The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

DERAF PROPOSAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JAS HRDF, 2020-09-29 09:18:57

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

DERAF PROPOSAL

ZAFRI AQIL ENTERPRISE

SISTEM PANGKALAN DATA
PESERTA KURSUS

UNTUK JAS TRAINING & CONSULTANCY DAN
GREEN BERET TRAINING & CONSULTANCY

OLEH
BADROL HISHAM BIN ISMAIL

SEPTEMBER 2020

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar belakang ...........................................................................................1

2.0 PENYELIDIKAN
2.1 Sistem semasa ............................................................................................1
2.2 Masalah sistem semasa ...............................................................................1
2.3 Cadangan Penyelesaian Masalah .................................................................2

3.0 SISTEM CADANGAN
3.1 Penerangan ringkas mengenai sistem ..........................................................3
3.2 Objektif Projek ...........................................................................................4
3.3 Skop Projek ................................................................................................4

4.0 KEPERLUAN OLEH SYARIKAT TUAN
4.1 Spesifikasi Perkakasan ................................................................................6
4.2 Spesifikasi Perisian .....................................................................................6
4.3 Kemudahan Internet....................................................................................6

5.0 BERAPAKAH KOS YANG PERLU DIBAYAR OLEH SYARIKAT TUAN
5.1 Kos .............................................................................................................7
5.2 Berapa Lamakah Ianya Mengikat Kami ......................................................7
5.3 Penutup.......................................................................................................7

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih i
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

1.0 PENDAHULUAN

Latar Belakang
Peserta kursus adalah aset kepada sesebuah syarikat tuan yang menganjurkan kursus.

Amatlah penting maklumat peserta kursus dapat dikumpulkan dan disimpan dengan
selamat sebelum, semasa atau sesudah kursus itu dijalankan.

2.0 PENYELIDIKAN

2.1 Sistem Semasa

Menggunakan pendaftaran secara sistem WhatsApp. Bahagian latihan akan
menaip semula satu persatu maklumat yang diterima.

2.2 Masalah Sistem Semasa

Cerewet disebabkan rekod ditaip secara manual.
Memakan masa jika ramai peserta ia akan memakan masa dan tumpuan yang
lama.
Ralat akan berlaku seperti kesilapan ejaan dan sebagainya.
Pembaziran akan berlaku apabila kesilapan berlaku. Pihak tuan terpaksa menaip
untuk membetulkan ralat dan mencetak kembali. Ia bukan sahaja membazirkan
masa bahkan aset dan tumpuan.

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 1
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

2.3 Cadangan Penyelesaian Masalah

Kepentingan sistem dalam pangkalan data (DBMS) bukan sahaja sekadar
sekumpulan fail-fail bahkan sebagai satu sumber utama data yang boleh dikongsi oleh ramai
pengguna untuk pelbagai aplikasi. Nadi bagi pangkalan data ialah DBMS yang
membenarkan:

a) Penciptaan pangkalan data.
b) Penyimpanan data yang merupakan nadi bagi sesebuah sistem pangkalan

data.
c) Pengubahsuaian pangkalan data.
d) Pencapaian data dan penjanaan penghasilan laporan dalam pangkalan

data.
e) Pengemaskinian pangkalan data tersebut.

Pangkalan data yang direkabentuk dengan baik adalah lebih fleksibel kerana ia
boleh berevolusi selaras dengan perubahan kehendak pengguna dan aplikasi.

Perbandingan Teknik Pemprosesan Fail

Bil Tradisional DBMS

Maklumat hanya perlu dimasukkan
Maklumat dimasukkan banyak kali

sekali dan boleh dimanipulasi dalam
1. dalam banyak format bergantung kepada

banyak format bergantung kepada
output/format yang diperlukan.

output/format yang diperlukan.

2. Mengambil masa untuk “Gathers store” dan cepat untuk
memanipulasikan data.
memanipulasikan data.

Mengambil masa untuk menyelesaikan Senang untuk menguruskan/

3. pengiraan data yang komplek. menyelesaikan pengiraan data yang

komplek.

Perlukan banyak kemasukkan data Data dapat dipindahkan tanpa ralat.
4.

kerana banyak berlaku ralat.

Pengisian dilakukan oleh pekerja Pengisian data dilakukan sendiri oleh

5. syarikat setelah menerima whatsApp peserta kursus yang meminimakan

kemungkinan berlaku kesilapan adalah kesilapan. 010-2693709

tinggi.

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 2
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

Untuk menyelesaikan permasalahan ini kami membina sebuah pangkalan data
menggunakan Form Google.

3.0 SISTEM CADANGAN

3.1 Penerangan Ringkas Mengenai Sistem
➢ Membina fail transaksi iaitu fail yang konsisten dan mudah untuk
dimanupulasi.
➢ Data utama ialah Nombor MyKad.
➢ Penghasilan:
✓ Membina Pengkalan Data Peserta Kursus
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Pengkalan Data Peserta Kursus
✓ Membina Lampiran Arahan Tadbir Kursus.
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Lampiran Arahan Tadbir Kursus.
✓ Membina Laporan Kehadiran Harian Kursus.
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Laporan Kehadiran Harian Kursus.
✓ Membina Borang PSMB/PTSP/1/20
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/1/20
✓ Membina Borang PSMB/PTSP/1/20
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/1/20
✓ Membina Borang PSMB/PTSP/3/20
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/3/20
✓ Membina Borang PSMB/PTSP/2/20 For Part 3 For List Of Trainees
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/2/20 For Part 3 For List
Of Trainees
✓ Membina Sijil Kursus
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Sijil Kursus
✓ Membina Student Payment Voucher
✓ Print (Soft Copy-Pdf) Student Payment Voucher

