The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP
NAMA PESERTA : AMMAR ZHARIF BIN ZA'IM
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KOTA TINGGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04021417, 2021-04-24 19:47:14

TOKOH SEJARAH YANG DIKAGUMI

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP
NAMA PESERTA : AMMAR ZHARIF BIN ZA'IM
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KOTA TINGGI

Keywords: TOKOH SEJARAH YANG DIKAGUMI

TOKOH SEJARAH
YANG DIKAGUMI

DATO ONN JAAFAR

Pelopor kepada perjuangan kemerdekaan negara serta
Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO) yang pertama

BIODATA MURID

Nama : Ammar Zharif bin Za‟im

Kelas : 5 Jannatul Firdaus

Alamat e-mail : [email protected]

Nama dan alamat sekolah : SekolahRendah Agama Bersepadu Kota Tinggi
LorongTaib 3, Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Ta‟zim.

i

Kandungan ISI KANDUNGAN

Muka surat

Pendahuluan 2-4
Biodata 5-6
Pendidikan 7-8
Kerjaya 9-11
Sumbangan 12-13
Nilai Kepimpinan 14-15
Kesimpulan 16
Rujukan 17

1

PENDAHULUAN

DATO’ ONN JAAFAR

Dato‟ Onn Jaafar merupakan anak keempat daripada lapan orang adik-beradik yang dilahirkan di Bukit
Gambir, Johor Bahru, Johor. Beliau adalah anak Dato‟ Jaafar Hj. Muhammad yang merupakan Menteri
Besar Johor yang pertama. Ibunya, Ruqayah Hanim Abdullah berasal dari Sacrcia, Turki. Beliau
merupakan kerabat Istana dan pernah dijaga oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sebagai anak
angkat. Ketika berusia 8 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk
England bersama-sama putera Sultan Johor.

2

Pengalaman dan pengetahuan luas beliau menjalani kehidupan dan bekerja di kalangan orang Inggeris,
golongan kerabat Diraja, pegawai Jepun dan rakyat biasa memberi beliau pendedahan yang luas untuk
mengenal pasti tentang permainan psikologi penjajah.
Dato' Onn boleh diibaratkan sebagai seorang panglima yang telah ditakdirkan untuk memimpin orang
Melayu yang menghadapi saat-saat yang amat mencemaskan. Beliau tetap peneraju bangsa tulen yang telah
menyalakan obor semangat rakyat memperjuangkan hak mereka sendiri. Tiada siapa yang dapat menafikan
bahawa tanpa usaha seruan gerakan yang beliau lakukan, UMNO tidak akan wujud untuk membela nasib
orang Melayu. Beliau adalah pemangkin kepada gerakan perpaduan Melayu dan menyuntik kesedaran
bahawa kita perlu membentuk sebuah negara merdeka yang bersatu padu dan harmoni.

„Hidup Melayu‟merupakan cogan kata yang dilaungkan oleh Dato‟ Onn Jaafar. Dengan cogan kata ini,
“orang Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendak tanah air
dan bangsa ini terselamat kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya
bangsa”. Petikan daripada ucapan Dato‟ Onn Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.

Allahyarham Dato‟ Onn Jaafar merupakanYang Dipertua pertama UMNO dan telah dimartabatkan sebagai
Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO negeri
Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya menyatupadukan
penduduk negara ini termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang MalayanUnion.

3

Galeri gambar Dato‟ Onn Jaafar

Dato’ Jaafar bin Hj. Muhammad
(ayahanda Dato’ Onn)

Dato’ Onn bersama adiknya, “Sentiasa memelihara maruah
Che’ Azizah dan kesopanan Bangsa Melayu”

Pesanan Dato’ Onn

4

BIODATA TOKOH

Nama Dato‟Onn Jaafar
Tarikh lahir 12 Februari 1895
Tempat lahir Bukit Gambir, Johor
Nama bapa Dato‟ Jaafar bin Haji Muhammad
Nama ibu Hanim Rogayah

Nama isteri 1. Che‟ Rafiah binti Abdullah
2. Cik Jamilah binti Othman
Meninggal dunia 3. Datin Halimah binti Hussein
19 Januari 1962

Dato’ Onn bersama
isterinya, Datin Halimah
Hussein

5

Perkahwinan pertama

Dato' Onn dan Che‟ Rafiah binti Abdullah

Hawa Cik Salehah Rukiah
Perkahwinan kedua

Dato' Onn dan Jamilah binti Othman

Azmir

Perkahwinan ketiga

Dato' Onn dan Halimah binti Hussein

Hussein Gharib Jaafar Tahir Ruziah Nel

6

PENDIDIKAN

Pendidikan asas Dato‟ Onn bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England,
beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama
enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 Mac
1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Sekolah Melayu Aldeburg Lodge Maktab Melayu
(Johor Bahru) (England) Kuala Kangsar

7

Galeri gambar Dato’ Onn

Dato, Onn (9 tahun) ketika
menjadi pelajar di Sekolah
Aldeburg Lodge, England

Maktab Melayu Kuala Kangsar tempat Dato’ Onn menyambung
pelajaran setelah kembali dari England pada tahun 1910

8

KERJAYA

1930-1936
 Pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga
 Pengarang Warta Malaya

