SHARIF MOHD SYAFIQ Antara amalan berhemah tinggi yang didasari dengan akhlak yang perlu diamalkan dalam individu ialah berkata benar atau jujur.
BIN SH SHUIB Kebenaran merupakan sifat yang mengandungi seribu kebaikan ketika ditegakkan dan menawarkan seribu kemudaratan jika dinafikan.
Kata-kata yang benar mampu menjaga keharmonian masyarakat dan menjaga keselamatan negara. Tanpa kehadiran unsur kebenaran
AMALAN dalam percakapan, banyak implikasi negatif yang bakal terhasil seperti rasuah, pecah amanah dan penipuan fakta. Perlakuan buruk ini
BERHEMAH
mampu meberi ancaman buat keamanan serta keselamatan negara kita yang tercinta. Walaupun kebenaran sering hadir dalam
NEGARA kepahitan lisan berbicara, namun hasil kepahitan itu bakal menjadi manis jika diterima dengan baik serta rasional oleh pendengar serta
SELAMAT khalayak. Bayangkan jika sesebuah negara bebas daripada rasuah, bebas daripada pecah amanah tentunya kesejahteraaan yang bakal
dikecapi oleh rakyat dapat diluaskan dan menuju kemajuan buat negara itu sendiri.
Selain itu, menjaga tutur kata daripada carutan, makian serta umpatan merupakan amalan yang amat berhemah tinggi. Memelihara
lidah daripada perkara keji, mungkin kelihatan mudah bagi ramai penutur. Namun adakah tanggapan itu masih berada pada tahap yang
sama apabila amarah menguasai jiwa. Pertuturan yang buruk akan mengakibatkan huru-hara dan kucar-kacir menjadi satu suasana
dalam masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, perkataan yang keji tersebut dapat membangkitkan pergaduhan serta dendam
dalam diri individu. Umpatan binasa pula memutuskan kasih sayang yang telah lama dibina. Tambahan pula, keselamatan negara juga
akan tergugat angkara kekacauan yang berlaku di antara rakyatnya. Kemarahan lidah dalam berbicara akan meninggalkan kesan yang
pedih bagi telinga pendengar. Kepedihan itu, jika tidak dikawal dengan rasional dan iman akan membawa kepada kebinasaan hatta
pembunuhan kerana telah menjadi satu dendam. Justeru, lidah insan memerlukan latihan yang berterusan dalam mencapai kebiasaan
bagi menuturkan perkara murni dan mejaganya daripada perkara keji. Penjagaan ini sememangnya memerlukan masa untuk dibina.
Namun, manfaat yang bakal diterima oleh individu serta negara, kekal sepanjang masa.
Akhir sekali,amalan berhemah tinggi yang perlu diamalkan oleh setiap individu ialah sikap menghormati orang lain. Sikap menghormati
ini didasari dengan sifat malu dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana sifat malu mampu menjadikan insan hormat dan menjaga
kelakuan serta perkataannya daripada menyakiti diri individu yang lain. Selain itu, sikap menghormati juga akan menjaga hak sesama
insan. Jika sikap hormat dan malu ini tiada dalam kehidupan masyarakat, tidak ada janji yang akan ditunaikan, tidak ada amanah yang
akan dipelihara dan tidak ada manusia yang meninggalkan kejahatan dan meneruskan kebaikan. Setiap implikasi ini akan menjadikan
keadaan negara tidak harmonis dan bahaya untuk didiami oleh maysarakat. Jika hilang rasa hormat, tidak mustahil negara kita akan
menjadi kacau bilau dengan pergaduhan di sana sini. Oleh itu, bagi mengelakkan suasana seperti ini berlaku, sikap menghormati sesama
insan harus diterapkan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam menunjukkan teladan
yang baik kepada generasi muda mengengai sikap hormat-menghormati. Moga usaha bagi menyemai budi pekerti dalam diri generasi
muda kini akan menyajikan hasilnya kelak pada kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara