The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pemula OBS Studio Utk Penstriman Langsung

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu IT, 2023-07-02 21:30:59

Panduan Pemula OBS Studio Utk Penstriman Langsung

Panduan Pemula OBS Studio Utk Penstriman Langsung

Keywords: OBS Studio,beginner,pemula,obs,live stream,obs ninja

PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG Ditulis oleh : Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi Mohd Fauzan Bin Md Sardi Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail


HAK CIPTA TERPELIHARA Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang cara sama ada dengan cara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH DITERBIT DAN DICETAK OLEH: Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pendidikan Tinggi, By Pass Batu 2, Jalan Temerloh, Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur. Tel : 09-2701550/ 52/ 53 Faks : 09-2701551 Email : [email protected] PENULIS : Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi Mohd Fauzan Bin Md Sardi Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail EDITOR : Siti Shuhaili binti Mohd Moha Nor Aishah binti Othman


PRAKATA Assalamualaikum W.B.T, Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah Maha Esa kerana memberikan ketabahan dan kesabaran serta memudahkan setiap perincian perjalanan kami sehingga terhasilnya Penulisan Buku Ilmiah yang berjudul “Panduan Pemula OBS Studio Untuk Penstriman Langsung”. Panduan mudah ini dikhaskan kepada pemula (beginner) untuk hendak berjinak-jinak dengan penstriman langsung atau ‘live streaming’. Banyak perkara asas dan teknikal yang perlu pemula ambil tahu dan faham sebelum, semasa dan selepas menjalani penstriman langsung. Panduan ini menghuraikan cara tepat membuat tetapan pada perisian OBS Studio meliputi canvas, scene, sumber input dan output, visual, audio, text crawler sehingga kepada penggunaan green screen. Pembaca akan di kongsikan cara untuk membuat tetapan penstriman langsung dari OBS Studio ke platform media sosial ‘Facebook’ dan laman sesawang ‘Youtube’ serta banyak lagi perkara yang dikongsikan dalam panduan ini. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman ini tidak terhad kepada faktor tinggi rendah tahap ilmu atau latar belakang individu itu. Asalkan perkongsian ilmu itu ikhlas dan jujur yang menjadi keutamaan utama. Tidak lupa kami sampaikan terima kasih kepada seluruh pihak yang telah membantu dalam pembuatan dan penghasilan buku panduan ini. Justeru itu, diharapkan buku panduan ini dapat memberikan manfaat di kalangan masyarakat, pelajar dan khususnya para pembaca yang budiman. Penulis; Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi Mohd Fauzan Bin Md Sardi Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail


Panduan Pemula OBS Studio Untuk Penstriman Langsung


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 2 ISI KANDUNGAN No. Perkara Muka surat ISI KANDUNGAN 2 1. Pengenalan kepada OBS Studio 3 2. Cara install OBS Studio di Windows 4 2.1 Spesifikasi PC / Laptop 4 2.2 Cara download perisian OBS Studio daripada Web OBS 4 3. Cara Set-up ‘Scene’ OBS Studio 9 3.1 Cara Tambah ‘Scene’ 10 3.2 Memasukkan Imej pada ‘Scene’ 12 3.3 Memasukkan Video pada ‘Scene’ 13 3.3 Menambah ‘Crawler Text’ 15 3.4 Menambah Visual dari Kamera pada ‘Scene’ 19 3.5 Menambah Mask pada Visual Input 21 3.6 Cara Membuang Latar Belakang Guna Perisian Xsplit VCam 23 3.8 Menambah Audio pada ‘Scene’ 25 3.9 Menambah Count Down Timer pada ‘Scene’ 27 3.10 Menambah ‘Lower Third’ pada ‘Scene’ 31 4. Menukarkan Paparan Canvas kepada Studio Mode 34 5. Menambah ‘Transition’ Antara ‘Scene’ 35 6. ‘Live Streaming’ dari OBS Studio ke FB & YouTube 36 6.1 Cara FB ‘Live Streaming’ 36 6.2 Cara YouTube ‘Live Streaming’ 47 7. Cara ‘Set-up Multiple Output’ ke LIVE FB & YouTube 52 8. Membuat Rakaman dari OBS Studio 54 9. Memancarkan Slide semasa Live 55 9.1 Kaedah “Window Capture’ 55 9.2 Kaedah “Display Capture’ 58 10. Menggunakan Overlay 60 11. Memasukan ‘Live Chat’ pada ‘Overlay’ 61 11.1 Memasukan YouTube ‘Live Chat’ pada ‘Overlay’ 62 11.2 Memasukan FB ‘Live Comment’ pada ‘Overlay’ 65 12. OBS Ninja 67 13. Perkara Penting Sebelum, Semasa & Selepas ‘Live’ atau Rakaman 69 14. Aliran ‘Scene’ 70 15. Penutup 71 16. Rujukan 72


