The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suziliana.jamaludin, 2018-12-28 00:45:53

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

E-BOOK PROSPEKTUS 2019

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
1

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya
saya berpeluang mengabadikan SEKAPUR SIRIH di dalam
PROSPEKTUS Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung
tahun 2019.

Semangat permuafakatan dan musyawarah warga
SMK Pelindung, hendaklah disemarakkan lagi dengan
pelbagai rancangan, strategi dan pelaksanaan program
pendidikan yang lain. Guru-guru dan ibu bapa harus
berganding bahu memberi didikan sebaik mungkin kepada pelajar agar matlamat
untuk mewujudkan negara Malaysia yang mampu bersaing dengan negara maju yang
lain menjadi kenyataan.

Kemajuan dalam bidang pendidikan kini, diwarnai dengan pelbagai cabaran
baharu. Untuk menghadapinya warga pendidik perlu bergerak selaras dengan agenda
perubahan. Oleh hal yang demikian, warga pendidik perlu bersama-sama untuk
mentranformasikan bidang pendidikan dengan inovasi-inovasi baharu supaya Pelan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat direalisasikan.

Justeru, untuk melahirkan modal insan yang mempunyai daya intelek yang tinggi
dan sahsiah terpuji memerlukan komitmen daripada semua warga pendidik. Modal
insan ini perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan daya kreativiti yang
tinggi untuk menghadapi perkembangan globalisasi dan dapat bersaing dengan
negara-negara maju yang lain. Tuntasnya, warga pendidik merupakan agen pelaksana
yang amat penting untuk mencapai aspirasi negara dalam bidang pendidikan.

Saya mendoakan seluruh warga SMK Pelindung dapat melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dan semakin bergemerlapan mencipta pelbagai
bentuk kejayaan serta melahirkan murid cemerlang yang dapat menjadi agen dinamik
perubahan suatu hari nanti. Saya juga amat berharap , setiap guru dan anggota
kumpulan pelaksana akan bersikap terbuka dan optimis menerima cabaran-cabaran
dalam sistem pendidikan Negara dan membuktikan bahawa kita mampu bangun dan
melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan negara.

Marilah sama-sama kita mempraktikkan dan menjadikan budaya bekerja satu
pasukan dan berkolaboratif dalam semua peringkat selaras dengan slogan
“SPELL !! Saya Insan Cemerlang Buat Tanpa Tapi , Lakukan Tanpa Nanti”.

Sama-samalah kita berusaha melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang
dalam akademik, kokurikulum tetapi juga sahsiah dengan memegang prinsip bahawa
semua murid boleh belajar, diajar dan mencapai kemajuan. Usaha ini sekali gus
menjayakan visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Akhir kata, “Selamat Bertugas dengan Penuh Komitmen , Ikhlas dan Dedikasi”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MOHD NASRI BIN MAT AKHIR
Pengetua Cemerlang SMK Pelindung

2

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

PROFIL GURU

Nama MAKLUMAT
Nombor Kad Pengenalan
Tarikh Lahir : …………………………………………………..
Email : …………………………………………………..
Nombor Surat Beranak : …………………………………………………..
Jawatan : …………………………………………………..
Nombor Cukai Pendapatan : …………………………………………………..
Nombor KWSP : …………………………………………………..
Nombor Passport (Antarabangsa) : …………………………………………………..
Alamat Tetap : …………………………………………………..
: …………………………………………………..
Telefon (R/HP) : …………………………………………………..
…………………………………………………..
: …………………………………………………..

PERKHIDMATAN

Tarikh Mula Berkhidmat : …………………………………………………..
Tarikh Sah Lantikan : …………………………………………………..
Tarikh Lapor Diri di Sekolah Semasa : …………………………………………………..
Tarikh Masuk Pencen : …………………………………………………..
Tarikh DG44 : …………………………………………………..
Tarikh DG48/DG52 : …………………………………………………..
Nombor Gaji : …………………………………………………..
Nombor Fail JPN : …………………………………………………..
Nombor SPP : …………………………………………………..
Tarikh Kenaikan Gaji : …………………………………………………..

Akademik/Tarikh KELAYAKAN
Ikhtisas/Tarikh
: …………………………………………………..
: …………………………………………………..

3

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELINDUNG

26100 KUANTAN Kod Sekolah : CEA4094

PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5608026

Faks : 09-5608028

________________________________________________________________________________________

Ruj Kami : CEA4094.700-4/1( )

Tarikh : 26 Disember 2018

....................................................

SMK Pelindung

Kuantan

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI AJK DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Perancang Sekolah telah bersetuju melantik
tuan/puan sebagai Ahli Jawatankuasa dalam Pengurusan Pentadbiran seperti yang tertera
dalam Prospektus 2019 SMK Pelindung , Kuantan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019
sehingga 31 Disember 2019 mengikut perubahan semasa dan keperluan.

Bil Kod Tugas Jawatan

** Kod 01(Pentadbiran) / Kod 02 (Kurikulum) / Kod 03 (Hal Ehwal Murid) / Kod 04 (Kokurikulum)

3. Semoga tuan/puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Surat pelantikan
ini sah sehingga tarikh yang disebut seperti di atas sahaja.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD NASRI BIN MAT AKHIR

Pengetua Cemerlang SMK Pelindung

4

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

IKRAR

NAMA : _____________________________________________

NO. K/P : _____________________________________________

OPSYEN : ________________________________________

Bahawasanya saya, berikrar akan;

1. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas utama saya iaitu dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.

2. Memberikan kerjasama sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi sekolah

dalam semua aspek iaitu:-

2.1 Peningkatan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti.

2.2 Peningkatan sahsiah murid keseluruhannya.

2.3 Peningkatan tahap keceriaan sekolah.

2.4 Peningkatan prestasi kokurikulum.

2.5 Peningkatan tahap keselamatan sekolah

2.6 Strategi mengurangkan masalah disiplin dan ponteng sekolah.

2.7 Sentiasa menepati waktu Pengajaran dan Pembelajaran

2.8 Memartabatkan nama sekolah di persada negara.

3. Memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas lain yang diberi dengan penuh rasa

tanggungjawab.

