4 Bidang
dalam PSV
NAMA PELAJAR: HIDAYAH AMNI BINTI MOHD RIFIN
NAMA GURU: PUAN NORAINI BINTI MOHD
ANGKA GILIRAN: 2020142340280
BIDANG
MENGGAMBAR
Bidang kajian ini memberi tumpuan kepada
pengembangan kemahiran pelajar dalam
melukis. Ia dapat melihat pelbagai aspek
lukisan dan pelbagai media yang digunakan
dalam membuat gambar.
Kegiatan yang berkaitan dengan melukis,
melukis, kolaj, mencetak, resis, dan Mosaik
dapat digunakan selama proses menggambar
untuk meningkatkan kreativiti pelajar.
Individu akan belajar bagaimana ingin
mengembangkan kemahiran asas mereka
dalam proses reka bentuk.
Bidang menggambar terbahagi kepada
beberapa teknik iaitu:
Catan Cetakan Percikan
Kolaj Gosokan Stensilan
Lukisan Resis Mozek
Melukis merupakan salah satu daripada
aktiviti menggambar dan merupakan
sejenis karya kreatif yang menarik objek
atau imej dari minda yang berada dalam
dua dimensi. Ia menggunakan proses
warna untuk membuat karya seni yang
artistik.
Lukisan adalah gambar atau objek yang
ada di fikiran ketika pertama kali dibuat.
Ia boleh diterjemahkan atau dicetak
pada kanvas atau kertas.
Seni melukis dilakukan dengan menggunakan media kering atau
media basah untuk menggambarkan permukaan yang rata.
Unsur seni sangat penting dalam proses melukis. Ia juga
dihasilkan mengikut hati atau perasaan artis.
Melukis memerlukan dua
perkara iaitu
Alat dan
Bahan
Kertas
Lukisan
Proses Melukis
1. Pilih bahan yang sesuai untuk objek yang ingin
dilukis.
Contohnya, memilih ketebalan pensil yang sesuai
untuk melukis potret manusia.
2. Fahami perspektif dan pengaruh ruang serta
cara untuk menimbulkan ilusi secara 3D.
3. Membuat lakaran objek
4. Memilih alat mewarna yang selesa
digunakan dan sesuai untuk objek
5. Mula mewarna dengan teknik yang betul
Contohnya, menggunakan 'shadings' dan 'tints'
6. Teruskan mewarna dan siapkan karya
dengan menitikberatkan kepelbagaian
unsur seni
Contoh karya
Contoh lakaran kepada lukisan
Contoh proses mewarna
Contoh lukisan kepada hasil karya
yang siap diwarna
Proses Penghasilan Karya
Menggunakan Teknik Menggambar
Hasil akhir
CATAN
Catan merupakan hasil seni bahantara dibuat dari seni
material dengan menerapkan warna pada permukaan
rata. Ini membolehkan individu membuat pelbagai
gambaran pemikiran atau reka bentuk.
Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk 2D sahaja
Catan berfungsi untuk menceritakan sesuatu
peristiwa atau memberitahu maksud tersirat
Catan membolehkan artis untuk meluahkan
perasaan melalui karya dan merakamkan
imaginasi melalui imej visual yang diterjemahkan
dalam bentuk nyata atau abstrak.
Jenis-jenis cat yang digunakan
dalam penghasilan catan
1. Cat Akrilik
2. Cat Poster
3. Cat Minyak
Teknik-teknik yang digunakan
dalam catan
1. TEKNIK BASAH ATAS BASAH
Teknik ini memasukkan warna lain di atas warna yang
sedia ada semasa masih basah.
Warna kedua dapat menyerap ke dalam warna
pertama untuk menghasilkan ton warna yang
menarik.
Teknik ini sesuai untuk permukaan yang luas seperti
lukisan latar belakang
Contoh catan
menggunakan
teknik basah
atas basah
2. TEKNIK BASAH ATAS KERING
Biarkan lapisan pertama kering terlebih dahulu
sebelum menyapu warna kedua yang basah dengan
lembut
Teknik ini sesuai digunakan pada permukaan yang
luas dan kertas yang besar saiznya
Teknik ini bertujuan untuk menggelapkan lapisan
pertama dengan meletakkan ton warna yang lebih
gelap di atas warna yang sedia ada.
