The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Henna Areeqa binti Raizam
4 Venus

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia maisara, 2025-03-17 09:25:20

PERIBAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 4

Nur Henna Areeqa binti Raizam
4 Venus

Buku Skrap Bahasa Melayu Tahun 4 TAJUK: PERIBAHASA NAMA MURID: NUR HENNA AREEQA BINTIRAIZAM KELAS: 4 VENUS NAMA GURU: CIK NUR AINA HUMAIRA BINTI SAMSURI : PN WAN ZALIZA BINTI WAN MAT ZIN


BIL TAJUK M/S 1 PENGHARGAAN 3 2 BIODATA DIRI 4 3 PENGENALAN PERIBAHASA 5 4 SEJARAH PERIBAHASA 6 5 JENIS - JENIS PERIBAHASA 7 - 13 6 SIMPULAN BAHASA 14 - 18 7 CERITA BERKAITAN PERIBAHASA 19 8 PENUTUP 20 SENARAI KANDUNGAN 2


3 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan buku skrap Bahasa Melayu dengan berjaya. Buku skrap ini dapat memberikan saya lebih tahu lagi makna - makna peribahasa yang sebelum ini saya tidak tahu. Saya Nur Henna Areeqa Binti Raizam ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru subjek Bahasa Melayu saya Cikgu Aina dan Cikgu Zaliza kerana telah mengajar dan memperbetulkan kesalahan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada ibu bapa saya yang menyokong dan membimbing saya semasa menyiapkan tugasan ini.Tanpa jasa baik mereka tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat tingkatkan luas pengetahuan saya dalam subjek Bahasa Melayu di masa hadapan.


NAMA NUR HENNA AREEQA BINTI RAIZAM UMUR 10 TAHUN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DATU’ HASHIM KOD SEKOLAH DBA 1089 ALAMAT PT 3132, TAMAN DESA KEMUMIN, PADANG TEMBAK, PENGKALAN CHEPA TARIKH PENTAKSIRAN 19 MAC 2025 TAJUK PERIBAHASA BIODATA DIRI 4


Peribahasa merujuk kepada ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu berbentuk berkias, berlapik atau tersirat. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan. Lahir daripada cetusan fikiran orang melayu dahulu dan digunakan dalam pertuturan harian. Peribahasa juga menggambarkan sifat, kelakuan dan keadaan. PENGENALAN PERIBAHASA 5


SEJARAH PERIBAHASA Peribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca. Peribahasa dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang menyatakan peribahasa ini berasal daripada orang Riau SSumatera. Sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca, mereka telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasa yang tersusun dengan perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihat dan petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik. Selain berfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkankeseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan pendalaman dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada ketika itu pula berfahaman animisme, yang mempercayai bahawa segala benda yang wujud mempunyai roh atau semangat. Lantas, untuk mententeramkan roh dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangat tersebut. Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi memberikan mereka ilham untuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakan jalan mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudah didengar dan diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang terkandung di dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan mereka pada zaman lampau. Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita dicipta oleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga sesebuah masyarakat. Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, ini mungkin secara kebetulan sahaja. Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itu mestilah seorang yang dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya. Orang-orang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan, mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh dipercayai. Kewibawaan mereka dari segi penuturan telah menghasilkan banyak kata-kata mutiara. Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat. la kemudiannya diubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Akhirnya, tercipta peribahasa yang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik, terindah dan berkesan. 6


JENIS - JENIS PERIBAHASA 7


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 1 Bagai kacang melupakan kulit Bagai isi dengan kuku Seperti kera mendapat bunga Bagai bulan jatuh ke riba PERUMPAMAAN Orang yang tidak mengenang budi Aliaa dianggap bagai kacang lupakan kulit. Dia sering memburukkan Siti sering membantunya dalam pelajaran. Persahabatan yang sangat erat Hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Mereka saling berhubung dan tidak pernah bertengkar. Seseorang yang tidak menghargai pemberian seseorang Laila bagai kera mendapat bunga apabila dia membuang bunga yang dihadiahkan kepadanya. Mendapat untung yang besar Pekerja Syarikat produksi bagai bulan jatuh ke riba apabila majikan mereka mengumumkan bukan gaji. 8