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 3 1.0 Pengenalan kepada Perisian OBS Studio Apakah maksud penstriman langsung? Teknologi penstriman langsung membolehkan anda menonton, mencipta dan berkongsi video dalam real-time seperti siaran langsung di televisyen, webinar dan FB & Youtube live. Apa yang anda perlukan ialah peranti yang boleh menyokong penstriman seperti telefon pintar, notebook, PC atau tablet serta perisian penstriman langsung.OBS ini adalah perisian favorite penstriman langsung untuk tujuan webinar, online games, mahupun online event. Perisian ini adalah percuma dan ianya ‘opensource’ untuk: i. Merakam video ii. Penstriman langsung atau live stream Mengapa penstriman langsung begitu popular? Penstriman langsung memerlukan persediaan peralatan yang bersesuaian bagi memastikan hasil siaran langsung yang lancar dan jelas. Pemilihan peralatan adalah bergantung kepada tujuan siaran dan jumlah input audio dan video yang diperlukan. Perkembangan teknologi masa kini telah membolehkan proses penstriman langsung dapat dijalankan dengan lebih mudah tanpa melibatkan kos yang tinggi.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 4 2.0 Cara install OBS Studio di Windows OBS boleh dipasang dimana-mana system operasi Windows atau sumber terbuka seperti Linux mahupun Mac. 2.1 Spesifikasi PC / Laptop Sebelum anda install OBS Studio di PC atau laptop, anda perlu mempunyai spesifikasi berikut: • Sistem Operasi: Windows 10 dan ke atas • CPU Intel : Minima Intel Core i3 (Generasi ke 5) dan ke atas • CPU AMD : Minima AMD Ryzen 5 2600 dan ke atas • GPU : Minima DirectX 10.1 compatible GPU • RAM: Minima 8GB • Internet: Minima 30Mbps melalui kabel LAN Ethernet Tidak digalakkan penggunaan WIFI untuk live walaupun kelajuan anda 100Mbps kerana pancaran gelombang boleh terganggu oleh persekitaran. 2.2 Cara download perisian OBS Studio daripada Web OBS i. Taipkan di Internet Browser alamat laman sesawang OBS ini: https://obsproject.com/ ii. Seterusnya, Klik pada butang Windows, dan perisian OBS Studio akan dimuat turun secara automatic ke fail muat turun anda. Fail yang akan dimuat turun adalah yang terkini. Rajah 1.0 Teruskan ‘Installation Setup Wizard’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 5 iii. Selesai muat turun, klik “OBS-Studio-29.0.2-Full-Installer-x64.exe” untuk memulakan proses install. Rajah 2.0 Klik Fail .exe OBS Rajah 3.0 Tekan ‘Next’ Rajah 4.0 Tekan ‘Next’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 6 Rajah 5.0 Tekan ‘Next’ untuk’ Install’ Pengguna boleh folder mana yang bersesuaian. Tekan butang ‘Next’ setelah selesai memilih. Rajah 6.0 Proses ‘install’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 7 Rajah 7.0 Proses ‘install’ tamat 4. Anda akan dapat paparan OBS Studio yang tertera menu seperti “scenes”, “sources”, “audio mixer”, “scenes transitions”, “control”. Serta Canvas dengan ukuran default 1080x1920. Rajah 8.0 Paparan ‘Canvas’ & Panel