Contoh proses
catan
menggunakan
teknik basah
atas kering
Contoh hasil
catan
menggunakan
teknik basah
atas kering
3. TEKNIK KERING ATAS KERING
Pastikan warna yang melekat pada berus tidak
banyak.
Kemudian, sapu di atas warna yang sudah kering
untuk menghasilkan warna yang lain dan pastikan
ianya tidak terlalu tebal.
Teknik ini bertujuan khususnya untuk mewujudkan
keharmonian warna dengan keadaan di sekelilingnya
Contoh catan
menggunakan
teknik kering
atas kering
KOLAJ
Penghasilan kolaj melibatkan pemotongan, koyakan,
guntingan, dan menampal pelbagai bahan pada
permukaan yang rata atau 2D.
Medium yang digunakan untuk membuat kolaj
biasanya bahan buangan seperti kacang, kertas, dan
kain.
Antara bahan yang
digunakan dalam kolaj
ini : Butang, kacang,
kertas dan tisu
RESIS
Kaedah menyapu cat air ke permukaan yang telah
disapukan lilin di bahagian hendak diwarnakan. Lilin akan
bertindak sebagai pelindung kepada warna asal dan
menghasilkan garisan di atas permukaan ketas.
Resis juga merupakan teknik menghasilkan lukisan dengan
menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara
satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin.
Resis juga dikenali sebagai proses penolakan warna.
Teknik ini dapat dilihat dengan jelas didalam proses
penghasilan batik lukis dan batik canting.
Contoh karya
resis
Bidang Membuat
Corak dan Rekaan
Definisi Membuat
Corak dan Rekaan
Corak merujuk kepada susunan motif yang
dapat disusun secara teratur, terancang, atau
bebas.
Terdapat dua jenis corak iaitu Corak Terancang
dan Corak Tidak Terancang
Motif ialah rupa dalam rekaan atau gubahan.
Ia terdiri daripada motif flora, fauna,
geometrikal dan organik.
Corak tradisi merupakan corak yang
mempunyai motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama khusus berunsur
tradisi.
Motif Corak
Alam semulajadi
Bahan buatan manusia
Geometri
Abjad
Rupa barangan kraf
Jenis Susunan Corak
Corak Berpusat
Corak Selang-seli
Corak Kaligrafi
Corak Orgee
Corak Batu Bata
Corak Sendeng
Jenis Corak
1. Corak Terancang
Corak terancang direka dengan motif yang disusun dengan
teratur dan mempunyai susunan tertentu.
Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai
jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid semasa
penghasilan corak
Motif yang sama akan dihasilkan
pada setiap grid apabila penggunaan
grid dilibatkan semasa corak
terancang
Contoh hasil karya corak
terancang motif
geometri menggunakan
pembahagian grid
Aktiviti Corak
Terancang
Kolaj
Catan
Lipatan dan Guntingan
Lukisan
Resis
Capan
Contoh Karya
Corak Terancang
Menggunakan
motif geometri
Menggunakan
motif flora
Menggunakan
teknik capan
2. Corak Tidak Terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara
bebas tanpa mempunyai motif tertentu
seperti corak terancang.
Ia boleh dihasilkan dengan pelbagai cara.
Contohnya, merenjis, meniup, dan
sebagainya.
Contoh Karya Corak
Tidak Terancang
Aktiviti Corak
Tidak Terancang
Ikat dan Celup Pualaman
Tiupan Resis
ANTARA TEKNIK
DALAM MENCORAK
1. LUKISAN
Lukisan merupakan aktiviti mencorak dengan melakar
dan melukis menggunakan media kering.
Alat dan bahan untuk melukis
Pensil
Belajar 'Shading' menggunakan Contoh hasil karya
pensil untuk menghasilkan menggunakan teknik
lukisan terbaik
'shading'
Pensil Warna
Contoh teknik Hasil karya selepas menggunakan
penggunaan pensil warna teknik campuran warna
Oil Pastel
Contoh gambar hasil karya
menggunakan teknik lukisan
2. PUALAMAN
Definisi:
Kaedah pengasingan warna minyak
dengan air.
Alat dan bahan: Bekas, cat minyak, air, batang kayu dan 'drawing
paper'
Cara menggunakan teknik ini ialah:
1. Letakkan air ke dalam tray dan titiskan cat minyak.
2. Letakkan kertas pada permukaan air yang
mengandungi cat tersebut
Hasil Pualaman
CONTOH LAIN
KARYA PUALAMAN
BIDANG
MEMBENTUK DAN
MEMBUAT BINAAN
Definisi Membentuk dan
Membuat Binaan
Bidang ini membantu pelajar
mengembangkan persepsi mereka
terhadap pelbagai aspek seni.