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 2 Melentur buluh biarlah dari rebungnya Biar lambat asal selamat Malang tidak berbau BIDALAN 9 Mendidik anak sejak kecil lagi Suami isteri mendidik anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya Melakukan sesuatu dengan sabar, jangan terburu - buru Kita dinasihati jangan melebihinhad laju kerana biar lambat asal selamat. Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya Malang tidak berbau, Uwais tidak sangka dia akan berlaku kemalangan ini.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 3 Bagaimana acuan begitulah kuihnya Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan Ditelan mati emak, diluah mati bapa PEPATAH 10 Anak menurut baka ibu bapanya @ sesuatu itu menurut asalnya Kebolehan memasak Hanan seperti ibunya kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah lagi orang yang menanggung kesusahan itu Saya berasa sedih melihat orang yang menjadi mangsa peperangan apalagi mereka yang mengalaminya kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika seseorang itu mempunyai cita - cita, dia akan berusaha mencapainya Susah memilih kerana kedua - dua pilihan sama penting Henna yakin bahawa dia akan menjadi doktor muda yang terkenal kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Encik Raizam berasa serba salah sama ada hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negeri atau tidak kerana anak bongsunya mash kecil, keadaannya seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 4 Bahasa jiwa bangsa Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan Ditelan mati emak, diluah mati bapa KATA - KATA HIKMAH Bahasa merupakan satu identiti atau lambang sesebuah negara Walaupun kita dituntut supaya mempelajari bahasa asing, namun kita seharusnya tidak melupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa jiwa bangsa. Kalau kita bersatu kita akan menjadi kuat dan akan menjadi lemah sekiranya berceraiberai. "Kegiatan pecah rumah kian berleluasa ditaman ini. Oleh itu, marilah kita bekerjasama membanteras jenayah ini Kerana bersatu teguh, bercerai roboh.” Orang yang rajin membaca ialah bangsa yang berjaya dan cemerlang. “Bangsa membaca bangsa berjaya, itulah kata-kata yang diungkapkan oleh penceramah itu yang menuntut agar kita menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan seharian,” kata Cikgu Aina. Masa sangat berharga “Kalian perlu belajar bersungguh - sungguh dan jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah kerana masa itu emas,” kata Cikgu Azliza murid - muridnya. 11


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 5 Angkuh seperti merak Cepat macam kilat Cantik seperti bidadari BANDINGAN SEMACAM menyelesaikan sesuatu tugasan atau kerja dengan pantas dan cepat. Ah Chong telah terlewat untuk ke sekolah kerana bangun lambat. Dia bersiap dengan Iaju seperti cepat macam kilat. 12 Menggangap sendiri lebih baik daripada orang lain Sikap Ramlah yang angkuh seperti merak itu tidak disenangi oleh jirannya Sangat cantik Aqil telah terpikat dengan seorang gadis yang cantik seperti bidadari itu.


