The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuurin Hidaayah, 2020-11-01 05:39:22

ESEI GKB TUGASAN 1

ALAT-ALAT CoRT 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

KEMAHIRAN BELAJAR

(GKB1053)

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NUURIN HIDAAYAH BINTI AHMAD FAUZI

ANGKA GILIRAN 2020192310139

NOMBOR KAD PENGENALAN 010928-03-1170

KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)

NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

KOD KURSUS GKB1053

NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD

TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

0

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA,

Alhamdulillah, pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi
penghargaan serta terima kasih kepada Allah S.W.T. kerana dengan segala limpah rahmat
dan kurniaan-Nya, saya telah diberikan keselamatan dan kesihatan sehingga berjaya
menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, ingin saya mengucapkan selawat dan salam ke atas
junjungan yang mulia, nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabat.

Di samping itu, saya juga ingin mendedikasikan beribu-ribu penghargaan dan terima
kasih ini khususnya kepada pensyarah saya yang saya hormati, Cik Haslinda binti Mohamad
Saad kerana dengan penuh kesabaran memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan penuh
amanah dan dedikasi.Hasil daripada tunjuk ajarnya, dapatlah sedikit sebanyak membuka
ruang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktu dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, terima kasih yang tidak terhingga juga
saya ucapkan kepada kedua ibu bapa yang saya cintai iaitu, En. Ahmad Fauzi bin Yahaya
dan Pn. Maznah binti Mamat serta sekeluarga kerana telah memberikan saya semangat dan
dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya Berjaya
menyelesaikan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan dan bimbingan yang tulus dan jitu
terhadap setiap perkara yang telah saya lakukan.Mereka membantu saya dengan dengan
menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya tujukan kepada mereka dengan
hati yang terbuka dan ikhlas. Semoga Allah membalas jasa baik mereka kepada diri saya.

Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau secara tidak lansung ketika proses pembuatan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

1

SENARAI KANDUNGAN Halaman
1
Kandungan 3
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 3
2.0 Alat-alat berfikir CoRT 1 4
4
2.1 Plus, Minus, Interesting (PMI) 5
2.2 Consider All Factors (CAF) 5
2.3 Consequence and Sequel (C&S) 6
2.4 Aims, Goals, Objective (AGO) 6-7
2.5 First Important Priority (FIP) 7
2.6 Alternatives, Possibilities, Choices (APC) 8
2.7 Other People’s Views (OPV) 9-12
3.0 Rumusan
Rujukan
Lampiran

2

1.0 PENGENALAN

Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu
ketika belajar. Selain itu, kemahiran belajar juga ditakrifkan sebagai keupayaan atau
kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul,
memproses dan merumus maklumat secara kendiri ke arah pembelajaran seumur hidup.
Sementara itu, melalui kemahiran ini para pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mengorak langkah-langkah yang
sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat pelajar yang berbagai-
bagai dan menjadi tugas guru untuk memberi penekanan kepada teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.

CoRT merupakan singkatan bagi program Cognitive Research Trust (CoRT) yang
diperkenalkan oleh Edward De Bono. Program CoRT mengandungi enam bahagian iaitu,
CoRT 1, CoRT 2, CoRT 3, CoRT 4, CoRT 5,dan CoRT 6. Masing-masing mempunyai tema
tersendiri iaitu persepsi, organisasi, interaksi, kreatif, perasaan dan tindakan. Namun , para
guru sering menggunakan CoRT 1 dalam pengajaran mereka. Terdapat tujuh teknik asas
dalam penggunaan CoRT 1 dan akan dihuraikan oleh saya pada esei kali ini. Gambar
Edward De Bono ada disertakan di lampiran iaitu gambar rajah 1.

2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1

2.1 PLUS, MINUS, INTERESTING (PMI)

Plus (Baik) bererti perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea manakala Minus
(Buruk) pula bererti perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea. dan tidak
dilupakan, Interesting (Menarik) bermaksud perkara yang tidak termasuk dalam plus
dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea. penggunaan PMI adalah bertujuan
untuk melatih pelajar berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.
Ketika sesi mengembangkan idea, pelajar mesti mengelak diri daripada beremosi.
Alat ini digunakan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi sesuatu
perbincangan yang dimulakan.

Contoh penggunaannya, guru memberikan tajuk perbincangan, kemudian
meminta pelajar untuk senaraikan semua yang baik, senaraikan semua yang buruk,
dan senaraikan semua yang menarik. Antara contoh tajuk perbincangan yang boleh
dikupas ialah komputer boleh menggantikan guru di dalam bilik darjah, kereta direka
supaya boleh terbang semasa jalan raya sesak, sains diajar di luar bilik darjah dan
lain-lain. Guru dan pelajar membuat keputusan yang terbaik berhubung tajuk yang
dibincangkan pada akhir sesi perbincangan. Gambar bagi PMI disertakan di lampiran
iaitu gambar rajah 2.

