The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aslinaahmad400, 2021-08-05 00:50:26

Bab 1. 2 Persekitaran perniagaan

Bab 1. 2 Persekitaran perniagaan

1.2
Persekitaran Perniagaan

1.2 1 Persekitaran Umum
1.2.2 Persekitaran Tugas

1.2.1 Persekitaran Umum (Persekitaran Luar Organisasi)

1. Persekitaran Ekonomi
Keadaan ekonomi negara serantau dan dunia mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sesuatu
perniagaan. Perubahan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli pengguna, kadar inflasi dan corak
perbelanjaan pengguna.(Pengaruh kepada perniagaan)
2. Persekitaran Persaingan dan jaringan
Persekitaran persaingan: berkaitan dengan struktur pasaran dan persaingan dalam pasaran
domestik serta antarabangsa dalam pasaran / firma yang sama. Peniaga mesti bersaing dalam pasaran
dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan
dengan melakukan inovasi, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.
Persekitaran jaringan merujuk kepada hubungan perjanjian yang dibuat secara formal atau pakatan
strategik antara perniagaan dengan pihak lain seperti pembekal, pengilang dan pengedar.
3. Persekitaran Sosiobudaya
Berkaitan dengan kepercayaan, agama, adat resam, cita rasa dan gaya hidup masyarakat yang pelbagai
kaum. Peniaga perlu ubahsuai kegiatan selaras dengan persekitaran sosial di mana ia beroperasi kerana ini
dapat membantu memajukan perniagaan apabila barangan diterima oleh masyarakat. (termasuk nilai
budaya sosial penduduk setempat, perubahan populasi penduduk)
4. Persekitaran Prasarana
Kemudahan asa yang disediakan bagi memudahkan operasi perniagaan. Antara kemudahan fizikal yang
diperlukan ialah kemudahan infrastruktur, sistem pengangkutan, utiliti, pergudangan, zon perdagangan dan
pembangunan setempat.

4. Persekitaran Politik Dan Perundangan
** Persekitaran politik: Sistem pentadbiran atau persekitaran sesebuah negara – menentukan politik & polisi awam
sesebuah negara.
** Persekitaran perundangan : Peraturan & undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
- Berkaitan dengan kawalan kerajaan terhadap aktiviti perniagaan melalui penggubalan polisi awam, dasar.

peraturan dan undang-undang.
- Cthnya; Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan undang-undang perniagaan untuk

memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta menjaga kepentingan pengguna. Kestabilan politik akan
menjamin kelancaran aktiviti perniagaan dan peniaga berasa selamat serta yakin untuk menjalankan perniagaan.
Keadaan ini akan menggalakkan pelaburan dan perkembangan aktiviti perniagaan. (kesan positif)
5. Persekitaran Teknologi
Sebarang ciptaan baharu hasil daripada usaha penyelidikan atau inovasi yang dijalankan atau sebarang perubahan
penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baharu ayau membentuk prosedur kerja.
Cthnya; Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kemampuan bersaing. Penggunaan komputer, mesin dan jentera
moden dapat meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti pengeluaran serta mengurangkan kos pengeluaran.
6. Persekitaran Antarabangsa
Meliputi eksport, import dan juga pelaburan langsung di negara lain / dasar perdagangan, undang-undang perniagaan
yang melibatkan dua bua negara atau lebih. Apabila sesebuah negara membuka pintunya kepada luar negara untuk
menjalankan perniagaan di negara mereka , para peniaga perlu bersedia untuk bersaing. Isu global seperti halangan
perdagangan dan tarif , risiko politik dan perjanjian perdagangan akan mempengaruhi aktiviti perniagaan