SIMPULAN BAHASA 13


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 1 2 3 4 5 14 Air muka Rupa atau wajah seseorang Air muka Hakim berubah apabila mendengar berita sedih itu. Alas perut Makanan yang dimakan untuk menghilangkan rasa lapar sementara Adik hanya makan sebiji roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. Anak emas Orang yang sangat disayangi Azman merupakan anak emas dalam keluarganya kerana dia satu-satunya anak lelaki. Angkat kaki Pergi atau meninggalkan sesuatu tempat Setelah selesai bekerja, dia segera angkat kaki pulang ke rumah. Berat mulut Pendiam atau tidak banyak bercakap Aiman seorang yang berat mulut, tetapi hatinya baik.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 6 7 8 9 10 15 Buat hal Menimbulkan masalah Jangan buat hal di sekolah jika tidak mahu didenda oleh guru. Besar kepala Sombong atau tidak mahu mendengar nasihat Jangan jadi besar kepala setelah berjaya dalam pelajaran. Cari jalan Mencari penyelesaian sesuatu masalah Kami perlu cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat Ikat perut Berjimat dalam perbelanjaan Semasa belajar di universiti, Mira terpaksa ikat perut kerana ingin menyimpan wang. Jaga mulut Berhati-hati dalam percakapan Kita harus jaga mulut agar tidak menyakiti hati orang lain.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 11 12 13 14 15 16 Kaki bangku Tidak tahu bermain bola sepak Walaupun Farhan seorang kaki bangku, dia tetap menyokong pasukan bola sepak sekolahnya Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain Sejak berpindah ke sekolah baru, Rina menjadi kera sumbang kerana belum mempunyai ramai kawan. Mendapat tuah atau sesuatu yang baik berlaku Tidak mahu bertanggungjawab Pergi bercuti atau berehat Langkah kanan Lepas tangan Makan angin Alia rasa dia langkah kanan apabila diterima bekerja di syarikat terkenal. Sebagai ketua projek, kamu tidak boleh lepas tangan terhadap tugas yang diberikan. Keluarga Johan akan makan angin ke Pulau Langkawi hujung minggu ini.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 16 17 18 19 20 17 Otak cair Sangat pintar Sara seorang pelajar yang otak cair kerana selalu mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Panjang tangan Suka mencuri Orang yang panjang tangan akan dihukum jika tertangkap mencuri. Ringan tulang Rajin membantu orang lain Kakak ringan tulang membantu ibu di dapur setiap hari. Tidur mati Tidur dengan sangat lena Adik tidur mati sehingga tidak sedar bunyi petir yang kuat. Mulut murai Orang yang suka bercakap banyak Adik sangat mulut murai apabila bercerita tentang pengalaman sekolahnya.


BIL PERIBAHASA MAKSUD CONTOH AYAT 21 22 23 24 25 18 Memberi perhatian terhadap sesuatu Ambil Berat Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. Ada Hati Ada kemahuan untuk melakukan sesuatu Fatima pandai ambil hati ibu dengan bermain biola. Berat Tulang Orang yang malas bekerja Sikap berat tulang Aiman menyebabkan dia selalu dimarahi oleh bapanya. Batu Api Orang yang suka menghasut Mereka sudah berbaik - baik janganlah kamu menjadi batu api pula. Curi Tulang Malas bekerja Shiva selalu curi tulang di pejabatnya.


Amir dan Faris bersahabat baik sejak kecil. Suatu hari, sekolah mereka mengadakan pertandingan kebersihan kelas. Amir tidak dapat hadir kerana sakit, tetapi Faris tidak membiarkannya bekerja sendiri. Dia membantu mengemas, menyapu, dan menghias kelas dengan rakan lain. Apabila Amir sembuh, dia segera membantu Faris menyiapkan tugasan yang tertangguh. Guru mereka memuji semangat bekerjasama mereka. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Cikgu Aina. Amir dan Faris tersenyum, sedar bahawa persahabatan sejati adalah tentang saling membantu. CERITA BERKAITAN PERIBAHASA 19 Peribahasa: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Susah senang ditanggung bersama atau saling bekerjasama dalam menghadapi sesuatu keadaan.


20 PENUTUP Saya Nur Henna Areeqa murid 4 Avenus telah dapat menyiapkan buku skrap bertajuk Peribahasa. Kesimpulannya saya dapat mengetahui pelbagai jenis peribahasa yang ada dan cara pengunaan peribahasa dalam kehidupan saya. Melalui penggunaan peribahasa juga saya dapat membentuk ayat-ayat yang sesuai untuk membuat kiasan tentang sesuatu peristiwa. Maka dengan ini selesailah penghasilan buku skrap saya.


Click to View FlipBook Version