The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazimfarhad71, 2022-06-11 11:51:08

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5, 4 Zon Di Malaysia

bm

dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak

mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang
remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar
kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul
Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak
terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki
tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit
Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang
pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut.
Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau
sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan
rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa
selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin

berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi
kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat
untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik
kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut,
iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya
dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat
khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul
Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar
untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik

tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan
Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai
oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut
dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas
pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan
kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya
disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang
sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik

yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu

mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel bimasakti ini ialah keberanian watak dalam bertindak
untuk menyelamatkan mangsa culikan. Sebagai contoh, Muhammad Taufik berani bertindak
pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid. Selain itu, kita dapat melihat kerjasama
watak-watak dalam novel ini. Sebagai contoh Budiman, Hafsa dan Taufik bekerjasama
menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk
dibentangkan. Seterusnya, pengajaran yang terdapat dalam novel ini juga boleh diambil iktibar.
Antaranya kita mestilah mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya agar tidak menjadi
seperti kata dibawah tempurung. Di samping itu, terdapat banyak nilai murni yang boleh kita
amalkan dalam hidup iaitu nilai kasih sayang, nilai tanggungjwab dan nilai kesyukuran. Akhir
sekali, latar tempat yang diterapkan dalam novel sangat menarik iaitu Masjid Jamek Sultan
Ibrahim, Kuala Selangor dan Hospital Besar Tanjung Karang.

KEKURANGAN NOVEL

Pada pendapat saya, kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah terlampau banyak tragedi
yang berlaku yang tidak kena mengena dengan tajuk cerita. Selain itu, jalan cerita agak sama
dengan novel lain dan membosankan. Seterusnya, kulit buku yang juga tidak dapat menarik
minat pelajar atau pembaca untuk membaca. Di samping itu, kisah atau pilihan tajuk tidak
sesuai dengan jalan cerita. Akhir sekali, penggunaan bahasa dalam ini sangat mudah. Hal ini
akan membuatkan pembaca muda tidak dapat mempelajari perkataan baharu.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan untuk novel Bimasakti Menari ini ialah dengan
mengurangkan trageji yang tidak diperlukan dalam novel. Selain itu, tidak mengulang peristiwa
atau cerita yang sama. Seterusnya, mengubah atau mencantikkan lagi kulit buku agar menjadi
lebih menarik untuk membaca. Di samping itu, penulis sepatutnya memastikan penulisan atau
penceritaan lebih menceritakan tentang bimasakti. Akhir sekali, penulis haruslah menggunakan
perkataan yang menarik dan bombastik supaya pelajar yang membaca dapat mempelajari
perkataan-perkataan yang baharu

Silir Daksina

-Ringkasan Novel
Tema yang dibawa dalam novel ini adalah tema kekeluargaan. Haiqal yang mengalami konflik
keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya sehingga menyebabkan dia dipisahkan
oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.

-Biografi Penulis
-Nizar Parman

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Sinopsis Novel

-Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-
sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan

tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya
turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

-Demi Bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk
menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai,
Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya
untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya
Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga
kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal
Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar
berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke
Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.
Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18
tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut
di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan
mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke
bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana

keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah
Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina
tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai
Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang
pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju
ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa
tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya
tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku
yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling
menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya
sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari
nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat
sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli

dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak
terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling
berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang
itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti
sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling
dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut
penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan
puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk
sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah
bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-
cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim
memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan
yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di
balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara
spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih
berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah

bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku
hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan
mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai
Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu.
Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan
tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat
tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli
alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan
pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-
anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB
Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup.