Sekian,

Tandatangan Guru : ……………………… Tarikh : ………………………

Nama …………………………………………………………………………

5

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaan yang akan menggunakan Sains dan Teknologi moden.
MAKA KAMI rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,

KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

6

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN

 Perpaduan
 Stail Pengurusan Dan Kepimpinan
 Perkhidmatan Penyayang
 Empowerment
 Sistem Pengurusan
 Budaya Ilmu
 Sekolah Penyayang
 Budaya Cemerlang
 Ketiadaan Kegagalan

7

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

8

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

MISI

ELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI

INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA

9

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Objektif dan Pendekatan Kajian Semula
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang
mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian.
Pelan Pembangunan pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu :
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan

memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti) , merapatkan jurang pencapaian (ekuiti) , mengukuhkan perpaduan
dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap
murid bagi 13 tahun akan datang ; dan
3. Menggariskan program transformasi sistem pendidkan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan masyarakat yang meningkat,menyemarak serta menyokong
keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.

10

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN
DAN MURID DI MALAYSIA

Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia

Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang
tahun 2020

Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun

Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar, sosio ekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian

Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut peruntukan sedia ada

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang
ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah,
guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan
generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan
murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen,
iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan
Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam
Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta
semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan
kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

11

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk
memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini
amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi
membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan
dalam literasi dan numerasi juga membolehkan murid memupuk nilai diri untuk
kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu
digalakkan untuk menguasai bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam
bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran
bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku
pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka
terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang
ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan
melibatkan empat unsur iaitu;

 Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburan dari sumber sendiri.

 Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.

 Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan
orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.

 Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara
lisan dan bertulis dengan jelas.

Sekolah perlu memastikan persekitaran dan iklimnya menyokong kepada
pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah,
mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid-
murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahan seperti
bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa
Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-
murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya
menyumbang kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

12

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat
berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian
melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan
kepada satu set prinsip, iaitu;

 Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang
tinggi.

 Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul.

 Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak
untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti
nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional,
berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dan sentiasa mengutamakan
perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme
dalam kalangan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosio ekonomi atau
tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbangga sebagai anak Malaysia,
memahami dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk
hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RM Ke-10, negara kita berusaha
untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara
berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat,
khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain seperti
tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global negara kita
memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang
berdaya saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem
pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi
dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri
daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap
murid.

13

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu;
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasi ini muncul daripada
laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih
relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP
(2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan
tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat
akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum
atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan
enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah
menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi
memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum
iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan
Moral pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang
lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat
universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang
berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam memastikan setiap sekolah
memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan
negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah
standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir
aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga
teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study)
dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah
diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara
serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses
pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

14

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada
tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar
belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya
jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai
latar belakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama
terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah
mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program Kawalan yang
terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid
dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam
kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang
lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan
yang kuat mempunyai kaitan yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang
selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa
mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk
pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam
kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan
menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu
dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah
pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi
bajet tahunan telah memperuntukkan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan
(16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah
untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk
setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan
menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang
maksimum.

15

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK
MENTRANSFORMASIKAN

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

ANJAKAN 1 MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA
ANJAKAN 2 PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF
ANJAKAN 3 ANTARABANGSA
ANJAKAN 4
ANJAKAN 5 MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM
ANJAKAN 6 BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS
ANJAKAN 7
ANJAKAN 8 MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN
ANJAKAN 9 PENGHAYATAN NILAI
ANJAKAN 10
ANJAKAN11 TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION
PILIHAN

MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI
TEMPATKAN SETIAP SEKOLAH

MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK
MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS
BERASASKAN KEPERLUAN

MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI
PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN
KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN
SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI
SETIAP RINGGIT

MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI
AWAM SECARA LANGSUNG

16

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

URUTAN ANJAKAN TRANFORMASI

Transformasi yang dihasratkan adalah luas dan rencam. Oleh itu, banyak inisiatif yang
telah dibangunkan merupakan sebahagiaan daripada transformasi yang akan
dilaksanakan.

Setiap inisiatif adalah penting dan sangat bermakna, dan inisiatif ini penting untuk
diselaraskan dengan teliti supaya sistem pendidikan dapat melaksanakan dengan baik
dan berkesan.

Sudah menjadi kelaziman, kejayaan sesuatu tranformasi yang dijalankan oleh sektor
awam dan swasta adalah dengan meletakkan keutamaan dalam beberapa bidang
yang perlu ditambah baik.

Keutamaan yang ditetapkan adalah ditentukan oleh dua faktor, iaitu pencapaian
semasa pada permulaan transformasi dan bukti antarabangsa tentang faktor penting
membawa kepada keberhasilan murid.

Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan
Negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam
tiga gelombang.

Tranformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun

 GELOMBANG 1 ( 2013 – 2015 )
Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi
fokus kepada kemahiran utama
 Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru
khususnya dalam mata pelajaran teras seperti Matematik, Sains, BM dan
BI
 Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu
 Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah
Band 5, 6, & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin
sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan sekolah
 Merombak soalan peperiksaan dengan tumpuan kepada peningkatan
soalan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
 Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah
dengan penyediaan bantuan pemulihan kepada murid lemah dalam BM
dan BI
 Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT
dalam pembelajaran harian
 Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukan kepada sekolah
berprestasi rendah termasuk kepada murid dengan keperluan khusus
melonjakkan peningkatan sekolah
 Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta
menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik untuk
meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah
 Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui
peningkatan kolaborasi dengan sektor swasta

17

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

 Mentransformasi kementerian bermula dengan meletakkan
pemimpin terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi meningkatkan
prestasi sistem penyampaian KPM

 GELOMBANG 2 ( 2016 – 2020 )
Memacu peningkatan sistem
 Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi
menambah pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran,
kepimpinan, etika/kerohanian dan identity nasional
 Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta
menambah baik latihan pra-perkhidmatan untuk memugarkan
profesion keguruan
 Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan
kurikulum baharu peringkat menengah bagi meningkatkan standard
kandungan dan pembelajaran standing dengan standard antarabangsa
 Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan
untuk immersion BI dan mengukuhkan penyediaan pendidikan
bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
 Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang
guru untuk dan sekolah kurang murid untuk menangani isu kapasiti
 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus
seperti Orang Asli dan kumpulan minority lain, pintar cerdas dan
berkeperluan khas
 Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian
pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta
 Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan
Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kebolehan dan
keupayaan pelaksanaan