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 8 3.0 Cara Set-up ‘Scene’ OBS Studio ‘Scene’ atau babak adalah kandungan yang terdapat didalamnya elemen seperti video, audio, imej, atau elemen interaktif untuk dipaparkan di dalam livestream. Setiap ‘scene’ boleh berbeza dari satu sama lain atau sama mengikut kreativiti pengguna dan sumber atau sources yang dimahukan. Contoh di bawah ‘Scene’ terdapat 2 source. Ini bermakna ‘scene’ ini boleh memarkan ‘Video Capture’ dari mana-mana skrin monitor. Dan ia jugak boleh memberi audio melalui ‘Audio Input Capture’. ‘Scene’ boleh mempunyai pebagai sumber. Rajah 9.0 Panel ‘Scene’ & ‘Sources’ Rajah 10.0 Paparan ‘Scene’ & 2 ‘Sources’ secara ‘default’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 9 3.1 Cara Tambah ‘Scene’ Jika anda ingin banyak babak dan bertukar-tukar babak menjadikan live stream anda nampak PRO, anda perlu tambah lagi ‘scene’ dengan menekan butang ‘+’. Rajah 11.0 Klik + untuk ‘Scene’ baharu Rajah 12.0 Ubah nama ‘Scene’ dan ‘OK’.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 10 Rajah 13.0 ‘Scene 2’ baharu tanpa sources 3.2 Memasukkan Imej pada ‘Scene’ Andai kata ‘scene’ pertama , anda mahu paparkan live stream dengan imej atau poster, anda boleh gunakan ‘Image’ pada ‘sources’ dengan menekan butang + Rajah 14.0 Pada ‘Source’, dan pilih menu ‘Image’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 11 Rajah 15.0 Ubah nama imej & ‘OK’ Rajah 16.0 ‘Browse’ untuk pilih & OK


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 12 Rajah 17.0 Imej akan memenuhi canvas Untuk nampak imej anda fit, ‘right click’ pada gambar tersebut, dan cari menu ‘Transform’, dan pilih ‘Fit to Screen’. Kebiasaan gambar tidak berat semasa live kerana fail gambar adalah tidak besar dari segi saiz jika dibangdingkan dengan video atau animasi. Gambar kebiasaannya dijadikan sebagai latar belakang untuk sesuatu acara dalam talian.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 13 3.3 Memasukkan Video pada ‘Scene’ Ada sesetengah acara, dia mahukan latar belakang yang bergerak atau animate. Jadi video atau animasi jalan mudah untuk nampak acara itu lebih hidup dan penonton tidak bosan. Andai boleh memasukkan sumber Media seperti video atau animasi kepada scene menggunakan Media Source pada bahagian source . Dalam OBS Studio ada ‘Source’ yang membolehkan anda memasukkan sumber media tersebut seperti di bawah. Rajah 18.0 Pada ‘Source’pilih menu ‘Media Source’ Rajah 19.0 Pilih sumber ‘Media Source’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 14 Anda boleh ‘Create New’ untuk sumber yang baharu. Atau boleh gunakan ‘Add Existing’ jika hendak guna semula sumber yang ada pada scene yang baharu. Rajah 20.0 Tetapkan ‘Media Source’ Disini anda boleh ‘browse’ sumber media anda dan buat tetapan yang ada seperti diatas. Jika anda inginkan video anda berulang sebagai latar belakang, tetapkan ‘loop’ untuk video tersebut. Rajah 21.0 Video ‘loop’ sebagai latar belakang


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 15 3.3 Menambah ‘Crawler Text’ Untuk menambah live streaming lebih menarik anda boleh gunakan teks yang bergerak yang akan memaparkan tajuk program atau maklumat yang penting kepada audiences. Mari kita melihat cara-cara membuat ‘text crawler’ untuk diletakkan di dalam ‘scene 2’. Rajah 22.0 Klik ‘+’ dan ‘Text (GDI+)’ Anda boleh gunakan ‘text crawler’ yang sama untuk setiap ‘scene’ dengan memilih ‘Add Exsiting’ Rajah 23.0 ‘Create new’, labelkan Text & OK


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 16 Rajah 22.0 Ubah Text Properties jenis, warna, style & kedudukan Rajah 23.0 Ubah resize & move teks tersebut


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 17 Selepas berjaya membuat ‘crawler’, pengguna perlu memastikan ‘crawler’ tersebut bergerak agar tidak statik sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggerakkan ‘crawler’. Rajah 24.0 Klik kanan pada ‘title crawler’ & ‘Filter’ Rajah 25.0 Pilih ‘scroll’ selepas klik ‘+’.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 18 Rajah 26.0 Ubah kelajuan ‘Horizontal Speed’ Untuk efek teks ini, anda boleh tetapkan ia dari kiri ke kanan atau sebaliknya secara mendatar. Atau anda boleh tetapkan secara menegak. Anda boleh juga menetapkan kelajuan teks bergerak. Jangan terlalu laju sehingga sukar untuk dibaca dan terlalu perlahan menyebabkan penonton bosan. Rajah 27.0 Teks mendatar