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 3
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

3.2 Objektif Projek

Objektif projek adalah:
Memastikan ketepatan dan kekonsistenan data.
Memastikan bahawa semua data yang diperlukan untuk aplikasi
semasa dan akan datang.
Membenarkan pangkalan data berevolusi dan keperluan pengguna
berkembang dengan lebih efisyen.
Membenarkan pengguna membina pandangan sendiri terhadap
data tanpa perlu mengambil kira bagaimana data itu tersimpan
secara fizikal.
Untuk menyimpan data yang bukan sahaja akan menyenangkan,
memudahkan, mempercepatkan, automatik dan selamat digunakan
bahkan seiring dengan perkembangan teknologi.

3.3 Skop Projek

Skop projek adalah untuk membina fail transaksi iaitu borang online
yang mudah dikendalikan oleh peserta kursus dan syarikat tuan sebagai end
user kepada data-data tersebut.

Waktu operasi sistem ini adalah tidak terhad asalkan peserta kursus
mempuyai akses ke internet dan emel.

Fungsi-fungsi yang dibangunkan adalah seperti berikut:

FUNGSI SIMPAN MAKLUMAT

Sistem ini akan menyimpan maklumat peserta-peserta kursus.

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 4
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

FUNGSI MEMAPARKAN MAKLUMAT

Sistem ini juga akan bertindak untuk memaparkan maklumat peserta
kursus (yang tertentu) apabila diminta.

FUNGSI MENJANA LAPORAN

Syarikat kami akan mengawal sepenuhnya proses penerimaan data peserta
kursus dan melakukan proses penghasilan laporan-laporan kursus, yang akan
dijana dalam bentuk PDF dan diemelkan kepada syarikat tuan berdasarkan
permintaan seperti berikut:

1. Print (Soft Copy-Pdf) Pengkalan Data Peserta Kursus
2. Print (Soft Copy-Pdf) Lampiran Arahan Tadbir Kursus.
3. Print (Soft Copy-Pdf) Laporan Kehadiran Harian Kursus.
4. Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/1/20
5. Print (Soft Copy-Pdf) Borang PSMB/PTSP/3/20
6. Print (Soft Copy-Pdf) PSMB/PTSP/2/20

For Part 3 For List Of Trainees
7. Print (Soft Copy-Pdf) Sijil Kursus
8. Print (Soft Copy-Pdf) Student Payment Voucher
9. Lain-lain permintaan.

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 5
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

4.0 KEPERLUAN OLEH SYARIKAT TUAN

4.1 Spesifikasi Perkakasan

1. Komputer Peribadi IBM (PC atau Laptop) (Minima spesifikasi):
a. 128 Mb SdRam
b. 80 Gb Harddisk Drive
c. Monitor
d. Papan Kekunci
e. Tetikus

2. Pencetak 3in1 berwarna.
3. Pendrive 8gb ke atas.
4. Kertas Sijil.
5. Kertas A4.
6. Fail untuk rekod.(jika perlu)

4.2 Spesifikasi Perisian

1. Sistem Operasi Microsoft Windows 8.1 dan ke atas.
2. Adobe Acrobat atau Foxit PDF.
3. Microsoft Excel.
4. MS Word.
5. Google Chrome.
6. Emel.

4.3 Kemudahan Internet: 8mbps dan ke atas.

010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 6
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]

SISTEM PANGKALAN DATA PESERTA KURSUS

5.0 BERAPAKAH KOS YANG PERLU DIBAYAR OLEH SYARIKAT TUAN

Pihak kami menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang tersenarai di atas pada
kadar RM10.00 (Ringit Malaysia Sepuluh Sahaja) bagi setiap peserta yang semua dicetak
pada Bahagian 3.3, FUNGSI MENJANA LAPORAN:

Contoh jika peserta satu kursus adalah 50 orang:

50 x 10 = RM500 sahaja untuk setiap kursus.

BERAPA LAMAKAH IANYA MENGIKAT KAMI

Perjanjian akan ditandatangani bagi tempoh selama dua ( 2 ) tahun dan akan di semak pada
asas setiap enam ( 6 ) bulan setelah berlalu dua belas ( 12 ) bulan sehingga tamat tempoh
perjanjian.
Ini adalah bagi memastikan kepuasan dan kesinambungan perkhidmatan yang diberikan
memenuhi keperluan pihak tuan. Mana-mana pihak berhak menamatkan perjanjian selepas
setahun dengan memberi notis awal penamatan sebulan (30 hari) lebih awal.

PENUTUP
Kesimpulannya kertas kerja ini dirangka bagi memenuhi keperluan dan kesungguhan
pihak tuan menyediakan prasarana pangkalan data yang efisyen dan terkini.

Pihak kami juga mempunyai kefahaman yang sama dan percaya ianya dapat dijayakan
secara bersama-sama dan berhasrat dapat memenuhi keperluan tersebut.

Pihak kami berharap pembentangan cadangan ini mendapat perhatian, memenuhi
kehendak atau keperluan seterusnya mendapat persetujuan dan kelulusan dari pihak atasan
syarikat tuan.

SEKIAN, TERIMA KASIH. 010-2693709

© Zafri Aqil Enterprise (KT0454795-W), PT2881, Taman Selasih Fasa3, Kg Padang Landak, 22000 Jertih 7
Terengganu Darul Iman. Tel: 010-2693709 Emel: [email protected]


Click to View FlipBook Version