 GELOMBANG 3 ( 2021 – 2025 )
Menganjak kearah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir
– urus kendiri
 Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi
dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum dan peruntukkan
belanjawan bagi sekolah layak
 Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing
rakan sejawat iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing,
berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan sejawat mempunyai
kebertanggungjawaban memenuhi standard profesionalisme
 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran
berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
menyediakan lebih pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan
 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus di seluruh Negara untuk meningkatkan standard
pembelajaran
 Mengukuhkan dan mentransformasi Kementerian melalui
pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada peringkat
Kementerian
 Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi
mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan

18

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
KEBERHASILAN UTAMA

 100% literasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran
numerasi selepas 3 tahun persekolahan : sasaran untuk BI akan
ditentukan selepas garis asas diperoleh

 92% prasekolah, 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen menengah
rendah

 Pengurangan 25% jurang Bandar dan luar Bandar
 Prestasi Malaysia pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS dan

PISA seterusnya
 100% enrolmen prasekolah hingga menengah rendah, 90% enrolmen

menengah atas
 50% pengurangan jurang Bandar / luar Bandar, 25% pengurangan

jurang sosio ekonomi dan jantina
 Pencapaian Malaysia pada kedudukan Negara sepertiga teratas dalam

TIMSS dan PISA
 Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen
 Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar Bandar, 50%

pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina

19

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

PEMBELAJARAN ABAD ke-21

2010

20

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
21

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
22

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
23

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

Panduan panitia MATAPELAJARAN

24

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
25

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

GARIS PANDUAN KOMPONEN PENILAIAN KEBERHASILAN

26

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

KAEDAH PENULISAN KEBERHASILAN

27

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

Penyataan sasaran keberhasilan mesti berdasarkan definisi penilaian iaitu hasil kerja utama PYD yang
boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi. Penulisan penyataan sasaran
keberhasilan tidak melibatkan kerja rutin yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan.

28

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH BORANG KEBERHASILAN

Setiap PYD mesti mencatat minimum lima (5) sasaran dan dicadangkan sasaran
maksimum sebanyak dua puluh (20) sasaran.

Sasaran : Memastikan 20 daripada 30 murid tingkatan 2 Berlian mendapat gred A
dalam mata pelajaran Sains pada peperiksaan akhir tahun.

Pencapaian Sebenar : Seramai 22 daripada 30 orang murid telah mendapat keputusan A

Cadangan markah 22 murid x 100 = 110 %
20 murid

 Hasil perbincangan PYD dan PP1 bersetuju untuk menetapkan markah 100 bagi sasaran ini.
 Sasaran ini layak mendapat melebihi sasaran.

 Tahap Keberhasilan dan Julat Markah untuk Skor :

TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH SKOR
CEMERLANG 76-100 4
BAIK 51-75 3
SEDERHANA 26-50 2
LEMAH 0-25 1

29

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIDANG No SASARAN KEBERHASILAN

Memastikan 100% murid yang gagal mencapai
1 pencapaian akademik diberi khidmat bimbingan

kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok

Perkhidmatan Bimbingan Dan Memastikan 98% murid yang mempunyai rekod disiplin
Kaunseling 2 mendapat khidmat bimbingan kaunseling sama ada

secara individu atau berkelompok

3 Memastikan 100% murid mendapat pendedahan tentang
pendidikan pencegahan dadah.

Memastikan 40% murid Tahap 2 berupaya

4 membentangan poster kerjaya melalui pertandingan bagi
mencungkil bakat dan kefahaman murid tentang kerjaya

Pembangunan Diri Dan di peringkat sekolah.
Perkembangan Sahsiah Murid
Memastikan 5 daripada 25 murid yang menyertai Kursus
5 Asas Pembimbing Rakan Sebaya peringkat daerah

mendapat lencana PRS.

Memastikan 80% daripada murid yang mengikuti
6 Program Sifar Ponteng dapat mengurangkan 50% jumlah

hari pontengnya.

Memastikan 50% murid yang mengikuti Kem Jati Diri
7 Tahun 6 dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan

percubaan UPSR.

Mencapai 90% murid yang mengikuti program motivasi

8 “Sayangi Diriku” dapat dibimbing dan diberi dorongan
untuk berubah menjadi murid yang lebih baik dari segi

sikap dan tingkahlaku.

Mencapai peningkatan peratus kehadiran tahunan murid
9 daripada 75% kepada 80% melalui program Jom Ke

Sekolah

30

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kerjaya Memastikan 100% murid Tingkatan 5 mendapat
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental 10 pendedahan tentang maklumat kerjaya selepas SPM

melalui program-program yang dianjurkan.

Memastikan 60% murid yang mengikuti Program
11 Transisi Tahun 1 dapat menyesuaikan diri murid dengan

alam persekolahan.

Memastikan 100% murid mendapat pendedahan input
12 kemahiran-kemahiran sosial melalui program

bimbingan yang dilaksanakan.

Memastikan 80% murid yang mengikuti Program “Aku
13 Janji SPM” mendapat sekurang kurangnya 4A 2B pada

Peperiksaan SPM 2017.

Memastikan 90% murid Tingkatan 3, 4 dan 5 menguasai
14 teknik kemahiran belajar melalui program yang

dianjurkan.

15 Mencapai 90% penyertaan ibu bapa bagi Program
Pemuafakatan Ibu bapa Tingkatan 5.

16 Mencapai pengurangan 2 daripada 8 kes murid
merokok melalui Kempen “Tak Nak Merokok”

31

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN

GURU AKADEMIK No SASARAN KEBERHASILAN

BIDANG Memastikan 7 daripada 23 murid 4 Bestari 2 mendapat
1 gred B dalam mata pelajaran matematik pada
Pdp
peperiksaan akhir tahun
Memastikan 20 daripada 23 murid 4 Bestari 2 lulus
2 dalam mata pelajaran matematik pada peperiksaan
akhir tahun
Memastikan 4 daripada 11 murid lelaki 1 Ibnu Zahar
3 mendapat Band 4 dalam PBS Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
Memastikan 100% murid tingkatan 5 Ar-Razi
4 menghantar kerja kursus ICT yang lengkap pada bulan
Julai