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 19 3.4 Menambah Visual dari Kamera pada ‘Scene’ Ini menarik, sebab ‘scene’ ini boleh memaparkan visual dari perkakasan input seperti webcam, video camera atau kamera fon. Pastikan devices telah tersambung melalui kabel USB atau seumpamanya ke PC atau anda boleh guma kamera build-in pada laptop. Rajah 28.0 Tambah ‘Video Capture Decive’ Rajah 29.0 Pilih device ‘Video Capture Decive’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 20 Rajah 30.0 Hasil ‘Video Capture Decive’ Hasil daripada kamera dan di masukkan kepada ‘Scene’ . anda boleh ubah kedudukan dan saiz. Dari segi kecerahan dan kepekaan warna, tetapkan ‘Filter’ mungkin kerana sebab pencahayaan visual kurang menarik. Baik, seterusnya anda akan letakkan ‘Mask’ dan buang latar belakang agar nampak PRO!


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 21 3.5 Menambah Mask pada Visual Input Dalam topik 3.4, anda boleh gunakan pelbagai bentuk memaparkan input visual dari kamera. Dengan menggunakan ‘mask’ anda menjimatkan ruang. Selain itu, latar belakang tidak terlalu tertutup. ‘Mask’ ada berbentuk imej atau animasi juga. Rajah 31.0 Penggunaan Mask Bulat Anda perlu tahu kawasan hitam pada ‘mask’ akan hilang dan kawasan putih akan muncul visual yang anda mahukan. Dengan penggunaan mask, membolehkan paparan visual nampak menarik bergantung kepada rekabentuk mask yang anda gunakan. Cara menetapkan pada ‘Scene’ adalah seperti berikut. Pada ‘Video capture Device’ anda perlu dapatkan’Filter’ serta pilih ‘Image Mask/Blend’ yang anda telah ada. Jika tidak anda boleh cipta sendiri atau muat turun dari sumber Internet. Rajah 32.0 Penggunaan Mask Bulat


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 22 Rajah 33.0 Pilih ‘Image Mask’ & ‘Alpha Mask Color Channel’ Dari ‘Filter’ , klik symbol ‘+’ dan kemudian pilih ‘Alpha Mask Color Channel’’ bagi membuang kawasan hitam dan memaparkan kawasan putih. Pada ‘Path’, pilih bentuk mask yang anda ada & ‘Close’. Rajah 34.0 Hasil Mask


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 23 3.6 Cara Membuang Latar Belakang Menggunakan Perisian Xsplit VCam Ini lagi menarik, kebiasaannya pengguna menggunakan kain hijau atau latar belakang hijau atau green screen . Sebenarnya ada cara mudah dengan menggunakan perisian ‘Xsplit Vcam’ yang anda perlu install pada PC atau laptop anda. ‘Xsplit Vcam’ akan meminta input dari kamera atau webcam sahaja. Pada ‘Video Capture Device’ hanya perlu ubah kepada ‘Xsplit Vcam’. Ia akan membuang latar belakang anda. Pastikan klik Xsplit Vcam untuk mengatifkan selepas anda membuka OBS. Rajah 35.0 Visual tanpa latar belakang asal & dipadankan dengan imej lain Hasilnya ‘agak’ OK sebagai permulaan. Anda jugak boleh gunakan cara kedua iaitu menggunakan greenscreen seperti cara seterusnya.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 24 3.7 Menambah Visual dari ‘Video Capture Decive’ dengan Green Screen Layar hijau biasanya digunakan untuk mengantikan latar belakang objek kepada latar belakang yang lain mengikut konsep live stream tersebut. Mungkin ada perlukan latar belakang outdoor tanpa anda perlu shoot di luar. Gunakan sahaja latar belakang outdoor dan letakkan di dalam video rakaman atau video live stream. Caranya, setelah latar hijau ada siap dibelakang anda, anda perlu tambah ‘Video Capture Decive’ pada ‘scene’ dan right click’ untuk mendapatkan ‘effect filter’ iaitu ‘Chroma Key’. Dan pastikan piih ‘Green’ serta ubah nilai untuk membuang latar belakang asal anda sehingga latar baru kelihatan seolah-oleh real. Rajah 36.0 ‘Right click’ & klik + serta Chorma Key


