Karl Mark Max Weber Pitirim A. Serokin
Stratifikasi sosial cenderung kepada kedudukan dan pemerintahan yang melibatkan dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan diperintah. Hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah adalah berdasarkan konsep timbal balik. Golongan pemerintah menyediakan keamanan dan keselamatan. Golongan diperintah memberi ketaatan dan kesetiaan kepada golongan yang memerintah. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan bukan semua lapisan masyarakat terlibat dalam proses politik. Hanya golongan atasan sahaja yang memiliki hak untuk membentuk sebuah kerajaan, melantik sultan dan membuat keputusan untuk kebaikan institusi pemerintahan.
Stratifikasi sosial cenderung kepada institusi ekonomi. Stratifikasi sosial membentuk dua golongan masyarakat iaitu golongan berkuasa (tuan tanah/pelabur modal) yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pengawalan terhadap pengeluaran. Golongan yang kedua adalah golongan pekerja yang dirujuk sebagai golongan yang tidak berkuasa. Kedudukan ekonomi inilah yang menentukan struktur lapisan masyarakat dalam ilmu sosiologi.
Stratifikasi sosial cenderung kepada kedudukan dalam sistem sosial. Setiap golongan masyarakat akan termaktub dalam suatu sistem sosial tertentu ke dalam sesebuah lapisan hierarki menurut dimensi kekuasaan, hak istimewa dan prestij. Hal ini akan membentuk pengelompokkan individu-individu berdasarkan kelas istimewa (privilese), status sosial (prestise), dan kelas kekuasaan. Masyarakat sering dibanding-bandingkan dari segi kehormatan kerana mempunyai taraf ekonomi atau memperoleh hak-hak istimewa.
Stratifikasi sosial cenderung kepada pengelasan masyarakat untuk menepati posisi kelas sosial yang lebih tinggi atau lebih rendah atau dapat dikatakan tidak setara (unequal) Tiga bentuk stratifikasi sosial - Stratifikasi berdasarkan ekonomi - Stratifikasi berdasarkan politik - Stratifikasi berdasarkan pekerjaan