1936 – 1941
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

1942 – 1945
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor

1945 – 1946
Pegawai Daerah Batu Pahat

03 Januari 1946
Ketua Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor

1 – 4 Mac 1946
Pengerusi Kongres Melayu Se-Malaya

11 Mei 1946
Pengasas dan Presiden UMNO yang pertama

9

1 Jun 1947
Menteri Besar Johor

10 Januari 1949
Anggota „Communities Liasion Committee‟

31 Mac 1949
Pro-Canselor Universiti Malaya

1951
Pengerusi Rural and Industrial Development Authority

(RIDA)

26 Ogos, 1951
Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

Februari 1954
Pengasas Parti Negara

10

Galeri gambar Dato’ Onn

Presiden pertama Dato, Onn dan Hussein Onn sedang membalas
UMNO tabik hormat dari barisan PEKEMBAR

11

SUMBANGAN

Pada awal tahun 1946, Dato‟ Onn menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor, di mana beliau
telah dilantik sebagai Yang Dipertua. Dato‟ Onn telah membakar semangat orang Melayu agar bersatu
padu menentang Malayan Union.

Seterusnya, Dato‟ Onn telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti
politik seluruh Tanah Melayu . Parti yang diberi nama UMNO ditubuhkan dengan tujuan untuk
menentang Malayan Union. Datuk Onn telah dilantik sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. UMNO
Berjaya menyatukan orang Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. UMNO telah membuka
minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan jati diri orang Melayu. Dalam
tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai
Menteri Besar Johor.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan sebagi Menteri Besar untuk
menumpukan sepenuh masa kepada UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang
penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah
Melayu.

12

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah
dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Sewaktu di dalam kabinet
kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perusahaan dan Kemajuan
Kampung (RIDA). RIDA adalah sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi
orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap
kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain „Biasiswa UMNO‟ sewaktu beliau dalam
parti ini.

Rajah di bawah menunjukkan ringkasan sumbangan Dato‟ Onn

Yang Dipertua
Persatuan
Melayu

Semenanjung
Johor

Mewujudkan Yang
‘Biasiswa Di Pertua
UMNO’ UMNO

Sumbangan
Dato' Onn

Pengerusi Menteri
RIDA Besar Johor

Menteri Menubuhkan
Hal Ehwal Persekutuan

Dalam Tanah
Negeri Melayu

13

NILAI KEPIMPINAN

“Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak
mendirikan negara merdeka di dalam Malaya ini, maka saya

berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada
pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau

kebangsaan itu dan jangan semata-mata menghadapkan
pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata,
iaitu hidup hanyalah di bawah tempurungnya sendiri dengan tidak

menghiraukan iaitu ada lain-lain tempurung yang terletak di
sebelahnya”

Ucapan terakhir Dato’ Onn yang perlu dijadikan sebagai
Ucapan terakhir Dato‟ Onn dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO

pegangan dan panduan kepada semua pemimpin masa kini.
pada 1951

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri.
Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO
dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan
keupayaan intelektual yang tinggi. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan
kebolehan bahasa yang menakjubkan.

14

Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud
untuk memegang teraju pimpinan orang-orang Melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti
kemudian.

Tidak Ikhlas dan
menjatuhkan Sabar
Perdana Menteri
Tidak mengaruk
(mengamuk)

Tidak pernah Kepimpinan Tidak
meminta rakyat Dato' Onn meruntuhkan

menjatuhkan kerajaan
pemimpin

Tidak Tidak
menghasut memburuk-
sesiapa untuk burukkan parti
menentang parti
dan
pemimpinnya

Ciri Kepimpinan Dato’ Onn yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang

15

KESIMPULAN

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato‟ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu
pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat
Malaysia dan dijadikan sebagai pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia
sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri dan
dipimpin oleh bangsa sendiri.
Allahyarham Dato‟ Onn bukan sahaja teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi
beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.Laungan perjuangan
“Hidup Melayu” yang dicetuskannya berpuluh tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan
isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan
hak-hak istimewa orang Melayu.
Dato‟ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Beliau adalah seorang tokoh politik, pentadbiran,
ekonomidan sosial yang menonjol sebelum merdeka. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada
orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.

16

RUJUKAN

Malaya Post (2020). Allahyarham Dato’ Sir Onn Jaafar, Pelopor Perjuangan Kemerdekaan Malaysia.
Dimuat turun dari https://www.the malaya post.my/allahyarham-dato-sir-onn-jaafar-pelopor-
perjuangan-kemerdekaan/pada 17 April 2021.
UMNO ONLINE . Dato’ Onn Jaafar. Dimuat turun dari https://umno-
online.my/presiden/onnjaafar/pada 17 April 2021.
Unknown (2014). Sumbangan Tokoh Pelbagai Kaum Dari Aspek Ekonomi dan Sosial Terhadap
Masyarakat-Sumbangan Dato’ Onn Jaafar. Dimuat turun dari
http://jiaweichui.blogspot.com/2014/09/sumbangan-dato onn-jaafar.html pada 19 April 2021.

Wikipedia (2021). Onn Jaafar. Dimuat turun dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafarpada 17
April 2021.

17


Click to View FlipBook Version