5 Memastikan 17 daripada 34 murid 5 As-sufi dapat
melukis graf kuadratik dengan tepat

6 Memastikan 10/15 murid LINUS B.Melayu tingkatan 1
dapat membaca dengan lancar.

7 Memastikan 10/15 murid LINUS B.Melayu tingkatan 2
dapat menulis dengan betul

8 Memastikan 10/15 murid LINUS Numerasi tingkatan 3
dapat mengira dengan betul

9 Mencapai pengurangan 10% kes kesalahan berat murid
berbanding tahun 2016

SU Disiplin

10 Mencapai 95% purata kehadiran tahunan murid
tingkatan 1KRK ke sekolah.

11 Mencapai tempat ke-3 dalam kejohanan bola tampar
lelaki di peringkat MSSD Pengerang

Sukan Kecemerlangan

Memastikan 6 daripada 12 pemain bola tampar sekolah
12 dapat mewakili Daerah Pengerang ke Pertandingan Bola

Tampar MSS Negeri Johor

32

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN

GURU AKADEMIK Memastikan atlet mendapat 5 pingat perak dalam acara
13 lompat jauh dalam Kejohanan Balapan dan Padang
Jurulatih Olahraga Sekolah
Daerah Pengerang
Guru Kadet Polis
Memastikan Pasukan Kawad Kaki Kadet Polis (Lelaki)
14 mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan kawad kaki

peringkat sekolah

15 Mencapai 90% purata tahunan ahli kadet polis memakai
uniform lengkap pada setiap hari rabu.

Guru Rumah Sukan 16 Memastikan rumah sukan Syahbandar mendapat 10
pingat perak dalam kejohanan Sukan Sekolah.

17 Mencapai 65% purata murid menggunakan terhadap
Frog VLE sepanjang tahun

18 Mencapai pengurangan 10% bilangan komputer yang
rosak berbanding tahun 2016

Guru Penyelaras Bestari Mencapai 60% tahap kefahaman guru tentang ICT
19 melalui bengkel ICT yang dilaksanakan kepada guru-
JK Kecemerlangan Akademik
JK Pelaksana Kelas Abad ke 21 guru cicir ICT.

Memastikan semua maklumat dalam laman web
20 sekolah dikemaskini seminggu lebih awal daripada

takwim yang ditetapkan.

21 Mencapai 85% tahap kefahaman guru terhadap Frog
VLE melalui pelaksanaan LDP kepada guru.

Mencapai purata prestasi 85% tahap kefahaman murid

22 tentang teknik menjawab soalan peperiksaan SPM yang
dilaksanakan oleh semua panitia bagi mata pelajaran

SPM melalui maklum balas murid.

Mencapai 75% tahap kefahaman guru tentang kaedah

23 pelaksanaan PAK-21 selepas pelaksanaan 2 kursus
dalaman Kelas Abad ke-21 melalui borang maklum balas

peserta.

33

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN

GURU AKADEMIK Mencapai 85% kakitangan yang mematuhi SOP
24 keselamatan kebakaran semasa sesi latihan kecemasan
Penyelaras Latihan Kebakaran
Ketua Panitia kebakaran sekolah dilaksanakan.

Mencapai prestasi 85% tahap kesedaran murid selepas
25 sesi latihan kebakaran melalui borang maklum balas

murid.

Menghasilkan Perancangan Taktikal dan Perancangan
26 Operasi yang lengkap bagi Panitia Matematik pada

bulan Mac.

Catatan :

Contoh penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran
keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat
dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-
mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai.
Walau bagaimanapun penulisan sasaran keberhasilan perlu mengikut garis
panduan penulisan sasaran keberhasilan seperti dalam Garis Panduan Penilaian
Komponen Keberhasilan.

34

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

VISI SEKOLAH

SMK Pelindung Merealisasikan
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

SMK Pelindung Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi

Aspirasi Negara

35

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung, Kuantan mula dibina
pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada April 2009. Sekolah ini dibina
dengan keluasan tanah 9 ekar. Sekolah ini merupakan sekolah pertama
di negara ini yang berkonsepkan ala resort dan merupakan sekolah
pertama yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di
bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pada 1 Jun 2009, seramai 3 orang guru penolong kanan, 3 orang
guru terlatih, 3 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan seorang
pembantu tadbir mula bertugas dengan menghadiri mesyuarat
pengurusan pertama bersama dengan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah Kuantan.

Pada 2 Jun 2009 iaitu pada penggal kedua persekolahan, sekolah
telah menerima kumpulan murid pertama seramai 113 orang. Mereka
terdiri daripada dua kelas murid tingkatan satu dan dua kelas murid
tingkatan dua. Pemilihan murid dari SMK Beserah dan SMK Tok Sera
yang dilakukan oleh PPD Kuantan berdasarkan alamat tempat tinggal
murid yang berdekatan dengan sekolah ini.

Pada 1 Ogos 2009, Encik Zulaffandi Bin Ahmad memegang tugas
sebagai pengetua pertama di sekolah ini. Pada 15 Oktober 2014, beliau
kemudiannya bertukar dan telah digantikan dengan Datin Sri Diraja Dato’
Sri Hajah Junaini Binti Kassim. Beliau telah berjaya melaksanakan
beberapa program berimpak tinggi untuk kecemerlangan murid sehingga
melayakkan beliau menerima anugerah pengetua Cemerlang Jusa C.
Dato’ Sri Junaini telah bersara dan menamatkan perkhidmatan beliau
pada September 2018 dan tugas sebagai pengetua kemudiannya digalas
oleh Encik Mohd Nasri bin Mat Akhir. Bilangan terkini guru adalah seramai
62 orang dengan dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Bilangan murid
mencecah 700 orang dan sebanyak 30 buah kelas beroperasi dari
tingkatan satu hingga lima.

36

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

LENCANA

1. KONSEP :

Rekabentuk bulat keseluruhan berkonsepkan global (kontemporari) dan
menonjolkan imej buku sebagai ikon ilmu seluruh dunia sepanjang zaman. Kombinasi murid
dan buku tidak dapat dipisahkan maka dengan ilmu mereka akan mudah menguasai dunia
dan akhirat. Rekabentuk bulat jelas menggambarkan kesepaduan dan permuafakatan yang
akan memacu sekolah menuju kegemilangan.

2. WARNA :

Menggunakan 4 warna berbeza daripada asas warna bendera Malaysia sebagai penegasan
karektor setiap imej.