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 25 Rajah 37.0 Latar belakang lain dengan latar hijau Untuk latar belakang itu, anda perlu tambah ‘Image’ dalam ‘scene’. Anda juga perlu susun kedudukan semua ‘sources’ pada ‘scene’ supaya tidak terlindung di belakang. 3.8 Menambah Audio pada ‘Scene’ Untuk mendapatkan audio dari device seperti mikrofon, headset ataupun audio mixer anda perlu tambah ‘Audio Input Capture’ pada ‘scene’ yg dikehendaki. Terdapat sesetengah webcam disertakan internal mic. Namun, jika anda alatan audio yang berasingan dari webcam , anda perlu buat tetapan di bawah ini. Ada boleh guna audio sebagai input setiap ‘scene’ dan tidak perlu buat lain.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 26 Rajah 38.0 Tambah ‘Video Capture Decive’ Rajah 39.0 Pilih ‘Create new’ atau ‘Add Existing’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 27 Rajah 40.0 Pilih device input & OK Rajah 41.0 ‘Audio Mixer’ terpapar input Rajah 42.0 Klik ‘Audio Monitoring’ ubah ke ‘Monitor and Output’ Kelihatan terdapat 3 ‘acvite’ audio input, jadi anda boleh off mana-mana yang tidak perlu seperti ‘desktop audio’ atau Mic/Aux yang mungkin akan menggangu input utama ‘audio input capture’ anda. Klik ikon ‘volume’ pada ‘Audio mixer’ jika anda mahu.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 28 3.9 Menambah Count Down Timer pada ‘Scene’ Untuk paparan ‘countdown’ akan lebih menarik semasa menunggu siaran live akan bermula. Dengan ‘countdown’ ini penonton akan terasa teruja dan berada dalam keadaan standby untuk menonton. Dengan menggunakan ‘Text’ , anda akan membina jam digital dengan format 00:00:00. Jom kita lihat cara setting langkah demi langkah. Rajah 44.0 Pilih ‘Text (GDI+) Rajah 45.0 Tuliskan format jam digital


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 29 Rajah 46.0 Pilih menu ‘Tool’ & ‘Script’ Rajah 47.0 Klik + & pilih ‘coundown.lua’ Disini pastikan ‘Duration’ adalah berapa lama masa yang anda berikan untuk mula, ‘text source’ kepada ‘countdown’, dan ‘Final Text’ adalah teks yang akan keluar menandakan ‘countdown’ tamat. Anda boleh ubah kedudukan dan resize ‘countdown’ tersebut.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 30 Rajah 48.0 Countdown telah bermula Rajah 49.0 Countdown tamat


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 31 3.10 Menambah ‘Lower Third’ pada ‘Scene’ Lower Third adalah template yang berada di bawah canvas yang menjadi latar belakang teks atau gambar. Ia boleh jadi imej atau animasi seperti contoh di bawah ini. Anda boleh snting di perisian seperti Ai atau Photoshop mengikut kehendak dan selera anda. Atau anda juga boleh muat turundari laman sesawang yang menyediakan khidmat percuma. Biasanya jika imej ia akan berformat PNG. Rajah 49.0 Contoh LT berasaskan imej Rajah 50.0 Pilih ‘Browse’ untuk pilih LT


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 32 Rajah 51.0 Buang layer hijau dengan Chroma Key Pastikan anda klik kanan pada ‘image’ dan pilih filter untuk anda dapatkan ‘Chroma Key’. Disitu, anda boleh ubah tahap kecerahan dan kepekatan untuk mendapatkan tetapan paling baik. Anda juga boleh gunakan imej berformat PNG tanpa latar belakang ‘transparent’. Itu anda perlu suntin sendiri denan perisian grafik. Rajah 52.0 Buang layer hijau & resize serta kedudukanya