3

2.2 CONSIDER ALL FACTORS (CAF)

CAF bermaksud mengambil kira semua faktor. Penggunaan CAF adalah bertujuan
untuk melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan
lengkap dan menyeluruh. Di samping itu, hal ini demikian bagi mengelakkan mereka
daripada terlupa faktor penting bagi tajuk yang dibincangkan. Alat berfikir CAF boleh
digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan
masa akan datang.

Contoh penggunaannya ialah guru memberikan tajuk perbincangan yang
sesuai untuk pelajar mengaplikasikan CAF. Misalannya, peningkatan kadar
kemalangan jalan raya di Malaysia, pertambahan kes buli dalam kalangan pelajar
sekolah dan seangkatan dengannya. Selepas itu, guru perlu meminta pelajar untuk
menyenaraikan semua faktor yang berkaitan, pertimbangkan setiap faktor dan akhir
sekali, membuat keputusan apa yang sewajarnya dibuat selepas pertimbangan.
Gambar bagi CAF disertakan di lampiran iaitu gambar rajah 3.

2.3 CONSEQUENCE & SEQUEL (C & S)

C & S bermaksud kesan dan akibat daripada kesan. Penggunaan alat C & S adalah
bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dan meramal perkara yang akan berlaku
selepas sesuatu cadangan dilaksanakan. Natijahnya, jika alat ini dapat diaplikasikan
dalam diri pelajar, mereka akan berfikir dahulu kesan dan akibat daripada kesan
sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Contoh penggunaannya, guru memberi tajuk yang relevan kepada pelajar, antaranya
ialah belajar al-Quran dengan tulisan rumi, melakukan solat dengan meninggalkan
semua perkara sunat, menuntut ilmu tetapi tidak menghormati guru dan seumpama
dengannya. Kemudian, guru perlu meminta pelajar untuk memberikan pendapat iaitu
adakah cadangan berkenaan berjaya?, apakah risiko yang mungkin dihadapi?,
apakah kesan serta merta, jangka panjang, dan jangka pendek? ,dan apakah
cadangan berkenaan baik?. Melalui method tersebut, pelajar dapat menjangkakan
sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Gambar bagi C&S disertakan di lampiran
iaitu gambar rajah 4.

4

2.4 AIMS, GOALS, OBJECTIVES (AGO)

AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. Alat AGO digunakan bertujuan untuk
melatih pelajar berfikir agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal
supaya matlamat tercapai. Hal ini juga dapat membantu mengelakkan pelajar
menyeleweng kepada perkara yang tidak ada kaitan. Jika alat ini dapat diterapkan
dalam diri pelajar, maka ia akan menghasilkan pelajar yang berkualiti dan
berwawasan.

Contoh penggunaan AGO ialah guru mesti memberikan tajuk perbincangan
yang sesuai dengan alat CoRT ini. Contoh tajuk yang sesuai ialah apakah AGO
memilih pekerjaan dalam sektor kerajaan?, apakah AGO hidup anda? Apakah AGO
perkahwinan dalam Islam dan sebagainya. Seterusnya, guru perlu meminta pelajar
memberikan pendapat berkenaan apakah AGO rancangan?, adakah tindakan
terkeluar daripada AGO?, dan bagaimana untuk memastikan AGO dapat dicapai?.
Gambar AGO disertakan di lampiran iaitu gambar rajah 5.

2.5 FIRST, IMPORTANT, PRIORITY (FIP)

FIP bererti kepentingan utama didahulukan. Alat FIP digunakan bertujuan untuk
melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut
kepentingan atau keutamaan. Menurut Imam Hasan Al-Banna, kewajipan-kewajipan
kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya. Berdasarkan kata-kata
tokoh tersebut, kewajipan harian kita terlalu banyak, oleh itu, FIP perlu diaplikasikan
dalam kehidupan kita supaya kehidupan lebih teratur.

Contoh penggunaan FIP ialah guru memberikan tajuk yang berkait dengan
alat CoRT tersebut kepada pelajar kemudian meminta pelajar untuk memberikan
pendapat iaitu apakah perkara-perkara yang penting?, antara perkara-perkara ini
yang manakah paling penting?, dan akhir sekali, apakah prioriti yang diperlukan
tindakan segera?. Contoh tajuk perbincangan yang boleh diberikan kepada pelajar
ialah pemilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran, strategi pembelajaran
Pendidikan Islam yang paling baik, kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling
mudah dan seumpama dengannya. Gambar FIP disertakan di lampiran iaitu gambar
rajah 6.