2.1. Merah – Untuk menggambarkan Keberanian, Kekuatan dan Tenaga yang sentiasa
bersedia menjulang aspirasi sekolah.

2.2. Biru – Melambangkan perdamaian, perbincangan dan toleransi secara total di dalam
membuat sebarang keputusan.

2.3. Kuning – Sebagai simbol penyatuan dan kesepakatan yang akan membina dan
membentuk imej sekolah ke tahap yang membanggakan.

2.4. Putih – Kebersihan dan kesucian rohani dan jasmani setiap warga sekolah akan
menjamin kualiti ilmu dan peradaban bangsa.

2.5. Hitam – Kecekalan dan kegigihan untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran.

3. MOTTO : PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF

PROAKTIF : Boleh merancang dan bertindak lebih awal dalam sesuatu program
KREATIF supaya persiapan dan perlaksanaan berjalan lancar.
INOVATIF
: Boleh menggunakan, mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baru dan asli berdasarkan situasi sedia ada.
: Mempunyai kebolehan untuk menjana sesuatu pembaharuan.

37

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

LAGU SEKOLAH

Kami warga SMK Pelindung

Murni jiwa bestari minda
Ilmu diteroka megah dijunjung

Menzahirkan peribadi mulia
Bersatu hati berpadu tenaga
Mengorak langkah ke mercu jaya
Bersama menyokong wawasan negara
Menjulang gagasan satu Malaysia
Proaktif merangka tindakan
Kreatif mencipta idea berkesan
Inovatif membentuk pembaharuan
Itulah moto mengukir kejayaan
PadaMu Tuhan Yang Maha Esa

Berkati ilmu yang ditimba
Rahmati guru yang tercinta
SMKPd terus mencipta nama 2X

38

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019
PELAN SEKOLAH

Pintu Pagar GELA NGGA NG

DEWAN IBNU SINA KANTIN

Makmal Biologi

BLOK Makmal Sains

AKADEMIK 3 Makmal Kimia

Bilik Persediaan B.Sukan
B.Ko -Ku
RUANG KREATIF

Makmal Kimia BLOK Makmal Komputer T2
Makmal Sains AKADEMIK 2 Bengkel Masakan & ERT T1
Makmal Biologi GF
Bengkel Kerja Paip
3B 2B 1B T3 PADANG
BLOK 5B STOR 4B Makmal Komputer T2
KELAS 2 4M 4N 4I T2 T1
4D LALUAN 4Z B.Jahitan B.ICT GF
5M 5N 5I T1
5D STOR 5Z Bengkel Elektrik
STOR STOR B.AKSES
B. Sej/Geo B. Muzik T2
BILIK SAL GF
Bilik SPBT BLOK Makmal Fizik T1
AKADEMIK 1
Makmal Sains GF

2D LALUAN 2I T2 B.Persediaan
2M 2N 2Z
1D STOR 1I T1 B.Mate Makmal Bahasa T2
1M 1N 1Z
BLOK 3D LALUAN 3I GF Makmal Fizik T1
KELAS 1 3M 3N 3Z
Bilik Pendidikan Seni GF

DATARAN INOVATIF

BILIK GURU
PUSAT SUMBER

B .TYG KOOP B.B.&K B.Kesihatan

B .P ws P .S

B .B dg P .S B.Mesy.Utama

SURAU PONDOK
PINTU MASUK PENGAWAL
PEJABAT

39

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

KEDUDUKAN KELAS 2019

BLOK AKADEMIK 1 BLOK AKADEMIK 2

TINGKAT BAWAH

TANDAS
GURU

3 MUTIARA 3 DELIMA

3 NILAM 3 INTAN
3 ZAMRUD

TINGKAT SATU

TANDAS TANDAS MURID
MURID PEREMPUAN LELAKI

1 MUTIARA 1 DELIMA 5 DELIMA 5 MUTIARA

1 NILAM 1 INTAN 5 ZAMRUD 5 NILAM
1 ZAMRUD 5 INTAN

TINGKAT DUA

TANDAS TANDAS

2 MUTIARA 2 DELIMA 4 DELIMA 4 MUTIARA
2 NILAM 2 INTAN 4 ZAMRUD 4 NILAM
4 INTAN
2 ZAMRUD

TINGKAT TIGA

TANDAS
MURID PEREMPUAN

5 BERLIAN 3 BERLIAN

4 BERLIAN 2 BERLIAN
1 BERLIAN

40

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

Senarai Kemudahan Fizikal Sekolah:

FIZIKAL BILANGAN FIZIKAL BILANGAN
Dewan Besar 1 Bilik Sejarah / Geografi 1
Makmal Sains 3 Bilik Matematik 1
Makmal Fizik 2 Bilik Pendidikan Seni 1
Makmal Kimia 2 Bilik Bahasa 1
Makmal Biologi 2 Bilik Muzik 1
Surau 1 Bilik Ketua Bidang 1
Makmal Komputer 2 Bilik Peperiksaan 1
Perpustakaan 1 Bilik Bimbingan dan 1
Kaunseling
Koperasi 1 Bilik Guru 1
Bilik Mega Maya 1 Bilik Mesyuarat 1
(Bilik Tayangan) 1
Bilik Kuliah 1 1 Bilik SPBT 1
(Bilik Keselamatan) 1
Bilik Kuliah 2 1 Bilik Dokumentasi 1
(Bilik Akses) 1
Bilik Kuliah 3 Kantin 1
(Bilik SAL)
Ruang Kreatif Padang 1
(Ruang Serbaguna)
Bilik Kesihatan Gelanggang Bola 1
Keranjang
Bengkel Kemahiran 5 Bilik Pengawas 1
Hidup
Bilik Darjah 30 WAR Room 1
Bilik ICT 1 Bilik Kediaman 1
Pejabat Pentadbiran 1 Bilik Mesyuarat Utama 1

41

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELINDUNG

26100 KUANTAN Kod Sekolah : CEA4094

PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5608026

Faks : 09-5608028

__________________________________________________________________________________________

Semua guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung
26100 Kuantan

Tuan,
PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH

1. HADIR BEKERJA
1.1 Semua guru dikehendaki tiba di sekolah selewat-lewatnya sepuluh minit (10)
sebelum waktu bekerja rasmi bermula. Semua guru kelas dikehendaki berada
di dalam kelas masing-masing pada pukul 7.30 pagi hingga 7.40 pagi untuk
pengurusan kelas. PdPc bermula pada waktu pertama pada jam 7.40 pagi dan
berakhir pada 2.40 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis manakala pdpc
hari Jumaat berakhir pada pukul 12.05 tengah hari.

