MENGENALI JATA NEGARA
KELAB SEJARAH DAN RUKUN NEGARA
AFIFA WAFA BINTI MOHD FATHI
5GAMMA
SEKOLAH KEBANGSAAN LESONG BATU, MELAKA
ISI KANDUNGAN
BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 2
2. KRONOLOGI REKABENTUK JATA 3-4
3. MAKSUD SIMBOL JATA NEGARA 5
A. MAKSUD SIMBOL 5
B. MAKSUD WARNA 6
C. MAKSUD COGAN KATA 6
4. KEPENTINGAN JATA NEGARA 7
1
1. PENGENALAN
Jata Negara adalah simbol kemegahan negara kita. Ia merupakan simbol rasmi bagi
Malaysia serta sering dipamerkan pada bangunan rasmi dan pejabat kerajaan.
Selain itu ia juga turut digunakan dalam urusan rasmi dan dokuman penting negara.
Sebagai contoh, pengguna Jata Negara dapat dilihat pada kulit muka hadapan
passport Malaysia.
2
2. KRONOLOGI REKABENTUK JATA NEGARA
Jata Negara tahun 1895
Versi asal Jata Negara yang digunakan sejak penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu lagi yang mana pada asalnya ia melibatkan 4 buah negeri sahaja iaitu
Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Jata ini diperkenalkan pada tahun
1895 dengan motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah.
Jata Negara tahun 1948
Setelah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 31 Januari 1948, Jata
Negara diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan.
Simbol mahkota juga turut diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisai pula
ditambah 5 keris dan lambang untuk negeri Pulau Pinang berbentuk Princess of
Wales feathers serta negeri Melaka berbentuk A Famosa turut ditambah. Motto
Dipelihara Allah diubah kepada Bersekutu Bertambah Mut dan ditulis dalam bahasa
melayu bertulisan jawi dan bahasa Inggeris.
3
Jata Negara tahun 1963
Selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Kerajaan
persekutuan Malaysia, sekali lagi lambang jata negara diubah mengikut keadaan
identiti semasa negara. Lambang negeri Melaka dan negeri Pulau Pinang pula
diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Jata ini diperkenalkan pada tahun
1963 dan hanya bertahan selama dua tahun.
Jata Negara tahun 1965
Selepas Singapura meninggalkan Kerajaan persekutuan Malaysia, jata negara sekali
lagi diubah dengan menggugurkan lambang Singapura. Pengguran lambang
Singapura digantikan dengan lambang bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
Jata Negara terkini
Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik.
Terdapat juga sedikit perubahan pada lambang negeri Sarawak, Pulau Pinang and
Sabah. Simbol Jata negara Malaysia ini digunakan sehingga sekarang.
4
3. MAKSUD SIMBOL JATA NEGARA
Terdapat beberapa maksud yang berada di dalam Jata Negara. Maksud-maksud
ini memberi kefahaman berkenaan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri
dari pelbagai negeri.
A. MAKSUD SIMBOL
i. LIMA BILAH KERIS : Melambangkan negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
ii. BINTANG PECAH 14 : Menandakan 14 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan
iii. BINTANG DAN ANAK BULAN : Lambang Agama Islam yang diangkat
sebagai agama rasmi Malaysia
iv. DUA EKOR HARIMAU : Simbol kegagahan, keberanian dan kekuatan
v. IMEJ POKOK MELAKA : Melambangkan Negeri Melaka
vi. JATA SARAWAK : Melambangkan Negeri Sarawak
vii. JATA SABAH : Melambangkan Negeri Sabah
viii. BUNGA RAYA : Melambangkan Bunga Kebangsaan Malaysia
ix. IMEJ POKOK PINANG DAN JAMBATAN PULAU PINANG : Melambangkan
Negeri Pulau Pinang
5
B. MAKSUD WARNA
i. WARNA KUNING PADA AWAN-AWAN : Warna Diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja
ii. MERAH, KUNING : Negeri Selangor
iii. MERAH, HITAM, KUNING : Negeri Sembilan
iv. HITAM, PUTIH : Negeri Pahang
v. HITAM, PUTIH, KUNING : Negeri Perak
C. MAKSUD COGAN KATA
i. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU :
Ditulis dengan tulisan rumi dari kiri dan tulisan jawi dari kanan.
Ia merupakan simbol bagi tulisan pertama negara, identiti bangsa dan
warisan bangsa dan budaya
6
4. KEPENTINGAN JATA NEGARA
Kemegahan
penduduk
memakin Rasmi
semangat negara
patriotik
rakyat
LAMBANG
Kedaulatan Identiti
negara sesebuah
negara
Simbol Menjadi
perpaduan kebanggaan
warga
negara
7