5

2.6 ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES (APC)

Alternatives, Possibilities, Choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan) digunakan
bertujuan untuk melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara dengan
serentak. Kemudian, pelajar diminta menentukan pilihan yang terbaik. Hal ini juga
bertujuan mengelakkan pelajar daripada mempunyai pemikiran sehala sahaja.
Impaknya, dapat melahirkan pelajar yang berpandangan luas dari pelbagai sudut
pandangan, dan dapat menentukan pilihan yang terbaik daripada pilihan yang
disenaraikannya.

Contoh penggunaan bagi APC ialah guru memberi pelajar tajuk perbincangan
seperti peperiksaan berpusat dihapuskan ataupun bagaimana memilih pemimpin
sedangkan calonnya ramai. Kemudian, guru meminta pelajar memberikan pendapat
iaitu apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?, apakah
baik dan buruk cadangan tadi?, dan akhir sekali, manakah cadangan yang paling
baik?. Gambar APC disertakan di lampiran iaitu gambar rajah 7.

2.7 OTHER PEOPLE’S VIEWS (OPV)

Tujuan penggunaan Other People’s Views (Pandangan Orang Lain) adalah untuk
melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum
membuat sesuatu keputusan. Sementara itu, pelajar juga dilatih untuk mengelak
daripada membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Gambar bagi OPV
disertakan di lampiran iaitu gambar rajah 8.

Dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad SAW mendengar dan bersetuju
dengan pandangan yang dilontarkan oleh Salman al-Farisi bagi membina parit di
sekelilingi kota Madinah, walaupun Salman masih muda pada ketika itu. Hal ini
menunjukkan walaupun Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Rasul utusan
Allah, baginda masih mendengar pendapat daripada orang lain. Teladan ini
sepatutnya dicontohi supaya pemikiran kita tidak terlalu sempit dengan pandangan
diri sendiri tetapi pemikiran kita lebih berkembang dengan adanya pandangan
daripada orang lain juga.

Contoh penggunaan bagi OPV ialah guru harus memberi tajuk perbincangan
yang relevan seperti penjualan rokok wajib terus diharamkan, ibu bapa wajib
menghalang anak remajanya keluar dari rumah selepas jam 9 malam, Mat Rempit
wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandatori dan seangkatan dengannya.

6

Seterusnya, guru perlu meminta pelajar untuk memberikan pendapat dan
mempertimbangkan, apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?,
bagaimanakah orang lain memandang idea anda? dan adakah idea pelajar bernas
dan harus dijadikan tindakan?
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, penggunaan ketujuh-tujuh alat CoRT 1 yakni PMI, CAF, C&S, AGO, FIP,
APC, dan OPV dapat meluaskan persepsi pelajar dari sudut pemikiran. Oleh itu, para guru
mesti memanfaatkan kaedah pembelajaran ini supaya dapat melahirkan pelajar yang
berkualiti dari segi cara mereka berfikir dan menganalisis sesuatu maklumat. Pelajar yang
mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif merupakan harapan keluarga, masyarakat
serta negara. Jelaslah bahawa Alat CoRT 1 yakni salah satu daripada alat-alat berfikir
dalam kemahiran belajar merupakan alat yang sesuai untuk diajarkan kepada pelajar
sekolah.

7

RUJUKAN

Amirul Razali. (n.d.). 10 Wasiat as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Retrieved from
https://wahdahperkongsian.wordpress.com/10-wasiat-as-syahid-imam-hassan-al-banna/

Goh Fong. (n.d.). Alat-alat CoRT 1. Retrieved from Goh Fong Blog:
https://gohfongblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/

Mohd Fadli Ghani. (2018, Jun 1). Menggali parit Perang Khandak. Retrieved from Harakah Daily:
https://harakahdaily.net/index.php/2018/06/01/menggali-parit-perang-khandak/

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD & Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan, PhD. (2019). Kemahiran
Belajar. Puchong: Sasbadi Sdn. Bhd.

Wong Sie Leong & Lam Chang Po. (n.d.). alat-alat CoRT 1. Retrieved from
https://wsllcp.wordpress.com/alat-alat-cort-1/

8

LAMPIRAN

GAMBAR RAJAH 1
GAMBAR RAJAH 2

9

GAMBAR RAJAH 3

GAMBAR RAJAH 4
10

GAMBAR RAJAH 5

GAMBAR RAJAH 6
11

GAMBAR RAJAH 7

GAMBAR RAJAH 8
12


Click to View FlipBook Version