Tarikh : 1 Februari 2024 Hari : Khamis Masa : 8.00 -12.30 tgh hari Tempat : Dewan Ilmu
ISI KANDUNGAN M/S ❑ ❑ ❑ ❑ ❑ ❑ ❑ KANDUNGAN
1 PENGENALAN Hari Apresiasi Murid merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Penghargaan dan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk dicontohi dan seterusnya mementingkan kecemerlangan pada tahun akan datang. objektif ➢ Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah. ➢ Membentuk keyakinan diri murid dalam pelbagai bidang. ➢ Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid- murid lain. ➢ Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah. 1
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR PN. RUSLINAH BINTI MOHAMED KASEH Guru Besar, SK Sungai Ular,. Bismillahirrahmanirahim… Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama sekali lagi mengadakan Hari Apresiasi Murid SUPrimaS sesi 2023/2024. Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang telah menunjukkan kesungguhan dan tidak mengenal penat lelah untuk menjayakan majlis ini.Kejayaan ini tidak akan tercapai sekiranya tiada gandingan mantap daripada semua pihak. Pada hari ini ibu bapa akan dapat melihat kejayaan anak-anak khususnya dari sudut kurikulum. Dengan bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa, diharap kita akan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan untuk membangunkan negara pada masa akan datang. Kepada semua murid, sekiranya inginkan kecemerlangan , kita mestilah berusaha gigih, bersemangat jitu di samping sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam apa jua suasana. Kecemerlangan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang berterusan. Sekolah sebagai institusi pembangunan insan akan terus menyediakan kemudahan dan prasarana asas ke arah pembangunan modal insan. Saya harap para ibu bapa akan terus memberi sokongan kepada semua pihak sekolah agar objektif pendidikan melahirkan anak-anak cemerlang akan tercapai. Kepada semua murid SUPrimaS, saya berharap moga kalian akan tetap bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai masa depan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. 2
3 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh Terlebih dahulu , marilah kita bersama-sama panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahnya kita dapat menempuhi tahun 2023 dengan tekad dan azam untuk menjana kecemerlangan yang dicita - citakan. Saya mengucapkan syabas dan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua guru dan kakitangan SUPrimaS yang telah banyak menyumbang tenaga dan masa ke arah kecemerlangan akademik berdasarkan dialog prestasi akademik yang dibuat bersama guru-guru kanan sekolah, saya pasti semua guru sentiasa positif dan kreatif dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Sesungguhnya pelajar-pelajar merupakan aset yang amat penting kepada sekolah dalam mencapai KPI yang ditetapkan. Didoakan semoga semangat juang yang tinggi ini akan terus bersemarak bersama ketabahan dan keberanian yang unggul dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan demi mencapai kecemerlangan yang tinggi di masa akan datang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, maka semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah diri kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuhi dalam proses pencarian ilmu, semakin bermaknalah ilmu yang diperolehi. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu. Bagi pihak PIBG, kami sentiasa bersedia memberi sokongan dan kerjasama bagi memastikan kejayaan semua program yang dirancang, moga dapat memberi kebaikan dan kecemerlangan kepada pelajar dalam segala aspek. Akhir kata, semoga anak-anak pelajar SUPrimaS akan terus mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi. Sekian, Wassalam. PN. ZULIANA BINTI ABU BAKAR YDP PIBG SK Sungai Ular
ATUR CARA 4
AHLI JAWATANKUASA INDUK AHLI JAWATANKUASA KERJA 5
6 AHLI JAWATANKUASA INDUK AHLI JAWATANKUASA KERJA
7
PRASEKOLAH NILAM 8
PRASEKOLAH BERLIAN 9
PRASEKOLAH DELIMA 10
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PRA NILAM PRA BERLIAN PRA DELIMA 11
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH MURID BERPOTENSI ANUGERAH KOKURIKULUM 12
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH MURID PEMULIHAN TERBAIK 13 ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN TAHUN 6
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 14 ANUGERAH TERPUJI SSDM
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH TOKOH MURID 15 ANUGERAH TOKOH SAHSIAH TERPUJI ANUGERAH KECEMERLANGAN PAJSK
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 1 ) TAHUN 1 BAITUL NUUR TAHUN 1 BAITUL RAQIB TAHUN 1 BAITUL ALIM 16
TAHUN 2 BAITUL NUUR TAHUN 2 BAITUL RAQIB TAHUN 2 BAITUL ALIM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 1 ) 17
TAHUN 3 BAITUL NUUR TAHUN 3 BAITUL RAQIB TAHUN 3 BAITUL ALIM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 1 ) 18
PENCAPAIAN TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 4 BAITUL NUUR TAHUN 4 BAITUL RAQIB TAHUN 4 BAITUL ALIM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 2 ) 19
PENCAPAIAN TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 5 BAITUL NUUR TAHUN 5 BAITUL RAQIB TAHUN 5 BAITUL ALIM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 2 ) 20
PENCAPAIAN TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 6 BAITUL NUUR TAHUN 6 BAITUL RAQIB TAHUN 6 BAITUL ALIM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHAP 2 ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ( TAHAP 2 ) 21
PENCAPAIAN TERBAIK MENGIKUT KELAS BAHASA MELAYU ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHAP 2 ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 22
BAHASA INGGERIS ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 23
MATEMATIK ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 24
SAINS ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 25
PENDIDIKAN ISLAM ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 26
SEJARAH ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK 27
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH NILAM 28
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KEDATANGAN PENUH 29
Sekalung Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih dirakamkan kepada: Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Md Fauzi Bin Othman D.P.S.M ( Pengarah AMSAS) Persatuan Ibu Bapa (PIBG) Guru Besar SK Sungai Ular Guru-guru SK Sungai Ular, Anggota Kumpulan Pelaksana Murid- murid SK Sungai Ular Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Apresiasi Murid SUPrimaS Sesi 2023/2024. PENGHARGAAN 30