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 33 Sekiranya, anda mahu papar dan tutup ‘lower third’ anda boleh klik bentuk atau symbol ‘mata’. Kerana mungkin ada tidak mahu diapaprkan sepanjang live stream. Rajah 53.0 Ikon “mata’ untuk on off visual LT Untuk ‘lower third’ yang berbentuk animasi , anda boleh perisian Adobe After Effect atau seumpamanya yang mana anda boleh buat pelbagai animasi dan efek yang nampak PRO. Namun Rajah 54.0 Setiap elemen ada animasi


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 34 4.0 Menukarkan Paparan Canvas kepada Studio Mode “Studio Mode” penting semasa live streaming . Pada OBS Studio, paparan akan terbahagi kepada 2 aiaitu Preview & Program seperti Rajah 55.0 di bawah. Paparan “Program” adalah paparan yang akan kelihatan pada skrin penonton semasa live streaming. Manakala ‘Preview’ atau dibelakang tabir dimana anda dapat bersedia standby mode untuk paparan seterusnya. Maknanya, anda dapat ubah ‘scene’ tanpa mengacau paparan live streaming. Rajah 55.0 Paparan ‘Studio Mode’ Apa yang adna lihat di atas, skrin kiri adalah ‘scene 2’ yang sedang ‘preview’. Manakala ‘scene 3’ sedang live. Anda juga boleh untuk menukar ‘transition’ antara ‘scene’. Semasa ‘preview’ , anda boleh ubah ‘sources’ dari mana-mana ‘scene’ yang tidak aktif live atau jadikan ‘scene’ dalam keadaan ‘standby’.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 35 5.0 Menambah ‘Transition’ Antara ‘Scene’ ‘Transition’ atau peralihan untuk setiap ‘scene’ anda boleh tentukan pada menu ‘Scene Transition’. Ade 3 default jenis iaitu CUT, SWIPE & FADE ‘Transition’ . Perubahan jugak ada ‘Duration’ untuk kadar masa perubahan ‘scene’ ke ‘scene’. Jika anda nampak PRO, anda boleh muat turun ‘stinger transition’ yang lebih nampak power. Klik ‘Studio Mode’ Rajah 56.0 Pilihan ‘transition’ Rajah 57.0 Pilihan ‘transition’ lain perlu muat turun


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 36 6.0 ‘Live Streaming’ dari OBS Studio ke FB & YouTube Penting sebelum streaming, anda perlu tahu setting stream dan di platfrom mana anda mahu live.Pastikan juga anda ada akuan FB atau Youtube, jika mahu live stream di media ini. Sekiranya ada akaun Youtube, pastikan akaun aktif dan tidak restriction dari pihak Youtube.akibat dari isu copyright tatau strike untuk live stream. 6.1 Cara FB ‘Live Streaming’ Di dalam OBS Studio, terdapat pelbagai menu yang ada di bahagian atas OBS Studio, dan antara menu yang cukup penting ialah menu ‘Settings’. Mari melihat apa yang ada di dalam menu ‘Settings’ berikut: Rajah 58.0 File dan ‘Settings’.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 37 Rajah 59.0 Klik ‘Stream’ & Paparan Facebook Live Untuk tetapan FB, OBS Studio telah mencadangkan Video dan Audio ‘Bitrate’ serta ‘Resolution’ seperti dalam rajah di bawah. Jika anda ada tetapan sendiri, anda boleh ‘Ignore’ dan buat tetapan sendiri. Menu ‘Stream’ untuk Facebook Rajah 60.0 Setting streaming yang sesuai untuk Facebook Seterusnya, klik pada “get Stream Key’ FB anda. Ini adalah nombor unik untuk setiap akaun FB semua orang.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 38 Rajah 61.0 Klik ‘Get Stream Key’ Anda akan di bawa ke laman FB, dan anda pilih ‘Go Live’ sebelah kiri seperti rajah di bawah. Rajah 62.0 Select ‘Go Live’ Jika FB, anda boleh tentukan samada anda nak live stream di ‘akaun peribadi’ atau pages.Sekiranya anda ingin live steam di akaun page, nanti anda akan perlu switch akaun.