1.2 Semua guru dikehendaki merakamkan waktu kehadiran dan waktu pulang pada
slot perakam waktu.

1.3 Guru-guru yang terlewat sampai daripada waktu bekerja rasmi bermula,
hendaklah berjumpa dengan pengetua untuk memaklumkan sebab-musabab
kelewatan tersebut.

2. TIDAK HADIR BEKERJA
2.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bekerja dikehendaki memberitahu pengetua
secepat mungkin dengan kaedah-kaedah berikut :

2.1.1 Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu,sama ada
atas sebab persendirian atau arahan rasmi daripada pihak yang
diluluskan dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu.

2.1.2 Ketidakhadiran secara tergempar atau cuti sakit hendaklah dimaklumkan
dengan segera pada hari berkenaan dengan cara yang paling sesuai
kepada Pengetua dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

2.2 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan kerana cuti sakit atau bukan arahan
rasmi daripada pihak yang diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan
menyempurnakan borang permohonan cuti rehat khas.

2.3 Borang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sekurang-kurangnya dua
minggu sebelum tarikh cuti diambil. Jika bercuti atas sebab kecemasan , borang
permohonan cuti boleh diuruskan pada hari pertama bertugas semula.

2.4 Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana uzur dan mendapat sijil sakit
dikehendaki menyerahkan sijil tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama
bertugas semula untuk disahkan oleh Pengetua dan tindakan selanjutnya.

42

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

2.5 Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital
atau di rumah pegawai mengikut Perintah Am Bab C Hal 17(C) kecuali
diarahkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya.

3. MENINGGALKAN SEKOLAH DALAM WAKTU BEKERJA

3.1 Seseorang guru yang hendak meninggalkan sekolah dalam waktu
persekolahan samada dalam tempoh tertentu atau tidak akan kembali semula
pada hari berkenaan dikehendaki mendapat kebenaran Pengetua sebelum
berbuat demikian. Kebenaran hanya akan diberi atas sebab yang sangat
mustahak dan tidak dapat dielakkan.

3.2 Seseorang guru yang diberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah
mengisi maklumat di dalam Buku Rekod Keluar Guru dan Staf di pejabat
sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Penolong Kanan.

4. KEHADIRAN KE KELAS

4.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah, kehadiran ke kelas tidak lewat daripada lima
minit atas maksud perjalanan akibat pertukaran kelas.

4.2 Guru-guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas lebih awal daripada
loceng berakhirnya waktu berkenaan dibunyikan.

4.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh pengajaran
walaupun pelajar telah diberi tugasan atau kerja-kerja berkaitan.

4.4 Semua guru dikehendaki memaksimumkan penggunaan masa untuk P&P yang
telah diperuntukkan. Setiap guru hendaklah melibatkan diri dengan pelajar
mereka sehingga waktu pengajaran berakhir.

5. E-RPH

5.1 E-RPH adalah dokumen rasmi. Guru-guru dikehendaki melaksanakan
perancangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

5.2 E-RPH hendaklah sentiasa dibawa ke kelas untuk rujukan pada waktu
pengajaran.

5.3 Fail E-RPH yang telah lengkap disempurnakan termasuk hari Isnin minggu
berikutnya hendaklah dihantar untuk semakan oleh Pengetua / GPK pada
hari Jumaat atau hari sebelumnya jika hari Jumaat diisytiharkan sebagai Hari
Kelepasan Am.

5.4 Rancangan Harian hendaklah sentiasa dikemaskinikan dan disiapkan sehari
sebelum melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

5.5 Rancangan harian hendaklah dibuat mengikut format dan kaedah yang telah
ditetapkan oleh panitia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.6 Setiap guru yang akan bercuti/ berkursus/ menghadiri aktiviti luar E-RPH yang
telah dilengkapkan untuk hari berikutnya hendaklah diserahkan kepada
pengetua atau GPK bagi memudahkan guru ganti mengambilalih
tanggungjawab dan melaksanakan P&P seperti yang dirancangkan.

5.7 Semua maklumat E-RPH/ DSKP/ Sukatan Pelajaran subjek yang diajar
hendaklah disiapkan sebelum 18 Januari 2019.( Serah kepada Guru Kanan
Mata Pelajaran untuk penyemakan dan pengesahan ).

6. JADUAL KEDATANGAN KELAS
6.1 Jadual Kedatangan Kelas adalah menjadi tanggungjawab guru kelas dan
hendaklah dikemaskini setiap masa.Pelajar tidak dibenarkan menguruskan
Jadual Kedatangan Kelas.

43

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

6.2 Kedatangan harian pelajar hendaklah ditandakan pada hari berkenaan dan
diletakkan semula ditempat yang telah dikhaskan sebelum pukul 9.00 pagi.

6.3 Setiap hari terakhir setiap bulan,guru kelas hendaklah menutup/mematikan dan
mengira data-data yang berkaitan seperti yang diarahkan.

6.4 Semua maklumat berkaitan bayaran majalah tidak termasuk derma PIBG
hendaklah direkodkan apabila kutipan dibuat dan resit dikeluarkan. (Rujuk
Pembantu Tadbir).

6.5 Jadual Kedatangan Kelas hendaklah disimpan di pejabat sekolah setiap masa
untuk memudahkan proses semakan dan mendapatkan maklumat apabila
perlu.

7. PERHIMPUNAN MINGGUAN
7.1 Perhimpunan mingguan telah ditetapkan pada hari Isnin setiap minggu.
7.2 Perhimpunan mingguan merupakan majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri
oleh semua guru dan pelajar.Oleh itu semua orang wajarlah menghormati
majlis ini.
7.3 Guru bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis
termasuk menyediakan dan memulangkan kembali kerusi tempat duduk serta
merekodkan semua peristiwa yang berlaku dan perkara yang diperkatakan ke
dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.