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya
daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke
Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak
berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia
dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah
ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan
kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang
disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya
berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam
balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai
Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang
membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-
sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.
ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.
Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya
berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara
yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang
menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia
berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan

manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan
antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan
negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya.
Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari
kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu
Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya
tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui
kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya
untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah
Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan
arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal

mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya
bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah
ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan
sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri
Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi
tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ini ialah kegigihan seseorang dalam
mengembangkan warisan budaya dan kesusasteraan. Sebagai contoh, Abdullah bin Kayan
gigih berusaha mengembangkan tarian zapin dan kesusasteraan sehingga sanggup korban
untuk berpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Selain itu, setia kawan dalam bersahabat yang
diterapkan dalam novel ini. Sebagai contoh, Haiqal berusaha menenangkan Ratna yang
menangis dan bersedih setelah mendapat keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang.
Seterusnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dalam penulisan novel ini.
Antaranya ialah kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi. Di samping
itu, terdapat banyak nilai murni yang boleh kita amalkan dalam hidup iaitu nilai tanggungjawab
dan nilai kasih sayang. Akhir sekali, latar tempat yang diceritakan menarik. Salah satunya ialah
Kuala Terengganu.

KEKURANGAN NOVEL

Pada pendapat saya, kekurangan yang ada pada novel ini ialah jalan cerita yang senang
dijangka dan tidak menarik. Selain itu, permulaan cerita agak kelam kabut dan agak susah
untuk memahaminya. Seterusnya, kulit hadapan buku tidak menarik dan tiada kaitan. Buku ini
menceritakan tentang adat-adat melayu, tetapi mengapa tidak ada unsur menunjukkan tentang
adat? Di samping itu, penggunaan ayat dalam novel terlalu mudah dan tidak bombastik. Akhir

sekali, jalan cerita terlalu pendek dan senang dihabiskan. Hal ini membuatkannya tidak adil
untuk pelajar yang di daerah lain yang perlu membaca hingga berpuluh-puluh bab tetapi novel
ini hanya 16 bab sahaja?

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan untuk novel Silir Daksina ini ialah dengan
menjadikan cerita lebih misteri dan tidak dijangka. Selain itu, penulis seharusnya memulakan
penceritaan untuk permulaan dengan baik dan tidak berada dalam keadaan serabut supaya
pembaca lebih memahami dan mendalami jalan cerita. Seterusnya, kulit hadapan buku itu
perlulah ditukarkan kepada grafik yang lebih kena mengena dengan penceritaan. Di samping
itu, penulis mestilah menambahkan lebih banyak lagi perkataan-perkataan yang menarik agar
jalan penceritaan akan menjadi lebih menarik. Akhir sekali, penulis boleh menambahkan lebih
banyak bab supaya cerita tidak habis dengan cepat.

RUJUKAN

i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib#Biografi
ii. https://en.wikipedia.org/wiki/Ruhaini_Matdarin
iii. http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
iv. http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
v. https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
vi. http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html
vii. https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
viii. http://klikweb.dbp.my/?p=11109
ix. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiZ-

re2t574AhWeR2wGHT8ECXQQFnoECAgQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.sistemguruonline.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2019%2F07%2FLeftenan-Adnan-Wira-
Bangsa.pdf&usg=AOvVaw0Q7skPvfMccwg2AEuOxqFx
x. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwj4-
5ejuZ74AhXL2TgGHVjNDcsQFnoECBUQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.coursehero.com%2Ffile%2F63650068
%2FDi-Sebalik-Dinaradocx%2F&usg=AOvVaw2P7EbLTfBiGT53OcdqDuio
xi. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwji9IS
Lup74AhXk-jgGHfvuA9QQFnoECA4QAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.sistemguruonline.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2019%2F07%2FJendela-Menghadap-
Jalan.pdf&usg=AOvVaw2uRiG0CjQ6kJ4norj3MPwC
xii. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjglt-
wvJ74AhXZRmwGHdvFBS8QFnoECBQQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.sistemguruonline.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2019%2F07%2FKomsas-Bahasa-Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-
Azmah-Nordin.pdf&usg=AOvVaw18kLdu1smBdHbGZ4fsaFWI
xiii. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
xiv. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
xv. https://dokumen.tips/documents/sinopsis-tema-persoalan-bimasakti-menari.html
xvi. https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
xvii. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwij1P
DrwJ74AhWaSWwGHaw_AYcQFnoECAMQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.edubest.edu.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2021%2F02%2FNovel-Silir-Daksina.pdf&usg=AOvVaw3-zRUGXB5xI6jLkYQ13d_Q

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version