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 39 Rajah 63.0 Pilihan akaun peribadi & pages Anda boleh pilih di mana anda hendak ‘post’ paparan ‘live streaming’ samada dalam akaun FB peribadi, ‘Group FB’ atau ‘FB Pages’ yang anda ikut atau kepunyaan anda sendiri seperti rajah di atas. Selain itu, anda boleh buat tetapkan jadual masa dan tarikh live streaming anda akan ke udara seperti rajah di bawah. Rajah 64.0 Pilihan untuk ‘Schedule Live’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 40 Selain itu, anda boleh buat tetapan ‘privacy’ dengan klik pada ikon ‘Public’ yang ada di bahagian kiri bawah dan ianya banyak pilihan seperti Rajah 64.0 itu. Jika anda hendak ujilari ,boleh klik ‘Only me’ sahaja. Anda sahaja yang akan nampak dalam aman FB anda. Rajah 65.0 Pilihan ‘Select Audience’ Kemudian, anda bolehlah salin (copy) ‘Stream Key’ anda dan pindah (paste) ke ruang pada OBS Studio. Rajah 66.0 Salin ‘Stream Key’ dan pindah ke field ‘Stream Key’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 41 Pada bahagian ‘Details’, anda jangan lupa untuk isi tajuk dan kandungan ringkas acara ‘live streaming’. Ini penting untuk para penonton tahu tajuk dan sampai maksud anda membuat acara ‘live’ itu. Rajah 66.0 Berikan ‘Title’ untuk live stream Setelah ‘copy & paste’ , anda boleh ‘Apply’ dan mula ‘Start Streaming’ pada Menu ‘Control’ dan klik OK untuk selesaikan bahagian ini. Rajah 67.0 Klik ‘Apply’ & OK


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 42 Rajah 68.0 Klik ‘Apply’ & OK Bila ‘Start Streaming’ pada Menu ‘Control’ anda akan dapat paparan OBS seperti di bawah.Namun di FB masih menunggu anda untuk klik ‘Go Live” untuk live stream. Maknanya, anda boleh kawal on off live pada FB dan OBS. Rajah 69.0 OBS sudah mula live stream & FB belum ‘Go Live’


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 43 Rajah 70.0 Klik ‘Go Live’ untuk meneruskan LIVE Untuk memulakan acara ‘live’ , Klik ‘Go Live’ pada laman FB anda. Disini anda perlu faham OBS Studio akan bermula kemudian akan diikuti oleh FB pula. Ia terdapat delay antara paparan di OBS Studio dan FB anggaran dalam 5-10 saat. Rajah 71.0 Sedang FB LIVE secara Private


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 44 Bila ‘Start Streaming’ , anda boleh bina Poll dan pilihan jawapan untuk anda berinteraksi dengan penonton anda dan membina engagement. Rajah 72.0 Bina Poll semasa LIVE Untuk menamatkan acara ‘live’ , anda boleh ‘End’ pada FB kemudian pada OBS Studio anda pula. Acara tersebut secara auto akan tersimpan pada FB. Rajah 73.0 Sebelum ‘End’ anda boleh ‘Save’ & ‘Delete’ video live


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 45 Rajah 74.0 Video live tamat di FB Jika anda ingin totally hendak ‘End’ live , maka anda boleh ‘Stop Streaming’ di OBS. Anda boleh memeriksa video live di FB anda. Rajah 75.0 Stop Streaming’ di OBS


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 46 Untuk event , anda boleh live stream menggunakan ‘live video event’ yang mana anda boleh membuat schedule live dan reminder kepada penonton sasaran anda. Rajah 76.0 Acara ‘live’ berbentuk ‘event'


PANDUAN PEMULA OBS STUDIO UNTUK PENSTRIMAN LANGSUNG | 47 6.2 Cara YouTube ‘Live Streaming’ Untuk ‘live stream’ ke akaun Youtube dari OBS Studio, lebih kurang sama seperti FB perlu dapatkan ‘stream key’ akaun Youtube anda. Anda perlu ke panel ‘Stream’, anda tetapkan ‘Youtube-RTMPS’ dan lainnya anda tetapkan seperti rajah di bawah ini. Sebelum itu, anda perlukan sambungan OBS Studio ke akaun Youtube 2 cara samada melalui : i. Connect Account - dimana anda perlu berikan akses login ke akaun Youtube ii.Get Stream Key – Klik dan anda login selepas panel login Youtube keluar kemudian. Rajah 77.0 OBS Studio ke akaun YouTube Untuk bitrate kekal kan seperti mana yang dicadangkan oleh OBS.


Click to View FlipBook Version