The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musrom_72, 2022-04-20 12:07:47

JOM BACA

JOM BACA

Jom Baca Bersama
10 Minit 2022

Hari: Khamis
Tarikh: 21 April 2022
Masa: 11.00 - 11.10 pagi
Sasaran: Semua warga sekolah

Lembaran bacaan akan diedarkan kepada setiap kelas pada pukul 10.30 pagi.
7 TRADISI UNIK SAMBUTAN BULAN RAMADAN DI LUAR NEGARA

Ramadan bukanlah sekadar bulan yang diwajibkan ke atas orang Muslim berpuasa tetapi ia
adalah bulan suci yang berakar pada budaya, iman dan sejarah orang Islam. Di seluruh dunia,
sesetengah umat Islam menandakan kedatangan bulan kali ini dengan pelbagai tradisi meriah
yang unik di rantau mereka dan diwarisi turun-temurun.
Diraikan oleh berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, Ramadan disambut setiap tahun pada
bulan kesembilan dalam kalendar Islam. Berlangsung selama kira-kira 30 hari – bergantung
kepada penampakan anak bulan – ia menandakan bulan Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w pada tahun 610 Masihi.
Berpuasa merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan wajib bagi semua umat Islam
yang mampu dan biasanya bulan ini diimarahkan lagi dengan amalan seperti bersedekah,
tadarus Al-Quran,bersolat, berzikir dan sebagainya. Kali ini, mari lihat bagaimana sesetengah
budaya atau negara mempunyai tradisi unik tertentu bagi meraikan kedatanga bulan Ramadan.

1. Padusan (Upacara mandi) – Jawa

Di seluruh Indonesia, umat Islam melakukan ritual yang berbeza untuk 'membersihkan' diri mereka
pada hari sebelum Ramadan. Beberapa kawasan di Jawa Tengah dan Jawa Timur mengekalkan
tradisi penyucian yang dipanggil padusan (bermaksud 'mandi' dalam dialek Jawa), di mana
orang Islam Jawa merendam badan mereka dari kepala hingga ke kaki.
Amalan ini dipercayai disebarkan oleh Wali Songo, sekumpulan pendeta yang dihormati yang
merupaka pendakwah pertama menyampaikan ajaran Islam ke seluruh Jawa. Bertahun-tahun
yang lalu, ia menjadi amalan biasa bagi orang tua dan ketua agama tempatan untuk memilih
dan menetapkan mata air suci untuk padusan.

2. Midfa al iftar (Tembakan meriam) – Lebanon

Di kebanyakan negara di seluruh Timur Tengah, tembakan meriam dilepaskan setiap hari pada
bulan Ramadan untuk menandakan berakhirnya puasa pada hari itu. Tradisi ini, yang dikenali
sebagai midfa al iftar, dikatakan telah bermula di Mesir lebih 200 tahun yang lalu, ketika negara
itu ditadbir oleh pemerintah Uthmaniyyah Khosh Qadam.
Semasa menguji meriam baru pada waktu matahari terbenam, Qadam secara tidak sengaja
melepaskannya, dan bunyi yang bergema di seluruh Kaherah mendorong
orang awam untuk menganggap bahawa ini adalah cara baharu untuk menandakan
tamatnya puasa pada hari itu.
Ramai penduduk yang berterima kasih atas inovasinya dan anak perempuannya, Haja Fatma,
menggesanya untuk menjadikan upacara tembakan meriam ini sebagai tradisi masyarakat
tempatan.

3. Festival Chaand Raat – Pakistan

Penampakan anak bulan menandakan berakhirnya Ramadan dan permulaan Aidilfitri, maka
bermulalah festival Chaand Raat di Pakistan. Selepas berbuka puasa terakhir mereka, ramai
wanita dan gadis berpusu-pusu ke bazar tempatan untuk membeli gelang berwarna-warni dan
melukis tangan dan kaki mereka dengan inai.
Pekedai akan menghias gerai mereka dan terus dibuka sehingga awal pagi. Wanita tempatan
biasanya akan membuka kedai inai sementara berhampiran dengan kedai barang kemas,
supaya mereka boleh menarik pelanggan membeli-belah dan memakai inai di tempat itu.

4. Nafar untuk kejut sahur – Maghribi

Semasa Ramadan, kawasan kejiranan Maghribi dijelajahi oleh nafar - seorang tukang kejut sahur
yang memakai pakaian tradisional gandora, selipar dan topi, menandakan permulaan fajar
dengan melodinya. Dipilih oleh penduduk bandar kerana kejujuran dan empatinya, nafar
berjalan di jalan sambil meniup hon untuk membangunkan penduduk untuk sahur. Apabila muzik
nafar bergema di seluruh bandar, ia disambut dengan rasa syukur dan terima kasih.Oleh itu, dia
secara rasmi diberi pampasan oleh masyarakat pada malam terakhir Ramadan.
5. Seheriwalas (Tukang kejut sahur) – India

Seheriwalas (atau zohridaars) Delhi adalah sebahagian daripada tradisi Muslim yang telah
bertahan dan mewakili budaya dan warisan Mughal lama di bandar itu. Pada bulan Ramadan
yang mulia, para seheriwalas berjalan di jalan-jalan kota pada waktu pagi, sambil menyebut
nama Allah dan Rasul yang menjadi panggilan bangun kepada umat Islam untuk sahur.
Mereka memulakan pusingan seawal 2.30 pagi dan sering membawa kayu atau rotan untuk
mengetuk pintu dan dinding rumah. Tradisi ini semakin berkurangan namun amalan ini masih
berleluasa di bandar Old Delhi yang mempunyai kadar populasi Muslim yang tinggi.
6. Fanous (tanglung berwarna-warni) – Mesir

Setiap tahun, rakyat Mesir menyambut Ramadan dengan fanous berwarna-warni iaitu tanglung
yang melambangkan perpaduan dan kegembiraan sepanjang bulan suci. Walaupun tradisi ini
lebih kepada budaya daripada keagamaan, ia telah dikaitkan dengan bulan suci Ramadan.
Kisah tentang asal-usulnya berbeza-beza, tetapi kisah yang terkenal menyatakan kelahiran
fanous pada satu malam semasa dinasti Fatimiyah, ketika orang Mesir menyambut Khalifah Al-
Muʿizz li-Dīn Allah ketika beliau tiba di Kaherah pada hari pertama Ramadan.
Bagi menyediakan pintu masuk bercahaya untuknya, pegawai tentera mengarahkan penduduk
tempatan untuk memegang lilin di jalan-jalan yang gelap, melindungi lilin tersebut dalam bingkai
kayu untuk mengelakkannya daripada ditiup angin. Dari masa ke masa, struktur kayu ini muncul
menjadi tanglung bercorak, dan kini dipamerkan di seluruh negara.

7. Persembahan ballad – Albania

Selama berabad-abad, ahli masyarakat Islam Roma, yang berasal dari Empayar Uthmaniyyah,
telah mengumumkan permulaan dan akhir puasa dengan lagu tradisional.
Setiap hari pada bulan Ramadan, mereka akan berarak di jalanan dengan bermain lodra,
gendang buatan sendiri yang dilitupi kulit biri-biri atau kambing. Keluarga Islam selalunya akan
menjemput mereka masuk ke dalam rumah mereka untuk bermain balada tradisional bagi
meraikan permulaan berbuka puasa.


Click to View FlipBook Version