8. HUBUNGAN GURU DENGAN MURID
8.1 Semua guru hendaklah sedapat mungkin memberi perhatian kepada anak didik
sebagai individu berbeza kemampuan dan kebolehan.
8.2 Semua guru merupakan pembimbing.Sebarang masalah anak didik hendaklah
diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan membantu mereka
menyelesaikannya.
8.3 Semua guru hendaklah menggunakan setiap kesempatan membina dan
menyedarkan anak didik tentang tanggungjawab mereka.Merangsang mereka
menggunakan masa secara berfaedah, mendorong mereka berfikir dan
mengeluarkan pendapat atau idea serta membimbing mereka dalam pelbagai
perkara yang berfaedah.
8.4 Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelajar atas
sebab-sebab keturunan, jantina, status, hubungan kekeluargaan, ekonomi dan
sebagainya.
8.5 Menggunakan kata-kata yang memberikan motivasi kepada anak didik dan
bukan sebaliknya.

9. HUBUNGAN GURU/PEKERJA, SESAMA GURU, SESAMA PEKERJA
9.1 Guru/pekerja hendaklah mewujudkan suatu suasana kerja yang harmonis dan
saling membantu antara satu sama lain kearah kecemerlangan dan budaya
kerja sepasukan.
9.2 Hubungan guru/pekerja, sesama guru, sesama pekerja hendaklah terjalin
sepanjang masa sebagai satu keluarga.
9.3 Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah hendaklah
dijayakan bersama dengan nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan
perpaduan dan masyarakat penyayang.
9.4 Mengelakkan perkataan yang memburukkan orang lain.

10. KEGIATAN KOKURIKULUM
10.1 Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan wajib dengan peruntukan masa
sekurang-kurangnya 180 minit seminggu.
10.2 Semua peraturan yang telah dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum dan
Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dipatuhi serta dijadikan panduan.

44

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

10.3 Setiap kegiatan kokurikulum mestilah direkodkan ke dalam Buku Khas Rekod
Kegiatan Kokurikulum.

11. MAKLUMAT DIRI GURU
11.1 Semua guru hendaklah menyempurnakan semua perkara yang berkaitan
dalam Borang Maklumat Diri yang disediakan oleh pihak sekolah.
11.2 Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan boleh
memberikan maklumat pada bila-bila masa dengan tepat dan betul mengenai
perjawatan.

12. HUKUMAN SALAH LAKU MURID
12.1 Rujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil.8/83 bertarikh 7 November 1983, Pekeliling
Disiplin 1998 dan Buku Panduan Disiplin.
12.2 Kesalahan disiplin murid yang berat atau serius hendaklah dirujukkan kepada
Unit Disiplin sekolah untuk tindakan seterusnya.
12.3 Semua jenis hukuman yang dikenakan oleh guru hendaklah direkodkan.
12.4 Guru-guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut
perasaan. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah berbentuk mendidik dan
menginsafkan pelajar atas kesalahan tersebut.
12.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang kerana tidak puas hati terhadap
sesuatu hukuman diminta berjumpa Pengetua atau Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.

13. CUTI BAGI GURU
13.1 Cuti Rehat Khas
Pegawai layak 10 hari (sepuluh) Cuti Rehat Khas setahun. Dimohon seminggu
sebelum tarikh bercuti.
13.2 Cuti Tanpa Rekod hanya diberi atas perkara-perkara berikut :-
13.2.1 Menghadiri latihan pasukan sukarela yang diiktiraf kerajaan.
13.2.2 Menghadiri latihan tahunan pertubuhan /persatuan yang diiktiraf
kerajaan.
13.2.3 Menghadiri latihan syarikat kerjasama/peperiksaan jabatan/mesyuarat
Persatuan ikhtisas.
13.2.4 Mengambil bahagian dalam olahraga/sukan.
13.2.5 Isteri bersalin (selama 7 hari)
13.2.6 Kematian ahli keluarga terdekat (Contoh: suami, isteri, ibu kandung
atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mentua, bapa
mentua, anak kandung dan anak angkat yang sah di sisi undang-
undang.
13.3 Cuti Tanpa Gaji
Boleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti
dibuat dalam masa dua minggu sebelum tarikh bercuti.
13.4 Cuti Bersalin
2.4.1 Pegawai yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 300
hari sepanjang perkhidmatan.
2.4.2 Pegawai boleh memilih minima 60 hari hingga 90 hari.
13.5 Cuti Sakit
Bermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada
Pengetua/GPK 1 secepat mungkin dan sijil sakit diserahkan pada hari pertama
bertugas semula. Sijil sakit swasta hanya boleh diterima tidak lebih 2 hari dalam
1 sijil sakit. Maksimum sijil sakit swasta ialah 15 hari tahun semasa.

45

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

14. PERATURAN PAKAIAN SEMASA BERTUGAS

14.1 Guru-guru lelaki
14.1.1 Seluar panjang slack dan berbaju kemeja dengan bertali leher atau

bush jaket atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan
jika berlengan panjang, tangan baju janganlah dilipat.
14.1.2 Pakaian baju melayu yang lengkap dengan sampin atau pakaian yang
mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
14.1.3 Pada setiap hari Khamis dikehendaki memakai baju batik Malaysia.
14.1.4 Kasut kulit atau kasut-kasut lain yang sejenis dengannya. Capal hanya
boleh dipakai dengan pakaian baju melayu yang lengkap bersampin.
14.1.5 Baju korporat tidak dibenarkan dalam waktu persekolahan.

14.2 Guru-guru perempuan
14.3 14.2. 1 Pakaian kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian

yang sesuai dan tidak mencolok mata.
14.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk

yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
14.2.3 Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang

menutup muka atau yang mencolok mata tidak boleh dipakai.
Pakaian Seragam Kokurikulum
Semua guru hendaklah pakaian seragam pada setiap hari Rabu mengikut
pasukan yang dipertanggungjawabkan.

15. MEMBAWA PELAJAR UNTUK AKTIVITI LUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

15.1 Mesti mendapat kebenaran pengetua dengan jadual dan kertas kerja program
15.2 dilampirkan.
Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru yang dipertanggungjawabkan
15.3 mesti mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga sebelum membawa
murid menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah.
Setelah selesai aktiviti, guru yang bertanggungjawab mestilah melaporkan
semula kepada pengetua hasil daripada aktiviti berkenaan. ( Sertakan tajuk,
tarikh, tempat dan gambar-gambar aktiviti ).

