk
berinovasi juga tidak terhad hanya kepada jabatan yang
bertanggungjawab kerana idea boleh dikeluarkan oleh
sesiapa sahaja.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi teknikal perlu
diberi keutamaan

❑ Fakta – Persediaan spesifikasi teknikal untuk
berinovasi memerlukan jangkamasa yang lama. Oleh
yang demikian, usahawan perlu sentiasa mementingkan
percubaan dan pengujian terhadap produk yang akan
dipasarkan dan tidak terlalu menghabiskan banyak masa
dengan penyediaan dokumentasi prosedur dan
sebagainya.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada mimpi dan
angan- angan

❑ Fakta – Penginovasi adalah individu-individu yang
praktikal yang cuba membuat perubahan kepada peluang-
peluang yang ada di alam nyata. Mereka bukan sekadar
bermimpi dan berangan-angan, tetapi cuba merealisasikan
mimpi menjadi kenyataan.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam kumpulan
yang besar akan melahirkan inovasi yang baik
berbanding kumpulan yang kecil.

❑ Fakta - Mitos di atas adalah kurang tepat kerana pada
masa sekarang banyak syarikat besar menggalakkan
pekerja- pekerjanya bekerja di dalam kumpulan-kumpulan
yang kecil di mana idea lebih senang untuk dijana.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 5 – Teknologi adalah penggerak kepada inovasi
dan kejayaan syarikat.

❑ Fakta – Teknologi merupakan salah satu sumber kepada
inovasi. Pengguna dan pasaran adalah merupakan
penggerak inovasi yang utama. Kajian menunjukkan,
inovasi berasaskan pasaran dan kehendak pengguna
mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
berjaya.

PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Berorientasikan tindakan

❑ Penginovasi mestilah aktif mencari idea baru, peluang dan sumber
inovasi.

❑ Memastikan produk, proses serta perkhidmatan yang dihasilkan
adalah ringkas dan difahami.

❑ Pengguna sepatutnya memahami inovasi yang dilakukan ke atas
sesuatu produk.

❑ Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan yang
berasaskan pengguna.

PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Jangkaan yang tinggi
❑ Jangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan

memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran.

Cuba/uji/ulang semula
❑ Inovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang semula.

Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan kelemahan di
dalam penghasilan produk, proses dan perkhidmatan.

Belajar daripada kesilapan
❑ Bukan semua inovasi akan menempa kejayaan. Banyak inovasi

yang gagal. Namun demikian, kegagalan daripada inovasi yang
pertama akan menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.

PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Ikut jadual yang ditetapkan
❑ Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan. Kadangkala, projek

yang dijalankan mungkin lambat atau melepasi jadual. Walau bagaimanapun,
jadual tetap penting sebagai aras perancangan dan penilaian projek
inovasi.
Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti berinovasi
❑ Prinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada individu yang
mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti berinovasi juga perlu
diberi ganjaran dan penghormatan.
Kerja, kerja dan kerja
❑ Prinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan ke semua
prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan tindakan dan bukannya
semata-mata bergantung kepada kebijaksanaan.

KESIMPULAN

❑ Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik dan usahawan
terpaksa berhadapan dengan perubahan teknologi yang begitu
pantas.

❑ Usahawan perlu menghadapi cabaran-cabaran ini untuk menangani
ekonomi moden. Globalisasi, kemajuan internet, era maklumat turut
memberi cabaran kepada usahawan di dalam persaingan pasaran.

❑ Persaingan yang ada membuatkan usahawan perlu mempunyai
kreativiti dan berinovasi bagi menyesuaikan diri dengan pantas
kepada perubahan pasaran.


Click to View FlipBook Version