1.2.2 Persekitaran Tugas

1. PELANGGAN
Definisi : Pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.
Pengaruh kepada perniagaan: Pengguna membeli barang dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan maksimum
dan memenuhi keperluan serta kehendak. Pengguna inginkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan
pada harga perpatutan.
Tanggungjawab perniagaan: Perniagaan peka terhadap kehendak dan keperluan pelanggan. Jika perniagaan tidak
memenuhi kepuasan pengguna, hasil jualan akan terjejas dan perniagaan tidak akan berjaya
2. PEMBEKAL
Definisi : Pihak yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap kepada perniagaan. Orang
tengah antara peniagaan dan pelanggan.
Pengaruh kepada perniagaan : Hubungan baik antara peniaga dengan pembekal adalah penting untuk menjamin
bekalan berterusan pada harga berpatutan.
Tanggungjawab perniagaan: Peniagaan harus memastikan bayaran dibuat kepada pembekal pada masa yang ditetapkan
untuk menjamin bekalan berterusan / Mematuhi perjanjian jual beli
3. PEMODAL /PELABUR
Definisi : Pihak yang melabur wang mereka dalam perniagaan
Pengaruh kepada perniagaan : Sumber modal kepada perniagaan agar dapat meningkatkan aktiviti perniagaan
Tanggungjawab perniagaan : Mengurus perniagaan dengan cekap bagi menjamin keuntungan yang baik untuk
memaksimumkan kekayaan pelabur dengan membayar dividen yang tinggi.
4. PEMBIAYA

Definisi: Pihak yang menyediakan sumber kewangan / pemberi pinjaman / memberi dana
Pengaruh kepada perniagaan: Memberikan dana atau pinjaman yg tinggi – memastikan perniagaan
dapat beroperasi dengan lancar dan berkembang maju.
Tanggungjawab perniagaan: Menjelaskan hutang termasuk faedah mengikut tempoh masa ditetapkan
seperti dalam perjanjian

Persekitaran Tugas

5.PESAING
Definisi : Firma lain dalam industri sama yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang hampir
sama
Pengaruh kepada perniagaan : Persaingan boleh menghalang usaha-usaha pemasaran sesebuah
perniagaan sama ada diperingkat domestik atau antarabangsa
Tanggungjawab perniagaan: Firma perlu mengenalpasti strategi persaingan yang digunakan oleh pesaing
agar dapat menghadapi persaingan dan melakukan inovasi dalam pengeluaran produk. / Mengamalkan
perniagaan sihat & tidak mencemarkan nama pesaing
6. KERAJAAN
Definisi : Pihak berkuasa yang menetapkan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh
perniagaan
Pengaruh kepada perniagaan : Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan
undang-undang untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan adil
Tanggungjawab perniagaan : Mematuhi undang-undang dan kod etika perniagaan yang diwartakan oleh
kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat / Mendaftarkan perniagaan
7. PEKERJA
Definisi : Tenag modal insan secara fizikal atau mental dalam sesebuah perniagaan yang menggerakkan
aktiviti perniagaan.
Pengaruh kepada perniagaan : Tindak-tanduk pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah
perniagaan
Tanggungjawab perniagan: Perniagaan perlu sensitif kepada keperluan pekerja dan menjaga kebajikan
mereka agar produktiviti kerja mereka tidak terjejas / membayar cukai kepada perniagaan.
8. MASYARAKAT
Definisi : Komuniti dalam sesebuah kawasan yang mempunyai kepentingan atau pengaruh secara
langsung ke atas perniagaan.
Pengaruh kepada perniagaan : Mempengaruhi kejayaan dan operasi sesuatu perniagaan kerana imej atau
pandangan masyarakat terhadap syarikat mempengaruhi dalam jualan / Perubahan cita rasa / Perubahan
terhadap keperluan baharu (perniagaan lebih prihatin). / Peningkatan kuasa beli masyarakat
Tanggungjawab perniagaan: Tidak menjual barang yang bertentangan dengan kepercayaan agama dan
budaya masyarakat serta mengurangkan pencemaran alam sekitar./melaksanakan tjwb sosial


Click to View FlipBook Version