16. PEMBELIAN BARANG-BARANG

16.1 Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berurusan dengan ketua panitia untuk
membeli sesuatu barang keperluan untuk pengajaran mata pelajaran
16.2 berkenaan.
16.3 Sebelum membuat pesanan, ketua panitia dikehendaki mengisi nota minta
yang boleh didapati di pejabat sekolah.
16.4 Ketua panitia perlu berbincang dengan pengetua untuk kelulusan sebelum
16.5 sesuatu pembelian dilakukan. Tidak boleh membuat pembelian dahulu dan
16.6 minta kebenaran kemudian.
Semua pembelian mestilah menggunakan Borang Pesanan Tempahan dan
ditandatangani oleh pengetua.
Sebarang pembelian barang-barang tanpa kelulusan pengetua, pihak sekolah
tidak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran.
Barang yang diterima, sila pastikan bermutu baik dan akur jumlah seperti dalam
bil atau invois dan masukkan ke dalam buku stok bagi yang berkenaan.

46

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

16.7 Borang Pesanan Tempatan hendaklah ditandatangani dan di cap oleh
16.8 pembekal dan ditandatangani oleh penerima barang tersebut sebelum
dipulangkan kepada Pembantu tadbir untuk pembayaran.
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil/invois.
Sesiapa yang gagal memulangkan bil dengan kadar segera maka pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk membayar bil/invois tersebut.

17. LAIN-LAIN

17.1 Semua guru mesti memastikan pelajar memakai pakaian koko / PJ dalam
17.2 setiap aktiviti ( dalam/luar ) yang melibatkan sekolah.
Semua guru yang menghadiri mesyuarat / taklimat / bengkel wajib
menyerahkan minit curai kepada Pengetua apabila kembali ke sekolah.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

MOHD NASRI BIN MAT AKHIR

Pengetua Cemerlang
SMK Pelindung, Kuantan.

47

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

TATACARA PERHIMPUNAN RASMI
HARI ISNIN

1. Semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan Ibnu Sina sebelum pukul 7.30 pagi.
2. Tempat duduk guru semasa perhimpunan rasmi :-

2.1 Tempat duduk di barisan hadapan ialah Pengetua, semua GPK, semua Ketua
Bidang, Kaunselor dan Guru Cemerlang(jika ada)

2.2 Guru-guru lain duduk di barisan kedua dan seterusnya (guru wanita diberi
keutamaan)

3. Pengawas bertugas memulakan majlis :-
3.1 Bacaan Doa
3.2 Nyanyian Lagu Negaraku
3.3 Nyanyian Lagu Negeri Pahang
3.4 Bacaan Ikrar Rukun Negara

4. Pengawas menyerahkan majlis kepada guru bertugas minggu lepas untuk laporan
5. Guru bertugas minggu lepas menjemput guru bertugas minggu berkenaan untuk

meneruskan majlis
6. Guru bertugas mingguan memberi tazkirah mengikut tajuk yang disediakan
7. Menjemput Pengetua atau Pentadbir untuk menyampaikan ucapan
8. Guru bertugas menyampaikan pengumuman (jika ada)
9. Guru bertugas meminta untuk semua murid berdiri
10. Guru bertugas menyerahkan majlis penutup kepada pengawas bertugas untuk

mengetuai bacaan ikrar dan nyanyian lagu sekolah
11. Majlis bersurai

SEMUA GURU DIWAJIBKAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN RASMI INI.

48

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

KRA

KEY RESULT AREA
( BIDANG KEBERHASILAN UTAMA )

DAN
KEY PERFORMANCE INDICATOR
( BIDANG PENGUKURAN PRESTASI )
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
( MATLAMAT STRATEGIK )
KRA 1 - MEMPUNYAI BARISAN PEMIMPIN YANG BERKUALITI DAN BERINTEGRITI
KRA 2 - MEMPUNYAI SUMBER MANUSIA YANG BERKUALITI DAN BERINTEGRITI
KRA 3 - MELAHIRKAN INSAN YANG BERKUALITI DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN
GLOBAL
KRA 4 - MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AWAM
KRA 5 - MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG KONDUSIF
KRA 6 - MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERKHIDMATAN
YANG CEKAP DAN BERKESAN
KRA 1 - MEMPUNYAI BARISAN PEMIMPIN YANG BERKUALITI DAN BERINTEGRITI
KPI 1 : Pengetua melaksanakan amalan Kepimpinan Instruksional dan Transformasional di
sekolah.
KPI 2 : Memastikan semua dasar dan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
Malaysia dilaksanakan sepenuhnya.
KPI 3 : Memastikan sekolah menengah berada sekurang-kurangnya dalam Band 5,
(dalam Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru)
KRA 2 - MEMPUNYAI SUMBER MANUSIA YANG BERKUALITI DAN BERINTEGRITI
KPI 4 : Semua guru terlatih dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard
SKPM 2 : ( Standard 4 : P d P ) melebihi 80%

49

PROSPEKTUS SMK PELINDUNG , KUANTAN PAHANG | 2019

KRA 3 - MELAHIRKAN INSAN YANG BERKUALITI DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN GLOBAL

KPI 5 : Memastikan kes disiplin sekolah tidak melebihi 1% bagi semua sekolah

berdasarkan laporan Sistem Salah Laku Disiplin Murid

KPI 6 : Memastikan semua sekolah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dan semua

murid terlibat dalam pertandingan sukan/permainan

KRA 4 - MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AWAM

KPI 7 : Target Pencapaian Sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah ( GPS ) pada

peringkat:

TI : (GPS = 3.00) Band 3

T2 : (GPS = 3.00) Band 4

PT3 : (GPS = 2.20)

T4 : (GPS = 5.00)

SPM : (GPS = 5.00)

KRA 5 - MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG KONDUSIF

KPI 8 : Memastikan bilik darjah yang mencukupi dan lengkap dengan kemudahan asas

( kerusi, meja, tingkap, cermin, papan kenyataan, perabot, lampu, kipas, tandas,

elektrik dan air )

KPI 9 : Pusat Sumber Sekolah berada pada taraf sekurang-kurangnya 4 bintang.

KRA 6 - MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERKHIDMATAN
YANG CEKAP DAN BERKESAN

KPI 10 : Memastikan sekolah tidak menerima audit berteguran.

KPI 11 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai dalam jangka masa 1 hingga 3

Tahun.

50


Click to View FlipBook Version