REKA BENTUK LANDSKAP
PENDIDIKAN Seni Visual
TINGKATAN 4
TAJUK 5 : REKA BENTUK LANDSKAP
PENGENALAN
Reka bentuk landskap ialah bidang yang berkaitan dengan sains dan seni. Bidang ini
merupakan satu profesion yang mengambil kira alam binaan dan alam semula jadi.
Landskap ialah hasil interaksi antara faktor abiotik, biotik dan budaya. Secara umum, reka
bentuk landskap ialah gabungan sistem semula jadi, dinamik dan sosial dalam kehidupan
harian.
Bidang ini berfungsi sebagai reka bentuk ruang luaran yang mengandungi komponen praktikal,
estetik, hortikultur dan kelestarian persekitaran.
Sesebuah projek reka bentuk landskap sering melibatkan peranan dua kumpulan profesional,
iaitu pereka bentuk landskap dan arkitek landskap
Merangkumi reka bentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian tentang
persekitaran dan tempat sejarah.
Diperlukan oleh sektor awam dan swasta.
A. PROSPEK DAN HALA TUJU
PEREKA BENTUK LANDSKAP
1. Merupakan kerjaya yang semakin mendapat tempat di negara kita. Bidang kerjaya ini menggabungkan unsur
seni dan sains dalam mereka bentuk untuk menghasilkan persekitaran yang lebih baik.
2. Keperluan pereka bentuk landskap semakin meningkat seiring dengan kepesatan pembangunan.
3. Seorang pereka landskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran artistik, saintifik dan kemahiran
teknikal untuk menghasilkan landskap yang kreatif, inovatif dan efektif.
4. Antara program pengajian di pelbagai peringkat ditawarkan dalam reka bentuk landskap oleh institusi
tinggi awam dan swasta :
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Mara
Kolej Universiti Agrosains
Taylor’s University
Limkokwing University of Creative Technology
B. CIRI-CIRI PEREKA LANDSKAP
Kefahaman dalam bidang matematik, sains, fizik,
sejarah dan kesenian.
Kemampuan dalam pengurusan dan pengaturan.
Kebolehan menyelesaikan masalah
Kreatif dan imaginatif.
Boleh menganalisis secara logik.
Daya pemerhatian yang tajam.
C. KERJAYA DALAM BIDANG REKA
BENTUK LANDSKAP
1. Arkitek Landskap
Wajib lulus peperiksaan dikendalikan Institut Arkitek Landskap Malaysia
(I.L.A.M)
Terlibat diperingkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan
setiap projek.
Bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur.
Mengenal pasti permasalahan setempat dan menyelesaikannya melalui
perancangan reka bentuk inovatif.
Empat bidang tugasan, iaitu Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan Tempatan
dan Struktur, kajian keberkesanan Alam Sekitar (EIA) dan Projek-projek
Landskap Spesifik.
2. Pereka Bentuk Landskap
Mempunyai latar belakang hortikultur hiasan dan landskap.
Mengenal pasti keperluan pelanggan, bajet, konsep dan jangka masa yang
diberikan.
Menyediakan pelan susun atur, pelan hiasan dan, menentukan ciri-ciri
binaan dan bahan.
Menyelaras reka bentuk mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa
Tempatan.
Memastikan binaan yang dibuat mengikut perancangan yang dirancang.
3. Kontraktor Landskap
Perlu mengetahui prinsip-prinsip asas dalam mereka bentuk, membaca dan
spesifikasi pelan, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan dan pengurusan
perniagaan.
Berpengalaman dan mengetahui selok-belok pembinaan kawasan landskap.
Menyediakan tenaga mahir dan separa mahir.
4. Usahawan Landskap/ Nurseri
Nurseri ialah tempat anak benih pokok disemai sebelum ditanam di
tempat kekal atau dipasarkan.(Tempat untuk membeli bekalan benih)
Menyediakan perkhidmatan pelan landskap, melakukan kerja-kerja
perlandskapan dan menyelenggaraan landskap.
5. Pensyarah
Memberikan kuliah atau tutorial kepada pelajar.
Melakukan kajian ilmiah dan mengumpul data untuk mendapatkan idea
yang inovatif sejajar dengan keperluan semasa.
Menerbitkan jurnal, artikel dan buku penyelidikan untuk dikongsi.
INOVASI DALAM REKA BENTUK
LANDSKAP
Dasar Landskap Negara (DLN) 2011 digubal untuk melindungi sumber landskap
sebagai warisan dan mengekalkan keindahan.
Aspirasi Malaysia Negara Terindah iaitu usaha menghijaukan negara dan
meastikan landskap negara dalam keadaan terbaik.
Hari Landskap Negara dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta melalui
pelbagai aktiviti seperti pameran, pertandingan serta kempen.
MAKLUMAN TAMBAHAN :
Reka bentuk landskap yang baik dapat menyeimbangkan suhu persekitaran,
membekalkan oksegen melalui proses fotosintesis, meningkatkan bilai
hartanah dan menceriakan kawasan.