Contohnya daripada segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan model.
Penggunaan pelbagai bahan, alat
mampu memberi peluang kepada
individu untuk berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan,
terutamanya semasa menjalankan
proses penghasilan seni.
ALAT DAN BAHAN MEMBENTUK
DAN MEMBUAT BINAAN
Tanah liat Plastisin
Sabun Kayu
Kertas Kotak
TEKNIK-TEKNIK
MEMBENTUK DAN
MEMBUAT BINAAN
Teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian
bahan yang digunakan
Contohnya: Teknik guntingan sesuai digunakan untuk
kertas dan tidak sesuai digunakan untuk kayu
1. Teknik Arca Timbul
Definisi:
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua
dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan
objek ke permukaan.
Ia bolah di buat secara acuan, tampalan, asemblaj, dan binaan
Bahan-bahan yang biasa digunakan
dalam arca timbul
Paper Mache Kertas Pasir Tanah Liat
Contoh Penghasilan Arca Timbul
(Fridge Magnet)
1. Sediakan Paper Mache
2. Letakkan Paper Mache ke atas kertas
kadbod mengikut bentuk yang disukai
3. Tunggu paper mache supaya kering
4. Selepas kering, gunakan cat air untuk
warnakan paper mache dan kertas kadbod
5. Lekatkan magnet pada belakang kertas kadbod
menggunakan 'hot glue gun'
6. 'Fridge Magnet' menggunakan kaedah
arca timbul siap dihasilkan
CONTOH ARCA TIMBUL
OLEH TOKOH ARCA
Still Life With Musical
Instruments” oleh Jaques
Lipchitz”
2. Teknik Asemblaj
Definisi Asemblaj:
Bahagian atau komponen yang berlainan dicantumkan menjadi satu
objek dan ianya membentuk satu konsep yang bermakna.
Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku
atau gam
Antara bahan-bahan yang biasa
digunakan untuk asemblaj
Logam Polisterin
Straw plastik
Contoh proses penghasilan produk
menggunakan teknik Asemblaj
1. Buat lakaran dan tentukan bahan yang
hendak digunakan untuk produk
2. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
3. Gunting pinggan polisterin untuk
membentuk kelopak bunga
4. Cat pinggan polisterin dengan cat air merah
5. Gunting kertas warna kepada bentuk daun untuk ditampal
pada gelas poslisterin
6. Tampal kertas warna pada gelas polisterin sebagai daun
7. Masukkan cat air berwarna hijau ke dalam botol yang
berisi air dan goncangkan
8. Cantumkan kesemua bahagian hinggalah terhasilnya produk
seperti dalam gambar
Contoh produk dari tokoh
menggunakan teknik Asemblaj
Arca Asemblaj ‘Bicycle Wheel’ oleh
Marchel Duchamp
BIDANG MENGENAL
KRAF TRADISIONAL
Definisi mengenal kraf tradisional:
Kraf tradisional merupakan perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat dan
ianya diwarisi secara turun-temurun
Aspek apresiasi juga diterapkan semasa proses penghasilan yang
melibatkan pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-
tokoh bagi setiap bidang kraf.
Terdapat pelbagai jenis kraf tradisional. Antaranya ialah:
1. Alat Domestik
2. Tembikar
3. Alat Permainan
4. Perhiasan Diri
5. Batik
6. Anyaman
7. Tekat
8. Tenunan
9. Ukiran
10. Alat Pertahanan Diri
1. ALAT DOMESTIK
Alat domestik ialah barangan keperluan harian yang
digunakan untuk memudahkan urusan seharian.
Contoh-contoh barangan domestik
Tudung Saji Batu Pengisar
Kukur Duduk Kukur Bersilang
Lesung Batu Cerek Tembaga
2. Alat Permainan
Permainan tradisional dikenali sebagai permainan rakyat. Banyak permainan
tradisional yang masih dimainkan oleh kanak-kanak zaman kini. Permainan-
permainan ini memberi peluang kepada generasi zaman kini untuk merasai
permainan yang dimainkan oleh generasi orang yang tinggal pada zaman dahulu
Congkak Wau
Batu Seremban Gasing
Sepak Raga